Luka Kencing Manis Sembuh Elak Kena Potong

Luka Kencing Manis Sembuh Elak Kena Potong

Luka kencing manis lambat sembuh, susah nak bercantum balik. Malah makin teruk. Risau kalau sampai kena potong.

Biasanya, pesakit kencing manis akan menghadapi masalah kerosakan saraf (diabetic neurophaty) yang mengakibatkan kakinya tidak akan berasa pedih atau sakit. Apabila seseorang hilang rasa pada kakinya, dia mungkin tidak akan berasa lepuh pada kakinya sehingga mencetus kepada luka. Luka tersebut menjadi semakin teruk dan dijangkiti kuman sehingga boleh menyebabkan gangren dan pemotongan kaki (amputasi).

Luka seperti cakaran dan lepuh (blister) juga boleh berlaku dan biasanya ditemui di kawasan tapak kaki. Bagi penghidap kencing manis, lama kelamaan luka menjadi semakin teruk disebabkan oleh komplikasi neuropati atau kerosakan urat saraf periferi. Ini adalah kerana mereka telah kehilangan deria sentuh pada permukaan tapak kaki atau di hujung jari membuatkan luka pada kawasan tersebut menjadi semakin teruk.

Kencing manis juga boleh mengurangkan aliran darah yang mengalir ke kaki. Aliran darah yang tidak cukup ke kaki dan tapak kaki mengakibatkan luka atau jangkitan kuman tidak pulih.

Mengapa Luka Kencing Manis Lambat Sembuh?

Luka kencing manis lambat sembuh dan berisiko menjadi serius sehingga berakhir dengan amputasi anggota badan yang terlibat. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku antaranya:

1. Kerosakan Saraf atau Neuropati

Kencing manis yang tidak terkawal boleh menyebabkan kerosakan saraf, bermula dari kaki dan tapak kaki, perlahan-lahan merebak ke atas dan menyebabkan kekurangan deria rasa pesakit terhadap panas, sejuk atau sakit. Ketiadaan deria rasa ini disebut sebagai neuropati diabetes. Pesakit diabetes yang mengalami masalah ini biasanya tidak menyedari jika terdapat sebarang luka atau ulser pada kaki mereka sehingga luka menjadi parah seperti bernanah atau sel kulit menjadi mati.

2. Kelemahan Aliran Darah

Kencing manis menjejaskan tisu lapisan saluran darah. Ini menyebabkan gangguan aliran darah ke kawasan yang terjejas dan menyebabkan penyembuhan luka yang perlahan. Selain itu, kencing manis juga menyebabkan saluran darah di telapak kaki dan kaki menjadi sempit dan keras. Peredaran yang lemah boleh meningkatkan risiko jangkitan kaki. Aliran darah yang lemah yang berlaku di lengan dan kaki dikenali sebagai penyakit arteri periferi.

3. Kemerosotan Sistem Imun

Pesakit kencing manis juga mempunyai sistem imun yang lemah. Ini menyebabkan sel-sel yang bertanggungjawab menyembuhkan luka tidak berfungsi dengan cekap. Akibatnya luka akan mengambil masa yang lama untuk sembuh serta risiko mendapat jangkitan meningkat. Kemerosotan sistem imun boleh menyebabkan seseorang mudah terkena jangkitan kuman. Sekiranya jangkitan dibiarkan tanpa rawatan, ia akan menyebabkan pelbagai komplikasi seperti sepsis dan gangren.

4. Perubahan Kulit

Kencing manis menyebabkan kulit tapak kaki menjadi kering, patah dan mengelupas. Kematu terbentuk dengan lebih mudah dan cepat kerana fenomena ini dan biasanya lebih ketara pada tumit atau bola kaki atau di bahagian bawah ibu jari kaki.

5. Perubahan Struktur Kaki

Kerosakan saraf akibat kencing manis juga boleh menyebabkan perubahan bentuk kaki seperti ibu jari tukul, jari kaki bertindih atau bunion. Perubahan bentuk atau struktur kaki ini menyebabkan mereka yang mengalaminya lebih mudah mendapat kecederaan pada kaki.

Luka Kencing Manis

Penjagaan Luka Kencing Manis

1. Memastikan Kebersihan Luka

Anda boleh membersihkan luka dengan air mengalir atau sebarang produk antiseptik yang ada. Selain itu, pastikan luka anda kering dan sapukan dengan sapuan antibiotik yang disaran oleh doktor agar luka tersebut bebas dari jangkitan. Selain itu, tukar kain balutan luka anda dengan kerap supaya ia sentiasa bersih dan kering.

2. Pastikan Pembalut Luka Tidak Terlalu Ketat

Elakkan tekanan yang berlebihan pada bahagian yang cedera atau luka dengan mengelakkan balutan yang terlalu ketat. Ini bagi membolehkan aliran darah yang lancar dan membantu luka sembuh dengan lebih cepat dan baik. Sekiranya anda mengalami luka pada tapak kaki, anda boleh menggunakan bantal lembut atau kasut khas untuk mengurangkan tekanan pada luka.

3. Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Kandungan kadar gula dalam darah yang tidak terkawal akan menyebabkan pelbagai komplikasi termasuklah mengganggu penyembuhan luka. Oleh itu, mengawal paras gula dalam darah adalah penting. Amalkan diet pemakanan yang sihat untuk kencing manis, bersenam, serta ambil ubat antidiabetik atau suntikan insulin seperti yang telah disarankan oleh doktor anda. Anda juga boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai langkah mengawal dan menjaga kadar gula dalam darah anda.

4. Pantau Tanda-tanda Jangkitan

Luka yang telah dijangkiti kuman boleh menunjukkan tanda-tanda seperti sakit, kemerahan, bengkak atau merasa panas di kulit sekitar luka. Tanda lain yang lebih serius termasuklah luka menjadi berair, bernanah, dan berbau. Sila rujuk kepada doktor dengan segera jika terdapat tanda-tanda jangkitan pada luka seperti ini.

5. Ambil Makanan Yang Seimbang Untuk Nutrisi Yang Cukup

Protein adalah antara nutrien yang penting untuk membantu penyembuhan luka kencing manis, kerana setiap pertumbuhan sel serta proses penyembuhan dalam tubuh manusia memerlukan protein. Keperluan kalori yang mencukupi dan nutrisi lain seperti lemak, serat, vitamin dan mineral seperti zink dan vitamin C juga penting. Oleh itu, pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dan pelbagaikan jenis makanan yang anda ambil setiap hari

6. Pemantauan Pihak Kesihatan

Patuhi jadual janji temu bagi pemeriksaan kencing manis dan luka kencing manis anda. Sesetengah jenis luka bagi pesakit kencing manis memerlukan balutan khas dan pemeriksaan berkala untuk mengetahui perkembangan luka tersebut. Oleh itu, patuhi jadual janji temu bagi pemeriksaan kencing manis dan luka kencing manis anda. 

Info

Luka Kencing Manis
Luka Kencing Manis
Luka Kencing Manis

Ada luka kencing manis dan nak elak dari kena potong?

Diingatkan semula bahawa vivix bukan ubat untuk merawat mana mana penyakit. ianya minuman kesihatan yang bantu kuatkan sistem imun badan, bantu proses luka cepat .rawatan doktor ubat wajib diteruskan ye. Berminat nak dapatkan set ini

Boleh hubungi saya di 013-3612717 atau klik link ini >www.wasap.my/60133612717/lukakencingmanis

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set keputihan shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *