Set Ulser Mulut Shaklee
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan. Kena amalkan set ulser mulut shaklee
Dilema Ulser Mulut
Walaupun ulser boleh diubati dan tidak berlarutan untuk tempoh lama, namun faktor penyebab masih tidak dikenal pasti. Ada beberapa kajian perubatan menyatakan tekanan atau kecederaan adalah antara sebab berlaku ulser. Ada pula berpendapat beberapa makanan seperti sitrus atau buah-buahan berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk.
Dalam pada itu, berus gigi yang tidak bersesuaian atau berkualiti kadangkala boleh menjadi penyebab ulser. Apabila berlaku ulser, seseorang akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak-bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak.
Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya. Ulser amat memedihkan dan kadangkala kesakitan dialami memberi kesan produktiviti seharian. Bagi jangkitan yang teruk, ia datang bersama demam dan kelesuan.
Oleh yang demikian, amat penting bagi seseorang itu menjaga kebersihan dan keselamatan di bahagian mulut agar tidak dijangkiti ulser yang boleh mengakibatkan rasa tidak selesa.
APAKAH YANG MENYEBABKAN ULSER MULUT ?
Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
- Stres Perubahan hormon Jangkitan (infeksi).
- Kekurangan zat makanan
- Alahan Radioterapi Kimoterapi
TANDA-TANDA
- Rasa membakar dalam mulut
- Kesakitan Tidak selesa
- Hilang selera makan Demam
BERAPA LAMA AKAN SEMBUH ?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari. Tetapi penyakit ini akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh. Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan dari kanser dan pra-kanser.
PETUA TRADISIONAL
Kalau kena penyakit mulut ini memang rasa macam nak menangis je kan. Lagi-lagi bila nak makan, memang rasa pedih je. Ianya boleh kena pada bahagian lidah, bibir atau pun sekitar tekak. Selalunya ulser ni ambil masa seminggu nak sembuh. Ini ada beberapa cara cepat dan berkesan untuk penyembuhan.
1. AIR GARAM
Air garam dapat mengurangkan kesakitan dan mematikan kuman yang mengakibatkan. Kita hanya perlu berkumur air garam dua atau tiga kali sehari.
2. AIR KELAPA
Kenaikan suhu badan juga adalah salah satu penyebab. Kita digalakkan minum air yang mencukupi atau mengamalkan air kelapa untuk mengimbangi suhu badan kita.
3. MARJERIN
Marjerin juga berupaya menyembuhkan ulser mulut. Cuma letakkan marjerin pada sekitar kawasan yang terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh.
4. MADU
Agen pembunuh yang terkandung dalam madu boleh menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Ia mampu merawat ulser dengan berkesan.
5. SODA PENAIK
Perlu campurkan soda penaik ini dengan air suam sikit, dan letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.
Set Ulser Mulut Shaklee
VIVIX adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
ESP – Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP). Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol. Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan. Membekalkan 9 asid amino. Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
B-Complex – Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten, Asid Folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.
Sustained Release Vita-C Plus – adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam. Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.
Hidup Berubah Dengan Set Ulser Mulut Shaklee
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 43: WAN NORASIAH WAN MOHD NOR
[ULSER MULUT CEPAT SEMBUH DENGAN SET ULSER MULUT SHAKLEE]
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya Wan Norasiah Wan Mohd Nor, ibu kepada 4 orang cahaya, 3 hero dan sorang heroin. Suka saya nak berkongsi #shakleeeffect setelah mengamalkan supplemen Shaklee.
Sebenarnya saya mempunyai masalah ulser mulut sejak dari sekolah, universiti hinggalah dah kahwin dan beranak pinak. Boleh dikatakan setiap bulan ulser dalam mulut. Ulser ini bukan yang biasa-biasa.
Biasanya ulser berlaku di bibir, gusi dan lidah, kadang-kadang ia berlaku serentak. Allah, orang yang pernah kena saja tahu bagaimana azabnya. Kebiasaannya ulser berlaku datang sekali pakej sakit-sakit dan lemah-lemah badan serta ia menyerang sakit kepala.
Ulser dalam mulut tetapi kesannya seluruh badan. Badan rasa letih, lesu dan lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam.
Emosi juga terganggu, ye la bila ulser dekat lidah, kita tak boleh makan seperti biasa tapi perut lapar. Kadang-kadang berair mata nak habiskan nasi suku pinggan. Usah cakap lauk pauknya, dapat telan nasi kira syukur sangat-sangat itupun makan disulami air masak.
Nak bercakap memang tak selesa. Suami memang faham sangat-sangat bila penyakit itu datang. Tak boleh tanya banyak, isyarat je.
Sampai satu tahap terpaksa amik MC sebab memang tak boleh buka mulut. Ye la macam mana nak masuk kelas ngajar, nak buka mulut pun sakit.
Allah, rasa macam tiada penyelesaian sebab semua petua-petuan saya dah cuba. Pantang orang cakap ubat ulser, saya akan ikut sebab seksanya menanggung sakit ulser. Asam keping, Bonjela, Marjerin, Garam, Madu, Listerin dan macam-macam lagi.
Pernah letak garam, asam keping pada tempat ulser, Allah… sampai menangis, pedih tuhan saja yang tahu. Taubat tak nak buat dah.
Pergi jumpa doktor pun dibagi oral aid untuk tahan sakit saje tapi tidak merawat ulser tu. Kadang-kadang terfikir juga, lama-lama kena ulser takut kena barah. Doktor kata barah pun bermula dengan ulser. Allah semakin takut saya.
Sampai la satu masa saya ambil supplemen Shaklee set ulser mulut. Set itu mengandungi ESP, B Complex dan Vitamin C. Konsisten setiap hari tanpa jemu.
Tanpa disedari, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan yang dilalui tanpa gangguan ulser, hidup terus berubah. Tiada lagi muka monyok, bad mood dan murung. Setiap hari boleh tersenyum sampai ke telinga.
Terima kasih Shaklee. selamat tinggal derita. Syukur sangat-sangat.
Saya berkongsi kisah benar saya agar semua orang yang senasib dengan bebas dari ulser. Ia umpama mimpi ngeri. Jom amalkan supplemen Shaklee. Kalau ada dengar emak-emak kita atau sesiapa saja ada ulser, bantulah mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Ulser Mulut Cepat Sembuh Dengan Shaklee
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 39 : SILAWATI EILA
[ULSER MULUT SEMBUH DENGAN CEPAT HASIL KONSISTEN AMALKAN VITAMIN SHAKLEE]
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabr semua? Nama saya Nor Silawati binti Ngah. Saya lebih dikenali sebagai Cik Laa dikalangan rakan-rakan FB terutama rakan-rakan SID.
Untuk kali ini, Cik Laa ingin berkongsi #shakleeeffect Cik Laa sejak mengamalkan vitamin Shaklee iaitu ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC COMPLEX.
Cik Laa mempunyai berat badan di bawah BMI yg sepatutnya iaitu under weight. Dengan ketinggian 154cm, berat badan Cik Laa hanyalah 41kg ke 43kg. Masalah biasa bagi orang yang kurang berat badan ni ialah selalu mengalami ulser mulut atau dikenali sebagai mata ikan.
Beberapa tahun dahulu, ulser mulut merupakan sesuatu yang mengganggu hidup Cik Laa. Kenapa mengganggu? kerana Cik Laa akan terkena ulser mulut hampir setiap bulan. Sejak dari sekolah rendah, memang sentiasa ada ulser di bibir, di gusi dan paling sakit di anak tekak atau lelangit.
Sekali terkena, dua atau tiga biji. Paling sakit bila dia tercantum dan jadi satu luka yang sangat besar. Kadang kala tidak boleh makan, sukar bercakap dan membawa kepada sakit gigi dan sakit kepala. Tempoh masa untuk baik mengambil masa dua ke tiga minggu. Pernah sampai Cik Laa ke klinik sebab tidak tahan sakit ulser tersebut. Ubat titik Oral Aid Lotion beli kat farmasi adalah teman baik Cik Laa.
Hasil daripada pembacaan Cik Laa, ulser ni terjadi atas beberapa faktor. Antaranya ialah sistem imunisasi yang abnormal ataupun rendah, kekurangan zat besi, mewarisi daripada ibu bapa, stress, kurang nutrisi seperti asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi, serta masalah haid dan perubahan hormon yang mendadak.
Apa yang Cik Laa perasan, mungkin sebab sistem imun yang rendah, kekurangan zat besi, kurang nutrisi, stress serta masalah hormon adalah penyebab kepada masalah ulser mulut Cik Laa ni. Sebab Cik Laa memang ada resdung, eczema dan masalah period yang tidak teratur.
Pada bulan Ogos 2013, Cik Laa mula mengamalkan Shaklee iaitu Set Resdung. Alhamdulillah, resdung Cik Laa semakin baik dan tidak mengganggu Cik Laa lagi dan Cik Laa perasan, sejak Cik Laa mengamalkan ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC, Cik Laa sudah jarang terkena ulser mulut.
Yang mula-mula menegur Cik Laa adalah emak. Emak cakap emak dah tak dengar Cik Laa mengadu pasal ulser mulut. Kalau dulu Cik Laa akan mengadu sakit mulut, pastu bila terkena ulser Cik Laa jadi sedikit pendiam, sebab sakit bila nak bercakap. Makan pon jadi kurang selera.
Bila mak tegur, Cik Laa pon baru perasan dan rasa sangat bersyukur. Bila di ingat balik, mungkin asbab konsisten 4 vitamin itulah menjadikan Cik Laa tidak lagi diganggu masalah ulser mulut dan Cik Laa perasan, jika terjadi lagi ulser tu, dalam masa tiga ke lima hari, ulser akan baik sndiri. Tidak seperti sebelum ini dalam dua minggu ke tiga minggu baru baik. Alhamdulillah…
Bagaimana vitamin-vitamin ini membantu Cik Laa mengatasi masalah ulser mulut? Seperti yang Cik Laa beritahu tadi, ulser mulut terjadi di sebabkan beberapa faktor. Apabila konsisten vitamin-vitamin tersebut, faktor yang menyumbang kepada ulser mulut dapat dielakkan.
Sebagai contoh ESP, iaitu protein daripada soya non GMO dapat membantu pembentukan sel baru. Ia akan mempercepatkan penyembuhan luka ulser pada bibir Cik Laa. Selain itu, Zinc juga sangat membantu dalam penyembuhan luka tapi sekakarang Zinc takde stok. Boleh ganti dengan Vitalea kerana dalam Vitalea jugak ada kandungan zinc.
Vitamin C pula dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Apabila sistem imunisasi badan Cik Laa kuat, ia dapat menghalang daripada berlakunya ulser mulut.
B-Complex pula membantu mencukupkan nutrisi di dalam badan Cik Laa kerana B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik. Bila badan kita cukup nutrisi, masalah ulser mulut dapat diatasi. Selain itu, B-Complex juga bagus dalam membantu menstabilkan hormon dan mengatasi masalah stress.
Alhamdulillah, Cik Laa sangat bersyukur kerana hasil konsisten vitamin-vitamin Shaklee, Cik Laa dapat mengatasi masalah yang mengganggu hidup Cik Laa selama ini. Walau nampak ulser mulut tu sesuatu yang kecil, tetapi ia sangat mempengaruhi emosi dan aktiviti seharian kita.
Kepada mereka di luar sana yang mempunyai masalah seperti Cik Laa, Cik Laa sangat mengesyorkan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan pelengkap nutrisi tubuh badan kita kerana ia adalah selamat, semulajadi dan sangat berkesan. In Syaa Allah, kita tidak akan menyesal dengan Shaklee Effect yang kita dapat nanti.
Jom kita sama-sama tingkatkan kualiti kesihatan kita agar kualiti hidup kita jugak meningkat. Amin.. Alhamdulillah. Ini Shaklee Effect Cik Laa. Terima kasih Allah dan terima kasih Shaklee.
Cara Order Set Ulser Mulut Shaklee
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam.
sumber: ilmutahukahanda, tv14my, utusan