TTC Berjaya Mengandung Dengan Shaklee

TTC atau try to conceive atau percubaan, usaha dalam mendapatkan anak. Ada pelbagai cara kaedah untuk berjaya mengandung ni. Ada yang guna IVf, makan ubat hormon, supplement dan macam macam lagi. Hari ini saya nak kongsikan TTC Berjaya Mengandung Dengan Shaklee
TTC Berjaya Mengandung:Kaedah-kaedah Rawatan Kesuburan

Kaedah rawatan kesuburan yang akan dilakukan sekiranya kehamilan tidak berlaku dalam 3 atau 4 bulan pertama selepas hubungan kelamin semasa subur.Ia bermakna suaimi isteri mengadakan hubungan kelamin semasa isteri subur. Ia sesuai untuk mereka yang muda dan tidak mempunyai masalah kesuburan lain. Ovulasi dirangsang dengan ubat seperti Clomiphene Citrate. Pertumbuhan folikel dipantau dengan ultrasound trans-vagina (melalui faraj). Apabila ultrasound menunjukan telur sudah matang, suntikan hcg akan diberi untuk meransang ovulasi, kemudian pasangan akan mempunyai hubungan seks 24 hingga 48 jam itu.
IUI

Ia bermaksud Inseminasi intrauterine (IUI), iaitu meletakkan sperma suami yang bergerak pantas ke dalam rahim isteri semasa ovulasi. Ia melibatkan prosedur makmal untuk memisahkan sperma yang bergerak cepat dari sperma kurang bergerak atau tidak bergerak. Tiub fallopian mestilah normal dan tidak tersumbat untuk IUI.
IVF

Persenyawaan in vitro (IVF) (yang sebenarnya bermaksud ‘persenyawaan di kaca’) adalah sinonim dengan istilah ‘bayi tabung uji’. Semasa proses IVF, telur dikeluarkan dari ovari dan disenyawakan dengan sperma dalam makmal. Embrio tersebut kemudiannya diletakkan di dalam rahim wanita.
IVF boleh disyorkan jika pesakit:
- Telah didiagnosis dengan kemandulan yang tidak dapat dijelas sebabnya (unexplained)
- Tiub fallopio tersumbat
- Teknik-teknnik lain gagal (seperti iui).
- Bilangan sperma suami yang amat kurang atau tiada – dirawat dengan suntikan sperma intra-cytoplasmic (icsi).
TTC Berjaya Mengandung Dengan Shaklee
Berserah atau berusaha ?
Isu kali ini agak sensitif tetapi perlu dicari penyelesaiannya.
Berserah sahaja atau mahu terus berusaha, dan berusaha. Menjadi polemik yang paling hitam dan dalam bagi pasangan yang telah berkahwin tetapi masih tidak mendapat cahaya mata.
Kalau setahun kahwin tak apa lagi, tapi kalau 2 tahun hingga 5 tahun orang mula bertanya dan mencari kesimpulan sendiri. Kita pasangan ni lah yang paling terasa. Dan isu ini sangat sensitif. Sukar di bawa bincang.
Nasihat saya, pasangan perlulah lebih terbuka dan rasional untuk melihat soal mendapatkan zuriat ini adalah soal ketetapan Ilahi dan berusaha berbincang dan mencari penyelesaian.
Ramai isteri yang TTC dan yang ada masalah kesuburan wanita cuba ikhtiar pelbagai cara untuk hamil. Ada yang berani makan pelbagai makanan tambahan yang berkaitan dengan kesuburan wanita tapi perlu diawasi ketulenan dan keberkesannya.
Pastikan supplement itu selamat, berkesan dan semulajadi.
Saya kongsikan sedikit testimoni dari kak Nor Hasmida pengguna supplement vivix shaklee yang memenuhi kriteria tersebut dan paling terbaik buat anda.
TTC Berjaya Mengandung Dengan Set Kesuburan Shaklee
Apa yang ada dalam set kesuburan Shaklee dalam membantu cepat mengandung?
ESP

ESP lengkap dgn 9 asid amino termasuk asid amino perlu. Asid amino perlu ni badan kita tak boleh produce sendiri; ia perlu diperolehi drpd sumber makanan tertentu.
Asid amino adalah asas kpd pembinaan sel. Sel yg sihat berfungsi dgn lbh baik. Sel yg tidak sihat boleh menjadi punca kpd byk masalah kesihatan.
Utk isteri, ESP berfungsi menghasilkan sel telur (ovum) yg sihat. Manakala bagi suami, ESP membantu menghasilkan sel sperma yg sihat.
2) phytoestrogen di dalam ESP berfungsi utk menyeimbangkan hormon wanita; sekaligus membantu mereka yg ada masalah period cycle tidak teratur dan masalah berkaitan ovulasi.
3) berat badan berlebihan juga adalah salah satu faktor menyumbang kepada masalah susah hamil. Oleh itu, mereka dinasihatkan utk mendapatkan berat badan ideal terlebih dahulu.
GLA Complex

GLA Shaklee dapat membantu wanita menghasilkan mukus serviks yang berkualiti. Mukus serviks penting sebagai medium persekitaran untuk sperma berenang dari tiub fallopio ke ovum untuk persenyawaan. Persekitaran yang kering di kawasan faraj akan mengurangkan peluang berlakunya persenyawaan.
GLA akan ditukarkan kepada prostaglandin iaitu sejenis enzim yang dapat menolong wanita mengawal atur hormon hormon reproduktif.
GLA juga dapat membantu wanita mendapatkan kitaran haid yang teratur. Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur sukar untuk meramalkan waktu dirinya subur dan ini mengurangkan lagi peluang untuk hamil.
Bagi anda yang mempunyai masalah dalam pengiraan waktu subur, kami sedia membantu memberikan formula terbaik untuk anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
GLA juga dikatakan membantu mengukuhkan plasenta dan meningkatkan lapisan uterus. Ini penting untuk membantu telur yang telah bersenyawa untuk melekat dan bercambah.
VIVIX RESV

COQTROL

CoQ10 membantu dalam penghasilan telur / ovum yang matang dan berkualiti bagi membantu persenyawaan.
Coq10 digunakan oleh sel badan untuk menghasilkan tenaga bagi tujuan tumbesaran dan mengawalatur sel. (ovum adalah sejenis sel manusia yang paling besar)
Kajian yang dijalankan oleh Dr Eleizer Burstein mendapati coQ10 membantu para pesakit dalam prosedur IVF.
Kajian di Iran mendapati CoQ10 membantu dalam peningkatan bilangan dan motiliti sperma.
B Complex

Vitamin B6 membantu meningkatkan aras progesterone, iaitu sejenis hormon yang dapat menyediakan badan untuk hamil atau mengandung.
Bersama vitamin B12 dan asid folik, vitamin B6 dapat merendahkan aras homosistein ( asid amino yang akan memberi kesan negatif terhadap kualiti embrio yang terhasil daripada prosedur IVF jika ia berada pada aras yang tinggi.
Kajian di Belanda mendapati pemakanan yang mengandungi Vitamin B6 yang maksimim memberi kesan yang positif terhadap kesuburan. Myo-inositol yang merupakan sebahagian daripada B-kompleks juga didapati memberi kesan yang sangat positif bagi pesakit PCOS.
Asid folik pula dapat mengurangkan risiko keguguran.
Bagi lelaki , vitamin B12 dapat meningkatkan bilangan dan kualiti sperma.
Vitamin C

Vitamin C membantu meningkatkan aras progesterone dalam badan seorang wanita.
Bagi lelaki, kekurangan Vitamin C menyebabkan aglutinasi sperma . Kajian ini telah dijalankan di Amerika Syarikat.
Pengambilan Vitamin C juga menurunkan kadar kerosakan pada DNA sperma sebanyak 91%.
Nak Order Set Shaklee Bantu TTC Berjaya Mengandung
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717