Makanan Dalam Pantang Untuk Luka Cepat Sembuh, Susu Badan Banyak
Dah seminggu berpantang bersalin ni luka masih tak elok tak bercamtum. badan lemau letih je. Akibatnya susu badan pun sikit. Anak asyik menangis je susu tak cukup. stress la macam ni. Takut terlalu stress sampai sakit pulak dalam pantang ni. Apa ye makanan dalam pantang untuk luka cepat sembuh, susu badan banyak, badan bertenaga, kulit cantik dan boleh bantu kurus kembali.
Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka.
Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetul, dijaga dan dicegah supaya tubuh dapat kembali kepada keadaan asal.
Ini termasuk proses pemulihan akibat :
- kehilangan darah semasa bersalin
- pengecutan rahim
- keseimbangan hormon
- ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
- kehilangan tenaga semasa proses bersalin.
Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu lepas bersalin untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin.
Pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk membolehkan wanita terus kekal sihat selepas bersalin. Rehat yang cukup juga amat penting untuk proses pemulihan.
Mengapakah Makanan Dalam Pantang Dengan Nutrisi Yang betul Penting Selepas Bersalin?
Diet yang sihat selepas bersalin adalah penting untuk beberapa sebab penting:
Keseimbangan hormon – Turun naik hormon selepas bersalin boleh membawa kepada cabaran emosi dan fizikal. Makanan berpantang tertentu boleh membantu mengawal hormon ini, memudahkan peralihan kepada keibuan dan kehidupan selepas bersalin.
Penambahan nutrien – Melahirkan anak meletakkan banyak tekanan pada badan, mengurangkan nutrien penting. Pemakanan seimbang semasa berpantang membantu menambah nutrien ini, membantu
Penyusuan badan – Ibu yang memilih untuk menyusukan bayi perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Susu ibu adalah khasiat utama untuk bayi yang baru lahir dan pilihan pemakanan ibu secara langsung memberi kesan kepada kuantiti dan kualiti susu ibu yang dihasilkannya. Pada masa ini, mengutamakan bekalan susu yang mencukupi dan menyediakan nutrien penting kepada bayi adalah yang paling penting.
Makanan Dalam Pantang.Pengalaman saya sendiri Bila Jaga Pemakanan Selepas Bersalin. Apa Efeknya?
2010 : saya selepas habis pantang bersalin anak pertama. Berpantang dengan makanan berpantang tapi tak makan supplement apa apa
2014 : berpantang anak ke dua. usia pun dah 30tahun. Berpantang dengan makan makanan pantang dan ambil supplement berpantang
Makanan Dalam Pantang Apa Yang Terbaik Tu ?
1. Elakkan Makanan ‘Sejuk & ‘Panas
Petua orang dahulu nasihatkan ibu yang sedang berpantang untuk mengelakkan jenis-jenis makanan yang dikatakan panas, berangin, sejuk atau ‘tajam’.
Jenis makanan sebegini dikhuatiri akan menjejaskan luka bersalin untuk sembuh lebih cepat atau jahitan luka terbuka semula serta mengganggu kesihatan mental dan dalaman ibu sendiri.
Dengan mengurangkan pengambilan makanan sejuk dan panas ini, para ibu yang berpantang boleh mengelak dari mendapat angin yang membuatkan badan tidak selesa.
Selain itu, ia boleh memperbaiki aliran darah dan memperbanyak penghasilan susu.
Jenis makanan ‘sejuk’ adalah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang.
Biarpun ia dianggap mitos, namun ia merupakan adat dan kepercayaan yang telah diwarisi sejak zaman dahulu dalam masyarakat Melayu.
Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia, tiada bukti mahupun kajian saintifik yang menunjukkan terdapat jenis-jenis makanan yang boleh membahayakan ibu berpantang.
2.Makanan Gantian Lebih Berkhasiat
Menggantikan beras biasa dengan beras perang adalah antara cara yang tidak keterlaluan untuk anda berdiet serta mendapatkan kalori baik.
Sumber bijirin berserat tinggi ini juga bagus untuk penghadaman dan mengelakkan sembelit selepas bersalin.
3. Sarapan Berserat Tinggi
Selain makan nasi untuk hidangan utama makanan berpantang, anda boleh mengamalkan pengambilan roti berserat tinggi untuk sarapan atau makan pagi.
Berbanding roti putih dan biskut kering, roti berserat tinggi mengandungi asid folik yang penting untuk kesihatan tubuh badan anda dan bayi.
4.Sumber Protein Tinggi
Untuk memastikan kekal bertenaga sepanjang hari, ibu harus mempunyai sumber protein yang tinggi dalam sajian harian.
Pengambilan ikan Salmon misalnya, bukan sahaja berkhasiat tetapi turut terbukti dapat mengelakkan risiko kemurungan selepas bersalin (Postpartum Depression).
Selain itu, ikan tenggiri dan tuna juga antara pilihan yang bagus sebagai lauk dalam makanan berpantang kerana ia memperbaiki fungsi otak dan membina sistem saraf bayi.
5. Buah-Buahan Tinggi Vitamin
Buah-buahan dengan warna yang terang seperti anggur, betik, oren, pisang, dan sebagainya sangat berkhasiat untuk ibu berpantang.
Buah jenis yang kaya tinggi vitamin C bagi membantu proses penyembuhan luka dengan cepat. Disarankan mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan buah-buahan setiap hari.
6. Sayur-Sayuran Tinggi Antioksidan
Jangan culas dengan sayuran hijau dalam tempoh berpantang. Sayur hijau seperti sawi hijau, bayam, kucai, serta ulam-ulaman seperti pegaga, daun cekur dan ulam raja juga patut ditambahkan ke dalam menu harian anda.
Ia bukan sahaja tinggi antioksidan, vitamin, serta mineral, bahkan ia turut memiliki sumber kalsium yang penting untuk tubuh. Kalorinya pun rendah.
7. Kekacang Sebagai Kudapan
Kalau teringin nak makan snek atau ‘kudap-kudap’, pilihlah daripada sumber yang sihat seperti kacang badam, walnut, kuaci, atau pistachio.
Semua jenis kekacang sihat seperti ini dapat membantu menstabilkan paras glukosa dalam darah, menyeimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh di samping meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak.
8. Buah Kering
Banyakkan makan buah-buah kering. Kurma adalah antara pilihan buah-buahan kering yang amat baik untuk ibu selepas bersalin.
Khasiatnya yang begitu banyak tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain memberi tenaga, ia juga membantu merangsang penghasilan susu badan.
Anda juga boleh memakan kismis, aprikot kering atau buah tin (figs).
Kesimpulan
Disebalik pantang larang sewaktu berpantang yang diturunkan oleh orang dahulu, ada juga baiknya diikuti.
Makanan-makanan berpantang ini sangat bagus untuk mempercepatkan proses sembuh luka bersalin di samping memberikan tenaga kepada ibu berpantang.Makanan juga kunci utama kepada badan yang lebih sihat.
Makanan Dalam Pantang : Supplement Pantang Bersalin Untuk Bantu Ibu Berpantang Lebih Sihat Gembira
Supplement adalah makanan tambahan yang sangat penting dalam membantu melengkapkan nutrisi ibu dalam pantang. Nutrien yang penting diperlukan untuk luka cepat sembuh, badan bertenaga, elak kemurungan, elak sakit sakit badan, susu badan meriah, berat senang turun.
1. Vita-Lea Iron Formula
Vita-Lea Iron Formula adalah multivitamin dan multimineral yang mengandungi zat besi yang penting untuk membentuk semula sel darah merah. Kita sedia maklum ibu-ibu kehilangan darah sewaktu proses kelahiran kan.
2. Sustained Release Vita-C Plus
Sustained Release Vita-C Plus membantu meningkatkan sistem imun ibu agar kekal bertenaga dan tak mudah diserang deman selesema.
Ia juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman ibu dan luka pembedahan caesarean.
3. B-Complex
B-Complex mengandungi 8 jenis Vitamin B yang penting untuk kesihatan tubuh badan. B-Complex membantu menukarkan makanan kepada tenaga supaya ibu dalam pantang kekal sihat dan berselera makan.
Ia membantu ibu berpantang bebas stress dan depresi dengan mengelakkan meroyan ketika di dalam tempoh berpantang tersebut.
4. ESP Soy Protein Isolate Powder
Protein soya dari sumber tumbuhan yang tidak diubah genetiknya (Non-GMO) membantu dalam memperbaharui dan membaiki sel-sel tubuh badan. Protein memberi tenaga yang berpanjangan kepada ibu dalam pantang dan ESP juga membantu memekatkan dan meningkatkan kuantiti susu ibu.
5. Ostematrix
Ostematrix mengandungi kalsium dan mineral lain untuk tulang dan gigi yang sihat. Ostematrix membantu mengelakkan sakit pinggang dan sembelit ketika ibu-ibu berpantang. Ibu-ibu akan lebih bertenaga walaupun berjaga malam untuk menyusukan bayi sekaligus membekalkan kalsium kepada bayi.
6. Alfalfa Complex
Alfalfa Complex dikenali sebagai kacip fatimah moden untuk membantu mengecutkan peranakan. Alfalfa Complex juga membantu menghilangkan keputihan. Untuk menggalakkan pengeluaran susu, ibu-ibu boleh amalkan Alfalfa Complex ni.
7. Omega Guard
Omega Guard merupakan minyak ikan yang kaya dengan khasiat DHA dan EPA, ia amat baik untuk kesihatan otak ibu supaya tidak mudah lupa, juga baik untuk bayi yang disusukan.
Ibu yang mengambil cukup DHA dan EPA, bayi turut mendapatkan khasiatnya melalui susu ibu bagi perkembangan otak dan mata bayi yang penting untuk tumbesaran.
8. Vivix
VIVIX terbaik dalam menyembuhkan luka dari dalam bagi mereka yang bersalin secara pembedahan mahupun bersalin normal.
Ia adalah sumber anti-oksidan dan mempunyai kandungan RESVERATROL yang tinggi untuk membantu dalam proses penyembuhan luka bersalin.
Kandungan vivix juga merangsangkan penjana tenaga untuk menghasilkan lebih tenaga, sebab tu ibu yang ambik vivix semasa berpantang akan cepat sihat dan bertenaga.
Makanan Dalam Pantang : Nak Order Set Berpantang Shaklee
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Anda nak kami cod supplement Shaklee? saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Setia Alam, Puncak Alam. Meru, Elmina, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Rantau Panjang Klang, Saujana Utama, Bukit Jelutong
Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717