Sakit Dada Sebelah Kiri : Tanda Sakit Jantung ke?
Sakit dada sebelah kiri adalah antara simptom yang paling kerap buat orang terus panik. Ramai terus terbayang serangan jantung, walaupun hakikatnya tak semua sakit dada berpunca daripada jantung.
Namun begitu, yang lebih berbahaya ialah bila sakit dada sebenarnya berkait jantung, tetapi diabaikan kerana disangka angin, gastrik atau stress. Jadi persoalannya:
👉 sakit dada sebelah kiri ini tanda sakit jantung ke, atau cuma masalah biasa?
Kenapa Sakit Dada Sebelah Kiri Selalu Dikaitkan Dengan Jantung?
Jantung kita terletak di bahagian kiri dada. Sebab itu apa-apa ketidakselesaan di kawasan ini sering dikaitkan dengan masalah jantung.
Masalahnya, kawasan dada juga menempatkan:
- otot
- tulang rusuk
- paru-paru
- esofagus (saluran makanan)
- saraf
Semua struktur ini boleh menyebabkan sakit dada, dan simptomnya kadang-kadang hampir sama.
Punca Biasa Sakit Dada Sebelah Kiri

1. Masalah Otot & Saraf
Ini punca yang sangat kerap berlaku.
- Otot dada tegang
- Salah posisi tidur
- Angkat barang berat
- Saraf terhimpit di leher atau bahu
Ciri-ciri sakit:
- Sakit tajam atau mencucuk
- Bertambah bila ditekan atau digerakkan
- Berkurang bila berehat
➡️ Biasanya tidak berkaitan dengan jantung.
2. Gastrik, Asid Refluks & Angin
Gastrik boleh meniru simptom sakit jantung.
Tanda biasa:
- Rasa pedih atau panas di dada
- Sakit selepas makan
- Rasa penuh, senak atau kembung
- Lega bila sendawa atau ambil ubat gastrik
Ramai yang silap anggap gastrik sebagai masalah jantung, dan sebaliknya.
3. Anxiety & Panic Attack
Tekanan emosi boleh memberi kesan fizikal yang kuat.
Simptom:
- Dada berdebar
- Nafas pendek
- Rasa sempit di dada
- Rasa takut melampau secara tiba-tiba
Walaupun rasa sangat tidak selesa, jantung selalunya normal dari segi struktur.
4. Masalah Paru-Paru
Contohnya:
- Jangkitan paru-paru
- Batuk berpanjangan
- Radang selaput paru-paru
Ciri sakit:
- Sakit bila tarik nafas dalam
- Sakit bila batuk atau bersin
⚠️ Sakit Dada Sebelah Kiri Yang Berkaitan Dengan Jantung
Ini bahagian paling penting untuk difahami.
Sakit dada akibat masalah jantung selalunya:
- Rasa menekan, berat atau ketat
- Bukan sakit tajam
- Boleh menjalar ke:
- lengan kiri
- rahang
- leher
- belakang
Disertai simptom lain seperti:
- peluh sejuk
- loya atau muntah
- sesak nafas
- pening atau hampir pitam
👉 Jika ini berlaku, ia adalah kecemasan perubatan.
Sakit Dada Sebelah Kiri:Wanita & Tanda Serangan Jantung Yang Selalu Terlepas Pandang
Ramai tak sedar, simptom serangan jantung pada wanita boleh berbeza.
Wanita mungkin:
- tidak mengalami sakit dada yang kuat
- hanya rasa cepat penat
- loya
- sesak nafas
- sakit dada yang samar-samar
Sebab itu ramai wanita datang ke hospital terlalu lambat, kerana menyangka simptom tersebut hanyalah gastrik atau keletihan biasa.
Sakit Dada Sebelah Kiri:Bila Perlu Terus Ke Hospital?
Jangan berlengah dan terus ke kecemasan jika:
- sakit dada berlarutan lebih 10–15 minit
- rasa dada ditekan atau ketat
- sakit menjalar ke lengan kiri atau rahang
- disertai peluh sejuk, sesak nafas atau loya
- ada sejarah darah tinggi, kencing manis atau kolesterol tinggi
Lebih baik cek awal daripada menyesal kemudian.
Cara Kurangkan Risiko Masalah Jantung Dari Awal
Walaupun tidak semua sakit dada berpunca daripada jantung, pencegahan awal sangat penting.
Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan gula dan makanan proses
- Jaga tekanan darah
- Kekalkan berat badan sihat
- Urus stres dengan baik
- Tidur yang cukup
Sokong kesihatan sel dan salur darah
Masalah jantung sering bermula di peringkat kerosakan sel dan stres oksidatif. Apabila sel terdedah kepada radikal bebas dalam jangka masa panjang, risiko penyakit kronik meningkat.
Pengambilan nutrisi yang kaya antioksidan membantu:
- melindungi sel
- menyokong fungsi salur darah
- menyokong kesihatan jantung secara keseluruhan
(Nota: nutrisi adalah sokongan, bukan pengganti rawatan doktor.)
Sakit Dada Sebelah Kiri : Tanda Sakit Jantung ke?
Sakit dada sebelah kiri tidak semestinya tanda sakit jantung, tetapi ia juga tidak boleh diambil mudah.
Kunci utama ialah:
- kenali perbezaan simptom
- peka dengan tanda bahaya
- bertindak cepat bila perlu
Kesihatan jantung bukan sesuatu yang dijaga bila sakit sahaja, tetapi perlu diberi perhatian sebelum masalah bermula.
Jika ragu-ragu, periksa lebih awal — kerana dalam isu jantung, masa boleh menentukan segalanya.
Sakit Dada Sebelah Kiri : Supplemen Untuk Kesihatan Jantung
Vivix dan Resv

Vivix bertindak melindungi sel jantung daripada penuaan, membaikpulih sel jantung yang rosak dan memelihara kesihatan salur darah dan fungsi jantung yang sihat, sekaligus mengelakkan penyakit jantung. Vivix yang mengandungi resveratrol membolehkan baikpulih kesihatan dilakukan sehingga ke peringkat selular (sel DNA).
Vivix mengandungi polifenol yang merupakan sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berperanan memberi warna kepada buah dan tumbuhan sambil melindunginya dari penyakit.

Polifenol memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas termasuk menggalakkan fungsi jantung yang sihat. Kajian menunjukkan polifenol di dalam Vivix yang berkepekatan tinggi membantu dalam:
- Mengurangkan keradangan (inflammation) dalam salur darah.
- Menggalakkan dinding salur darah yang sihat.
- Menggalakkan tekanan darah yang sihat.
- Mengekalkan tahap pergumpalan (clumping) platelet yang sihat.
2. Omega Guard


Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung berdegup (biasanya dalam minit). Manakala ritma jantung pula corak dengupan jantung.
Jantung yang sihat ada ritma jantung yang stabil. Penyelidikan telah menunjukkan Omega 3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil dan mengurangkan risiko mati mengejut.
3. Coqtrol


CoQ10 sangat penting untuk:
- Tenaga kepada sel, supaya jantung dapat berfungsi dengan baik
- Mengurangkan kesan sampingan pengambilan statin
- Menggalakkan pengeluaran enzim CoQ10
- Melindungi arteri daripada kerosakan akibat oksidasi LDL
Sakit Dada Sebelah Kiri:Pengalaman Masalah jantung Laju dan Tidak Sekata
Nak dijadikan cerita Dec 2021 saya demam. Suhu pada awalnya tak tinggi pun. masih boleh buat kerja. Tapi tetiba dalam pukul 11 pagi hari tu saya jadi menggigil. check suhu 40. mengigil tak lama. dalam 30minit – 40minit atau tak sampai pun. selepas tu saya muntah. selepas muntah stop suhu panas 40 jadi 36-37 je. mengigil pun hilang. pelik la kan
Hari ke 2 selepas asar sama juga kejadian. tetiba saya demam mengigil. suhu naik 40 dan saya muntah. selepas muntah suhu ok dan mengigil berhenti. Masa hari ke 2 tu saya dah mula fikir macam macam. Aku dah nak mati ke? kena covid ke? dan disebabkan sangat takut stress saya jadi panic attack. Kaki tangan jadi kejang. Jantung laju sangat. Husband terus bawa ke hospital
Dalam perjalanan ke hospital husband suruh tarik nafas, zikir banyak banyak. dalam beberapa minit dalam kereta kejang tadi hilang. jantung dah berkurang laju. Bila dah rasa okay cakap kat suami taknak ke hospital . Kita p Klinik adik saya je. senang sebab dia dah tau rekod kesihatan saya.
Sampai ke Klinik adik, suhu normal. Bacaan oksigen normal tapi jantung laju lebih 100 bacaaan nya. memang terasa jantung laju. Adik boleh test jantung dan ambil darah. Ujian darah semua ok. HB pun normal. Cuma bacaan pada jantung ada Denyutan Jantung Tidak Sekata (Aritmia).
Dia buat surat refer ke hospital untuk check tapi saya taknak. Saya cakap takpa bagi saya relax dulu sebab saya rasa jantung laju sebab panic attactk,anxiety. Apa apa risiko saya ambil. Adik doktor pun tak boleh buat apa dengan kakak yang degil
Ini atas risiko saya ye. Korang yang baca ni jangan follow pulak. p jumpa doktor. nanti kata saya hasut pulak. nak p atau tidak tanggungjawab sendiri ye
Balik rumah setiap hari check sendiri bacaan blood pressure. Bila ambil bacaan akan nampak IHB terpapar pada mesin bp tu. IHB bermakna irregular heartbeat. Bacaan ni mungkin kurang tepat. tapi saya nak at least beberapa bulan cuba sendiri tanpa ubat.


nampak bacaan pada mesin tu IHB.
How accurate is irregular heartbeat on blood pressure monitor?
In summary, the device has a diagnostic accuracy of 87.88% with a sensitivity of 100% and a specificity of 84.8%. ~ PMC
Selepas beberapa bulan sampai sekarang tiada lagi IHB tu . Alhamdulillah


Sakit Dada Sebelah Kiri:Apa yang saya lakukan Bantu Jantung Laju Kembali Normal Tanpa Ubat?
1. Berat badan
Masa saya kena ni berat badan saya memang naik. Selepas keguguran dan ada beberapa benda terjadi membuatkan saya stress,down sangat. Ditambah pulak dengan PKP, COVID . Alhamdulillah saya tak pernah kena covid. Masa ni berat saya naik 62kg. dengan ketinggian 150cm. 62kg tu dah overweight tau.
jadi saya turunkan berat. Alhamdulillah berjaya capai 52kg. misi nak 45kg pulak hehehe .
2.Jaga makan
Saya banyak makan sayur, buah. Sebelum ni pun jarang makan fast food. jajan pun. mungkin masih belum cukup lagi bab jaga makan. Jadi saya tambahbaik lagi bab jaga makan. Saya kurangkan protein haiwan banyak protein tumbuhan . mee bihun roti pun saya kurang kan. makan nasi lebih baik
3. Bersenam
Saya tak la p gym, lari 5km 10km pun. Saya jalan sejalan je pusing pusing taman rumah. Petang sambil tengok anak main playground. Saya pun keluar enjoy suasana petang .
4. Makan Supplement
Ini saya memang tak skip dan bila kena saya banyak kaji balik dan makan dengan lebih konsistent. Antara supplement yang saya ambil RESV, Omega Guard dan Coqtrol . Supplement ni sangat membantu untuk dapatkan kembali denyutan jantung normal selain jaga makan senam
5. Jaga emosi
kalau tengok media sosial boleh buat jadi stress, anxiety maka stop. Layan benda yang buat kita happy. Buat la aktiviti yang kita suka. tanam bunga ke , layan drama korea ke. apa apa la janji buat benda yang kita happy.
Nak Supplement Untuk Bantu Sakit Dada Sebelah Kiri
Kalau dah jumpa doktor dan nak mencuba supplement untuk bantu proses lebih cepat, badan kuat maka boleh la hubungi saya untuk dapatkan supplement ni
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set tenaga shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam, UiTM Shah Alam, UiTM Punak Alam, Universiti Malaya
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/suplemenjantungsihat