Set Berpantang Tenaga Cepat Pulih Selepas Bersalin

Set Berpantang Tenaga Cepat Pulih Selepas Bersalin

Set Berpantang Tenaga Cepat Pulih Selepas Bersalin.Selepas melahirkan bayi, badan seorang ibu mengalami perubahan besar. Bukan sahaja dari segi fizikal, malah emosi dan hormon juga turut terjejas. Ramai ibu mengadu rasa cepat letih, lesu, dan susah untuk bergerak aktif. Dalam tempoh berpantang, tenaga yang mencukupi sangat penting supaya ibu dapat pulih dengan cepat, menjaga bayi dengan baik, dan mengelakkan komplikasi kesihatan.

Di sinilah set berpantang memainkan peranan penting. Ia bukan sekadar untuk memulihkan luka bersalin, tetapi juga membantu mengembalikan tenaga, meningkatkan imun badan, dan menstabilkan hormon. Artikel ini akan kongsikan kenapa tenaga cepat pulih itu penting, apa nutrisi yang diperlukan, dan contoh set berpantang moden yang selamat untuk ibu bersalin, termasuk ibu menyusu.

Kenapa Tenaga Cepat Pulih Sangat Penting?

  1. Menyokong Penyembuhan Luka Bersalin
    Sama ada bersalin normal atau pembedahan (czer), tubuh memerlukan tenaga yang cukup untuk membaiki tisu dan mempercepatkan pemulihan luka.
  2. Meningkatkan Daya Tahan Badan
    Sistem imun ibu selepas bersalin biasanya sedikit lemah. Nutrisi yang betul membantu tubuh melawan jangkitan, terutama jika ada luka jahitan.
  3. Mengelakkan Keletihan Melampau
    Bayi baru lahir memerlukan perhatian hampir 24 jam. Tenaga yang cukup membantu ibu kekal fokus dan sabar.
  4. Menstabilkan Hormon
    Perubahan hormon selepas bersalin boleh menyebabkan mood swing atau postpartum blues. Pemakanan yang kaya nutrien membantu hormon lebih stabil.

Punca Ibu Cepat Letih Selepas Bersalin

Set Berpantang Tenaga
  • Kehilangan Darah Banyak – Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, yang membuatkan ibu rasa lemah dan pening.
  • Kurang Tidur – Bayi yang sering bangun malam membuatkan tidur ibu terganggu.
  • Pemakanan Tidak Seimbang – Pantang makan terlalu ketat boleh menyebabkan kekurangan nutrien penting.
  • Pemulihan Rahim & Luka – Proses ini memerlukan tenaga dan protein yang mencukupi.

Kandungan Penting Dalam Set Berpantang Untuk Tenaga

  1. Protein Berkualiti Tinggi
    Membantu membina dan membaiki tisu, termasuk luka bersalin. Contoh: soya non-GMO, ikan, ayam tanpa lemak.
  2. Zat Besi & Vitamin B12
    Menghasilkan sel darah merah baru dan elak anemia. Sumber: daging merah, sayur hijau, suplemen multivitamin.
  3. Vitamin C & Antioksidan
    Mempercepatkan penyembuhan luka, melindungi sel, dan meningkatkan imun.
  4. Omega-3 (DHA & EPA)
    Mengurangkan radang dalam badan, baik untuk otak bayi (jika ibu menyusu).
  5. Polifenol & Resveratrol
    Meningkatkan tenaga dari peringkat sel, melindungi sel dari kerosakan, dan menyokong kesihatan jangka panjang.

Set Berpantang Shaklee

Kelebihan set moden ini ialah ia tidak panas, tidak mengganggu susu badan, dan boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin (mengikut kesesuaian).

Set Berpantang Tenaga

1. Vita-Lea Iron Formula

Vita-Lea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral yang mengandungi zat besi yang penting untuk membentuk semula sel darah merah. Kita sedia maklum ibu-ibu kehilangan darah sewaktu proses kelahiran kan.

2. Sustained Release Vita-C Plus

Sustained Release Vita-C Plus membantu meningkatkan sistem imun ibu agar kekal bertenaga dan tak mudah diserang deman selesema.
Ia juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman ibu dan luka pembedahan caesarean.

3. B-Complex

B-Complex mengandungi 8 jenis Vitamin B yang penting untuk kesihatan tubuh badan. B-Complex membantu menukarkan makanan kepada tenaga supaya ibu dalam pantang kekal sihat dan berselera makan.
Ia membantu ibu berpantang bebas stress dan depresi dengan mengelakkan meroyan ketika di dalam tempoh berpantang tersebut.

4. ESP Soy Protein Isolate Powder 

Protein soya dari sumber tumbuhan yang tidak diubah genetiknya (Non-GMO) membantu dalam memperbaharui dan membaiki sel-sel tubuh badan. Protein memberi tenaga yang berpanjangan kepada ibu dalam pantang dan ESP juga membantu memekatkan dan meningkatkan kuantiti susu ibu.

5. Ostematrix

Ostematrix mengandungi kalsium dan mineral lain untuk tulang dan gigi yang sihat. Ostematrix membantu mengelakkan sakit pinggang dan sembelit ketika ibu-ibu berpantang. Ibu-ibu akan lebih bertenaga walaupun berjaga malam untuk menyusukan bayi sekaligus membekalkan kalsium kepada bayi.

6Alfalfa Complex 

Alfalfa Complex dikenali sebagai kacip fatimah moden untuk membantu mengecutkan peranakan. Alfalfa Complex juga membantu menghilangkan keputihan. Untuk menggalakkan pengeluaran susu, ibu-ibu boleh amalkan Alfalfa Complex ni.

7Omega Guard

Omega Guard merupakan minyak ikan yang kaya dengan khasiat DHA dan EPA, ia amat baik untuk kesihatan otak ibu supaya tidak mudah lupa, juga baik untuk bayi yang disusukan.
Ibu yang mengambil cukup DHA dan EPA, bayi turut mendapatkan khasiatnya melalui susu ibu bagi perkembangan otak dan mata bayi yang penting untuk tumbesaran.

8. Vivix/ResV – Untuk lebih tenaga, bantu sihatkan dalaman wanita

Set Berpantang Tenaga

Majoriti ibu yg telah mengamalkan Vivix ResV semasa berpantang mengakui bahawa ia banyak memberikan kesan positif terutamanya kepada si ibu. Antaranya adalah:

  • Kurangkan rasa sakit lepas bersalin terutama yang bersalin czer/pembedahan.
  • Menjadikan ibu bertenaga, tidak lesu & tidak lemah.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka sama ada luka bersalin normal mahupun cesarean.
  • Merangsang pengeluaran susu badan.
  • Menguatkan sistem imun ibu; jadi ibu tidak mudah jatuh sakit seperti demam.
  • Memudahkan proses ibu berpantang; terutamanya yg berpantang sendiri tanpa bantuan orang tua.
  • Memberi tenaga kepada ibu, badan kurang rasa lenguh atau sakit-sakit badan. Tempoh berpantang sangat mencabar bagi si ibu dalam menjaga diri dan bayi. 
  • Menyembuhkan organ peranakan si ibu.
  • Baik pulih kesihatan rahim si ibu yang baru selepas bersalin.
  • Bantu proses penyembuhan luka lepas bersalin. Luka cepat sembuh dan kering sekaligus bantu kurangkan risiko luka terbuka atau bernanah.
  • Mengelakkan stress atau gila meroyan.
  • Menguatkan sistem imun badan si ibu dari terkena demam, selsema, penyakit berjangkit dan sebagainya.
  • Meningkatkan metabolisme badan si ibu jadi boleh membantu mengelak berat naik mendadak kerana masa berpantang si ibu tak boleh banyak bergerak.
  • Mencantikkan & menyihatkan kulit si ibu kerana Vivix tinggi antioksidan yang bagus untuk melambatkan proses penuaan kulit. Secara tak langsung kulit baby juga bertambah cantik dan sihat.
  • Menggalak tekanan darah yang sihat buat ibu.

TESTIMONIAL BOLEH KLIK SINI

Tip Tambahan Untuk Cepat Pulih Tenaga Semasa Berpantang

  1. Minum Air Secukupnya – Elakkan dehidrasi yang boleh menyebabkan letih dan kurang susu.
  2. Rehat Walaupun Sekejap – Tidur sekejap di siang hari membantu memulihkan tenaga.
  3. Makan Makanan Seimbang – Jangan terlalu ketat berpantang sampai kekurangan nutrien.
  4. Senaman Ringan – Bila sudah dibenarkan oleh doktor, buat regangan ringan untuk lancarkan peredaran darah.
  5. Minta Bantuan – Jangan segan minta bantuan suami atau ahli keluarga untuk jaga bayi.

Kesimpulan

Tenaga yang cepat pulih selepas bersalin sangat penting untuk kesihatan ibu dan kesejahteraan bayi. Pemilihan set berpantang yang lengkap dengan nutrisi asas seperti protein, zat besi, vitamin, omega-3, dan antioksidan akan membantu ibu melalui tempoh berpantang dengan lebih bertenaga, ceria, dan sihat.

Jika anda sedang mencari set berpantang tenaga cepat pulih selepas bersalin yang selamat untuk ibu menyusu dan bebas bahan kimia berbahaya, pilihlah set yang terbukti secara saintifik dan sesuai dengan keperluan badan. Badan yang sihat, hati yang gembira – bayi pun akan membesar dengan lebih baik.

Nak Order Set Berpantang Yang Terbaik

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda luka czer terbuka semula , tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. 

Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *