Set Rambut Gugur Shaklee

Set Rambut Gugur Shaklee

SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE, NO MORE RAMBUT GUGUR!! Smlm dpt inquiry pasal rambut gugur. IF uolls ada masalah macam ni, akak sarankan korang cuba produk2 di bawah ni. Tak cuba semua pun takpe, ambik yg penting2 dulu.

Tips Kurangkan Rambut Gugur & Supplement Bantu Atasinya

Punca utama rambut gugur selepas bersalin adalah hormon yang tidak stabil. Ketika ibu sedang mengandung, keadaan rambut mereka berada di peringkat terbaik disebabkan oleh aktiviti hormon berada pada peringkat yang optimum.

Bukan itu sahaja, ketika berbadan dua jugs ibu-ibu akan mengalami rembesan hormon wanita (estrogen) adalah lebih banyak. Di bawah pengaruh hormon, badan ibu hamil kembali muda dan kadar pembaharuan sel sangat cepat.

Keguguran rambut dalam tempoh ini adalah minimum: rambut yang telah berhenti tumbuh secara aktif tidak akan gugur. Pada masa yang sama, is tidak menghalang rambut baru dari terus tumbuh.

Peredaran darah yang lebih banyak dan lancar juga memainkan peranan positif dalam pertumbuhan rambut semasa kehamilan. Selepas melahirkan anak, jumlah estrogen dalam badan ibu akan berkurang dengan mendadak, bersama dengan kesan-kesan positifnya.

Rambut-rambut yang gugur dalam tempoh ini, sebenarnya adalah rambut yang sepatutnya sudah lama gugur.Tetapi jumlah estrogen yang tinggi dalam badan ibu telah melambatkan proses ini.

info : TheAsianParents

Tips Kurangkan Rambut Gugur Selepas Bersalin

Cara mengatasi rambut gugur selepas bersalin:

1. Potong rambut menjadi pendek. Rambut yang pendek dapat mengurangkan keguguran rambut serta mudah diurus.

2. Gunakan sikat rambut yang lembut dan bergigi jarang. Kemudian sikat rambut dengan lemah lembut untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak.

3. Elakkan menyikat rambut ketika rambut basah kerana ia akan menyebabkan rambut mudah tercabut.

4. Elakkan mewarnakan rambut, mengeriting, merawat rambut atau meletakkan pelembut rambut sehingga rambut kembali normal.

5. Tingkatkan pengambilan makanan atau vitamin tambahan yang tinggi protein, zink dan zat besi kerana vitamin ini membantu dalam pembentukan rambut dan kulit kepala yang sihat.

6. Amalkan pengambilan multivitamin untuk memastikan nutrien sampai ke bahagian rambut.

7. Minum air yang mencukupi untuk melembapkan kulit kepala dan mengelakkan kelemumur.

Set Rambut Gugur Shaklee

ZINC

Tahukah anda? Jika kandungan zinc dalam badan rendah, folikel rambut lebih mudah terurai. Inilah yang akan menyebabkan rambut mudah gugur. Oleh itu, pengambilan mineral Zinc sangat penting bagi mereka yang ada masalah rambut gugur. Zinc penting untuk pertumbuhan sel, menyokong sel-sel yang sihat untuk prestasi badan yang optimum.

➱ Zinc menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat
➱ Zinc meningkatkan pertumbuhan rambut lebih sihat, subur dan tebal

B-complex

Biotin di dalam B-Complex salah satu komponen penting untuk rambut. Ia membantu pertumbuhan rambut yang sihat. Kekurangan bekalan Biotin boleh menyebabkan masalah rambut gugur. Satu lagi yang penting ialah vitamin B12 yang membantu menghalang masalah keguguran rambut & melancarkan peredaran darah di kulit kepala.

ESP

Mengapa rambut dikaitkan dengan protein? Ini kerana rambut terbina daripada asid amino dan mengandungi 91% protein. Kulit, rambut, organ, otot dan kelenjar terbina daripada protein, di mana protein merupakan sebahagian daripada sel dalam tubuh manusia. Oleh itu, sel yang baik terbina daripada jumlah protein yang mencukupi dan diserap dengan baik. Ia membantu tumbesaran, memelihara dan memulihkan sel yang rosak. Maka tidak hairanlah jika masalah rambut gugur berkait rapat dengan kekurangan protein.

VITALEA

Multivitamin yg mengandungi zinc dan bagus utk kuatkan akar rambut dan rambut yg sihat.

Vitamin E 

menghapuskan toksin yang menyebabkan rambut mengalami kerosakan

SHAMPOO, CONDITIONER & SCALP TREATMENT

Produk2 dari Pro Sante ni mmg terbaik dlm menghilangkan kekotoran di rambut, mengekalkan kelembapan kulit kepala, kuatkan akar rambut serta sihatkan rambut.

shampoo bagus bebas bahan kimia

SHAMPOO SHAKLEE BAGUS UNTUK SEMUA MASALAH RAMBUT !

Adakah anda mempunyai masalah rambut atau ingin menjaganya supaya tidak bermasalah??

Mungkin bagi sesetengah anda tidak berapa kenal lagi Shampoo Shaklee ini . Shaklee telah menghasilkan SET PRO SANTE untuk apa jua masalah rambut.

Shaklee bukan sahaja produce makanan tambahan / supplemen, malah penjagaan rambut dan muka pun turut ada. Untuk pengetahuan semua, bahan yang terkandung di dalam set penjagaan rambut ini bebas dari bahan kimia & merupakan formulasi terbaik untuk kita semua sekaligus memberikan rambut anda cantik dan sihat.

Jangan ingat kita sahaja yang makan supplemen rambut pun perlu makan supplemen juga!

rambut gugur shaklee jumaati

Testimonial Masalah Rambut Gugur Hilang

Assalamualaikum.

Saya Jumaati binti Ahmad berumur 41 tahun mempunyai tiga orang anak selepas 6 tahun berkahwin. Kali ini saya nak kongsikan testimoni saya tentang masalah keguguran rambut hilang dengan makan vitamin Shaklee.

Saya tahu ramai cakap normal kalau rambut kita gugur selepas melahirkan. Masih ingat lagi selepas bersalin anak pertama, dalam umur anak tu 4-6 bulan, rambut gugur dgn banyaknya. Mitos mengatakan bila anak dah mula keluarkan air liur yg banyak, ibu bersedialah nak gugur rambut banyak.

Memang betul masa tu banyak sgt rambut gugur. Masa bersalin anak pertama, belum pun makan set Shaklee sepenuhnya. Ketika tu cuma ambil ESP, Alfalfa, Lecithin dan Ostematrix. Masa tu makan untuk banyakkan susu dan nak kembali kurus. Memang tak berapa tahu dan kenal sangat fungsi fungsi produk Shaklee yang lain.

Sebenarnya masalah keguguran rambut selepas melahirkan adalah berpunca dari masalah hormon ibu yang tidak stabil. Ketika ibu hamil, keadaan rambut mereka berada di peringkat terbaik disebabkan akitiviti hormon pada peringkat yang optimum.

Semasa hamil, rembesan hormon wanita (estrogen) adalah lebih banyak yang menyebabkan rambut berhenti untuk tumbuh secara aktif yang menyebabkan tidak ada keguguran rambut. Selepas melahirkan, jumlah estrogen ibu berkurang dengan mendadak.

Masa inilah rambut gugur dengan banyaknya kerana sepanjang tempoh jumlah estrogen tinggi, rambut terhenti untuk gugur. Faktor stress dan kekurangan vitamin selepas melahirkan anak juga antara punca mudahnya rambut gugur.

Kerana itu, apabila hamil anak kedua, saya memang berpantang dengan mengambil set berpantang premium Shaklee termasuklah Zinc Plus. Kebetulan masa itu memang dah jadi member Shaklee.

Alhamdulillah sepanjang melahirkan anak kedua dan ketiga memang tak ada masalah keguguran rambut.

Nak dijadikan cerita baru baru ini sebelum mengandungkan anak yang kelima, tiba tiba saya mengalami keguguran rambut yang sangat banyak. Asal sikat rambut je, rambut gugur ke lantai. Kalau kat bilik air tu, memang banyaklah gumpalan rambut gugur di lantai.

Kalau dalam bilik tu memang jelas helaian rambut bersepah di lantai. Masa itu rasa macam orang ada kanser yang gugur banyak rambut.

Masa ini tak tahu punca apa tapi saya berusaha untuk cuba makan zinc plus balik. Sebab selama ini pun, saya makan Vitalea dan ESP yang mana antara supplemen yang boleh membantu kurangnya masalah keguguran rambut.

Masa nak cuba makan balik zinc plus ini, tetiba saya disahkan hamil anak yang kelima (anak nombor empat keguguran). Saya tanya upline bolehkah makan zinc plus ketika hamil. Dia cakap boleh. Memandangkan saya hamil, saya tambah makan B Complex juga. Kiranya dalam tempoh kehamilan saya memang makan Set Hamil sepenuhnya dengan ESP, B Complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix dan Zinc Plus.

Dijadikan cerita juga, semasa minggu ke 7, doktor tak dapat detect jantung baby.

Selepas beberapa kali scan pun, doktor cakap kandungan tak membesar dan minta saya refer ke hospital. Semasa tempoh ni, saya dapat nasihat dari Mami Hadha supaya doublekan pengambilan vitamin vitamin seperti B Complex, Vitalea, Vitamin C dan ESP. Mami kata selagi doktor tak sahkan apa apa, teruskan berdoa janin akan terus membesar dengan usaha makan vitamin dengan kuantiti yang lebih.

Namun Allah itu Maha Perancang. Dia sebaik2 Perancang. Doktor sahkan kandungan tak menjadi dan doktor bagi tempoh untuk keguguran berlaku secara semulajadi.

Untuk memastikan keguguran yang lebih cepat, saya makan Alfalfa dalam kuantiti yang agak banyak untuk memastikan tiada D&C dilakukan nanti sebab dah gugur secara semulajadi.

Alhamdulillah selepas 3 hari makan Alfalfa, proses keguguran berlaku. Saya selamat melahirkan janin yang berumur 3 bulan lebih.

Selepas itu, saya teruskan berpantang dengan makan vitamin vitamin Shaklee yang ada.

Alhamdulillah sepanjang berpantang, barulah saya sedar, saya tidak lagi mengalami masalah keguguran rambut. Memang dah tak nampak helaian rambut yang bersepah di lantai. Syukur Alhamdulillah.

Masa ini saya sedar dengan asbab saya makan gabungan vitamin vitamin Shaklee, dengan B Complex dan Zinc Plus juga vitamin2 lain, masalah keguguran rambut terus hilang.

Sehingga kini, selepas habis tempoh berpantang pun, saya dah tak jumpa rambut saya kat lantai. Terima kasih Allah. Terima kasih Zinc Plus yang saya rasa sangat membantu saya menyelesaikan masalah keguguran rambut saya.

Saya percaya kombinasi Set Hamil/Berpantang Shaklee dgn Zinc plus menjadi asbab masalah keguguran rambut saya selesai.

Jadi saya sangat rekomen kalau ada sesiapa yang mengalami masalah keguguran rambut ni, cubalah makan zinc plus ni. Lebih bagus ditambah dgn b complex, vitalea, ESP dan Ostematrix.

Insha Allah, anda tak perlu mencari-cari syampoo apa yang sesuai untuk masalah keguguran rambut anda. Semuanya sebenarnya dari dalaman kita. Bila badan cukup nutrisi, insha Allah kurang segala penyakit datang.

Sekian, testimoni dari saya. Moga bermanfaat untuk semua. Jumaati Ahmad

Testimonial Set Rambut Gugur Shaklee

zinc plus rambut tak gugur
zinc  kuku
 rambut kurang gugur

Nak Order Set Rambut Gugur Shaklee

Ainul Mustafa
whatsapp : www.wasap.my/60133612717/rambutgugur
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Instagram : Ainul Mustafa 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *