Set Kencing Tak Lawas Shaklee

Set Kencing Tak Lawas Shaklee

Kenapa penting set kencing tak lawas shaklee ? Antara simptom yang boleh dijadikan indikasi seseorang mungkin menghidap kanser adalah berlaku beberapa keadaan berkaitan kencing tak lawas, terlalu kerap, tidak puas, tidak lancar, sakit atau pedih, berdarah, kerap kencing malam, terkencing dan terasa sakit ketika berlaku ejakulasi semasa bersetubuh.

Kanser yang berlaku pada prostat menghenyak pundi kencing menyebabkan pesakit berasa kerap mahu membuang air kecil atau tidak dapat menahan kencing. Pada masa sama prostat yang membesar kerana kanser turut menghimpit salur kencing menyebabkan aliran air kencing tersekat dan susah mengalir keluar. Itulah punca kencing tidak puas atau sakit ketika membuang air kecil,

MASALAH KENCING TIDAK LAWAS. APAKAH PUNCANYA?

Kencing tak lawas berlaku apabila seseorang itu merasakan air kencingnya masih ada walaupun baru seketika tadi dia telah membuang air kecil. Ia akan mengganggu individu tersebut kerana dia terpaksa berulang alik ke tandas untuk membuang air kencing tersebut. Malah jika ia berlaku dalam jangka waktu yang lama, ia boleh memberi tekanan kepada pesakit tersebut. SIMPTOM-SIMPTOM

1. Kerap ingin buang air kencing
2. Merasakan masih lagi ada air kencing setelah seketika tadi baru sahaja membuang air kencing
3. Terdapat air kencing yang meleleh keluar ketika mana pesakit bukan di dalam tandas
4. Kencing sakit
5. Kerap kencing waktu malam
6. Arus air kencing yang tidak laju
7. Terpaksa meneran untuk mengeluarkan air kencing
8. Kencing berdarah

Punca Kencing Tak Lawas

1. Benign Prostatic Hyperplasia

Penyakit ini berlaku apabila struktur prostat dibahagian saluran air kencing membesar dan menghimpit saluran air kencing.
Prostat berfungsi sebagai struktur yang merembeskan semen ke dalam air mani sebelum ia dipancut keluar daripada zakar.
Ketika seseorang itu berumur, prostat tersebut boleh bengkak. Jika ia terlalu besar, ia akan menghimpit saluran air kencing dan menyebabkan air kencing susah untuk dibuang. Pesakit terpaksa meneran untuk mengeluarkan air kencing tersebut

2. Batu Karang

Jika batu karang dibahagian saluran ureter iaitu saluran diantara buah pinggang dan pundi kencing, selalunya pesakit akan menghadapi sakit belakang yang teruk.
Tetapi jika batu karang tersebut berlaku di pundi kencing, maka salah satu simptomnya adalah pesakit akan mengalami kesakitan ketika buang air kencing dan juga air kencing berdarah.
Pesakit juga akan mengalami kencing tak lawas disebabkan batu tersebut akan merangsang reseptor di dalam pundi kencing untuk seolah-olah merasakan terdapat air kencing lagi di dalam pundi kencing tersebut. Sedangkan hanya terdapat batu sahaja.

3. Kanser prostat atau kanser pundi kencing

Kanser prostat akan menyebabkan saiz prostat membesar dan menghimpit saluran air kencing. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk membuang air kencing dan rasa tidak puas walaupun telah membuang air kencing.
Bagi kanser pada pundi kencing pula, ia akan menyebabkan pendarahan dalam pundi kencing. Ketika mana darah terlalu banyak, ia akan membeku di dalam pundi kencing dan menyumbati saluran air kencing

4. Kencing manis

Pesakit kencing manis yang mempunyai gula tidak terkawal akan menyebabkan penghasilan air kencing semakin meningkat. Ini kerana gula yang berlebihan akan masuk ke dalam air kencing dan menyebabkan ia pekat. Kepekatan air kencing ini akan menarik air di dalam badan untuk masuk ke dalam air kencing.
Pesakit akan kencing selalu dan kerap kerana isipadu air kencing yang dihasilkan adalah lebih banyak. Ini menyebabkan kencing tidak lawas oleh pesakit.

5. Masalah Saraf

Masalah saraf yang dimaksudkan adalah masalah saraf yang akan mengganggu fungsi kawalan air kencing. Terdapat beberapa masalah saraf yang akan mengganggu kawalan untuk buang air kencing. Masalah saraf tersebut adalah seperti Multiple Sclerosis, Slipped disc, Sindrom Cauda equina dan kecederaan pada tulang belakang.

6. Keradangan prostat

Seperti yang dinyakatakan diatas, prostat adalah organ yang merembeskan simen ketika ejakulasi berlaku. Ketika mana keradangan ataupun jangkitan kuman berlaku, ini akan menyebabkan prostat tersebut membengkak dan menghimpit saluran air kencing.

7. Kencing kotor

Kencing kotor iaitu jangkitan kuman pada tempat buang air kencing juga akan menyebabkan rangsangan pada pundi kencing dan saluran air kencing. Ia akan menyebabkan pesakit rasa seolah-olah terdapat air kencing lagi di dalam pundi kencing. Sedangkan apa yang berlaku adalah pundi kencing tersebut mengalami rangsangan daripada jangkitan kuman yang sedang berlaku.

8. Tahan Kencing

Jika seseorang menahan kencing dengan terlalu lama, ia akan menyebabkan otot pundi kencing tidak dapat mengecut dengan sempurna. Ini akan menyebabkan terdapat lebihan air kencing di dalam pundi kencing. Oleh itu, dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada terlalu lama menahan air kencing.

Kanser Prostat

kanser prostat ialah ketumbuhan yang bermula dalam kelenjar prostat. Dalam beberapa kes, kanser ini membiak dengan perlahan sehingga penghidap tidak mengalami sebarang simptom atau menyedari kewujudannya. Lama-kelamaan ia akan membesar serta mengelilingi prostat. Jika tidak ‘dibunuh’ dengan segera, ia boleh merebak ke tulang belakang yang mengundang risiko lebih besar.

Peringkat satu dan dua hanya membabitkan 5 peratus kanser di sekitar kelenjar. Peringkat tiga pula ia mula merebak ke sarung kelenjar prostat atau vesikal seminal. Dan tahap empat yang dikategorikan serius ialah kanser mula merebak ke pundi kencing, dubur, paru-paru dan tulang. Serangan ke atas tulang belakang boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit belakang malah boleh mengakibatkan lumpuh

SUMBER 

prostat bengkak

Punca Masalah Kencing Tidak Lawas

Kencing tak lawas terjadi apabila tidak semua air kencing dikeluarkan dalam satu masa. Jadi, masih ada saki baki air kencing di dalam pundi kencing pesakit. Keadaan ini akan menyebabkan kencing yang kedua, atau seterusnya, mempunyai aliran air kencing yang mengecil. Seterusnya akan buat rasa tersekat-sekat, rasa tidak puas buang air kecil, dan berulang ke tandas.

Punca masalah kencing tak lawas di kalangan warga emas lelaki biasanya disebabkan oleh:

  1. Otot pundi kencing yang lemah dan tidak stabil.
  2. Kelenjar prostat bengkak.
  3. Kanser prostat.
  4. Kencing kotor (jangkitan kuman pada pundi kencing).
  5. Batu karang di saluran, atau dalam pundi kencing.
  6. Masalah saraf yang disebabkan oleh penyakit multiple sclerosis.
  7. Kecederaan saraf tulang belakang.

vitamin kencing tak lawas

Set Kencing Tak Lawas Shaklee

Garlic bertindak sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi yang bagus untuk mencegah jangkitan kuman,fungus dan kulat.

Alfalfa Complex pula bertindak sebagai untuk mengatasi masalah water retention dan mengawal kandungan air dlm badan.

testimoni kencing kotor shaklee

testimoni alfalfa kencing kotor

 

Cara nak Order Set Kencing Tak Lawas Shaklee

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *