Kerap Kencing Tanda Diabetes
Ramai orang anggap kerap kencing sebagai perkara remeh. Minum air banyak, cuaca panas, atau faktor usia sering dijadikan alasan. Tapi tahukah anda, kerap kencing sebenarnya antara tanda awal diabetes (kencing manis) yang paling kerap berlaku dan sering diabaikan. Ingat Kerap Kencing Tanda Diabetes tau
Masalahnya, bila simptom awal ini tak disedari, paras gula dalam darah boleh terus meningkat tanpa kawalan. Bila dah sampai tahap serius, komplikasi lain pula akan muncul.
Apa Itu Diabetes / Kencing Manis?

Diabetes mellitus ialah penyakit kronik yang berlaku apabila paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi. Ia berpunca daripada:
- Kekurangan insulin, atau
- Insulin tidak berfungsi dengan baik dalam badan
Insulin ialah hormon yang membantu menukar gula (glukosa) kepada tenaga. Bila sistem ini terganggu, gula akan terkumpul dalam darah — dan inilah punca kepada pelbagai simptom termasuk kerap kencing.
Kenapa Kerap Kencing Tanda Diabetes?
Bila paras gula dalam darah terlalu tinggi, buah pinggang akan bekerja lebih keras untuk menapis lebihan gula tersebut. Masalahnya, buah pinggang ada had.
Apabila had ini dilepasi:
- Gula akan keluar bersama air kencing
- Lebih banyak air diperlukan untuk mencairkan gula
- Hasilnya → air kencing jadi lebih banyak dan lebih kerap
Inilah sebab kenapa pesakit diabetes:
- Kerap ke tandas (terutama waktu malam)
- Kencing dalam jumlah yang banyak
- Rasa cepat haus selepas kencing
Kerap Kencing Biasa vs Kerap Kencing Tanda Diabetes
Ramai keliru antara dua keadaan ini. Cuba bezakan 👇
Kerap kencing biasa:
- Berlaku selepas minum air banyak
- Tiada rasa haus melampau
- Tiada perubahan berat badan
- Badan masih bertenaga
Kerap kencing tanda diabetes:
- Berlaku walaupun tak minum banyak
- Kerap kencing waktu malam
- Sentiasa rasa haus
- Mudah letih
- Berat badan turun tanpa sebab
Jika anda alami lebih daripada satu simptom di atas, jangan ambil mudah.
Tanda-Tanda Diabetes Lain Yang Selalu Datang Sekali

Selain kerap kencing, diabetes biasanya datang bersama simptom lain seperti:
- Cepat haus dan lapar
- Berat badan turun mendadak
- Luka lambat sembuh
- Kebas atau semut-semut di kaki dan tangan
- Pandangan kabur
- Kerap jangkitan kulat atau gatal kemaluan
- Mudah penat walaupun cukup tidur
Semakin banyak tanda ini muncul serentak, semakin tinggi risiko anda mengalami diabetes.
Kerap Kencing Waktu Malam Lebih Berbahaya?
Ya. Kerap kencing waktu malam (nocturia) sangat berkait rapat dengan diabetes yang tidak terkawal.
Apabila gula darah tinggi sepanjang hari:
- Badan terus menyingkirkan gula melalui air kencing
- Proses ini tak berhenti walaupun ketika tidur
- Akibatnya, tidur terganggu dan badan jadi semakin letih
Tidur yang tidak berkualiti pula boleh menyebabkan:
- Gula darah makin susah dikawal
- Risiko komplikasi meningkat
Siapa Yang Berisiko Alami Diabetes?
Anda berisiko lebih tinggi jika:
- Ada ahli keluarga pesakit diabetes
- Berat badan berlebihan atau obes
- Kurang aktif bergerak
- Makan tinggi gula dan karbohidrat ringkas
- Umur meningkat (terutama 30 tahun ke atas)
- Pernah alami diabetes semasa hamil
Jika anda dalam kumpulan ini dan alami kerap kencing, saringan awal sangat penting.
Apa Perlu Buat Jika Kerap Kencing Berpanjangan?
Langkah paling selamat ialah jangan tunggu simptom jadi teruk.
Antara tindakan awal yang boleh dibuat:
- Periksa paras gula darah (puasa & selepas makan)
- Pantau kekerapan kencing dan rasa haus
- Kurangkan pengambilan gula dan minuman manis
- Amalkan pemakanan seimbang
- Tingkatkan aktiviti fizikal ringan
Selain itu, pengambilan nutrisi sokongan seperti antioksidan juga penting untuk membantu sel badan menguruskan tekanan akibat paras gula tinggi.
Bolehkah Diabetes Dikawal Jika Dikesan Awal?
Berita baiknya, ya 👍
Diabetes terutamanya tahap awal boleh dikawal dengan:
- Perubahan gaya hidup
- Pemakanan yang betul
- Pengurusan stres
- Sokongan nutrisi yang sesuai
Ramai yang hanya bertindak selepas komplikasi muncul — sedangkan pencegahan awal jauh lebih selamat dan kosnya lebih rendah.
Kerap Kencing Tanda Diabetes: Jangan Anggap Kerap Kencing Itu Perkara Remeh
Kerap kencing bukan sekadar masalah pundi kencing.
Ia boleh menjadi isyarat awal badan bahawa paras gula sedang tidak terkawal.
Lagi awal anda sedar, lagi tinggi peluang untuk:
- Elak komplikasi
- Kawal kesihatan jangka panjang
- Hidup lebih berkualiti tanpa bergantung sepenuhnya kepada ubat
Jika simptom ini sedang berlaku pada anda atau orang tersayang, ambil tindakan sekarang
Kerap Kencing Tanda Diabetes : Suplemen Shaklee Bantu Turunkan Bacaan Gula Dalam Darah
Penting untuk difahami, diabetes tidak boleh dirawat dengan supplement semata-mata. Namun, supplement yang betul boleh berperanan sebagai sokongan nutrisi untuk membantu badan berfungsi dengan lebih baik — terutamanya bagi individu yang berisiko atau berada di tahap awal kencing manis.
Antara peranan supplement yang sering disarankan dalam pengurusan diabetes ialah:
✅ 1. Menyokong Kesihatan Sel & Metabolisme
Paras gula yang tinggi boleh menyebabkan tekanan oksidatif pada sel badan. Antioksidan membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas dan menyokong fungsi sel yang lebih sihat.
✅ 2. Membantu Badan Urus Tekanan Gula
Sesetengah nutrisi membantu menyokong kepekaan insulin dan proses metabolisme karbohidrat, terutamanya apabila digabungkan dengan pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif.
✅ 3. Menyokong Kesihatan Keseluruhan
Pesakit atau individu berisiko diabetes sering mengalami:
- Mudah letih
- Luka lambat sembuh
- Imuniti menurun
Nutrisi yang mencukupi membantu menyokong tenaga harian, sistem imun dan kesihatan badan secara menyeluruh.
Supplement Shaklee Dalam Bantu Masalah Kerap Kencing Tanda Diabetes
Suplemen Shaklee bukan ubat untuk merawat kencing manis. Tapi ianya adalah makanan tambahan yang memberi nutrisi pada badan dalam membantu insulin, pankreas berfungsi dengan lebih baik. Ubat rawatan doktor wajib diteruskan.
1. ESP

Pesakit kencing manis atau diabetes memerlukan protein yang cukup untuk memastikan anak berkembang dengan sihat. Protein juga membantu penghasilan hormon insulin.
ESP Shaklee membekalkan keperluan protein seperti berikut:
- Membekalkan tenaga kepada pesakit kencing manis
- Pesakit kencing manis kenyang lebih lama kerana lambat dihadam
- Gula darah tidak meningkat mendadak
2. Vitamin BComplex

Vitamin B12 adalah nutrien diet yang penting yang mana kekurangan B12 boleh menyebabkan beberapa keadaan yang serius termasuk masalah saraf terutama pesakit diabetes.
Kekurangan vitamin B12 adalah biasa di Amerika Syarikat, terutama di kalangan orang tua. Dianggarkan bahawa antara 10% dan 25% orang yang berusia lebih 80 tahun mungkin mempunyai kekurangan B12.
Terdapat beberapa punca kekurangan vitamin B12 antaranya:
- Pemakanan vegetarian yang ketat boleh menggalakkan kekurangan B12
- Ketidakupayaan asid perut untuk membantu penyerapan
- Ubat-ubatan seperti metformin menyebabkan badan kekurangan vitamin B12
- Beberapa keadaan, prosedur, dan ubat lain dikaitkan dengan mengurangkan keupayaan untuk menyerap B12.
Selain itu, Vitamin B juga dapat memberikan tenaga kepada pesakit diabetes.
3. Vitamin C

Ada 3 sebab vitamin C diperlukan oleh pesakit kencing manis:
- Vitamin C mengurangkan level sorbitol gula yang terkumpul dalam sel. Sorbitol yang terkumpul ni boleh merosakkan dalam sel mata,buah pinggang dan saraf.
- Vitamin C menguatkan sistem imun pesakit diabetes (pesakit kencing manis memang rendah sistem imun dan mudah terdedah kepada jangkitan dan penyakit)
- VItamin C juga mengurangkan penghasilan katarak, retinopati dan neuropati pada pesakit kencing manis
4. Vitalize

Chromium penting untuk pesakit diabetes terutama Type 2 yang mana kalau kurang chromium ni boleh menyebabkan pengambilan gula ke dalam sel menjadi kurang efektif.
Pengambilan suplemen kromium terbukti meningkatkan sensitiviti insulin dan toleransi glukosa. Kekurangan romium begitu sinonim dengan sensitiviti insulin dan toleransi glukosa yang sesetengahnya merujuk kepada kromium diet sebagai Faktor Toleransi Glukosa (GTF).
5. Ostenutrix

Magnesium diperlukan sebab magnesium kromium bekerja bersama-sama untuk membantu insulin. Kajian terbaru menunjukkan bahawa menggabungkan suplemen Chromium dan Magnesium membantu meningkatkan insulin resistance lebih berkesan berbanding ambil kromium atau magnesium sahaja.
Dalam hal kencing manis, Magnesium menyokong dua gen yang mengawal keseimbangan glukosa dan insulin. Magnesium terlibat dalam pengaktifan tyrosine kinase, iaitu enzim yang dilengkapi dengan pelbagai mekanisme on-off yang menghidupkan atau menutup pelbagai fungsi selular dan diperlukan untuk reseptor insulin selular.
Tugas utama insulin adalah untuk mengawal tahap gula darah, untuk menyimpan magnesium di dalam sel, dan menyimpan kalori yang berlebihan dalam bentuk lemak. Pesakit diabetes bagaimanapun, insulin tidak dapat menurunkan gula darah mereka dengan cukup kerana pengambilan glukosa terjejas dalam sel.Sebab itu magnesium sangat penting untuk orang diabetes.
6. Resv Vivix

Polifenol dalam Resv Vivix telah dikaji dapat menstabilkan metabolisme gula dan lemak, membantu merendahkan tahap keradangan dan menyokong fungsi normal insulin.
Dalam kajian saintifik, peranan polifenol dalam mengekalkan gula dalam darah adalah seperti berikut:
- Mengawal atur penyerapan glukosa
- Meningkatkan kepekaan insulin
- Merangsang rembesan insulin
- Meningkatkan proses penguraian glukosa
Kerap Kencing Tanda Diabetes : Pengalaman Pengguna



Kerap Kencing Tanda Diabetes : Nak Order
whatsapp : www.wasap.my/60133612717/kencingmanis
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Instagram : Ainul Mustafa
Penghantaran di kawasan : Shah Alam, Klang, Puchong, Damansara, Petaling Jaya, Subang Jaya, Putrajaya, Cyberjaya, Universiti Malaya, Menara TM
Semua ini adalah sokongan nutrisi sahaja, bukan pengganti rawatan perubatan sentiasa rujuk profesional penjagaan kesihatan jika anda sedang dalam rawatan atau makan ubat untuk diabetes.