Supplement Turunkan Kortisol Untuk Wanita
Ramai wanita mengadu penat yang tak habis-habis, susah tidur malam, emosi tak stabil, dan rasa cepat sangat naik angin walaupun perkara kecil. Bila jumpa doktor, semua normal. Tapi hakikatnya, tubuh sedang tertekan dan salah satu puncanya mungkin hormon stres yang dipanggil kortisol terlalu tinggi. Jom saya nak cadangkan Supplement Turunkan Kortisol Untuk Wanita
Turunkan Kortisol Untuk Wanita: Apa Itu Kortisol?

Hormon kortisol, juga dikenali sebagai “hormon stres”, bukan sekadar bertindak ketika kita stres, tapi ia memainkan peranan penting dalam beberapa aspek tubuh kita:
1.Siap sedia untuk stres – Apabila stres datang, kortisol bantu tubuh kita bersedia untuk cabaran, beri kita tenaga lebih dan tingkatkan kewaspadaan.
2.Mengatur metabolisme – Ia bantu tubuh kita uruskan lemak, protein dan karbohidrat supaya kita sentiasa ada tenaga.
3.Menjaga tekanan darah – Kortisol bantu pastikan tekanan darah kekal stabil, yang penting untuk kesihatan jantung kita.
4.Sistem imun yang lebih kuat – Dalam jumlah yang betul, kortisol bantu kawal keradangan dan melindungi tubuh dari penyakit.
5.Tidur lebih baik – Kortisol juga penting dalam mengatur corak tidur kita. Tinggi pada waktu pagi, rendah pada waktu malam!
Tapi ingat, terlalu tinggi atau rendah kortisol boleh ganggu kesihatan. Jadi, pastikan kita jaga gaya hidup sihat untuk mengekalkan keseimbangan hormon ini
⚠️ Bahaya Kortisol Tinggi

Apabila kortisol kekal tinggi dalam jangka masa panjang, ia boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan seperti:
- Sukar Turun Berat Badan
➤ Kortisol tinggi menyebabkan badan simpan lebih banyak lemak, terutama lemak viseral di bahagian perut. - Selalu Penat Walaupun Cukup Tidur
➤ Kortisol ganggu ritma tenaga dan kualiti tidur. - Mood Swing & Mudah Marah
➤ Kortisol ganggu keseimbangan hormon lain → emosi tak stabil. - Insomnia / Susah Tidur Malam
➤ Kortisol sepatutnya rendah waktu malam. Bila tinggi, sukar tidur lena. - Craving Makanan Manis & Berlemak
➤ Kortisol tingkatkan selera makan → berat makin naik walaupun makan sedikit. - Kitaran Haid Tidak Stabil
➤ Gangguan pada estrogen & progesteron. - Masalah Kulit
➤ Jerawat, eczema, kulit kusam akibat keradangan dalaman. - Memori Lemah & Hilang Fokus
➤ Kortisol tinggi lama-lama rosakkan sel otak. - Tekanan Darah Tinggi & Masalah Jantung
➤ Kortisol naikkan tekanan darah & bebankan jantung.

- Bangun pagi rasa penat
- Perut makin buncit walaupun makan sedikit
- Tidur tak lena
- Selalu cemas, resah tanpa sebab
- Craving makanan manis & bergoreng
- Mudah lupa & sukar fokus
Turunkan Kortisol Untuk Wanita: Punca Kortisol Tinggi
- Stres berpanjangan – kerja, rumah tangga, anak-anak, kewangan… semua ini menambah beban emosi.
- Tidur tak berkualiti – tidur lewat, tak cukup jam, atau sering terjaga malam.
- Pengambilan kafein berlebihan – terutama waktu pagi dan petang.
- Kurang senaman atau terlebih bersenam – ya, senaman berlebihan pun boleh naikkan kortisol!
- Pemakanan tinggi gula & proses – makanan sebegini boleh mencetuskan keradangan dan naikkan hormon stres.
Kenapa Wanita Perlu Ambil Tahu Tentang Kortisol?

Bila kortisol sentiasa tinggi, ia mengganggu sistem hormon wanita, termasuk estrogen dan progesteron. Ini menyebabkan kitaran haid tak stabil, PMS makin teruk, masalah kesuburan, malah mempercepatkan simptom menopaus.
Lebih membimbangkan, kortisol tinggi juga meningkatkan risiko:
- Tekanan darah tinggi
- Kencing manis
- Penyakit jantung
- Kemurungan dan anxiety
Tanda-Tanda Kortisol Anda Mungkin Terlalu Tinggi
✔️ Bangun pagi letih, malam susah tidur
✔️ Cepat melenting atau emosi tak stabil
✔️ Berat naik tanpa sebab jelas
✔️ Mudah lupa, susah fokus
✔️ Rasa cemas tanpa sebab
✔️ Wajah nampak cepat tua atau kusam
Jika anda alami 3 atau lebih tanda di atas, mungkin sudah tiba masanya untuk turunkan kortisol secara semula jadi.
Turunkan Kortisol Untuk Wanita Cara Semula Jadi
1. Perbaiki Kualiti Tidur
Tidur yang cukup dan berkualiti adalah senjata utama untuk menurunkan kortisol. Pastikan tidur sebelum 11 malam, tutup skrin sejam sebelum tidur, dan elakkan kopi selepas jam 2 petang.
2. Senaman Ringan & Teratur
Senaman seperti brisk walk, yoga atau stretching sangat bagus untuk stabilkan hormon stres. Elakkan HIIT atau senaman berat terlalu kerap jika anda sedang stres.
3. Amalan Nafas Dalam & Zikir
Amalan seperti deep breathing 4-7-8, istighfar, atau zikir sangat membantu menenangkan sistem saraf.
4. Makanan Anti-Stres
Pilih makanan tinggi antioksidan seperti:
- Ikan berlemak (sardine, salmon)
- Kekacang & biji-bijian
- Sayur berdaun hijau
- Buah beri, anggur merah, delima
- Teh hijau & dark chocolate (secara sederhana)
Supplement Turunkan Kortisol Untuk Wanita
Jika anda seorang wanita yang mahu jalan penyelesaian lebih cepat, selamat dan semula jadi, berikut ialah supplement Shaklee yang boleh bantu menurunkan kortisol dan stabilkan emosi.
🌿 1. Vivix / ResV

Mengandungi resveratrol dan polifenol dari tumbuhan yang berfungsi sebagai antioksidan tinggi. Kajian menunjukkan resveratrol membantu:
- Mengurangkan keradangan dalam badan
- Melindungi sel otak daripada tekanan
- Menstabilkan mood dan tidur
Sesuai untuk wanita yang banyak berfikir, mudah stres dan mudah tua sebelum usia.
🍃 2. B-Complex

Mengandungi semua vitamin B lengkap untuk sokongan tenaga dan kesihatan mental. Vitamin B6 dan B5 sangat penting untuk kelenjar adrenal yang mengawal penghasilan kortisol. B-Complex bantu:
- Tenangkan sistem saraf
- Elak rasa gelisah
- Kurangkan keletihan mental
🧠 3. OmegaGuard

Omega-3 dari minyak ikan membantu mengurangkan keradangan dalam otak dan tubuh. Ia juga terbukti secara klinikal mampu:
- Mengurangkan hormon stres
- Menstabilkan emosi
- Meningkatkan fokus dan daya ingatan
🌱 4. Lecithin

Mengandungi kolin yang penting untuk fungsi otak dan sistem saraf. Bantu elakkan ‘brain fog’ dan mudah lupa. Sesuai untuk wanita multitasking yang selalu rasa overthinking.
Kortisol tinggi mungkin nampak seperti perkara biasa, tetapi jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan kesihatan emosi, fizikal, dan hormon wanita. Jangan tunggu sehingga burnout. Jaga diri anda sekarang perbaiki gaya hidup, tenangkan emosi dan pilih supplement semula jadi yang boleh membantu tubuh lebih kuat dan bertenaga.
Nak Order Supplement Turunkan Kortisol Untuk Wanita
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set tenaga shaklee mana yang paling tepat untuk anda. Tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/KORTISOLTINGGI