Supplement Untuk Rambut Gugur
Ramai wanita dan lelaki kini mencari supplement untuk rambut gugur kerana masalah rambut semakin menjadi-jadi akibat stress, kekurangan nutrisi, hormon tak stabil dan gaya hidup yang sibuk. Bila rambut gugur teruk, keyakinan diri terus merudum terutama bila nampak anak rambut makin nipis, kulit kepala mula kelihatan dan rambut jadi lemah tak bermaya. Sebab itu, selain guna shampoo yang bagus, ramai pakar mencadangkan nutrisi dalaman untuk membaiki akar rambut dari akar, bukan sekadar rawatan luaran semata-mata.
Masalah rambut gugur sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja ibu lepas bersalin, wanita umur 30–40an, lelaki yang alami tekanan harian, atau sesiapa yang tak cukup nutrisi seperti protein, zink dan vitamin yang penting untuk pertumbuhan rambut baru. Dalam artikel ini, kita akan kupas secara terperinci punca rambut gugur, kenapa supplement sangat membantu, serta manfaat beberapa vitamin Shaklee yang paling berkesan untuk menebalkan rambut dan menguatkan akar.
Kenapa Rambut Gugur Terjadi?

Sebelum ambil supplement, penting untuk faham punca rambut gugur. Antara sebab paling biasa ialah:
1. Kekurangan Protein
Rambut diperbuat daripada keratin yang datang daripada protein. Bila kita tak cukup protein dalam diet harian, akar rambut jadi lemah dan mudah putus.
2. Hormon Tak Stabil
Ibu lepas bersalin, wanita PCOS, atau individu yang stres boleh alami perubahan hormon yang menyebabkan rambut gugur lebih banyak.
3. Kekurangan Nutrisi Penting
Zink, vitamin B, zat besi, omega-3 dan vitamin C semuanya penting untuk pertumbuhan rambut baru. Bila kurang nutrisi ini, rambut lambat tumbuh dan mudah gugur.
4. Stress Berlebihan
Stress meningkatkan hormon cortisol yang boleh hentikan kitaran pertumbuhan rambut.
5. Akar Rambut Lemah & Kulit Kepala Bermasalah
Kulit kepala berminyak, kelemumur dan radang boleh membuatkan rambut tak kuat di akar.
Jika punca-punca ini tidak dirawat dari dalam, shampoo yang mahal pun tak akan memberi perubahan besar.
Supplement Untuk Rambut Gugur: Kenapa Supplement Penting?
Rawatan rambut biasanya fokus pada luaran, seperti shampoo dan serum. Tetapi akar rambut dapat nutrisi melalui darah — jadi kalau badan tak cukup nutrien tertentu, akar rambut tak dapat bahan yang diperlukan untuk menghasilkan rambut yang kuat dan tebal.
Supplemen membantu:
- Menguatkan folikel rambut dari dalam
- Menyokong hormon yang stabil
- Memperbaiki struktur rambut
- Menggalakkan pertumbuhan rambut baru
- Mengurangkan keradangan kulit kepala
- Menyihatkan kulit kepala supaya rambut boleh tumbuh dengan baik
Inilah sebab ramai wanita yang ambil supplement tertentu dalam 3–8 minggu mula perasan rambut kurang gugur, anak rambut makin banyak dan rambut lebih tebal.
Supplement Untuk Rambut Gugur
Berikut ialah antara suplemen Shaklee yang selalu dicadangkan untuk masalah rambut gugur dan disokong kajian nutrisi.
1. ESP – Protein Penting Untuk Rambut Kuat

Protein ialah komponen utama rambut. Bila badan tak cukup protein, rambut jadi rapuh dan mudah putus.
Manfaat ESP untuk rambut gugur:
- Menguatkan akar rambut kerana tinggi protein
- Menyokong pertumbuhan rambut baru
- Baiki struktur rambut lebih licin dan berkilat
- Stabilkan hormon (sangat membantu untuk ibu lepas bersalin)
ESP sangat berkesan untuk wanita yang ada masalah rambut nipis atau rambut tak tumbuh lebat.
2. Zinc Complex – Mineral Untuk Akar Rambut Kukuh

Zinc ialah mineral penting untuk pembentukan tisu rambut. Bila kita kekurangan zinc, rambut mudah gugur dan pertumbuhan rambut baru menjadi perlahan.
Kelebihan Zinc untuk rambut:
- Mengurangkan rambut gugur teruk
- Menguatkan akar rambut
- Merangsang pertumbuhan rambut baru
- Membantu masalah kelemumur & kulit kepala berminyak
Zinc juga sangat penting untuk ibu menyusu dan wanita yang selalu stres.
3. B-Complex – Kurangkan Stress & Seimbangkan Hormon

Vitamin B membantu menukar makanan kepada tenaga serta menyokong kesihatan sistem saraf.
Manfaat B-Complex untuk rambut gugur:
- Kurangkan stress (punca utama rambut gugur)
- Menstabilkan hormon wanita
- Menguatkan folikel rambut
- Membantu penghasilan sel rambut baru
Wanita 30–40an biasanya sangat perlu vitamin B kerana hormon dan stress harian lebih tinggi.
4. Omega Guard – Kurangkan Radang Kulit Kepala

Omega-3 membantu mengurangkan keradangan dan memberi kelembapan pada kulit kepala.
Kelebihan Omega Guard untuk rambut:
- Kurangkan keradangan kulit kepala (punca rambut gugur)
- Mengurangkan kelemumur
- Rambut jadi lebih kuat & berkilat
- Baiki aliran darah ke folikel rambut
Sangat sesuai untuk mereka yang ada rambut gugur sebab kulit kepala sensitif atau berminyak.
5. Vita-C Plus – Tingkatkan Penghasilan Kolagen Rambut

Kolagen penting untuk struktur rambut. Vitamin C pula membantu badan membina kolagen dengan lebih baik.
Kelebihan Vitamin C untuk rambut gugur:
- Menguatkan batang rambut
- Menyokong penghasilan kolagen
- Meningkatkan penyerapan zat besi (baik untuk rambut tumbuh lebat)
- Melindungi folikel dari radikal bebas
Berapa Lama Supplement Ambil Untuk Nampak Kesan?
Ini antara soalan paling ramai tanya. Secara umum:
- Minggu 1–2: Rambut kurang gugur semasa mandi
- Minggu 3–4: Rambut mula rasa lebih kuat & kurang putus
- Minggu 6–8: Anak rambut baru tumbuh dengan lebih banyak
- 3 bulan: Rambut lebih tebal dan sihat secara keseluruhan
Konsisten sangat penting kerana kitaran rambut mengambil masa.
Tips Tambahan Untuk Kurangkan Rambut Gugur Dengan Cepat
Selain supplement untuk rambut gugur, beberapa tips ini membantu mempercepatkan kesan:
- Elakkan ikat rambut terlalu ketat
- Guna shampoo bebas SLS
- Urut kulit kepala untuk aliran darah
- Kurangkan penggunaan hair dryer & catokan
- Kurangkan stress
- Tidur mencukupi
- Minum air banyak untuk nutrisi bergerak ke akar rambut
Gabungan nutrisi dalaman + penjagaan luaran akan memberi perubahan lebih cepat.
Testimonial Pengguna Supplement Untuk Rambut Gugur

Testimonial Masalah Rambut Gugur Hilang
Assalamualaikum.
Saya Jumaati binti Ahmad berumur 41 tahun mempunyai tiga orang anak selepas 6 tahun berkahwin. Kali ini saya nak kongsikan testimoni saya tentang masalah keguguran rambut hilang dengan makan vitamin Shaklee.
Saya tahu ramai cakap normal kalau rambut kita gugur selepas melahirkan. Masih ingat lagi selepas bersalin anak pertama, dalam umur anak tu 4-6 bulan, rambut gugur dgn banyaknya. Mitos mengatakan bila anak dah mula keluarkan air liur yg banyak, ibu bersedialah nak gugur rambut banyak.
Memang betul masa tu banyak sgt rambut gugur. Masa bersalin anak pertama, belum pun makan set Shaklee sepenuhnya. Ketika tu cuma ambil ESP, Alfalfa, Lecithin dan Ostematrix. Masa tu makan untuk banyakkan susu dan nak kembali kurus. Memang tak berapa tahu dan kenal sangat fungsi fungsi produk Shaklee yang lain.
Sebenarnya masalah keguguran rambut selepas melahirkan adalah berpunca dari masalah hormon ibu yang tidak stabil. Ketika ibu hamil, keadaan rambut mereka berada di peringkat terbaik disebabkan akitiviti hormon pada peringkat yang optimum.
Semasa hamil, rembesan hormon wanita (estrogen) adalah lebih banyak yang menyebabkan rambut berhenti untuk tumbuh secara aktif yang menyebabkan tidak ada keguguran rambut. Selepas melahirkan, jumlah estrogen ibu berkurang dengan mendadak.
Masa inilah rambut gugur dengan banyaknya kerana sepanjang tempoh jumlah estrogen tinggi, rambut terhenti untuk gugur. Faktor stress dan kekurangan vitamin selepas melahirkan anak juga antara punca mudahnya rambut gugur.
Kerana itu, apabila hamil anak kedua, saya memang berpantang dengan mengambil set berpantang premium Shaklee termasuklah Zinc Plus. Kebetulan masa itu memang dah jadi member Shaklee.
Alhamdulillah sepanjang melahirkan anak kedua dan ketiga memang tak ada masalah keguguran rambut.
Nak dijadikan cerita baru baru ini sebelum mengandungkan anak yang kelima, tiba tiba saya mengalami keguguran rambut yang sangat banyak. Asal sikat rambut je, rambut gugur ke lantai. Kalau kat bilik air tu, memang banyaklah gumpalan rambut gugur di lantai.
Kalau dalam bilik tu memang jelas helaian rambut bersepah di lantai. Masa itu rasa macam orang ada kanser yang gugur banyak rambut.
Masa ini tak tahu punca apa tapi saya berusaha untuk cuba makan zinc plus balik. Sebab selama ini pun, saya makan Vitalea dan ESP yang mana antara supplemen yang boleh membantu kurangnya masalah keguguran rambut.
Masa nak cuba makan balik zinc plus ini, tetiba saya disahkan hamil anak yang kelima (anak nombor empat keguguran). Saya tanya upline bolehkah makan zinc plus ketika hamil. Dia cakap boleh. Memandangkan saya hamil, saya tambah makan B Complex juga. Kiranya dalam tempoh kehamilan saya memang makan Set Hamil sepenuhnya dengan ESP, B Complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix dan Zinc Plus.
Dijadikan cerita juga, semasa minggu ke 7, doktor tak dapat detect jantung baby.
Selepas beberapa kali scan pun, doktor cakap kandungan tak membesar dan minta saya refer ke hospital. Semasa tempoh ni, saya dapat nasihat dari Mami Hadha supaya doublekan pengambilan vitamin vitamin seperti B Complex, Vitalea, Vitamin C dan ESP. Mami kata selagi doktor tak sahkan apa apa, teruskan berdoa janin akan terus membesar dengan usaha makan vitamin dengan kuantiti yang lebih.
Namun Allah itu Maha Perancang. Dia sebaik2 Perancang. Doktor sahkan kandungan tak menjadi dan doktor bagi tempoh untuk keguguran berlaku secara semulajadi.
Untuk memastikan keguguran yang lebih cepat, saya makan Alfalfa dalam kuantiti yang agak banyak untuk memastikan tiada D&C dilakukan nanti sebab dah gugur secara semulajadi.
Alhamdulillah selepas 3 hari makan Alfalfa, proses keguguran berlaku. Saya selamat melahirkan janin yang berumur 3 bulan lebih.
Selepas itu, saya teruskan berpantang dengan makan vitamin vitamin Shaklee yang ada.
Alhamdulillah sepanjang berpantang, barulah saya sedar, saya tidak lagi mengalami masalah keguguran rambut. Memang dah tak nampak helaian rambut yang bersepah di lantai. Syukur Alhamdulillah.
Masa ini saya sedar dengan asbab saya makan gabungan vitamin vitamin Shaklee, dengan B Complex dan Zinc Plus juga vitamin2 lain, masalah keguguran rambut terus hilang.
Sehingga kini, selepas habis tempoh berpantang pun, saya dah tak jumpa rambut saya kat lantai. Terima kasih Allah. Terima kasih Zinc Plus yang saya rasa sangat membantu saya menyelesaikan masalah keguguran rambut saya.
Saya percaya kombinasi Set Hamil/Berpantang Shaklee dgn Zinc plus menjadi asbab masalah keguguran rambut saya selesai.
Jadi saya sangat rekomen kalau ada sesiapa yang mengalami masalah keguguran rambut ni, cubalah makan zinc plus ni. Lebih bagus ditambah dgn b complex, vitalea, ESP dan Ostematrix.
Insha Allah, anda tak perlu mencari-cari syampoo apa yang sesuai untuk masalah keguguran rambut anda. Semuanya sebenarnya dari dalaman kita. Bila badan cukup nutrisi, insha Allah kurang segala penyakit datang.
Sekian, testimoni dari saya. Moga bermanfaat untuk semua. Jumaati Ahmad
Testimonial Supplement Untuk Rambut Gugur



Supplement Untuk Rambut Gugur
Masalah rambut gugur boleh diatasi jika kita rawat dari akar punca — iaitu nutrisi dalaman, hormon, stress dan kesihatan kulit kepala. Mengambil supplement untuk rambut gugur seperti ESP, Zinc, B-Complex, Omega Guard dan Vitamin C bukan sahaja mengurangkan rambut gugur, tetapi membantu rambut menjadi lebih tebal, kuat dan bersinar.