Tips Kurangkan Craving Manis Secara Semula Jadi
Craving manis adalah sesuatu yang hampir semua orang pernah alami. Bayangkan, baru lepas makan tengah hari, tiba-tiba rasa nak cari pencuci mulut. Atau waktu malam, mulut asyik teringin nak kunyah coklat, biskut, atau minum air manis. Walaupun nampak biasa, craving gula yang berlebihan boleh mengganggu kesihatan jika tidak dikawal.dan sebenarnya kita boleh kurangkan craving manis ni tau

Mengapa craving ini berlaku? Jawapannya ada kaitan dengan paras gula dalam darah, hormon, emosi, malah gaya hidup kita seharian. Bila gula darah turun dengan mendadak, otak akan hantar signal untuk cari sumber tenaga cepat, iaitu gula. Sama juga bila stres atau kurang tidur, craving manis jadi makin kuat.
7 Tips Kurangkan Craving Manis
Berita baiknya, craving manis bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikawal. Dengan beberapa langkah mudah, anda boleh kurangkan rasa ingin makan manis tanpa perlu seksa diri. Berikut adalah 7 tips kurangkan craving manis yang boleh diamalkan setiap hari.
1. Jangan Skip Sarapan
Sarapan adalah asas kepada tenaga sepanjang hari. Bila anda skip sarapan, gula dalam darah jadi tak stabil. Akibatnya, anda akan cepat rasa lapar dan craving makanan manis pada waktu tengah hari.
Pilih sarapan yang tinggi protein seperti telur, oat, roti penuh gandum, atau yogurt Greek. Protein membantu rasa kenyang lebih lama dan stabilkan gula dalam darah. Elakkan sarapan tinggi gula seperti kuih manis atau minuman bergula kerana ia hanya akan buat anda cepat lapar semula.
Tip mudah: Mulakan hari dengan oat + buah + telur rebus. Ringkas tapi mengenyangkan.
2. Minum Air Kosong Dengan Cukup
Ramai orang keliru antara haus dan lapar. Kadang-kadang craving gula sebenarnya datang daripada dehidrasi. Cuba minum segelas air kosong setiap kali rasa nak makan manis. Tunggu 5–10 minit, anda mungkin akan dapati craving tu hilang.
Air juga bantu tubuh buang toksin dan kekalkan tenaga. Minimum, pastikan anda minum 8 gelas air sehari. Kalau susah nak disiplin, sediakan botol air 1 liter di meja kerja supaya mudah capai.
3. Pilih Buah Bila Rasa Nak Manis
Jika craving manis masih datang, gantikan dengan buah segar. Buah mengandungi gula semula jadi bersama serat, vitamin dan mineral. Serat dalam buah buat gula diserap lebih perlahan berbanding kek atau coklat.
Contoh buah sesuai: epal, pisang, beri, tembikai atau betik. Anda masih boleh penuhi keinginan manis, tapi dengan cara lebih sihat.
Tip bijak: Potong buah siap-siap dalam peti sejuk supaya mudah capai bila craving datang.
4. Tidur Yang Cukup
Kajian menunjukkan kurang tidur meningkatkan hormon ghrelin (hormon lapar) dan menurunkan hormon leptin (hormon kenyang). Inilah punca kenapa bila kurang tidur, mulut jadi cepat teringin benda manis.
Tidur 6–8 jam setiap malam sangat penting untuk kesihatan metabolisme. Cuba disiplinkan waktu tidur dan elakkan skrol telefon terlalu lama sebelum tidur. Bila badan cukup rehat, craving manis akan berkurang secara semula jadi.
5. Ambil Protein & Lemak Sihat Dalam Setiap Hidangan
Craving manis sering berlaku bila makanan yang kita ambil tidak cukup seimbang. Kalau asyik makan nasi dengan lauk bergoreng, cepat kenyang tapi cepat lapar semula.
Masukkan sumber protein seperti ikan, ayam, kekacang, atau telur dalam setiap hidangan. Tambahkan juga lemak sihat seperti avocado, minyak zaitun atau badam. Gabungan ini bantu rasa kenyang lebih lama dan elak keinginan makan manis berlebihan.
6. Ganti Minuman Manis Dengan Alternatif Lebih Sihat
Minuman manis adalah penyumbang kalori tersembunyi yang besar. Teh tarik, kopi manis, air berkarbonat — semuanya tinggi gula. Cuba kurangkan sedikit demi sedikit.
Sebagai alternatif, anda boleh tukar kepada teh hijau, teh herba atau infused water (air kosong campur hirisan lemon, timun atau daun pudina). Selain lebih sihat, ia juga membantu detoks badan.
7. Kawal Stres
Stres adalah pencetus craving gula yang utama. Bila stres, hormon kortisol meningkat, lalu otak ‘minta’ tenaga segera. Cara paling cepat ialah gula.
Belajar kawal stres dengan aktiviti ringkas seperti briskwalk, deep breathing, yoga, atau meluangkan masa dengan keluarga. Amalan spiritual seperti solat dengan penuh khusyuk juga terbukti menenangkan hati dan fikiran.
Supplement Untuk Bantu Kurangkan Craving Manis
Selain amalkan gaya hidup sihat, ada supplement yang boleh menyokong usaha anda kawal craving gula. Supplement ini berfungsi membantu stabilkan hormon, kawal paras gula dalam darah, dan tingkatkan tenaga, jadi anda tak cepat rasa letih lalu cari makanan manis.
1. Omega Guard Shaklee (Omega-3)

👉 Bagaimana ia membantu?
- Asid lemak omega-3 terbukti bantu kawal keradangan dan seimbangkan hormon.
- Omega-3 juga baik untuk kesihatan otak. Bila hormon & otak stabil, craving gula akan berkurang.
- Ia boleh menurunkan tahap stres kerana memberi kesan positif pada hormon kortisol. Bila stres terkawal, craving manis pun lebih terkawal.
👉 Manfaat tambahan Omega Guard:
- Baik untuk kesihatan jantung.
- Menyokong fungsi otak & memori.
- Mengurangkan risiko penyakit kronik berkaitan gaya hidup.
2. Cinch Energy Tea Mix

👉 Bagaimana ia membantu?
- Dirumus daripada campuran teh hijau, teh putih dan teh merah. Memberi tenaga semula jadi tanpa kandungan gula tinggi.
- Sesuai untuk diminum bila rasa mengantuk atau letih, supaya anda tidak bergantung pada minuman manis (kopi pekat, teh tarik, atau air berkarbonat).
- Membantu meningkatkan metabolisme, jadi badan lebih cergas dan kurang rasa craving.
👉 Manfaat tambahan Cinch Tea Mix:
- Bakar kalori dengan lebih efektif.
- Sesuai untuk mereka yang sedang dalam program kawalan berat badan.
- Rendah kalori, jadi tidak ganggu diet.
Kurangkan Craving Manis
Craving manis memang normal, tetapi jika berlebihan ia boleh menjejaskan kesihatan. Dengan 7 tips elak makan manis ini — jangan skip sarapan, cukupkan air, pilih buah, tidur cukup, ambil protein dan lemak sihat, kurangkan minuman bergula, serta kawal stres — anda boleh kawal craving gula dengan lebih mudah.
Ingat, tidak perlu berhenti gula sepenuhnya secara mendadak. Amalkan perubahan kecil tetapi konsisten. Lama-kelamaan, craving manis akan berkurang dan anda akan rasa lebih bertenaga serta sihat.
Craving terkawal, hidup lebih berkualiti.
Nak Order Supplement Untuk Kurangkan Craving Manis
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/kurangkancravingmanis