Berat Naik Selepas Raya. Tips Elak berat Naik Mendadak
Bila tiba hari raya, pelbagai juadah hidangan menjadi pilihan. Bukan sekadar pilihan tekak malah pilihan selera nafsu. Rasa macam sebulan puasa dan masa syawal ni masa untuk balas dendam. Masa Ramadan berat turun 2-3kg , masa syawal ni baru seminggu berat dah naik 4-5kg. Adoii ada lagi 3 minggu nak hadap open house, makan sana sini. Berat Naik Selepas Raya. Tips Elak berat Naik Mendadak
5 Sebab Berat Badan Mudah Naik Lepas Raya
1.Makan berlebihan dari biasa
Ramai rasa masa raya nilah masa untuk balas dendam sebulan berpuasa. Ada juga rasa hari raya ni makan free jadi boleh makan banyak banyak. Sehari p beraya rumah ke rumah ada yang sampai 12-16 buah rumah sehari. kalau sebulan? 1 rumah kita makan macam macam. dan beraya makan sampai tengah malam. Ingat ye Hari Raya adalah hari kita bereratkan silaturrahim bukan pergi makan semata mata ye
2. Terlebih Gula, Kalori , Lemak
Rasalah ketupat ini
Dengan rendangnya sekali
Sudilah rasa kuihku
Pilihlah yang mana satu
Lagu Dato Sharifah Aini pun cakap makan sekali je bukan berkali kali bertambah tambah sampai kalori, lemak gula pun bertambah tambah dalam badan kita.
3. Minuman Bergula
Hari raya mana mana rumah air manis wajib dihidangkan. Ingat lagi kami p beraya rumah kawan sampai terpaksa minta air masak. Dah tak mampu nak masuk air manis ni. Air gas , air sirap, kordial warna warni. Adoiii semuanya tinggi gula ye kawan kawan.
4. Stress dan Tak cukup Tidur
Beraya sakan sampai tengah malam, 1-2 pagi. Badan pun penat stress dan semestinya tidur pun tak cukup. Makin lambat kita tidur, lagi banyak peluang untuk kita makan lebih banyak sebab makin malam makin lama pulak kan. Pekena pulak teh tarik malam malam bestnya.
5. Malas Bersenam, Aktifkan Badan
Dah penat beraya, balik lambat esoknya badan pun lemau. Nak sambung raya pulak kan. Jadi tiada pulak masa nak bersenam, buat kerja kerja kemas rumah , laman rumah ke untuk aktifkan badan. Maka lemak pun makin syiok la diternak
Bagaimana Nak Elakkan Berat Badan Naik?
Mengikut perkongsian Coach Anuar (Jurulatih Kecergasan Profesional, terdapat beberapa tips bagi mengelakkan berat badan naik ketika hari raya yang perlu anda patuhi!
Ingat Peraturan 20 Minit
Itulah masa yang diperlukan untuk berasa kenyang setelah suapan pertama. Ketika ini, makanlah secara perlahan-lahan atau tetapkan saiz hidangan makanan supaya tidak makan berlebihan. Sentiasalah mengamalkan teknik makan sikit-sikit, berhenti seketika, makan sikit lagi dan ulang. Hal ini, bagi mendidik kita untuk cepat kenyang dan tidak makan secara berlebihan.
Wajib Sarapan Dengan Makanan Yang Sihat Dan Seimbang
Sebelum melangkah ke masjid bagi menunaikan solat sunat hari raya, anda wajib untuk bersarapan dahulu dengan makanan yang penuh nutrisi dan seimbang. Lagipun, ia adalah amalan sunat ketika di hari raya. Dapatlah kita kumpul pahala di hari raya malah dapat membantu kita mengawal nafsu dan jumlah pengambilan kalori.
Jangan Bermula Dengan Manisan!
Antara pantang paling penting yang anda perlu ambil berat ialah, jangan mulakan makan dengan manis-manisan atau ‘desert’. Elakkan juga ambil makanan proses yang kurang bernutrisi. Dengan kaedah ini membantu memastikan adanya khasiat yang baik sebelum memakan kalori yang kurang baik. Ingat, keserderhanaan itu penting!
Kenal Pasti Kalori Menu ‘Favourite’ Hari Raya Anda!
Mungkin ini adalah masa yang tepat untuk anda mengenal kalori permakanan seharian anda termasuk hidangan di hari raya. Kenapa? Kalau tidak, memang susah untuk mengawal jumlah pengambilan kalori.Baru lah makan tu ada rasa ‘sedar diri’. Betul tak?
Bayangkan,
1x biskut raya mengandungi 40 kalori, kalau makan 10 dah 400kcal. Itu baru satu rumah.
Kalau 50 rumah berbuka sepanjang hari raya ini, itu dah 20,000kcal atau 2.6kg! Oh Tidak!
Konsep 10:20 hari
Hal ini berbalik kepada konsep ‘reward’ diri di hari raya. Boleh pilih 10 hari raya pertama sahaja ganjarkan diri dengan hidangan raya beraneka ini. Hari selebihnya, boleh pentingkan permakanan yang sihat dan bernutrisi.
Selain itu, pengawalan stress, dan amalan mengambil air kosong ketika beraya juga turut membantu bagi mengawal berat badan ketika di hari raya. Janganlah, asyik nak ‘cheat day’ sahaja nanti bukan sahaja bentuk tubuh badan ‘hilang’ malah kesihatan diri juga dalam keadaan merbahaya. Sentiasalah beringat ketika beraya bukan sahaja dalam permakanan malah kesihatan juga.
Supplement Shaklee Bantu Elak Berat Naik Selepas Raya
Set Kurus Shaklee yang membantu turunkan berat, elak berat naik mendadak semasa raya ni
- Leusina membantu membakar lemak tanpa memberikan kesan yo-yo.
- Leusina membina dan mengekalkan otot untuk berat badan yang lebih sihat dan badan yang tegap.
- Mengisi jurang nutrisi.
- Mempercepatkan pemecahan lemak.
- Menghalang pengumpulan lemak dan mengeluarkan toksin dari hati.
- Laksatif semulajadi untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus
- Membantu mengeluarkan toksin daripada badan
- Meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak
- Meningkatkan sensitiviti insulin badan untuk mengawal penyimpanan lemak
Jangan biarkan Raya Jadi Punca Berat Naik Selepas Raya
“Sebab raya ni lah berat naik 10kg ! ”
Janganlah sampai salahkan raya pulak. yang salah adalah kita yang mengikut nafsu. Makan dihari raya tak salah tapi apa yang kita makan, apa yang kita pilih, apa yang kita lakukan bila dah berlebih makan.
enjoy berhari raya. pergilah berziarah sedara mara, kawan kawan. Jamah lah hidangan yang disediakan. Utamakan makanan yang kenyang macam nasi. Jadi bila dah kenyang kuranglah nafsu nak makan biskut, jajan, kerepek tu. dan minum cinch shakes sebelum ke rumah terbuka tu sangat membantu kurangkan nafsu craving nak makan benda manis
Selepas makan itu ini yang berlemak, tinggi kalori, tinggi minyak semua nya tu kita makan omega guard, lecithin dan herb lax.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 dari saya sekeluarga Faiz Saaid, Ainul Mustafa, Arreessa Zulaikha, Ariana Maryam dan Aqeela Dahlia
Saya dengan rendah diri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Ampun dan maaf dipinta, Sekiranya ada tersilap tingkah laku dalam bergurau senda
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN diucapkan kepada semua