Suplemen Diabetes: Apa Yang Perlu Diambil Untuk Kawal Gula Dalam Darah?
Ramai sangka diabetes hanya berlaku pada orang berusia. Hakikatnya, semakin ramai wanita dan lelaki usia 30-an hingga 40-an mula mengalami bacaan gula tinggi, cepat penat, berat badan naik dan kerap lapar.Selain menjaga pemakanan dan gaya hidup, ramai juga mula mencari suplemen diabetes untuk membantu mengawal gula dalam darah dengan lebih baik.

Statistik diabetes di Malaysia pada 2025 menunjukkan tahap membimbangkan, dengan anggaran 7 juta orang dewasa (hampir 34.38% populasi) dijangka menghidap diabetes. Kajian menunjukkan prevalens diabetes mencecah 15.6% hingga 21% dalam kalangan orang dewasa, menjadikan Malaysia antara kadar tertinggi di ASEAN dan ke-13 tertinggi di dunia.
Ringkasan Statistik Diabetes Malaysia 2025:
- Anggaran Kes: 7 juta orang dewasa dijangka menghidap diabetes menjelang 2025, meningkat ketara daripada 3.9 juta pada 2019.
- Kelaziman (Prevalens): Kira-kira 1 daripada 5 atau 6 orang dewasa (15.6% – 21%) kini menghidap kencing manis.
- Kumpulan Berisiko: Majoriti kes melibatkan golongan dewasa, dengan risiko tinggi dalam kalangan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.
- Tahap Kritikal: Malaysia mencatatkan kadar prevalens diabetes tertinggi di Asia Tenggara, menuntut tindakan segera bagi membendung peningkatan ini.
- Kesan: Statistik menunjukkan diabetes adalah antara punca utama kematian, menyumbang kepada 5.2% jumlah kematian.
Peningkatan mendadak ini didorong oleh gaya hidup kurang sihat dan pemakanan yang tidak seimbang, menyebabkan pakar menyeru tindakan intervensi yang drastik.
Suplemen Diabetes:Apa Itu Diabetes?

Diabetes berlaku apabila badan tidak dapat menggunakan insulin dengan baik atau insulin tidak mencukupi. Akibatnya, gula berkumpul dalam darah.
Jika tidak dikawal, diabetes boleh meningkatkan risiko:
- salur darah tersumbat
- sakit jantung
- strok
- masalah buah pinggang
- kebas tangan dan kaki
- penglihatan kabur
Suplemen Diabetes:Tanda Awal Diabetes Yang Ramai Tak Sedar

Antara simptom awal yang sering berlaku:
- cepat haus
- kerap buang air kecil
- cepat lapar
- mudah mengantuk selepas makan
- berat badan naik mendadak
- luka lambat sembuh
- kebas tangan atau kaki
- penglihatan kabur
Jika anda selalu mengalami simptom ini, elok buat pemeriksaan gula darah lebih awal.
Kenapa Pesakit Diabetes Perlu Jaga Nutrisi?
Pesakit diabetes selalunya mengalami:
- keradangan dalam badan
- metabolisme perlahan
- kekurangan tenaga
- kerosakan salur darah akibat gula tinggi
Sebab itu, pemilihan nutrisi dan suplemen yang sesuai sangat penting untuk membantu badan berfungsi dengan lebih baik.
Suplemen Diabetes Yang Selalu Dicari
1. Chromium
Chromium membantu badan menggunakan insulin dengan lebih efisien. Ia juga membantu mengawal keinginan makan manis.
Antara manfaat chromium:
- membantu stabilkan gula darah
- kurangkan craving manis
- bantu metabolisme karbohidrat
2. Vitamin B Complex
Vitamin B penting untuk saraf dan tenaga. Pesakit diabetes sering mengalami masalah kebas atau mudah penat.
Kebaikannya:
- bantu fungsi saraf
- kurangkan rasa kebas
- bantu penghasilan tenaga
3. Omega-3
Omega-3 membantu mengurangkan keradangan dan menjaga kesihatan jantung.
Ini penting kerana pesakit diabetes mempunyai risiko lebih tinggi mendapat penyakit jantung.
4. Protein Berkualiti
Protein membantu:
- kawal rasa lapar
- stabilkan gula darah
- elakkan makan berlebihan
Ramai wanita usia 40-an sukar turun berat kerana pengambilan protein terlalu rendah.
5. Antioksidan
Paras gula tinggi boleh menyebabkan stres oksidatif dalam badan.
Antioksidan membantu:
- lindungi salur darah
- bantu kesihatan kulit
- kurangkan keradangan
Suplemen Diabetes:Makanan Yang Perlu Dikawal
Pesakit diabetes perlu kurangkan:
- minuman manis
- kuih manis
- roti putih
- makanan ultra processed
- makan lewat malam
Lebihkan:
- sayur
- protein
- air kosong
- makanan tinggi serat
Siapa Berisiko Mendapat Diabetes?
Anda lebih berisiko jika:
- ada sejarah keluarga diabetes
- berat badan berlebihan
- kurang bersenam
- selalu stress
- tidur tidak cukup
- usia 35 tahun ke atas
Suplemen Diabetes Sahaja tak Cukup?
Mengawal diabetes bukan sekadar makan ubat. Gaya hidup, pemakanan dan suplemen yang betul memainkan peranan besar dalam membantu menstabilkan gula darah.
Gabungan:
- pemakanan sihat
- brisk walk
- tidur cukup
- suplemen yang sesuai
boleh membantu badan menjadi lebih bertenaga dan sihat.
Jika anda mula rasa cepat penat, berat susah turun atau kerap lapar, jangan tunggu sehingga bacaan gula terlalu tinggi baru mahu bertindak.
Suplemen Diabetes Set Diabetes Shaklee
Suplemen Shaklee bukan ubat untuk merawat kencing manis. Tapi ianya adalah makanan tambahan yang memberi nutrisi pada badan dalam membantu insulin, pankreas berfungsi dengan lebih baik. Ubat rawatan doktor wajib diteruskan.
1. ESP

Pesakit kencing manis atau diabetes memerlukan protein yang cukup untuk memastikan anak berkembang dengan sihat. Protein juga membantu penghasilan hormon insulin.
ESP Shaklee membekalkan keperluan protein seperti berikut:
- Membekalkan tenaga kepada pesakit kencing manis
- Pesakit kencing manis kenyang lebih lama kerana lambat dihadam
- Gula darah tidak meningkat mendadak
2. Vitamin BComplex

Vitamin B12 adalah nutrien diet yang penting yang mana kekurangan B12 boleh menyebabkan beberapa keadaan yang serius termasuk masalah saraf terutama pesakit diabetes.
Kekurangan vitamin B12 adalah biasa di Amerika Syarikat, terutama di kalangan orang tua. Dianggarkan bahawa antara 10% dan 25% orang yang berusia lebih 80 tahun mungkin mempunyai kekurangan B12.
Terdapat beberapa punca kekurangan vitamin B12 antaranya:
- Pemakanan vegetarian yang ketat boleh menggalakkan kekurangan B12
- Ketidakupayaan asid perut untuk membantu penyerapan
- Ubat-ubatan seperti metformin menyebabkan badan kekurangan vitamin B12
- Beberapa keadaan, prosedur, dan ubat lain dikaitkan dengan mengurangkan keupayaan untuk menyerap B12.
Selain itu, Vitamin B juga dapat memberikan tenaga kepada pesakit diabetes.
3. Vitamin C

Ada 3 sebab vitamin C diperlukan oleh pesakit kencing manis:
- Vitamin C mengurangkan level sorbitol gula yang terkumpul dalam sel. Sorbitol yang terkumpul ni boleh merosakkan dalam sel mata,buah pinggang dan saraf.
- Vitamin C menguatkan sistem imun pesakit diabetes (pesakit kencing manis memang rendah sistem imun dan mudah terdedah kepada jangkitan dan penyakit)
- VItamin C juga mengurangkan penghasilan katarak, retinopati dan neuropati pada pesakit kencing manis
4. Vitalize

Chromium penting untuk pesakit diabetes terutama Type 2 yang mana kalau kurang chromium ni boleh menyebabkan pengambilan gula ke dalam sel menjadi kurang efektif.
Pengambilan suplemen kromium terbukti meningkatkan sensitiviti insulin dan toleransi glukosa. Kekurangan romium begitu sinonim dengan sensitiviti insulin dan toleransi glukosa yang sesetengahnya merujuk kepada kromium diet sebagai Faktor Toleransi Glukosa (GTF).
5. Ostenutrix

Magnesium diperlukan sebab magnesium kromium bekerja bersama-sama untuk membantu insulin. Kajian terbaru menunjukkan bahawa menggabungkan suplemen Chromium dan Magnesium membantu meningkatkan insulin resistance lebih berkesan berbanding ambil kromium atau magnesium sahaja.
Dalam hal kencing manis, Magnesium menyokong dua gen yang mengawal keseimbangan glukosa dan insulin. Magnesium terlibat dalam pengaktifan tyrosine kinase, iaitu enzim yang dilengkapi dengan pelbagai mekanisme on-off yang menghidupkan atau menutup pelbagai fungsi selular dan diperlukan untuk reseptor insulin selular.
Tugas utama insulin adalah untuk mengawal tahap gula darah, untuk menyimpan magnesium di dalam sel, dan menyimpan kalori yang berlebihan dalam bentuk lemak. Pesakit diabetes bagaimanapun, insulin tidak dapat menurunkan gula darah mereka dengan cukup kerana pengambilan glukosa terjejas dalam sel.Sebab itu magnesium sangat penting untuk orang diabetes.
6. Resv Vivix

Polifenol dalam Resv Vivix telah dikaji dapat menstabilkan metabolisme gula dan lemak, membantu merendahkan tahap keradangan dan menyokong fungsi normal insulin.
Dalam kajian saintifik, peranan polifenol dalam mengekalkan gula dalam darah adalah seperti berikut:
- Mengawal atur penyerapan glukosa
- Meningkatkan kepekaan insulin
- Merangsang rembesan insulin
- Meningkatkan proses penguraian glukosa



Nak Order Suplemen Diabetes
whatsapp : www.wasap.my/60133612717/kencingmanis
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Instagram : Ainul Mustafa
Penghantaran di kawasan : Shah Alam, Klang, Puchong, Damansara, Petaling Jaya, Subang Jaya, Putrajaya, Cyberjaya, Universiti Malaya, Menara TM