Supplement Ekzema Kulit Dah Tak kering Berkerak

Supplement Ekzema Kulit Dah Tak kering Berkerak

Bahagian kulit merah, gatal, kering, menggelupas, berkerak. Ada masa bila terkena alahan pada apa apa gatalnya garu sampai berdarah. Ekzema nampak biasa tapi boleh menggangu kehidupan harian, perkembangan anak anak juga. Selain rawatan ubat doktor, supplement ekzema antara yang saya dan anak saya yang merupakan pesakit ekzema amalkan dan ianya sangat membantu

Apa Itu Ekzema ?

Supplement Ekzema

Ekzema adalah simptom keradangan dan kegatalan kulit. Ekzema yang paling biasa dihidapi oleh anak kecil atau orang dewasa dikategorikan dermatitis atopik (atopic dermatitis), atau ekzema atopik (atopic eczema). Dr Kartini Farah Rahim, Pakar Perunding Dermatologi, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital menjelaskan secara terperinci tentang simptom dan cara rawatan yang betul bagi penyakit ekzema.

Biasanya bagi bayi ia bermula dengan mendapat bintik-bintik merah di pipi dan kadang kala berair. Bayi juga akan kelihatan tidak selesa dan menggeselkan mukanya. Ada juga bintik-bintik merah di kawasan kulit yang lain.

Ciri-ciri ekzema

Supplement Ekzema

Ciri-ciri ekzema atopik ini adalah gatal dan bintik merah kecil. Jika digaru, ruam boleh menjadi kasar, berair dan tebal. Kebiasaannya ruam terdapat pada muka, kulit kepala, leher dan kawasan pelipat siku dan lutut bayi.

Risiko lebih tinggi jika ada sejarah alahan pada bayi atau keluarganya sama ada asma, resdung dan ekzema atopik.

Apakah Masalah Yang Boleh Dihadapi Bila Ada Ekzema ?

  • Kulit pedih apabila luka digaru dan susah tidur lena kerana gatal.
  • Kerap menangis dan murung kerana tidak selesa.

Kenapa Ekzema Terjadi?

  • Masalah gen yang diwarisi contohnya mutase gen filaggrin. Ini menyebabkan kurangnya daya tahan kulit untuk menghalang bahan uaran masuk ke dalam kulit dan kelembapan mudah meruap keluar menyebabkan kulit kering.
  • Sistem imun bayi yang tidak matang.
  • Masalah persekitaran

Ekzema tidak boleh berjangkit dan bukan disebabkan kurangnya kebersihan diri.

Bagaimana Boleh Menghindari Dari Ekzema Berlaku Semula?

Cari pencetusnya. Setiap bayi mempunyai pencetusnya yang unik yang boleh berbeza dengan bayi yang lain. Contoh penecetus adalah jangkitan bakteria, hama rumah, debunga, haiwan peliharaan, pemakanan, perubahan cuaca, stress dan asap rokok.

Contohnya:

  • Faktor hama habuk dalam rumah adalah salah satu sebab yang paling kerap mencetuskan eczema. Gunakan penyedut habuk yang mempunyai penapis HEPA, menukar cadar katil dengan kerap dan tidak menggunakan karpet dan alat mainan berbulu.
  • Hindarkan bayi dari terlalu panas dan berpeluh atau terlalu sejuk dan kering udaranya. Ikhtiarkan cara untuk mengurangkan stress bayi.
  • Dapatkan nasihat doktor dan pakar nutrisi jika ingin berpantang makan.
  • Makanan yang kebiasaannya menyebabkan tercetusnya eczema adalah susu lembu, telur, soya, gandum, kekacang dan makanan laut.
  • Berjumpa dengan doktor untuk mengetahui jika bayi memerlukan ujian alahan.

Kawal dari Menggaru Menggaru akan merosakkan permukaan kulit dan secara langsung memudahkan bahan alahan dan kuman masuk ke dalam kulit. Usahakan supaya kulitnya kurang gatal.

Tip Mengurangkan Gatal Ekzema:

Supplement Ekzema
  • Pakai pelembap yang sesuai dengan kerap dan guna pembersih yang bebas sabun.
  • Sibukkan bayi dengan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian.
  • Pakai pembalut atau sarung fabrik yang lembut dan elastik untuk melindungi kawasan kulit berekzema daripada tergaru dan mengekalkan kelembapan kulit, contohnya Tubifast.
  • Potong kuku jari pendek supaya tidak melukakan kulit jika tergaru.
  • Sapu ubat yang mengandungi mentol untuk mengurangkan kegatalan.
  • Memakai pakaian yang diperbuat daraipada kain kapas yang lembut, ringan dan menyerap peluh.
  • Lapkan peluh terutama di kawasan pelipat kerana peluh boleh menyebabkan kegatalan.

Info

Supplement Ekzema Yang Saya dan Anak Amalkan

Dulu saya ada ekzema dyshidrotic eczema. jari semua akan jadi biji biji kecil, gatal sangat dan berair. gatal tu sampai bila tak tahan ambil tuala kasar dan garu. Bila garu dengan tuala kasar lebih terasa. teruk sampai cap jari hilang. nak buat urusan apa apa berkaitan sangat susah. Sekarang? 12tahun makan Shaklee konsistent sudah tiada masalah ni. hilang terus. cap jari pun boleh guna dengan mudah

dyshidrotic eczema supplement eczema
jari saya macam ni la tapi biji biji tu jadi pada 10 jari ni

Anak saya ada ekzema yang trigger asthma. dia lebih serius sebab dia tak boleh salah makan dan bila salah makan naik merah gatal berdarah dan trigger asthma

ini kaki anak saya masa kena. ada lagi teruk dari ini tapi lupa nak snap gambar.

Gambar ni kaki anak saya . pedih gatal. sampai nak paaki seluar pun pedih. Alhamdulillah sekarang dah tak jadi. Ada jadi pun just kering menggelupas gatal kalau makan tak jaga. Sudah makin jarang terjadi. dah boleh pakai seluar jenas dengan happy

Supplement Ekzema yang kami Amalkan Dalam membantu ekzema Tak teruk Adalah :-

1.Omega Guard

omega jantung

Kajian mendapati, Omega 3 boleh mengurangkan symptom asthma dengan mengurangkan inflamasi (keradangan) pada salur pernafasan pesakit yang ada asthma.

Kajian juga mendapati, symptom eczema pada pesakit berkurangan selepas mengamalkan omega 3 kerana omega 3 mengurangkan Leukotrine B4 dan bahan-bahan lain yang menyebabkan keradangan berlaku pada kulit.

Kesimpulannya, sebab itu kalau kita perhatikan, mereka yang ada asthma/eczema ini akan semakin terkawal symptom diorang selepas mengamalkan pengambilan omega 3.

2. Vitamin C

Vitamin C adalah untuk mengurangkan inflamasi dan kegatalan pada kulit. Ia juga berfungsi sebagai antioksidan dan membantu mengurangkan kerosakan pada sel. Vitamin C turut membantu meningkatkan sistem imun badan. Perlu diingat, jika sistem imun lemah, ekzema mudah menyerang dan terdedah kepada jangkitan kulit.

Vitamin C turut membantu meningkatkan pengeluaran enzim (superoxide dismutase) yang menyingkirkan radikal bebas. Dalam kajian yang didokumentasikan dengan baik, vitamin C juga telah menunjukkan aktiviti antihistamin.

Betul ke Supplement Ekzema ni Berkesan?

Bagaimana nak Order Supplement Ekzema ni?

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set tenaga shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam, UiTM Shah Alam, UiTM Punak Alam, Universiti Malaya

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/supplementekzema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *