Menu Sahur Diet Bantu Turunkan Berat Raya Ni

Menu Sahur Diet Bantu Turunkan Berat Raya Ni

Raya ni nak kuruslah, nak turunkan berat. Seganlah nak p beraya badan macam dipump pump ni. Puasa ni boleh la turunkan berat sikit. Jom kita tengok apa menu sahur diet yang bantu turukan berat raya ni

Menu Sahur Diet:Boleh ke Turun Berat Ramadan ni?

Menu Sahur Diet

Boleh dikkkk tapi kenalah dengan cara yang betul ye

1. Kira Kalori

Asas kepada penurunan berat adalah kalori yang masuk dalam badan kita. Kita kena tahu keperluan kalori harian kita. Bukan asal makan je. asal sedap kenyang perut. Berlebih kalori patut lah tak turun turun berat. dan godaaan makanan sedap bulan puasa yang semuanya tinggi kalori juga kena jaga jaga ok

Apa itu kalori?

Kalori ialah unit ukuran tenaga yang diperlukan tubuh. Tubuh kita memerlukan kalori bagi menghasilkan tenaga agar kita dapat jalani aktiviti seharian.

Bagi menurunkan berat badan, kalori yang diambil mestilah lebih rendah daripada kalori yang keluar.

Oleh itu, anda haruslah berwaspada supaya tidak makan terlalu banyak. Ini akan menyebabkan kalori tidak dibakar dan akan bertukar menjadi lemak yang terkumpul dalam badan.

Jumlah Kalori Yang Diperlukan Oleh Badan

Jumlah kalori yang diperlukan badan adalah bergantung kepada jantina seseorang:

  • Kalori Harian Lelaki : 2000 – 2500 kcal sehari
  • Kalori Harian Perempuan : 1600 – 2000 kcal sehari

Kalori bukan sahaja datang dari karbohidrat, malah ia juga datang dari pengambilan protein dan lemak.

Secara puratanya, jumlah kalori seperti berikut:

  • 1 gram karbohidrat = 4 kalori
  • 1 gram protein = 4 kalori
  • 1 gram lemak = 9 kalori

Cara Kira Kalori Makanan

Ikuti 3 langkah mudah untuk cara mengira kalori secara sendiri bagi mengawal pemakanan dari rumah.

Langkah 1 : Kira berat badan ideal anda (BMI)

Untuk cara kira BMI, ikuti artikel di Cara Kira BMI (Body Mass Index) dan Online BMI Calculator atau formula BMI (Body Mass Index) di bawah:

2. Minum Air 8 Gelas Sehari

Menu Sahur Diet

Semasa bulan puasa ini, kita mempunyai masa yang terhad untuk mencukupkan keperluan air kosong. Seeloknya, lebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam dan terhadkan 2-3 gelas saja pada waktu sahur kerana cara ini lebih berkesan untuk mengekalkan hidrasi tubuh.

Kalau ikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, cadangan mencukupkan 8 gelas air sehari adalah seperti ini:

  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas bersahur
  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawih
  • 1 gelas sebelum tidur

3. Jangan Tak Sahur

Walaupun ‘skip’ sahur boleh mengurangkan pengambilan kalori, tetapi ia adalah amalan yang tidak sihat. Malah, ia cenderung menyebabkan kita makan lebih banyak semasa berbuka.

Lagi pula, amalan bersahur adalah sunnah dan amat digalakkan dalam Islam walaupun hanya dengan buah kurma.

4. Ambil Protein Masa Sahur

Semasa sahur, jangan lupa tambahkan pengambilan protein untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Telur putih, daging bakar, ikan stim / asam pedas, atau ayam kukus adalah pilihan terbaik untuk orang yang berdiet. Kalau setiap kali sahur makan overnight oats saja tentu bosan.

Tak salah makan nasi, mee atau bihun, cuma kuantitinya biarlah sederhana dan cara masakannya perlulah diperhatikan. Dalam segenggam saja sepatutnya cukup untuk keperluan harian.

5. 2-Hour Rule

Inilah antara sebab kita susah nak kuruskan badan di bulan puasa. Selalunya kita akan tidur dalam masa terdekat selepas bersahur. Lepas solat tarawih pula, kita akan makan snek, berbaring dan kemudian tidur.

Tabiat ini menyebabkan lemak akan terkumpul dalam tubuh dari hari ke hari. Malah, ia mengganggu sistem pencernaan dan boleh mengundang pelbagai penyakit jika kerap menjadi amalan. Sekurang-kurangnya, tunggu 1.5 hingga 2 jam untuk perut memproses makanan sebelum tidur.

6.Makan Buah Sayur

Kalau terasa nak minum minuman manis, buat sendiri smoothie buah-buahan tanpa gula. Kalau terasa nak kunyah-kunyah, makan kekacang sihat tanpa garam seperti almond, kacang badam, atau buah-buahan kering – kismis, kurma, aprikot, buah tin, dan sebagainya. Bagus juga kalau buat salad buah-buahan dan sayur.

Menurut kajian di Universiti Tokyo, buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan kandungan air dapat membantu seseorang cepat kenyang dan makan dalam kuantiti yang kurang. Antara contoh buah-buahan dan sayuran itu adalah:

  • Brokoli
  • Kobis / kobis bunga
  • Tembikai
  • Bayam
  • Timun
  • Epal
  • Strawberry
  • Pear

Menu Sahur Diet Bantu Turunkan Berat Raya Ni

Menu Sahur Diet

ESP Shaklee Minuman Sahur Bagi kenyang Lama Bertenaga. kenapa ramai pilih sahur minum ESP bukan nasi sahaja. Sampaikan demand ESP melonjak di bulan puasa.

Nasi adalah makanan TINGGI GLISEMIK. Tapi bukan semua jenis beras tau. Ada je beras “sihat”.

Bila kita makan nasi yang banyak semasa sahur, memang tak heran lah kita akan rasa lapar dalam masa 2-3 jam.

Sebab badan kita akan mengalami “Insulin Spike”.

Menu Sahur Diet

Ketika fasa ini, insulin akan dikeluarkan dengan mendadak dari pancreas untuk membantu menukarkan glukosa kepada tenaga di dalam sel.

Tapi kalau tidur selepas subuh macam mana? Haaa glucose tidak jadi tenaga. Tapi glucose (dari nasi) akan bertukar jadi FAT ! Patutlah orang lain puasa kurus, korang jadi apam kembang ?

Ok back to akibat Insulin spike tadi. Kadar gula dalam darah turun secara mendadak. Otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa.

Krokkk krokkkk bunyi perut keluarkan isyarat laparrrrr.

Baru pukul 10 pagi ni. Aduii pedih perut lah. Macam mana tahan sampai maghrib ni.

Jadi, untuk mengekakkan episode ini berlaku, kita perlu elakkan makan nasi banyak, minum atau makan manis-manis masa sahur.

Elakkan berlaku “insulin spike”

Sebab tu lah memang wajib minum ESP Shaklee masa sahur. Indek glisemik 39 sahaja. GI RENDAH !

Paras gula dalam tidak naik melonjak dan tidak turun mendadak. Gula dalam darah stanil, menyusut secara slow and steady.

Perut rasa just nice ! Tak ada bunyi bunyi kerongcong. Tenaga pun maintain.

Menu Sahur Diet : Pengalaman Pengguna ESP Masa Sahur

Menu Sahur Diet
Menu Sahur Diet
Menu Sahur Diet

Nak order ESP Menu Sahur Diet

Ainul Mustafa

Minum ESP masa Sahur Sejak Ramadan 2012

whatsapp : www.wasap.my/60133612717/ESPSAHUR

Email: ainulfadzilah@gmail.com

Instagram : Ainul Mustafa 

Penghantaran Percuma di kawasan : Shah Alam, Klang, Puchong, Damansara, Petaling Jaya, Subang Jaya, Putrajaya, Cyberjaya, Universiti Malaya, Menara TM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *