Air Mani Cair Tidak Subur Sukar Dapat Anak Kena Makan Shaklee

Air Mani Cair Tidak Subur Sukar Dapat Anak Kena Makan Shaklee

Air mani yang banyak dan pekat bukan petanda seseorang lelaki itu subur. Begitu juga dengan air mani cair ia tidak bermakna tiada benih ataupun tidak subur. Air mani yang cair itu adalah sesuatu yang normal. Air mani akan cair dalam masa 10 hingga 15 minit jika ia pekat waktu keluar. Sperma sebenarnya mudah ‘berenang’ atau berkeliaran jika air mani itu cair. Air mani yang pekat dan tidak mudah cair ialah satu petanda bahawa sistem anggota reproduksi lain iaitu pundi prostat tergendala dan perlu mendapat rawatan.

Air mani cair tidak bermakna tiada benih?

Selain itu kebanyakan lelaki berpendapat air mani perlu keluar secara pancutan, lebih jauh dipancut kononnya lebih baik lagi. Pendapat ini sememangnya tidak betul. Tidak kira sama ada air mani keluar secara meleleh atau memancut di dalam faraj, asalkan ia keluar dan dapat di salurkan serta di terima oleh faraj. Masalah KETAKSUBURAN org lelaki.

  1. Sperma cepat lemah/mati sblm persenyawaan.
  2. Peluru kosong. Hanya semen/air mani semata2 (tiada sperma)
  3. Bilangan sperma sedikit.

Cadangan vitamin kesuburan lelaki.

1. Vita-lea

Vita-Lea® adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan. Vita-Lea® Iron Formula mengandungi 400mcg asid folik, vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik. mengandungi zinc utk meningkatkan bilangan sperma dan hormon testosterone.

2. Vita-E dgn Selenium

Vitamin E Shaklee adalah antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Vitamin E juga membantu mengekalkan sistem imun yang kuat di mana kajian menunjukkan bahawa Vitamin E meningkatkan fungsi imun dikalangan orang-orang tua. meningkatkan pergerakan sperma dan kualiti sperma serta mengurangkan kecacatan pada sperma. Memperbaiki dan melindungi organ pembiakan lelaki.

Ubat Sperma

Apabila satu pasangan tidak berjaya memperolehi zuriat selepas mencuba untuk hamil selama satu ke dua tahun, ia berkemungkinan akibat masalah yang disebabkan oleh salah seorang dari pasangan atau keduanya ataupun masalah yang tidak dapat dikenalpasti puncanya.

Masalah berkaitan lelaki menjadi punca utama dalam 20% masalah kesuburan sementara ia menjadi penyumbang bersama dalam 30-40% kes-kes kesuburan.

Dalam kebanyakan situasi, ia ditakrifkan sebagai masalah sperma yang tidak normal namun ia boleh juga dikaitkan dengan masalah yang lain seperti masalah fungsi ereksi dan ejakulasi pramatang.

Analisa sperma yang tidak normal mungkin disebabkan oleh bilangan sperma yang rendah, kurang pergerakan sperma dan kurang sperma yang rupabentuk normal. Know more on, NJ rehabs near me

Lain – lain masalah yang boleh dikenalpasti adalah isipadu sperma yang sedikit, terdapat sel darah merah atau bilangan sel darah putih yang banyak. Terdapat juga kes di mana ketiadaan sperma dalam analisa air mani walau selepas ujian dilakukan berulang kali.

FAKTOR FAKTOR RISIKO

  • Ini termasuklah merokok
  • masalah kegemukan
  • amalan gaya hidup yang kurang sihat
  • masalah persekitaran yang boleh memudaratkan
  • pengambilan dadah (recreational drugs) dan ubatan tertentu.
  • Dua sebab utama adalah kesan toksin secara terus terhadap sperma dan peningkatan suhu yang menyebabkan kurang pergerakan sperma.
  • Toksin adalah disebabkan oleh rokok, dadah atau ubatan, hiduan atau pendedahan terhadap bahan kimia dan asap yang merbahaya atau terdedah kepada radiasi.
  • Manakala peningkatan suhu boleh disebabkan oleh kegemukan, pendedahan yang lama pada haba panas seperti memandu dalam jangkamasa yang panjang / berbasikal perpanjangan / rawatan spa dan kerjaya yang tertentu.
  • Penyebab yang lain adalah jangkitan seksual yang boleh mengakibatkan halangan pada laluan keluar sperma atau bacaan sperma yang tidak normal.
  • Dalam sesetengah kes, ia boleh disebabkan oleh masalah genetik dan kalau sedemikian ada risiko masalah yang sama boleh berlaku kepada anak.

PENILAIAN ASAS

Ujian analisa air mani adalah satu-satunya ujian yang perlu dilakukan. Adalah dinasihatkan agar ujian ini dilakukan di tempat yang ada makmal tersebut. Ia hendak dilakukan selepas tiga ke lima hari tanpa hubungan seks. Jika sampel dikeluarkan di tempat lain selain tempat ujian, ia hendaklah dihantar ke makmal dalam masa satu jam dan disimpan dalam kadar suhu 370C. Sekiranya keputusan adalah tidak normal, ujian hendaklah diulangi selepas tiga bulan. Mereka yang mempunyai keputusan ujian yang tidak normal biasanya akan dilihat oleh doktor untuk pemeriksaan klinikal yang melibatkan pemeriksaan pada bahagian kemaluan terutamanya buah zakar (testis).

Berpandukan pemeriksaan tersebut, ujian seterusnya MUNGKIN akan dijalankan seperti ujian darah bagi menilai paras hormon, imbasan ultrasound, ujian genetik dan ujian sperma yang lebih maju dan terperinci.

DIAGNOSA

Diagnosa bagi masalah ketidaksuburan lelaki merujuk kepada kurang bilangan sperma (oligospermia), kekurangan bilangan sperma yang teruk (severe oligospermia), ketiadaan sperma (azoospermia). Biasanya terdapat juga keabnormalan yang lain di dalam parameter air mani.

LANGKAH PENCEGAHAN

Pencegahan termasuklah mengekalkan gaya hidup yang sihat, mengurangkan berat badan, amalan senaman yang regular, mengamalkan pemakanan yang sihat, berhenti merokok dan hentikan pengambilan dadah (recreational drugs).

Elakkan testis dari terdedah kepada haba secara berpanjangan. Pengambilan supplemen dan anti-oksidan boleh membantu dalam setengah-setengah keadaan. Perbincangan bersama pakar perubatan mungkin diperlukan mengenai ubatan alternatif bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

RAWATAN

Sekiranya hanya terdapat sedikit pengurangan dalam bilangan sperma, kehamilan secara semulajadi masih boleh berlaku atau kaedah permanian berhadas (IUI) boleh menjadi pilihan. Dalam kes-kes yang teruk, kaedah persenyawaan secara bantuan adalah diperlukan iaitu suntikan sperma ke dalam telur atau ICSI (intra-cytoplasmic sperm injection).

Dalam kes ketiadaan sperma dalam pengeluaran air mani, pengambilan sperma secara terus dari testis melalui pembedahan kecil akan dilakukan. Harus diingat bahawa tidak semua masalah ketidaksuburan lelaki boleh dirawat.Cuba ikhtiar ambil supplement dari bahan semula jadi seperti Vivix

(SUMBER:Portal MyHealth)

UNTUK IKHTIAR KESUBURAN LELAKI AMBIL SUPPLEMENTS DARI BAHAN SEMULAJADI SEPERTI SET BASIC KESUBURAN LELAKI SHAKLEE

1. CoQ-Trol Plus – Membantu menjana tenaga dalam badan dan menguatkan sel.

2. B Complex (120 tablet) – Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral. B Complex – Mengandungi Asid Folik yang membantu perkembangan fetus

3. Vita E – Meningkatkan kesuburan sistem reproduksi lelaki

MENGAPA ANDA PERLU PILIH SET SHAKLEE?

1. Shaklee ialah sebuah syarikat yang OBSES tentang kualiti produknya. Shaklee memastikan mereka:

Melakukan sebanyak 350 ujian terhadap 1 jenis bahan sahaja!
Melakukan sebanyak 100,000 ujian kualiti produk setiap 1 tahun!
Melakukakan sebanyak 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap 1 tahun!
Tidak memasukkan bahan-bahan bahaya.

2. Shaklee memastikan produk mereka BERKESAN. Buktinya?

Secara SAINTIFIK dan KLINIKAL. Shaklee menerbitkan 100 Laporan Saintifik dan mempunyai Landmark Study pada tahun 2007 yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.

Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee.

3. Shaklee bukan sahaja selamat untuk manusia, tetapi juga untuk alam sekitar. Bukankah itu sangat wow?

Bagaimana mahu membeli vitamin untuk masalah air mani cair ?

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *