Kenapa Cepat Penat Walaupun Tidur Cukup? Ini 7 Punca Yang Ramai Tak Sedar

Kenapa Cepat Penat Walaupun Tidur Cukup? Ini 7 Punca Yang Ramai Tak Sedar

Kenapa Cepat Penat?Ramai orang mengadu badan cepat penat walaupun tidur cukup. Malam tidur 7 hingga 8 jam, tetapi bangun pagi masih rasa lesu, mengantuk dan tiada tenaga untuk memulakan hari.

Masalah ini sebenarnya agak biasa berlaku, terutamanya dalam kalangan wanita yang sibuk bekerja, mengurus rumah tangga dan anak-anak. Walaupun tidur cukup, ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan badan masih terasa letih.

Dalam artikel ini, kita akan bincangkan kenapa cepat letih penat walaupun dah tidur cukup serta cara mengatasinya supaya badan kembali bertenaga.

Kenapa Cepat Penat Walaupun Tidur Cukup? Ini 7 Punca Yang Ramai Tak Sedar

1. Kekurangan Nutrien Penting Dalam Badan

Salah satu punca utama badan cepat letih adalah kekurangan nutrien penting seperti:

  • Zat besi
  • Vitamin B kompleks
  • Protein
  • Magnesium

Apabila badan kekurangan nutrien ini, sel-sel dalam badan tidak dapat menghasilkan tenaga dengan baik. Akibatnya, anda akan mudah merasa lesu walaupun sudah tidur lama.

Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan keadaan seperti Anemia, di mana badan kekurangan sel darah merah untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Ini menyebabkan badan cepat letih dan tidak bermaya.

2. Kualiti Tidur Tidak Baik

Walaupun anda tidur selama 7 hingga 8 jam, kualiti tidur mungkin tidak baik. Contohnya:

  • Tidur lewat malam
  • Kerap terjaga
  • Tidur tidak nyenyak
  • Menggunakan telefon sebelum tidur

Apabila kualiti tidur tidak baik, badan tidak dapat melalui fasa tidur dalam (deep sleep) yang penting untuk memulihkan tenaga.

Akibatnya, anda akan bangun dalam keadaan masih penat.

3. Terlalu Banyak Makan Gula dan Karbohidrat Ringkas

Makanan tinggi gula seperti:

  • Kuih manis
  • Minuman bergula
  • Dessert
  • Makanan proses

boleh menyebabkan paras gula darah naik mendadak, kemudian turun dengan cepat.

Keadaan ini menyebabkan badan mengalami “energy crash” yang membuatkan anda cepat mengantuk dan keletihan.

Sebab itu ramai orang rasa sangat mengantuk selepas makan makanan manis atau makanan berat.

4. Kurang Minum Air (Dehidrasi)

Ramai orang tidak sedar bahawa kurang minum air juga boleh menyebabkan badan cepat letih.

Apabila badan mengalami dehidrasi:

  • Peredaran darah menjadi kurang efisien
  • Oksigen kurang sampai ke sel badan
  • Badan terasa lemah dan tidak bertenaga

Antara tanda dehidrasi termasuk:

  • Sakit kepala
  • Pening
  • Kulit kering
  • Mudah mengantuk

Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air sehari untuk memastikan badan kekal bertenaga.

5. Tekanan dan Keletihan Mental

Tekanan kerja, masalah keluarga atau terlalu banyak perkara difikirkan juga boleh menyebabkan badan terasa letih.

Walaupun secara fizikal anda tidak melakukan kerja berat, keletihan mental boleh membuatkan badan terasa lemah dan tidak bermotivasi.

Stress yang berpanjangan juga boleh mengganggu hormon dalam badan dan menyebabkan gangguan tidur.

6. Kurang Aktiviti Fizikal

Walaupun nampak pelik, kurang bersenam juga boleh menyebabkan badan cepat penat.

Apabila badan jarang bergerak:

  • Otot menjadi lemah
  • Peredaran darah menjadi perlahan
  • Badan cepat terasa letih

Senaman ringan seperti:

  • Berjalan laju
  • Berbasikal
  • Stretching

selama 20 hingga 30 minit sehari boleh membantu meningkatkan tenaga dan kecergasan badan.

7. Masalah Kesihatan Tertentu

Jika anda sentiasa merasa penat walaupun sudah tidur cukup dan menjaga pemakanan, kemungkinan ada masalah kesihatan yang perlu diperiksa.

Antara keadaan yang boleh menyebabkan keletihan berpanjangan termasuk:

  • Hypothyroidism
  • Diabetes
  • Anemia

Pemeriksaan kesihatan boleh membantu mengenal pasti punca sebenar supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.

Cara Atasi Badan Cepat Letih Walaupun Tidur Cukup

Berikut beberapa langkah mudah yang boleh membantu meningkatkan tenaga harian:

1. Jaga waktu tidur
Tidur pada waktu yang sama setiap malam untuk membantu badan mendapatkan tidur berkualiti.

2. Kurangkan makanan manis
Gantikan makanan manis dengan makanan lebih sihat seperti buah-buahan atau kekacang.

3. Amalkan pemakanan seimbang
Pastikan diet harian mengandungi protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan karbohidrat kompleks.

4. Minum air secukupnya
Air membantu badan kekal segar dan meningkatkan fungsi metabolisme.

5. Lakukan aktiviti fizikal ringan
Senaman ringan dapat membantu meningkatkan tahap tenaga dan memperbaiki mood.

6. Urus stress dengan baik
Luangkan masa untuk berehat, beribadah atau melakukan aktiviti yang menenangkan fikiran.

Kenapa Cepat Penat Walaupun Tidur Cukup

Masalah cepat penat walaupun tidur cukup bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia boleh berpunca daripada gaya hidup, pemakanan yang tidak seimbang atau masalah kesihatan tertentu.

Dengan mengenal pasti punca sebenar dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, anda boleh membantu badan kembali bertenaga dan menjalani aktiviti harian dengan lebih produktif.

Jika keletihan berlarutan untuk tempoh yang lama, sebaiknya lakukan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan tiada masalah kesihatan yang serius.

Kenapa Cepat Penat Walaupun Tidur Cukup? Suplemen Bantu Badan Bertenaga

Kenapa Cepat Penat : ESP

Vitamin Untuk Badan Letih

Rangsangan untuk tenaga yang berkekalan

Protein soya mempunyai Indeks Glisemik rendah yang mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat, serta membantu anda mengekalkan tenaga, memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan memberi manfaat kepada penurunan berat badan dan kesihatan jangka panjang.

Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan pada gula dalam darah. Karbohidrat seperti minuman tenaga bergula tinggi mempunyai GI yang tinggi, terurai dengan cepat dan menyebabkan gula dalam darah anda meningkat dan jatuh menjunam dengan cepat, sehingga anda berasa letih, mudah marah dan rasa lapar.

Meningkatkan tahap prestasi anda

Terlibat dalam membina dan mengekalkan jisim otot badan. Gabungan senaman yang kerap dan pengambilan protein soya harian yang konsisten membantu mengekalkan jisim otot dan meningkatkan prestasi sukan yang dilakukan.(1,2)

Stamina yang lebih mantap

Kaya dengan asid amino yang membantu menyokong penghasilan tenaga yang berpanjangan. Pengambilan protein soya secara berterusan didapati meningkatkan tahap stamina.

Maka tidak hairanlah jika ramai yang memilih ESP untuk tenaga lebih lama.

Rujukan:

  1. Barbul A. The use of arginine in clinical practice. In: Cynober, LA, ed. Amino acid metabolism and therapy in health and nutritional disease. New York, NY. CRC Press Inc. 1998:361-383.
  2. Rossi A, DiSilvestro RA, Blostein-Fujii. 1998. “Effects of soy consumption on exercise induced acute muscle damage and oxidative stress in young adult males.” FASEB, vol 12:5 p. A653.

Kenapa Cepat Penat: B Complex

Vitamin Untuk Badan Letih
Set Shaklee Membantu Atasi Letih ,Stress, Perubahan Emosi

Kenapa Cepat Penat: Ostenutrix

Vitamin Untuk Badan Letih

Sebab utama insomnia yang kronik adalah kekurangan magnesium. Tidur juga terganggu akibat banyak kali terbangun ketika tidur. Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini telah dibuktikan oleh James Penland diHuman Nutrition Research Center di North Dakota. 

Salah satu mineral penting untuk badan. Magnesium terlebih dalam lebih 300 proses metabolisme badan termasuk membantu tidur lebih baik, menenangkan sistem saraf dan otot. 

Secara keseluruhannya, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang kepada tidur yang lebih lena.

Kenapa Cepat Penat
Kenapa Cepat Penat

Kenapa Cepat Penat:Cinch Tea Mix

Kenapa Cepat Penat

Cinch Energy Tea bukan sekadar air teh yang sedap tetapi adalah produk yang terbaik untuk menaikkan metabolisme badan anda.

Ia bukan sahaja utk meningkatkan metabolisme malah utk menggalakkan tenaga secara semulajadi dan memberi tenaga sepanjang hari (energy booster)

Pengalaman seorang customer yang ada palpilation, anxiety. Jantung laju. Dia minum cinch tea pagi. Rasa relax,jantung tak laju. Badan cergas. Dalam cinch tea ada taurine Taurine has important functions in the heart and brain. It helps support nerve growth. It might also benefit people with heart failure by lowering blood pressure and calming the nervous system~webmd.com

Kenapa Cepat Penat

Kenapa Cepat Penat :Vivix ResV

Kenapa Cepat Penat

Penat letih sebab ada masalah diabetes? anda perlukan vivix resv

Bagaimana Vivix ResV Membantu Tambah Tenaga?

Secara ringkasnya, di dalam badan kita ni ada beribu-ribu sel.Dalam sel pula terdapat mitokondria. Mitokondria umpama ‘generator’ untuk sel. Ia bertindak sebagai pusat jana kuasa yang berfungsi untuk memberi tenaga kepada sel.Bila sel bertenaga ia akan meningkatkan tenaga badan secara keseluruhannya.Tapi seiring dengan meningkatnya usia kita, Mitokondria di dalam sel juga akan semakin berkurangan.Bila mitokondria semakin berkurangan, sel-sel badan juga semakin lemah. Bila sel lemah, badan akan automatik menjadi lemah dan mudah mendapat penyakit.

Kenapa Cepat Penat

10x Ganda Resveratrol Dalam resv  Bantu Tingkatkan Kuantiti Metokondria Di dalam Sel.Jika sel-sel kita bertenaga, badan kita akan turut jadi bertenaga.

Vivix mengandungi resveratrol 10x ganda lebih hebat daripada resveratrol biasa. Manakala ResV 30kali Ganda lagi power dari vivix

Kandungan resveratrol yang tinggi didalam Vivix dan resV  membantu meningkatkan jumlah metokondria didalam sel. (Mitokondria akan tingkatkan Tenaga sel).

Semakin kita tua, sel-sel di dalam tubuh kita semakin banyak yang mati. Umumnya, kesihatan badan kita bergantung kepada sihatnya sel-sel di dalam tubuh kita. Bila sel sihat, tubuh juga akan sihat dan badan jadi bertenaga.

Jika sel mati, badan mudah mendapat pelbagai penyakit. Kesihatan mulai merosot. Lutut mulai lembik dan lemah. Badan rasa sengal-sengal. Tenaga berkurangan, kurang selera makan dan macam-macam lagi penyakit datang menimpa seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan kolestrol tinggi.

Penafian: Vivix ResV adalah vitamin, bukan ubat. Ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulih penyakit kritikal.

Kenapa Cepat Penat : Nak Order Suplemen Bagi Badan Bertenaga

Nak kembali bertenaga supaya kita dapat jalankan kehidupan harian dengan lebih baik. Jom dapatkan set ini dan saya akan bantu anda kekal cergas dengan Shaklee

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam

www.wasap.my/60133612717/setletihpenatlesu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *