Batuk Kokol atau Pertussis :Supplement Bantu Batuk Kronik

Batuk Kokol atau Pertussis :Supplement Bantu Batuk Kronik

Batuk kokol atau pertussis ialah sejenis penyakit berjangkit bakterial dan merupakan salah satu penyakit bervaksin penyebab utama kematian. 123456. Terdapat 30-50 juta kes setiap tahun, dan sekitar 300,000 kematian setahun. 90% semua kes berlaku di negara membangun. Batuk kokol disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis.

Penyakit batuk kokol disebabkan bakteria Bordetelia pertussis dan berpunca daripada jangkitan saluran pernafasan yang tersekat-sekat terutama di kalangan kanak-kanak berumur bawah dua tahun.

Apakah simptom-simptom batuk kokol?

Tanda-tanda dan simptom batuk ini akan muncul selepas 10 hari mendapat jangkitan ini.

Tanda-tanda dan simptom yang lazim pada peringkat awal biasanya sederhana dan sama dengan demam selesema.

Anda boleh mendapat:

  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat dengan mukus
  • Mata merah dan berair
  • Demam
  • Batuk

Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan akan:

  • Merangsang untuk muntah;
  • Menyebabkan muka menjadi merah atau biru;
  • Menyebabkan kepenatan melampau;
  • Berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas.

Bayi berkemungkinan tidak batuk. Mereka mungkin mempunyai masalah pernafasan atau mereka berhenti bernafas seketika.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda atau anak anda mempunyai tanda berikut:

  • Muntah;
  • Bertukar menjadi merah atau biru;
  • Sukar bernafas atau anda sedar pernafasannya terhenti seketika;
  • Menarik nafas dengan bunyi “whoop”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *