Vivix Untuk Cepat Hamil

Vivix Untuk Cepat Hamil

Vivix untuk cepat hamil ? Setiap keluarga mengimpikan zuriat. Setiap Isteri pasti mahu menjadi seorang ibu. Setiap Suami pasti mahu menjadi seorang bapa. Namun ada ketika rezeki zuriat itu belum tiba. Tapi kita harus ikhtiar. harus berusaha.

Alhamdulillah, ada yang Ikhtiar untuk hamil dengan Vivix.
Pertama sekali Vivix bukan ubat, tapi Vivix bantu proses penyembuhan.

Vivix mengandungi Polifenol dan Resveraterol yang tinggi dengan antioksiden. Terbukti secara klinikal membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel badan kita yang rosak akibat daripada radikal-radikal bebas.

Pasangan TTC 2021

Sebab berkurung di rumah, bayi dijangka bertambah awal 2021

Buat pasangan yang TTC tu elok la ye. Buat yang dah ramai anak macam akak ni tak payah sibuk nak tambah anak dah hehe

kang penuh wad bersalin. kasi can kat yang belum ada anak lagi

Buat yang TTC sila jaga makan kalau betul nak pregnant. Ainul pernah TTC 4 tahun. setahun betul betul jaga makan, cut gula putih, makan supplement konsistent. Berjaya dapat Maryam.

Dan bila buat detox, lagi mudah nak pregnant. tu yang dapat Dahlia selepas 3tahun lahirkan Maryam. patut 4tahun sekali je beranak hehe

Ainul nak kongsi VIVIX yang super best dan sangat membantu yang berhajat nak pregnant.

KENAPA SUKAR HAMIL?

Dunia kehamilan adalah sesuatu yang rumit. Ada banyak sebab untuk kita kaum wanita tidak dapat hamil. TAPI KENA FAHAM, KEHAMILAN ADALAH USAHA KERJASAMA. Tidak boleh usaha sebelah pihak sahaja. 7 TANDA WANITA KURANG SUBUR

1. Haid terlalu banyak
Ketahuilah haid terlalu banyak juga antara punca. Haid terlalu banyak merupakan salah satu tanda menorrhagia. Ia boleh berpunca dari perlbagai sudut. Antaranya, penggunaan ubat – ubatan, IUD, komplikasi kehamilan atau ketidak seimbangan hormon (punca paling kerap dijumpai)

2. Haid tidak teratur
Kitaran haid yang melebihi 40 hari dianggap tidak teratur. 20% hingga 30% wanita yang mempunyai kitaran yang tidak teratur mengalami masalah kesuburan.

3. Haid yang terlalu menyakitkan.
Sakit perut ketika haid adalah biasa dikalangan wanita. Tetapi jika ia menyakitkan sehingga mengganggu kerja harian, pitam atau muntah anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan rahim. Kesakitan yang luar biasa sering dikhuatiri berpunca dari penyakit endometrosis.

4. Jerawat terlalu aktif
Masalah jerawat adalah salah satu tanda ketidakseimbangan hormon. Lebih spesifik ia berkaitan dengan hormon lelaki lebih tinggi dari kebiasaan. Keadaan inilah yang dinamakan masalah PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome). Seperti endometrosis, PCOS menggangu kitaran haid dan proses ovulasi.

5. Lebihan bulu badan.
Jika anda lelaki anda tidak perlu risau. Tetapi bagi wanita kehadiran hormon lelaki yang tinggi merendahkan peluang untuk hamil. Jika anda lebih kerap perlu bercuku dari kebiasaan, ianya mungkin salah satu tanda ketidakseimbangan hormon atau PCOS.

6. Sakit ketika melakukan hubungan
Bagi sesetengah wanita yang merasakan hubungan kelamin menyakitkan, itu adalah petanda anda kurang subur atau pun mempunyai penyakit seperti endometrosis.

7. Naik berat badan secara mendadak
Kebanyakan pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan mempunyai masalah dengan berat badan. Ketahuilah berat badan berlebihan menyebabkan gangguan hormon yang menjejaskan tahap kesuburan. Baik lelaki mahupun wanita, jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat.

https://www.youtube.com/watch?v=ZmCp5Jl7A0A

Kebaikan Resveratrol Untuk Kesuburan

RESVERATROL UNTUK WANITA – Resveratrol melindungi telur yang belum atau hampir matang dari kesan radikal bebas. Apabila telur dilindungi ini selamat dari rosak, ia meningkatkan peluang yang lebih tinggi untuk survive, membesar dan disenyawakan.

RESVERATROL UNTUK LELAKI – Resveratrol melindungi dan memperbaiki kualiti sperma. Sekiranya sel sperma mempunyai kecacatan, Vivix membantu untuk memperbaiki sperma supaya kecacatan tidak berulang. Vivix juga memberi tenaga kepada sperma.

MACAM MANA RESVERATROL MEMBANTU UNTUK SUBUR?
RESVERATROL ni utk kesuburan dia bantu dari banyak hal:

1)detox tubuh dari segala toksin yg menyebabkan penyakit dan merendahkan tahap kesihatan seseorang untuk pregnant.

2)bertindak sebagai anti-radang dimana mencegah segala masalah keradangan yang melibatkan organ wanita.
Contoh: endometritis. Jangkitan pada rahim.

3)melancarkan peredaran darah.

4)bertindak sebagai antioksida untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel termasuk sel rahim dan sebagainya.

5)bertindak untuk memelihara ovari dan oocytes yang bakal menjadi ovum/telur wanita supaya sempurna dan berkualiti. (Reverse oocyte biological age)

6)Kajian menunjukkan reseveratrol membantu wanita yang mengalami masalah endometriosis, cyst, fibroid dan kanser rahim atau kanser payudara.

VIVIX UNTUK CEPAT HAMIL

Customer ni dah menunggu 10 tahun, ikhtiar vivix 3 botol alhamdulillah #HAMIL!

1. Vivix mengandungi Polyphenol dan Resveraterol yang tinggi antioksidan serta terbukti secara klinikal mampu melindungi dan membaiki sel-sel badan kita yang rosak.

2. Vivix sangat baik untuk menambah baik kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.Ini termasuklah kesihatan sel organ pembiakan, sel ovum dan sel sperma.

3. Apabila sel-sel ini lebih sihat, peluang untuk ovum dan sperma disenyawakan juga lebih tinggi, InsyaAllah.

***Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE BANTU TINGKATKAN PELUANG UNTUK HAMIL

Vivix mengandungi kandungan resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol bertindak sebagai anti oksida yang kuat berbanding antioksida yang lain. Anti oksida pula berfungsi memperbaiki dan melindungi sel sel badan dari rosak daripada radikal radikal bebas. Maksudnya disini, semakin tinggi anti oksida semakin kurang sel sel badan kita rosak.

Fungsi resveratrol dikalangan wanita ialah melindungi telur yang belum atau hampir matang dari kesan radikal bebas. Apabila telur dilindungi ini selamat dari rosak, ia meningkatkan peluang yang lebih tinggi untuk survive, membesar dan disenyawakan.

Fungsi resveratrol dikalangan lelaki pula melindungi dan memperbaiki kualiti sperma. Sekiranya sel sperma mempunyai kecacatan, Vivix membantu untuk memperbaiki sperma supaya kecacatan tidak berulang. Vivix juga memberi tenaga kepada sperma.

CARA ORDER VIVIX UNTUK CEPAT HAMIL

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *