Sakit Saraf Sciatica Supplement Shaklee Membantu Kembali Sihat

Sakit Saraf Sciatica Supplement Shaklee  Membantu Kembali Sihat

Saraf Sciatica ialah saraf terpanjang pada tubuh yang bermula dari bahagian pinggang sehingga ke belakang setiap kaki. Saraf ini mengawal otot kaki bawah dan memberikan sensasi pada bahagian belakang paha, betis, kaki dan jari kaki. Apa punca Sakit Saraf Sciatica?

Sakit Saraf Sciatica

Simptom Sciatica yang paling biasa ialah sakit mencucuk, panas dan kesemutan (kebas) yang memancar dari pinggang melalui punggung dan ke bawah belakang kaki. Rasa sakit ini boleh disertai dengan kebas, rasa lemah atau sukar menggerakkan kaki.

Punca Sakit Saraf Sciatica

  • Cakera hernia.
  • Penyakit cakera degeneratif.
  • Stenosis spina lumbar, tekanan pada saraf akibat penyempitan liang spina.
  • Tumor yang menjepit saraf siatik.
  • Sindrom piriformis, gangguan yang jarang berlaku iaitu otot pada bahagian punggung menekan saraf siatik.
  • Duduk atau berdiri untuk tempoh yang lama.
  • Berat badan berlebihan atau obesiti.

7 Cara Berkesan Melegakan Sakit Saraf Sciatica

Sakit Saraf Sciatica

1. Pemanasan dan regangan
Lakukan pemanasan ringkas sebelum melakukan peregangan bagi kawasan yang terkesan. Regangan lembut bagus untuk otot-otot pinggang dan pangkal paha dan ia membantu mengurangkan ketegangan pada saraf sciatic sekaligus mengurangkan rasa sakit.

2. Guna bantal khas
Apabila tidur, anda boleh meletakkan bantal di bawah lutut atau di antara betis agar tulang belakang berada dalam kedudukan yang betul. Misalnya bantal pasir atau bantal tidur boleh membantu mengurangkan tekanan pada saraf sciatic semasa tidur.

3. Gunakan pek panas dan sejuk untuk melegakan sakit Sciatica

Contohnya anda boleh menggunakan pek ais untuk 72 jam pertama apabila sakit sciatica menyerang, terutamanya jika sakit akibat cedera. Boleh letak ais untuk mengurangkan bengkak kerana ia boleh mengurangkan mampatan saraf sciatic. tapi jangan meletakkan pek ais secara langsung pada kulit sebaiknya balut pek ais itu dengan tuala atau kain dan sapukan ia selama 15-20 minit pada satu-satu masa.

Selepas 72 jam pertama, anda boleh menukar pek ais tadi kepada pek pemanas. Sapukan dalam 20 minit sahaja. Kenapa haba? Ia boleh menenangkan otot yang kejang atau tegang, mengurangkan kesakitan dan tekanan.

Jika masih rasa sakit selepas beberapa hari menggunakan pek pemanas, anda boleh menggunakan pek ais dan haba secara selang seli pada kawasan yang sakit.

4. Senaman rendah impak
Buat senaman yang rendah impak seperti berjalan secara perlahan-lahan di sekitar rumah. Senaman ini dapat membantu menguatkan otot, melancarkan aliran darah, dan mengurangkan tekanan pada saraf sciatic. Tapi jangan terlalu aktif sangat, buat secara sederhana.

5. Terapi
Ada beberapa jenis terapi yang boleh membantu melegakan sakit saraf scaitica seperti:

  1. Akupuntur
  2. Yoga
  3. Berurut
  4. Kawal stress dengan baik

6. Buat regangan
Regangan lembut untuk memastikan otot bekerja dan memudahkan pemampatan atau cubitan. Ia membantu ,eningkatkan kekuatan dan fleksibiliti selain mengurangkan kesakitan sciatic. Contohnya senaman regangan mudah bagus untuk otot belakang dan saraf tunjang.

7. Berjumpa doktor atau pakar kesihatan
Jika sakit saraf sciatica teruk atau berlarutan lama, anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan. Mereka boleh mengesyorkan rawatan tambahan seperti terapi fizikal, ubatan anti-radang, atau kaedah lain yang sesuai.

Penting untuk anda tahu bahawa setiap orang mungkin mempunyai respon dan kesan yang berbeza terhadap rawatan. Jika kesakitan berlarutan atau bertambah teruk, segeralah berjumpa dengan profesional kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan penjagaan yang betul serta selamat.

Supplement Shaklee Untuk Bantu Sakit Saraf Sciatica

Vitamin B

Sakit Saraf Sciatica

Vitamin B sangat penting untuk sistem saraf  berfungsi dengan baik terutama vitamin B1, B6, B9 dan B12. Semua jenis vitamin B ini ada dalam B-Complex Shaklee. Vitamin B12 penting untuk pertumbuhan dan kesihatan sel saraf. Kekurangan vitamin B12 boleh meningkatkan risiko sakit sciatica. 

Omega 3

Sakit Saraf Sciatica

Kajian menunjukkan kandungan Omega 3 yang tinggi dalam badan boleh melindungi sel saraf dan memulihkan saraf yang tercedera. Omega 3 juga bersifat anti-radang untuk membantu mengurangkan rasa sakit atau bengkak dalam badan anda. 

Ostenutrix 

Sakit Saraf Sciatica

Mengandungi Magnesium yang bagus untuk saraf. Magneisum membantu memulihkan dan memperbaiki saraf dan otot yang cedera. Bila badan kurang magnesium boleh menyebakan kekejangan, potensi untuk sakit kepala dan migrain. 

Vivix 

Sakit Saraf Sciatica

Ada kandungan Resveratrol di dalam Vivix yang boleh membantu masalah berkaitan sistem saraf dan sendi;

  • Menjaga dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi dan saraf
  • Mengurangkan sebab-sebab yang menjadi punca kepada penyakit urat saraf
  • Mengurangkan rasa sakit dan keradangan pada sendi dan sistem saraf

Pengalaman Pengguna Set Shaklee ni

Sakit Saraf Sciatica

Mari baca perkongsian Puan Ayu ini

Bismillah..

Sahaja aku berkongsi kerana Allah Taala.

Bermula January 2016…..

Lamaaa simpan cerita ni..

Sape pernah masuk mesin MRI? ME, PERNAH!!! Because x-ray was too mainstream

Apa perasan? Xmau cakap sekarang

Long story cut, Once, diagnosed as pesakit lumbar spondylosis. Ada gak sciatica (google lah sakit apa tu) . Electrotheraphy tu makanan, physiotherapy tu mainan

Ye ke RV?

Yes, I am.

I xboleh bergerak bila ia menyerang. Beberapa kali bedrest gaklah. Masa tu, MC, takat 2 hari tu biasa, mostly sampai seminggu.

Drive memang xleh. Berdiri lama xleh, duduk lama pun xleh. So untuk kerja as guru, doktor memang bekalkan surat khas ‘lightduty’.

Anak2, ibu mereka jaga (ibu asuh). Terima kasih ibu.

Suami uruskan rumah. Anak2 bawa diri. Me??? Nangis

Bukan x redho or bukan x terima.. Tapi sedikit sayu bila banyak benda terbatas.

Hati ibu ini di siat2 tatkala melihat si abang berusia 6-7 tahun menguruskan 2 adik berusia 3-5 tahun. Mandikan adik, siapkan adik. Sedang si ibu hanya mampu memandang dari pembaringan. Anak kecil yg sedang membesar, perlukan perhatian ibu, tapi ibu x berdaya nak dukung, nak angkat

Dari hari itu, mami janji jika diberi kesihatan dan kembali pulih, mami akan berikan yang terbaik buat kalian. Terima kasih Allah, kurniakan aku anak2, suami, & sahabat2 yg baik.

Sejak itu juga aku bangkit. Aku bayangkan satu jek.. Jika aku mati skrg, apa yg saya boleh bawa sebagai bekalan aku kat sana n apa yg aku boleh tinggalkan utk anak2 selain hutang

Alhamdulillah, semua yang jadi ada hikmah kan.

Dari itu kita jadi kuat. Semangat juang kita jadi tinggi. Kebergantungan kita pd Allah jadi lebih padu.

Ya, masa saya sakit tu, x ramai org tahu. Even mak ayah pun xtau seteruk mana.

Yang tahu, suami & rakan terdekat. Tu pun sebab kadang diorg yg bantu time ‘diserang’ sakit masa tengah kerja.

Sampai sekarang, saya masih terbayang, masih ingat bantuan mereka.

Ada yg akan bawa saya ke klinik. Ada yang akan hantar kereta saya balik ke rumah. Terima kasih sahabat2, jasa kalian, hanya Allah mampu balas. Terima kasih juga yang mencemuh. Asbab kalian, aku kuat.

Usah nak drive, duduk sebelah driver lama2 pun x mampu. Pakai guard, panas, rimas, ruam, tapi i have no choices lah kan.

Suami? Beliau akan papah setiap kali nak wudhu n solat. Usah cerita! Sebab beliaulah yg paling banyak masa bersama diri ini kan..

Alaaa jadi cter sedih lak

Nak tunjuk ni.. Cik vix yang saya sayang ni sebenarnya . Punyaaa la sayang sampai nama maya pun lekat (RV) Ratu Vivix. Bukan sebab makan vivix berkoyan2 tapi juga jual VIVIX riban botol

Disamping meneruskan sesi terapi bersama therapist & dalam pemantauan doktor pakar, Saya juga mengamalkan vivix & friends ni sehingga hari ini.

Saya saayang awak & kawan2 awak, cik vivix. Jangan dipertikai kenapa aku begitu bersungguh berkongsi kebaikan vivix ni

Alhamdulillah.. Dengan izin Allah, awak membantu mengembalikan kesihatan saya.

Asbab awak, saya dulu selalu bedrest, kini boleh kembali berjalan, berlari.

Asbab awak, saya dulu selalu MC, kini saya kembali boleh bekerja.

Asbab awak,dulu nak suap makan sendiri pun x mampu bergerak, kini saya kembali boleh menghidangkan makanan untuk keluarga saya.

Saya sayang awak. Awak mengajar saya erti nikmat sihat.

Saya syukur Allah temukan saya dengan awak.

Ya Allah, berilah aku ilham dan kekuatan untuk aku berkongsi kisah aku yang bermula 4 tahun lalu.

InsyaAllah, tiba masa, akan ku paparkan. Doakan aku k3mbali sembuh sepenuhnya ya kawan2

Kisah Puan Faten yang sampai tak boleh jalan & ambil vivix boleh jalan kembali

Sakit Saraf Sciatica

Nak Order Jom Hubungi kami sekarang

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang cara makan yang betul tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. 

Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *