Suplemen Ibu Berpantang: Rahsia Badan Cergas & Luka Cepat Sembuh Selepas Bersalin
Proses berpantang adalah fasa penting bagi setiap ibu selepas melahirkan anak. Ia bukan sahaja masa untuk pulihkan tenaga, malah tempoh kritikal untuk tubuh sembuh daripada luka bersalin, menstabilkan hormon, serta membina semula kekuatan fizikal dan emosi. Penting ke Suplemen ibu berpantang?
Walaupun penjagaan tradisional seperti bertungku, berbengkung dan makan jamu masih diamalkan, ramai ibu moden kini mula mencari alternatif suplemen ibu berpantang yang lebih mudah, selamat dan sesuai untuk ibu menyusu tanpa kesan sampingan kepada bayi.
Jika anda sedang mencari set berpantang lengkap dan moden, artikel ini akan kongsikan suplemen terbaik untuk ibu berpantang, termasuk manfaat setiap satu, dan kenapa ia penting untuk pemulihan anda.
Kenapa Suplemen Penting Semasa Berpantang?

Semasa berpantang, tubuh ibu mengalami:
- Kehilangan darah yang banyak
- Luka bersalin (normal atau pembedahan)
- Perubahan hormon secara drastik
- Keletihan fizikal akibat kurang tidur
- Perlu menghasilkan susu ibu secara konsisten
Suplemen berfungsi untuk memulihkan tenaga, mempercepatkan penyembuhan, menguatkan sistem imun, serta menyokong pengeluaran susu ibu. Ia sangat membantu, terutamanya bagi ibu yang tidak dapat makan hidangan seimbang setiap hari.
Cadangan Set Lengkap Suplemen Ibu Berpantang Shaklee
Berikut ialah 8 suplemen utama yang membentuk satu set berpantang moden lengkap, sesuai untuk ibu bersalin secara normal atau pembedahan (czer), dan selamat untuk penyusuan:
1. Vivix – Pemulihan Sel dan Luka Cepat Sembuh

Vivix mengandungi resveratrol dan polifenol yang bertindak sehingga ke peringkat sel DNA. Ia mempercepatkan pemulihan luka bersalin, mengurangkan keradangan, dan membantu tubuh kembali pulih dengan lebih pantas.
✔ Luka cepat kering
✔ Kurangkan rasa lesu
✔ Kuatkan imun badan
2. Vita-Lea (Multivitamin) – Lengkapkan Nutrisi Harian

Multivitamin yang lengkap dengan zat besi, folat, dan pelbagai mineral penting. Ia membantu ibu kekal bertenaga dan menggantikan zat yang hilang semasa proses kelahiran.
✔ Elak anemia
✔ Bantu pembentukan darah merah
✔ Tingkatkan tenaga
3. B-Complex – Stabilisasi Emosi & Anti-Stres

Vitamin B penting untuk sistem saraf, emosi, dan tenaga. B-Complex juga membantu elak risiko meroyan ringan, yang sering berlaku semasa perubahan hormon lepas bersalin.
✔ Redakan tekanan
✔ Baiki mood
✔ Tukar makanan kepada tenaga
4. Vitamin C – Tingkatkan Imun & Pulih Luka

Vitamin C mempercepatkan pembentukan kolagen untuk baik pulih tisu dan luka. Ia juga bantu menguatkan sistem imun supaya ibu tidak mudah jatuh sakit semasa pantang.
✔ Luka cepat sembuh
✔ Kulit lebih berseri
✔ Tingkatkan daya tahan badan
5. Ostematrix – Tidur Lena & Elak Sembelit

Ostematrix ialah gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D, sangat penting untuk tidur berkualiti, elakkan kekejangan otot, serta melancarkan sistem penghadaman.
✔ Tidur lebih nyenyak
✔ Kurangkan sakit belakang
✔ Lawas dan elak sembelit
6. Omega Guard – Kurangkan Bengkak & Baikkan Saraf

Minyak ikan Omega-3 membantu mengurangkan keradangan, sakit badan, serta menyokong kesihatan jantung. Ia juga baik untuk otak bayi melalui susu ibu.
✔ Kurangkan sakit sendi
✔ Baik untuk perkembangan otak bayi
✔ Turunkan berat badan secara sihat
7. ESP – Protein Berkualiti untuk Luka dan Susu

ESP adalah minuman protein soya non-GMO yang membantu baik pulih sel-sel rosak dan bina otot. Ia juga bantu hasilkan susu ibu yang lebih pekat dan berkhasiat.
✔ Luka cepat pulih
✔ Susu ibu lebih berkualiti
✔ Rasa kenyang lebih lama
8. Alfalfa Complex – ‘Milk Booster’ Semula Jadi

Alfalfa ialah herba semula jadi yang dikenali sebagai milk booster dan juga bantu menyingkirkan toksin dari badan. Ia juga boleh bantu atasi keputihan.
✔ Banyakkan susu ibu
✔ Bantu detoks badan
✔ Kurangkan keputihan
Kelebihan Suplemen ibu berpantang Shaklee
✅ Selamat untuk ibu menyusu dan bayi – bebas bahan panas atau herba yang boleh menyebabkan kuning
✅ Tidak mengganggu perut bayi – tiada cirit-birit atau alahan
✅ Moden dan praktikal – tak perlu rebus atau bancuh herba
✅ Terbukti secara klinikal – setiap produk diuji keberkesanannya
✅ Berfungsi menyeluruh – dari tenaga, luka, emosi hingga penghasilan susu
Testimoni Pengguna Suplemen ibu berpantang Shaklee
“Masa anak pertama saya guna jamu, anak kena jaundis. Tapi anak kedua saya guna set berpantang Shaklee, Alhamdulillah lebih bertenaga, susu pun banyak!”
– Puan Liana, ibu 2 anak
“Saya bersalin czer, dan Vivix memang sangat membantu! Luka cepat kering dan saya boleh bergerak aktif dalam minggu kedua berpantang.”
– Puan Alia, 33 tahun

Salwani Mnor
1st time berpantang dgn full set Shaklee + Vivix. Awesome sgt! Luka cepat sembuh, susu meriah, Badan bertenaga & Cepat recover. Nurse & makbidan pun puji

Iffah leysha
First time consume lecithin & ESP masa dlm pantang, badan rasa lain sangat. Lagi btenaga, susu meriah & lecithin bantu sangat redakan bengkak susu & paling best berat badan cepat turun

Auni
Dulu masa anak 1st, time pantang tidur je sepanjang hari. Tapi bersalin anak kedua guna set pantang Shaklee, boleh kira dengan jari berapa hari je tidur siang. Memang bertenaga & segar je

Keynah Samsuddin
Bersalin anak ke3 ni, rasa bertenaga lain macam waktu berpantang. Tak menyesal betul ambil full set berpantang Shaklee ni. Fasa anak no 1 dan 2 tengah melasak pula. Betul2 membantu. Susu pun meriah.

Farhana Anuar
Dah 10 tahun guna set bersalin Shaklee! Dari yang sulong sampai anak no4! Tak pernah curang. Alhamdulillah Alhamdulillah

Busra Ibrahim
Anak ke2 guna set berpantang Shaklee. Alhamdulillah susu meriah! Tak struggle mcm anak first 4 Bonus seminggu berpantang dah dpt berat sebelum pregnant! Love sgtt
Suplemen ibu berpantang Pelaburan untuk Diri Sendiri & Bayi
Berpantang bukan sekadar rehat ia adalah fasa penting untuk pemulihan dan penjagaan kesihatan jangka panjang. Dengan pengambilan suplemen ibu berpantang yang lengkap dan berkualiti, anda bukan sahaja akan rasa lebih sihat, malah mampu uruskan bayi dengan tenang dan ceria.
Ingin dapatkan set berpantang Shaklee lengkap dengan Vivix?
Saya sedia bantu anda dengan konsultasi percuma dan jadual pengambilan yang sesuai.
👉 Klik sini untuk terus WhatsApp saya!
Nak Beli Set Berpantang Shaklee Terbaik
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Anda nak kami cod supplement Shaklee? saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Setia Alam, Puncak Alam. Meru, Elmina, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Rantau Panjang Klang, Saujana Utama, Bukit Jelutong, USJ
Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717