Basic-H Shaklee

Basic-H Shaklee

Basic-H Shaklee. Sekerang ni dah ramai rakyat Malaysia berkesedaran untuk menggunakan produk yang berasaskan organik. Tak kiralah dari segi makanan ataupun juga dalam bahan-bahan cucian seperti sabun.

Shaklee juga mempunyai produk pencuci serbaguna yang dibuat daripada bahan organic. Jadi sudah tentulah tidak mengandungi toksid fosfat dan sebagainya. Saya juga pengguna pencuci serbaguna ini iaitu Basic H Shaklee.

Dah nama pun serbaguna, jadi memanglah Basic H Shaklee ni mempunyai 1001 kegunaan..Jadi mari kita tengok apa yang istimewanya Basic H Shaklee ni.

Basic-H Shaklee

Basic H adalah pencuci biodegradable yang tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa pewangi dan tanpa klorin. Ia dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960.

Istimewanya Basic H ni ianya dua kali ganda lebih pekat (16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air) untuk memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

Basic H ada 1001 kegunaan dan di belakang botolnya ada ditulis hanya 3 kegunaan sahaja ie cuci lantai, tingkap dan perkakas dapur. Lagi 997 kegunaan adalah hasil eksperimen lebih 700 000 ahli di seluruh dunia.

Kandungan utama Basic H adalah minyak jagung dan minyak kelapa.

1001 Kegunaan BASIC H Shaklee

Pencuci serbaguna dari bahan semulajadi..Basic H banyak membantu tugas harian saya sebagai suri rumah. Apakah kelebihannya.

  • Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia.
  • Mencuci dan membersih ikan, ayam, daging, makanan laut daripada bahan awet.
  • Mencuci dan membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet.
  • Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak).
  • Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dan etc.
  • Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dan etc.
  • Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan.
  • Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan etc.
  • Mengasah pisau.
  • Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan etc.
  • Menghapuskan kutu di atas kepala.
  • Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas.
  • Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan etc.
  • Demam panas (sebelum berjumpa doktor)..ne saya dah cuba dengan anak sendiri. Saya titiskan beberapa titik dalam tab mandi dan mandikan anak. Hingus keluar banyak dan demam cepat surut tau..demam sehari ja, hingus dua hari dah takda. Hanya mandikan 2 kali dengan basic h. Memang sangat membantu.
  • Sakit gigi.
  • Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit).
  • Ulser dan mulut berbau.
  • Penyubur tanaman dan penggembur tanah.
  • Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan etc.

bersihkan dinding dengan basic-H shaklee

BASIC H MUDAHKAN TUGAS IBU HAPUSKAN CONTENGAN DI DINDING

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 37 : SHARIFAH ALHABSYIEE

Assalamualaikum, saya Sharifah Nurulkamariah, ibu kepada 2 orang anak. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan basic H Shaklee.

Dah jadi lumrah rumah penuh dengan contengan bila ada anak yang mula pandai menulis dan melukis, saya juga tidak terkecuali dari itu. Tiap hari pasti ada contengan di merata-rata tempat terutama tempat yang kadang-kadang tu saya sebagai ibu pun tak terjangka.

Ada satu hari, saya terlihat contengan di dinding bersebelah katil dengan perkataan ‘ALEESHA’ dengan permenant marker pen warna merah pula, ni tak lain tak bukan contengan dari si kakak. Nak marah pun, dah contengkan apa boleh buat lagi. Masa tu saya kehabisan stok basic h, jadi lama juga la contengan tu bertepek di dinding.

Baru-baru ni, kebetulan ada order dari kawan, jadi saya orderkan sekali dengan basic H. Malam tu juga saya sediakan bancuhan basic H dan letakkan dalam bekas spray siap-siap untuk kemudahan akan datang. Bukan apa, jika tak dibancuh siap-siap macam ni, mau sebotol terus basic H habis ditangan mereka berdua.

Berbekalkan 1 botol spray dan kain lap, saya minta kakak (6tahun) dan adik (5tahun) untuk bersihkan contengan tersebut. Dengan tak sampai 30minit tulisan tu dah pudar tanpa sentalan yang kuat pun. Ya la anak kecil lagi yang sental kita boleh tahu kudrat mereka kan. Contengan tersebut hilang, dan paling mengejutkan tiada sebarang perubahan pada cat di dinding tersebut.

Ada juga yang cadangkan kepada saya untuk sapukan tinner pada contengan tersebut, tapi bimbang pula kalau-kalau bahan tersebut merbahaya pada anak-anak. Jadi paling selamat saya hanya mengunakan Basic H untuk masalah saya.

Alhamdulillah, kini tugas mencuci contengan di dinding lebih mudah dihilangkan dengan basic h dan boleh juga jimatkan masa ibu-ibu semua. Saya dah cuba, anda bila lagi?

TUGAS MEMBASUH BAJU DI RUMAH JADI LEBIH MUDAH DENGAN BASIC H

Assalamualaikum. Nama saya Nadiah. Ibu kepada 3 orang anak lelaki. Saya nak kongsikan testimoni saya tentang satu produk Shaklee kegemaran saya seisi keluarga iaitu Basic H.

Alhamdulillah, sejak kenal dengan Basic H ni memang hidup jadi semakin mudah hehe. Tapi betul. Hari-hari anak balik sekolah, jenuh umi nak kena sental semua baju diorang. Terutama dibahagian leher, lengan baju dan hujung seluar baju melayu. Dengan masam peluhnye, dengan daki, kesan minyak keropok lekor, sos..macam-macam la kan budak2 ni. Kasut putih pun dah tukar kelabu, coklat..hitam pun ada.

Kalau dulu, kotoran macam ni saya akan sental. Tangan pun lenguh, baju pun haus, kasut pun cepat rosak, kita pun emo hehe. Tapi sekarang dah mudah, saya titiskan je basic h dikawasan yang kotor, rendam sekejap..semalaman pun takpe. Lepas rendam, kalau jenis yg perlu cuci tangan macam kasut tu, saya berus sikit je. Kalau baju pun tengok la degree kotor..kalau yang hitam sangat tu saya akan berus sikit jugak..kalau tak, saya mintak je bibik jepun tolong basuh. Insyallah bersih semuanya.

Basic H memang best. Saya guna juga Basic H untuk mop lantai & lap meja. Basic H ni boleh beli loose, boleh beli dalam set Get Clean. Dalam set ni ada Dishwash (selamat untuk basuh botol susu baby), Fresh Laundry (sabun basuh baju yang selamat untuk baju baby) & Soft Fabric (softener). Best tau, yang penting semua dalam set ni safe, powerful & green

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *