Cara Hilangkan Gatal Kemaluan Ketika Mengandung
Arghhh gatalnya !kemaluan gatal ketika mengandung tu perkara biasa. Tapi kalau gatal sampai nak garu je atau garu sampai berdarah.ishhh mana boleh tahan kan. takut pulak ianya akan memberi kesan pada baby dalam kandungan. Jadi ada ke Cara Hilangkan Gatal Kemaluan Ketika Mengandung ni?
Jangkitan kulat atau yis adalah keadaan yang tidak berbahaya. Namun ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan boleh berulang kembali.
Umumnya, jangkitan kulat ini disebabkan oleh kulat yang dikenali sebagai Candida albicans.
Dianggarkan 3 daripada setiap 4 wanita akan mengalami sekurang-kurangnya satu jangkitan yis sepanjang hayat mereka. Manakala lebih 45% wanita akan mendapat 2 atau lebih jangkitan.
Bagi wanita hamil pula, jangkitan kulat pada faraj lebih kerap untuk berlaku.
Berdasarkan kajian, kira-kira 20% wanita mempunyai jangkitan kulat Candida dalam faraj secara normal. Angka itu meningkat sehingga 30% semasa kehamilan.
Kulat lebih cenderung untuk menyebabkan jangkitan semasa kehamilan kerana turun naik hormon.
Kajian menunjukkan kegatalan pada faraj merupakan simptom yang biasa selain loya, muntah dan kepenatan. Berikut merupakan antara punca berlakunya kegatalan pada vagina:
Kekurangan air dalam badan: Semasa trimester pertama kehamilan, badan anda memerlukan lebih banyak air untuk membantu dalam proses pembentukan badan bayi. Ini akan menyebabkan tisu vagina menjadi kering dan menyebabkan kepedihan, kegatalan lalu menyebabkan luka.
Peluh yang berlebihan di kawasan vagina: Ini akan menyebabkan kelembapan di bahagian vagina lalu menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan pada bahagian vagina.
Alahan terhadap produk tertentu: Produk seperti minyak wangi, pelembut fabrik, sabun pencuci atau kondom yang digunakan bagi aktiviti seharian anda mungkin menjadi faktor kegatalan pada vagina.
Ketika sedang hamil, tisu vagina akan menjadi lebih sensitif. Oleh itu elakkan memakai produk yang mempunyai komponen kimia yang kuat. Sebaliknya gunakan produk yang lebih semulajadi dan bebas tanpa sebarang bahan kimia.
Cara Hilangkan Gatal Kemaluan Ketika Mengandung
1. Tuamkan kain lembut di kawasan yang gatal
Dengan cara ini, anda dapat melegakan sedikit kegatalan pada vagina. Anda juga diingatkan untuk tidak menggunakan air yang terlalu panas bagi mengelakkan ketidakselesaan anda semakin melarat.
2. Tambahkan yogurt dalam diet seharian anda
Selain rawatan luaran, pengambilan bakteria baik yang terdapat dalam yogurt akan membantu tahap keseimbangan nilai pH dalam badan. Pengambilan yogurt yang rendah lemak dan bebas gula juga akan menyihatkan tubuh badan selain menghalang bakteria daripada vagina anda.
3. Pilih pakaian yang sesuai
Ketika sedang hamil, terdapat banyak perubahan berlaku yang membuat badan anda tidak lagi mampu untuk memakai pakaian seharian. Elakkan memakai seluar jean dan seluar dalam yang ketat bagi mengelakkan ketidakselesaan pada bahagian alat sulit.
4. Gunakan krim anti kegatalan
Anda juga boleh menggunakan krim anti kegatalan yang dijual di mana-mana farmasi atau pusat perubatan yang diiktiraf. Namun anda perlu membaca dan memahami label serta berunding dengan pakar terlebih dahulu. Jika kegatalan berterusan, berjumpalah dengan doktor di hospital bagi mendapatkan kepastian tentang kondisi anda.
sumber Hellodoktor
Boleh ke jangkitan fungal menjangkiti anak Dalam Kandungan?
JANGKITAN FUNGAL TIDAK AKAN MEMBERI KESAN PADA BAYI DALAM KANDUNGAN. NAMUN JIKA TERDAPAT JANGKITAN FUNGAL PADA KEMALUAN IBU KETIKA PROSES KELAHIRAN, KEMUNGKINAN ANAK YANG DILAHIRKAN JUGA MENGALAMI JANGKITAN FUNGAL YANG SAMA.
Bayi akan mendapat thrush iaitu keputihan pada sebelah dalam mulut dan lelangit dan kadang kala di lidah. Ianya tidak serius dan boleh dirawat. (Tapi perlu diingat bayi juga boleh mendapat thrush walaupun ibunya tiada jangkitan fungal di faraj) ~ Dr Zubaidi
Kata kunci utama bagi mengelakkan jangkitan fungal ialah ‘kebersihan diri’. Fungal (kulat) suka tempat yang lembab. Kalau terasa gatal dan lembap, cepat-cepatlah membersihkan diri.
1. Pakai pakaian underwear yang diperbuat dari kapas dan elakkan menggunakan pantyhouse atau seluar yang ketat terutama diperbuat dari synthetic.
2. Lekas tukarkan pakaian yang basah akibat berpeluh selepas bersenam. Cucilah kemaluan apabila gatal.
3. Cuba tidur malam tanpa menggunakan underwear.
4. Elakkan berendam dalam air buih atau perfumed soap terlalu lama.
5. Bersihkan kemaluan luar dengan air suam. Jangan gunakan teknik douching.
6. Selalu cuci kemaluan dari depan ke belakang, bagi mengelakkan kuman dari anus boleh merebak ke faraj.
7. Mengamalkan yogurt yang mengandungi Lactobacillus acidophilus akan mengurangkan fungal yang tidak baik faraj.
Cara Hilangkan Gatal Kemaluan Ketika Mengandung Dengan Shaklee
Vitamin C
Vitamin C Shaklee atau Vita C Plus mengandungi teknologi “sustained release” yang membolehkan vitamin c diserap ke dalam tubuh secara per jam. Vitamin c sangat penting untuk kuatkan imun sistem tubuh. Apabila faraj dijangkiti kulat yang menyebabkan keputihan, vitamin c sangat diperlukan untuk melawan kulat tersebut daripada terus membiak.
Vitamin C ialah antioksidan yang membantu menyokong sistem imun yang sihat. Sesetengah penyelidikan mencadangkan bahawa mengambil suplemen vitamin C boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan faraj, termasuk vaginosis bakteria, yang boleh menyebabkan gatal-gatal di kawasan kemaluan.
ESP
ESP merupakan minuman yang rendah GI atau Glisemiks indeks. Makanan GI tinggi meningkatkan gula darah anda dengan cepat, menyebabkan lonjakan. Kesan ini boleh meningkatkan risiko bacterial vaginosis. Satu teori ialah glukosa menjejaskan cecair faraj. Tahap glukosa yang tinggi boleh meningkatkan keradangan, melemahkan fungsi imun, dan membenarkan bakteria berkembang
phytoestrogens dalam produk soya membantu memastikan faraj sentiasa dilincirkan, yang sangat penting untuk mengelakkan kekeringan, gatal-gatal dan masalah lain
Omega Guard
Asid lemak omega-3 boleh membantu menghidrat dan melembapkan kulit.
Satu kajian mencadangkan bahawa asid lemak omega-3 boleh meningkatkan tahap estrogen dan meningkatkan pelinciran faraj
Asid lemak Omega-3 adalah lemak penting yang memainkan peranan dalam mengurangkan keradangan dalam badan. Sesetengah kajian mencadangkan bahawa meningkatkan pengambilan asid lemak omega-3 boleh membantu mengurangkan kegatalan di kawasan kemaluan.
Tak sanggup dah nak hadap faraj berbau busuk gatal ni. Nak Cubalah Cara Hilangkan Gatal Kemaluan Dengan Vitamin ni
Boleh hubungi saya di 013-3612717 atau klik link ini >www.wasap.my/60133612717/farajgatalmenagandung
untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com