Boost Imun Sistem Untuk Anak

Boost Imun Sistem Untuk Anak

Sis, ada ke vitamin boost imun sistem Untuk Anak ye? Anak saya kerap sangat demam, selsema, batuk. Bila kena tu susah sangat nak sembuh. Berminggu minggu tak sihat. Demam ni sebulan sekali demam. Kesian saya tengok anak saya. Jom saya cadangkan vitamin Shaklee yang terbaik dalam kuatkan sistem imun anak anak

Anak sakit ibu bapa mana yang tak susah hati kan? Demam tak sihat tu perkara normal pasti akan terjadi akan tetapi bila terlalu kerap, bila dah demam sakit tu susah nak sembuh. Kita sebagai ibu bapa kenalah berbuat sesuatu kan.

6 Sebab Anak Kerap Sakit

Menurut DoktorBudak.com, sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak-kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka. Jadi, sekiranya kanak-kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema, sungguhpun mencapai sehingga 5-6 kali setahun, ia masih dianggap normal.

Jika anak selalu sakit, cuba periksa 6 perkara ini terlebih dahulu.

  1. TERDEDAH PADA VIRUS DI PUSAT JAGAAN

Menurut pakar, pusat penjagaan kanak-kanak boleh diibaratkan sebagai lubuk virus dan bakteria yang boleh menyumbang kepada penyakit seperti selsema dan penyakit tangan, kaki dan mulut. Anak-anak kecil yang bergaul bersama lebih mudah dijangkiti kuman. Mereka juga masih kecil dan sering lupa untuk menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Oleh itu, kuman lebih mudah tersebar.

Ingatkan pada anak anda untuk basuh tangan selepas pulang dari taska dan segera tukar baju. Pastikan taska tersebut mengamalkan kebersihan pada cara penyediaan makanannya, persekitarannya dan pada anak muridnya.

  1. SELALU MAKAN MAKANAN RINGAN

Makanan ringan bukan sahaja tidak berkhasiat, malah menjadikan anak lebih cenderung dijangkiti penyakit. Kuatkan sistem imuniti anak anda dengan memberikannya makanan kaya ‘phytonutrien’. Menurut pakar pemakanan, makanan kaya phytonutrient mudah dikenali kerana warnanya yang terang. Buah-buahan dan sayuran yang kaya phytonutrien ialah seperti beri biru, keledek, tomato dan bayam.

Lebihkan juga pengambilan makanan kaya Vitamin C seperti buah oren, vitamin D seperti tuna dan bijirin serta probiotik yang terdapat dalam yogurt untuk sistem imuniti yang lebih kuat.

  1. ANAK TAK CUKUP TIDUR

Jangan biasakan anak tidur lewat dengan gajet di tangan atau menonton televisyen sehingga lewat malam. Ajarkan juga dia supaya lakukan kerja sekolah lebih awal supaya tidak perlu bersengkang mata untuk siapkannya.

Kanak-kanak yang tidak cukup tidur membuatkan aktiviti sel darah putih yang melawan penyakit hilang kesannya. Untuk anak di bawah umur 13 tahun, pastikan mereka mendapat tidur 10 jam sehari. Corak tidur yang konsisten dapat menguatkan sistem imuniti dalam badan mereka.

  1. ANAK KURANG BERGERAK AKTIF

Tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa, bersukan adalah cara terbaik untuk kekal sihat bertenaga. Asyik terperap saja di rumah menonton kartun

Ajak anak anda ke taman permainan atau keluar bersiar-siar.menurut kajian, bila anak lebih aktif bermain, sistem imunitinya menjadi lebih aktif bagi melawan jangkitan virus.

Saya selalu bawa anak anak ke pantai sungai hutan untuk grounding

Kelebihan bermain pasir untuk anak anak

  1. BERKONGSI BARANG

Anak-anak kecil suka menerokai dunia sekeliling dengan menyentuh objek dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka juga suka berhubung dengan kanak-kanak lain dengan berkongsi mainan dan makanan.

Biasakan anak untuk selalu membasuh tangan selepas bermain. Bekalkan mereka dengan ‘hand sanitizer’ jika perlu. Ingatkan mereka untuk tidak menyentuh muka sendiri jika tangan tidak bersih kerana virus lebih mudah masuk melalui mata, hidung dan mulut. Latih mereka untuk tidak berkongsi cawan, straw dan berus gigi.

  1. MANGSA ASAP ROKOK

Satu lagi perkara yang mungkin anda terlepas pandang adalah tentang bahayanya asap rokok terhadap bayi dan kanak-kanak. Tidak kiralah sama ada anda merokok di hadapan atau di belakang anak, situasi ‘secondhand smoker’ tetap akan menjejaskan kesihatan mereka.

Ini kerana, anak-anak memiliki organ dan sistem pernafasan yang sangat sensitif. Bahkan, DoktorBudak.com melaporkan bahawa kanak-kanakyang tinggal bersama perokok ini lebih berisiko mengalami jangkitan kuman pneumonia dan kematian mengejut.

Jika pasangan anda adalah perokok tegar dan masih belum boleh berhenti merokok, ingatkan mereka untuk mandi dan menukar pakaian setiap kali sebelum memegang bayi.

SISTEM IMUNISASI ANAK SEDANG BERKEMBANG

Mengelakkan anak dari penyakit bukan perkara mudah. Kita juga perlu faham yang anak kecil lebih sering sakit kerana sistem imunisasinya sedang berkembang. Kekerapannya untuk jatuh sakit akan berkurang semakin apabila anak semakin membesar.

Ibu bapa perlu berikan yang terbaik untuk mengekalkan kesihatan anak. Biasanya penyakit anak akan baik sendiri dengan penjagaan rapi oleh ibu bapa. Jika penyakit berlarutan agak lama, segeralah dapatkan nasihat doktor.

Sumber: zuriat.my

Set Shaklee Boost Imun Sistem Untuk Anak

Supplement ini yang anak saya sendiri amalkan dan Alhamdulillah anak anak saya jarang sakit demam. Setahun sekali dua demam 1-3 hari dah sembuh. Saya cuma jaga yang mereka makan.banyakkan makan buah, minum air dan saya berikan supplement Shaklee

Vitamin C

Boost Imun Sistem
  • Vitamin C penting untuk sistem imun kita bagi merangsang penghasilan dan fungsi sel darah putih untuk meningkatkan sistem imun
  • Vitamin C bertindak untuk menghalang pembiakan virus
  • Mengurangkan risiko diserang selesema, batuk dan demam
  • Membantu menyembuhkan luka

NutriFeron

Boost Imun Sistem
  • Membantu mempertingkatkan sistem imun badan
  • Menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dengan baik untuk membunuh bakteria
  • Merangsang pengeluaran microfog untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman
  • Membantu melindungi tubuh daripada virus, microb termasuk flu dan influenza

Omega Guard

Boost Imun Sistem
  • Membantu mengurangkan keradangan
  • EPA dan DHA meningkatkan fungsi sel darah putih untuk menghasilkan antibodi, menghalang jangkitan dan virus untuk meningkatkan sistem imun badan
Boost Imun Sistem

Vita-Lea for Children

Boost Imun Sistem
  • Dihasilkan dengan rangkaian 18 vitamin dan mineral
  • Tanpa tambahan pengawet
  • Tanpa pemanis atau perasa tiruan
  • Manisan semula jadi dari xylitol yang tidak menggalakkan kerosakan gigi
  • Bebas gluten dan berperisa anggur lazat
  • Dibuat dari sumber semulajadi

Betul ke Berkesan Boost Imun Sistem Untuk Anak

Boost Imun Sistem
Boost Imun Sistem
Boost Imun Sistem
Boost Imun Sistem

Nak Order Set Shaklee Boost Imun Sistem Untuk Anak

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam, UITM, UM

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
www.wasap.my/60133612717/SETIMUNANAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *