Supplement Kurus Ibu Menyusu
Supplement Kurus Ibu Menyusu: Kurus Dengan Selamat Tanpa Jejas Susu
Lepas bersalin, ramai ibu mengeluh:
“Kenapa susah sangat nak turun berat badan walaupun dah menyusu penuh?”
Walaupun menyusu badan dikatakan boleh bantu turunkan berat, realitinya tak semudah yang disangka. Badan masih ‘berpantang’, hormon belum stabil, tidur tak cukup dan selera makan mencanak! Bila niat nak diet, risau pula susu drop.
Persoalannya: boleh ke ibu menyusu ambil supplement kurus? Selamat ke?
Jawapannya: Boleh, asalkan pilih supplement yang semula jadi, selamat untuk ibu dan bayi, dan tidak ganggu penghasilan susu.
Dalam artikel ini, kita akan kupas:
- Kenapa berat susah turun masa menyusu
- Ciri-ciri supplement kurus yang sesuai untuk ibu menyusu
- Supplement kurus Shaklee yang ramai ibu dah cuba dan terbukti berkesan
Kenapa Berat Badan Susah Turun Waktu Menyusu?

Bukan salah ibu tak jaga makan. Banyak faktor dalaman yang menyebabkan berat lambat turun, antaranya:
1. Hormon prolaktin dan craving
Hormon prolaktin bantu hasilkan susu, tapi ia juga meningkatkan rasa lapar. Sebab tu ibu menyusu selalu craving makanan manis dan karbohidrat.
2. Stres dan kurang tidur
Tidur terganggu dan badan penat boleh naikkan hormon kortisol. Kortisol ni ‘signal’ pada badan supaya simpan lemak (terutama di perut!).
3. Kurang bergerak
Dengan rutin jaga bayi, ramai ibu tak sempat senaman atau buat aktiviti fizikal ringan. Bila kalori masuk lebih dari yang keluar, berat makin bertambah.
4. Toksin terkumpul
Hormon tak seimbang dan sistem penghadaman lemah menyebabkan toksin sukar keluar, lalu buat badan ‘berat’ dan susah lawas.
Kriteria Supplement Kurus Untuk Ibu Menyusu
Ibu menyusu tak boleh ambil sebarang produk kurus. Produk yang ada bahan kimia berbahaya atau melawaskan secara kasar boleh ganggu bayi.
Berikut ciri-ciri supplement kurus ibu menyusu yang selamat:
- Bebas bahan kimia dan laksatif kuat
- Tidak mengandungi kafein berlebihan
- Membantu kenyang lebih lama (bukan sekat selera secara paksa)
- Menyokong penghasilan susu ibu
- Bantu proses detox secara semula jadi
- Tingkatkan tenaga tanpa menyebabkan ‘crash’
Supplement Kurus Shaklee Untuk Ibu Menyusu
Shaklee terkenal dengan rangkaian produk berasaskan bahan semula jadi, diluluskan KKM dan diuji klinikal. Set kurus Shaklee yang disesuaikan untuk ibu menyusu telah bantu ramai wanita menurunkan berat secara sihat, tanpa menjejaskan susu badan.
ESP

ESP SHAKLEE BOLEH BANTU UNTUK KURUS , BETUL KE ? Ya..sebab ESP ada leucine. Tahu apa itu leucine? Leucine ni ialah salah satu daripada 9 asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.
Leucine ni ada fungsi yang tersendiri dan sangat membantu menurunkan berat badan. Bagaimana?
(1) Membakar lemak visceral – Lemak visceral adalah lemak yang berada paling dalam (di bahagian perut) dan susah nak disingkirkan. Tapi leucine ni dapat bantu bakar lemak viseral ni.
(2) Rasa kenyang yang berpanjangan – Perasan tak bila kita minum ESP kita rasa kenyang dan bertenaga? Sebab Leucine ni bantu bertindak dalam metabolisme glucose. (Glukose ni diperlukan untuk tenaga). Jadi, bila kita minum ESP, even tak makan atau pun masa kita berpuasa ; kita still rasa kenyang…rasa bertenaga.
Selain tu, leucin ni juga boleh rendahkan tahap triglycerides dalam darah yang akan membantu leptin (sejenis hormon) meransang otak dengan lebih baik supaya anda berasa kenyang pada kalori yang rendah… and that’s why if nak kurus ESP ni ambil sebelum makan, so, time makan tu kita dah rasa kenyang…automatik kita akan kurang makan.
(3) Membina semula otot – Memang kita boleh dapat leucine dari makanan lain, tapi antara banyak-banyak asid amino, Leucine ni mudah rosak lagi-lagi time senaman. So that’s why kita perlukan supplements yang ada leucine (which is ESP la kan) untuk bina semula otot, dan untuk menjalankan fungsi lain.
Ha.. tu sebab korang tengok atlet selalunya ambil protein…sebab diorang tak nak kehilangan otot diorang. Kan otot diorang pejal gitu! Lagi 1…Perasan tak orang yang skip karbohidrat cepat kurus(kurang makan nasi dan sebagainya) dan cepat gemuk? Nak tahu kenapa
SEBAB penurunan berat badan macam ni akan menyebabkan kita kehilangan otot. Bila kehilangan otot, ia akan perlahankan metabolisme badan, so orang tu akan naik berat badan dengan cepat. TAPI.. if kita ambil ESP ni, Leucine dapat kekalkan tisu tanpa lemak. Dalam kata lain, ESP (yang kaya dengan leucine) ni dapat bantu kita kurus kan badan dengan pembakaran lemak dan bukannya mengurangkan jisim otot.
Omega Guard

Asid lemak Omega-3 membantu anda menturunkan berat badan :-
1.Omega-3 membantu menghilangkan lemak dan membina otot
2.Omega-3 membantu mengurangkan selera makan
3.Omega-3 menjadikan diet dan senaman yang anda amalkan lebih efektif untuk menurunkan berat badan
4.Omega-3 membantu mengurangkan pengumpulan lemak akibat dari pemakanan seharian.
5.Omega-3 meningkatkan kesan metabolik obesiti
Lecithin – Suplemen ‘Hero’ Untuk Ibu Menyusu Kurus Tanpa Ganggu Susu

Lecithin ialah lemak sihat daripada soya yang bertindak sebagai emulsifier — ia membantu memecahkan lemak supaya lebih mudah dibuang dari badan.
Di kalangan ibu menyusu, Lecithin sangat popular kerana:
– Elakkan bengkak susu (mastitis)
– Melancarkan pengaliran susu
– Mengurangkan risiko clogged duct
Tapi tahukah anda? Lecithin juga membantu turunkan berat badan secara semula jadi, kerana ia:
- Memecah lemak degil dari kehamilan
- Menyokong fungsi hati untuk buang toksin dan lemak
- Memberi tenaga & stabilkan emosi
- Tidak ganggu hormon penyusuan
Tips Kurus Tambahan Untuk Ibu Menyusu
Supplement bantu dari dalam, tapi untuk hasil lebih baik:
- Minum air minimum 3 liter sehari
- Elak snek manis & jajan
- Jalan kaki 10-15 minit sehari
- Tidur sekejap waktu siang jika berjaga malam
- Jaga mindset – slow progress is still progress!
Soalan Lazim (FAQ)
Q: Selamat ke semua supplement ni untuk ibu menyusu?
✅ Ya, semua produk Shaklee ini selamat, tidak mengandungi bahan berbahaya dan tidak ganggu susu.
Q: Perlu ambil semua ke?
Tak semestinya. Boleh pilih ikut bajet dan fokus utama (contohnya: kurus + tenaga, atau kurus + detox).
Q: Bila boleh mula?
Selepas bersalin dah boleh terus ambil sebab supplement ini juga sangat bagus bantu ibu dalam pantang luka cepat sembuh, badan bertenaga
Ibu Menyusu Pun Boleh Kurus Dengan Sihat
Ibu menyusu tak perlu rasa bersalah nak jaga diri. Bila ibu sihat, bertenaga dan happy, anak pun dapat manfaat.
Nak Order Supplement Kurus Ibu Menyusu
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
wasap.my/60133612717/MENYUSUKURUS