Rawatan Penyakit SLE ?

Rawatan Penyakit SLE ?

Rawatan Penyakit SLE ? Fakta Ringkas mengenai SLE

  • Kaum wanita berisiko lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda mengidap SLE berbanding dengan kaum lelaki.
  • Rawatan SLE bergantung kepada jenis dan tahap gejala yang dialami.
  • Rawatan SLE biasanya memerlukan penglibatan beberapa pakar dari beberapa disiplin. Pesakit sendiri juga perlu bersikap positif untuk menerima rawatan.

Apakah SLE ?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah 

  • radang kulit 
  • sakit sendi (arthritis), 
  • selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. 
  • Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Jenis Jenis Lupus ( SLE)

Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.

Diskoid lupus eritematosus (DLE) 

merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.

Lupus Neonatal 

ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.

Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Keadaan ini di panggil“drug-induced lupus”. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

Siapakah Yang Mendapat SLE?

Dianggarkan lebih kurang 90 peratus mereka yang mendapat SLE adalah kaum wanita, sementara 10 peratus yang lain merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak. Bagi kaum wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.

Adalah dianggarkan di Amerika Syarikat seorang dalam 2,000 mengidap SLE. Di Jamaica pula di anggarkan seorang dalam 250 orang mengidap SLE. Setakat ini, Malaysia tidak mempunyai sebarang statistik untuk pengidap SLE. Ini adalah disebabkan SLE mempunyai pelbagai gejala dan melibatkan pelbagai disiplin, akibatnya penyakit ini amat sukar untuk dikesan.

Statistik di Amerika Syarikat pula menunjukkan wanita Amerika berkulit hitam berisiko lebih tiga kali ganda untuk mendapat SLE berbanding wanita Amerika berkulit putih. Ia juga dikatakan lebih kerap berlaku di kalangan wanita berketurunan Hispanik (Latin Amerika), Asia, dan penduduk asli Amerika. Walaupun SLE boleh melibatkan beberapa orang dalam sebuah keluarga, risiko ahli-ahli keluarga, seperti anak dan adik beradik lelaki atau perempuan, untuk mengidap SLE adalah sangat rendah.

Apakah Yang Menyebabkan SLE?

Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.

Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.

SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.

Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.

Ciri-ciri penyakit ialah:

  1. Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  2. Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  3. Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  4. Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  5. Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  6. Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  7. Sawan, strok dan gangguan mental
  8. Risiko untuk mendapat darah beku
  9. Kerap keguguran bayi
  10. Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  11. Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

Rawatan Penyakit SLE elak organ rosak ?

Buah pinggang

Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit. Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru

Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf

SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah

Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

Darah

Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

Jantung

Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung:

  • “perikaditis”, keradangan lapisan luar;
  • “myokarditis”, keradangan bahagian tengah;
  • “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain.
  • “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras). rawatan penyakit sle

Sumber : http://www.lupusmalaysia.org/bm/panduan-pesakit/slepanduan-untuk-pesakit

rawatan penyakit sle

Resveratrol Rawatan Penyakit SLE ?

Resveratrol iaitu bahan semula jadi yang terdapat pada anggur merah yang dikenali mempunyai sifat-sifat anti radang dan kebaikan lain. Vivix Shaklee mengandungi resveratrol. Vivix ialah jus anti oksida yang mempunyai kesan anti inflamasi.

Kombinasi unik resveratrol dan bahan asas di dalam Vivix menjadikannya 10 kali ganda berkuasa daripada resveratrol semata-mata. Kombinasi unik Vivix ini tidak terdapat dalam produk kesihatan lain. Ianya kombinasi 4 bahan semulajadi iaitu anggur muscadine, purple carrot, elderberry dan knoteed Jepun.

Cukup dengan 4 bahan ini sahaja di bawah penyelidikan hampir 30 saintis, telah berjaya menunjukkan kesan baik sebagai anti inflamasi atau anti radang, anti kanser dan anti oksida. Penyelidikan yang sangat teliti untuk mencari bahan utama Vivix dan akhirnya kombinasi 4 bahan di atas menjadikannya ‘breakthrough’ invention.

Tidak seperti jus lain yang meletakkan 10 atau lebih bahan semulajadi antioksida di dalam produk mereka yang berkemungkinan memberikan kesan toksik kepada tubuh kita. Vivix menjalankan beratus ujian klinikal dan jaminan kualitinya tiada kompromi. Vivix tidak memberi kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan anda.

Potensi anti radang dalam Vivix dapat membantu mengurangkan gejala lupus dan membaiki sel yang lemah dan rosak akibat kesan gejala yang dihidapi. Ini membolehkan pesakit lupus berasa lebih sihat dan bertenaga.

vivix sle shaklee
vivix sle shaklee
vivix shaklee rawatan penyakit sle
penyakit rawatan sle

Adakah anda juga mengalami masalah rawatan penyakit SLE ?

Berapakah kos rawatan yang anda telah keluarkan bagi mengatasi masalah tersebut? Kos perubatan tidak murah. Nilai kesihatan itu lebih utama. Jika anda anda mengalami masalah ini, segera dapatkan vitamin diatas bagi membantu anda mengatasi masalah tersebut. Hubungi saya segera untuk info & konsultasi lebih lanjut. rawatan penyakit sle

Ainul Mustafa
Shaklee Certified Product Trainer
SMS / Call / Whatsapp: 013-3612717
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Pengedar Shaklee Area : Shah Alam, Klang, Puncak Alam, Bukit Jelutong, Putra Heights, Petaling Jaya, Subang Jaya, Universiti Malaya (UM), Menara TM, Bangsar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *