Tips Buang Angin Badan Secara Tradisional dan Moden Yang Ramai Wanita Tak Tahu

Tips Buang Angin Badan Secara Tradisional dan Moden Yang Ramai Wanita Tak Tahu

Tips Buang Angin Badan Secara Tradisional dan Moden Yang Ramai Wanita Tak Tahu

Masalah angin dalam badan memang biasa berlaku, terutama dalam kalangan wanita selepas bersalin, wanita bekerja, ibu menyusu dan individu yang selalu stres atau makan tidak menentu. Bila angin terkumpul dalam badan, ia boleh menyebabkan perut kembung, sendi sakit, badan lesu, sakit kepala dan rasa tidak selesa sepanjang hari.

Sebab itu ramai mencari pelbagai tips buang angin badan untuk kembali rasa ringan, bertenaga dan selesa. Dalam artikel ini, kita akan bincangkan punca angin dalam badan, simptom serta cara tradisional dan moden untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Apa Maksud Angin Dalam Badan?

Dalam perubatan tradisional Melayu, “angin” merujuk kepada keadaan badan yang tidak seimbang akibat pengumpulan gas atau aliran darah yang kurang lancar. Dalam dunia moden pula, ia sering dikaitkan dengan masalah penghadaman, gas dalam usus, stres dan gaya hidup.

Antara simptom biasa angin dalam badan ialah:

  • Perut kembung
  • Sendawa berlebihan
  • Badan lenguh
  • Sakit kepala
  • Tapak kaki sejuk
  • Sukar tidur
  • Badan cepat penat
  • Sakit belakang dan pinggang
  • Rasa mencucuk pada sendi

Wanita yang baru bersalin juga sering mengalami masalah angin kerana perubahan hormon dan keadaan badan yang masih lemah selepas melahirkan anak.

Punca Angin Dalam Badan

Sebelum tahu cara membuang angin, penting untuk faham puncanya terlebih dahulu.

1. Makan Tidak Menentu

Lewat makan atau terlalu banyak minum air bergas boleh menyebabkan gas terkumpul dalam perut.

2. Kurang Bergerak

Terlalu lama duduk boleh menyebabkan sistem penghadaman menjadi perlahan dan angin mudah terperangkap.

3. Stres dan Kurang Tidur

Ramai tak sedar emosi juga mempengaruhi sistem penghadaman. Bila stres, perut lebih mudah kembung dan tidak selesa.

4. Selepas Bersalin

Badan ibu selepas bersalin lebih mudah dimasuki angin jika tidak dijaga dengan baik.

5. Makanan Tertentu

Antara makanan yang boleh menyebabkan angin:

  • Ubi
  • Kobis
  • Brokoli
  • Minuman bergas
  • Makanan berminyak
  • Makanan terlalu pedas

Tips Buang Angin Badan Yang Boleh Diamalkan

Berikut beberapa cara yang ramai amalkan untuk membantu mengurangkan angin dalam badan.

1. Minum Air Halia Suam

Halia terkenal sejak dahulu sebagai bahan tradisional untuk membantu memanaskan badan dan melancarkan penghadaman.

Cara mudah:

  • Hiris beberapa keping halia
  • Rebus dalam air panas
  • Minum ketika suam

Ramai suka amalkan waktu pagi atau malam sebelum tidur.

2. Bertungku atau Tuam Badan

Bertungku membantu melancarkan peredaran darah dan memberi rasa lega pada badan.

Kaedah ini sangat popular dalam kalangan wanita berpantang kerana membantu:

  • Mengurangkan kembung
  • Melegakan lenguh badan
  • Membantu badan rasa lebih ringan

3. Urutan Tradisional

Urutan membantu melancarkan aliran darah dan melegakan otot tegang.

Bahagian yang sering diurut untuk buang angin:

  • Belakang badan
  • Pinggang
  • Betis
  • Tapak kaki
  • Bahu dan tengkuk

Ramai juga suka gunakan minyak panas atau minyak herba ketika urut.

4. Elakkan Minuman Sejuk

Minuman terlalu sejuk dipercayai menyebabkan badan mudah berangin, terutama wanita selepas bersalin.

Cuba biasakan:

  • Air suam
  • Teh herba
  • Air halia
  • Sup panas

5. Banyakkan Bergerak dan Berjalan

Aktiviti ringan seperti brisk walk membantu penghadaman lebih lancar dan mengurangkan rasa kembung.

Tidak perlu terlalu lama. Konsisten berjalan 20 hingga 30 minit sehari sudah membantu badan berpeluh dan lebih ringan.

6. Jaga Pemakanan

Kurangkan makanan yang menyebabkan gas berlebihan.

Sebaliknya, lebihkan:

  • Sayur hijau
  • Buah rendah gas
  • Protein sihat
  • Air kosong secukupnya

Makan perlahan-lahan juga penting supaya tidak terlalu banyak angin masuk ketika makan.

7. Mandi Air Suam

Mandi air suam membantu badan lebih relaks dan mengurangkan rasa tidak selesa akibat angin.

Ramai wanita suka mandi air suam sebelum tidur kerana membantu badan rasa lega dan tidur lebih nyenyak.

8. Pakai Stokin atau Jaga Bahagian Kaki

Dalam petua orang dulu, kaki dianggap mudah “masuk angin”.

Sebab itu ramai amalkan:

  • Pakai stokin
  • Elak berjalan atas lantai sejuk
  • Pastikan kaki sentiasa hangat

Tips Buang Angin Badan:Supplement Untuk Bantu Kurangkan Angin dan Kembung Badan

Selain amalan tradisional, ada juga yang mengambil supplement untuk membantu kesihatan penghadaman dan badan lebih bertenaga.

Antara yang sering menjadi pilihan wanita ialah:

  • Minuman tinggi serat
  • Probiotik
  • Teh herba
  • Omega-3
  • Supplement antioksidan

Bagi wanita yang sering rasa badan lesu, mudah kembung dan susah lawas, pengambilan serat dan probiotik boleh membantu sistem penghadaman menjadi lebih baik.

Tips Buang Angin Badan:Bila Perlu Jumpa Doktor?

Walaupun angin dalam badan biasa berlaku, anda perlu lebih berhati-hati jika mengalami:

  • Sakit perut melampau
  • Berat badan turun mendadak
  • Muntah berterusan
  • Darah dalam najis
  • Perut terlalu keras

Jika simptom berpanjangan, dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada masalah kesihatan lain.

Tips Buang Angin Badan

Masalah angin dalam badan memang boleh mengganggu rutin harian dan menyebabkan badan rasa tidak selesa. Namun dengan penjagaan pemakanan, gaya hidup sihat dan amalan tradisional, ramai berjaya mengurangkan masalah ini.

Mulakan dengan langkah mudah seperti minum air suam, bergerak aktif, urutan dan menjaga pemakanan. Yang penting, konsisten menjaga badan supaya tidak mudah dimasuki angin.

Badan yang ringan dan selesa membantu kita lebih bertenaga untuk menjalani aktiviti harian, terutama bagi wanita yang sibuk bekerja, mengurus rumah dan anak-anak.

Tips Buang Angin Badan Dengan Supplement Shaklee

Buang Angin Dalam Badan Dengan Peppermint Ginger Plus.

Peppermint-Ginger Plus mengandungi formulasi empat herba termasuk pudina, halia, bunga lawang dan jintan manis untuk membantu melegakan ketidakselesaan perut.

Kelebihan Peppermint Ginger Plus Shaklee Untuk Buang Angin Dalam Badan

Peppermint-Ginger Plus Shaklee merupakan antara suplemen Shaklee yang saya gemari. Peppermint-Ginger Plus Shaklee banyak membantu saya mengatasi masalah berkaitan dengan “angin” dalam badan. Secara klinikalnya, Peppermint-Ginger Plus Shaklee ini sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman. Peppermint-Ginger Plus Shaklee merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur. Dihasilkan di bawah prosedur standard melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

  1. Ginger (Halia) Baik untuk sistem penghadaman, bantu mengeluarkan angin serta mengurangkan kembung perut.
  2. Peppermint (Pudina) Kaya dengan Vitamin C yang membantu melawan kuman dalam badan. Bantu mengurangkan rasa mual dan loya, hidung tersumbat, dan selesema.
  3. Fennel (Jintan Manis) Baik untuk mencuci usus dan perut. Membantu mengurangkan perut yang berasid dan berangin.
  4. Anise (Bunga Lawang) Melegakan selesema dan batuk serta kembung perut.

Pudina

  • Melegakan otot perut
  • Membantu dalam proses penghadaman, mabuk laut/darat, *melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kelhilangan selera makan
  • Merangsang pengeluaran peluh, oleh itu dapat menyekat demam apabila seseorang dijangkiti selsema

Halia

  • Merangsang rembesan enzim Slavia untuk pencernaan makanan
  • Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang)
  • Berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan

Jintan Manis (fennal)

  • Menghilangkan kembung perut
  • Melegakan sakit perut, gejala selsema
  • Membantu dalam masalah alergi pada saluran usus

Bunga Lawang (anise)

  • Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba pada musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut

Tips Buang Angin Badan:Betul ke Berkesan Peppermint Ginger Plus ni?

KakWa Masa mengandung dulu, memang lega bila dapat ambil peppermint nie. Bancuh dalam air panas, hirup slow2. Memang badan rasa selesa sangat. Hilang rasa mual Ioya mabuk2

Saya mengandung alahan teruk.makan peppermint ginger plus membantu kurangkan loya mual

LEGAKAN ANGIN KETIKA HAMIL

Lydzar Dulu, bila rasa bloated / badan berangin especially masa pregnant, hancurkan 3biji peppermint rendam dlm air panas. besttt sgt sebab ada rasa berangin2 tu. Lepas tu mula start sendawa and lega

Buang Angin Dalam Badan

KURANGKAN MOTION SICKNESS

Penah sekali tu telan Peppermint Ginger Plus, ke Sabah dari KK ke Kundasang lalu jalan dalam yang mcm ular kena palu tu, alhamdulillah xde pening ke apa.Padahal diri sendiri biasanya mmg xboleh jalan cmtu, mesti pening muntah2.Fmly yg lain semua da mabuk da jalan cmtu

Buang Angin Dalam Badan

LEGAKAN ANGIN AKIBAT GASTRIK TERUK

Saya dulu gastrik teruk n perut asyik berangin je.Makan peppermint ginger mmg lega sgt2

Buang Angin Dalam Badan

Senang nak buang angin dan gastrik semakin Berkurang
Fazz ni jenis yang mudah kembung perut. Badan pun selalu sakit sebab banyak angin. Hari-hari terpaksa urut untuk keluarkan angin. Sejak join bisnes shaklee,
Baru Fazz kenal Peppermint ni. Ramai cakap ok, Fazz pun try. Lepas sejam pertama kali cuba, Fazz asyik sendawa.
Best sangat rasa banyak je, angin keluar dari badan. Kebetulan Fazz ada gastrik. Ada satu malam tu, Gastrik datang menyerang. Fazz cepat-cepat telan peppermint. Alhamdulillah, lepas 2 jam rasa sakit tu berkurang. Sekarang gastrik Fazz pun dah semakin berkurang.

Buang Angin Dalam Badan

Sakit pinggang berkurang dan mudah nak sendawa

As salam dan salam sejahtera kepada semua, Nak share, Peppermint-Ginger Plus, sebelum ni saya sakit pinggang, bila duduk nak bangun sakit sangat pinggang. Saya suspek ada angin, kawan-kawan syorkan pergi berurut.
Dalam 3 minggu gaklah sakit pinggang ni. Semalam saya order Peppermint-Ginger Plus. Baru tadi dapat Peppermint-Ginger Plus lepas lunch terus saya amik 3 biji. Mg lepas makan tu mg rasa nyaman sekali sbb rasa pudina..
Alhamdullilah yang bestnye sakit pinggang saya tu dah berkurang, dan mula sendawa angin….tak rugilah saya beli Peppermint-Ginger Plus.. syukur sangat. Klu tak memang beradoi-radoi bila nak bangun.

Buang Angin Dalam Badan

Alhamdulillah.. suami saya ada masalah gastrik.. di awal bulan puasa yang lepas, suami sakit perut akibat gastrik.. perut rasa tak sedap sebab banyak angin.. lantas, saya bagi suami cuba ambil PEPPERMINT-GINGER PLUS SHAKLEE.. Syukur,Alhamdulillah.. gastrik suami dah mula berkurangan.. dah tak berangin dah perut.. so setiap kali lepas berbuka, saya suruh suami ambil 2 biji PEPPERMINT-GINGER PLUS untuk kurangkan angin dalam perut.. tak lupa, suami akan berbuka dengan PERFORMANCE DRINK untuk membantu mengurangkan dehydration. Alhamdulillah.. semua dengan izin ALLAH..

Nak sembuh gastrik boleh ambil set gastrik Shaklee juga

Buang Angin Dalam Badan

Perut lega selepas senang buang angin
Just nak share dgn kawan2 di GBS..saya dah 2-3 hari perut tak selesa..rasa banyak angin..Malam tadi lepas makan Peppermint Ginger asyik buang angin atas bawah jer…ehehhehe…..tak henti2…dan pagi ni alhamdulillah sgt2 legaaaa…perut dah xde angin…dah selesa!!
Alhamdulillah….
Kalo sapa2 yang banyak angin (bukan naik angin yer!)..bolehlah cuba Peppermint Ginger Plus ni….sangat puas hati!

Buang Angin Dalam Badan

Tidak mabuk perjalanan dan mudah nak sendawa
MIL siap cakap lagi best makan pil yang saya bagi tu, berangin je badan tapi tak rasa nak muntah. sendawa secara perlahan-lahan bukan mendadak katanya. biasa angin yg keluar mendadak tu yg buat dia rasa nak muntah. tambahnya lagi pil peppermint ginger ni bau nya sedap je. melegakan pernafasan ketika dalam perjalanan.
ALHAMDULILLAH syukur dan happy sgt2 bila saya tgk MIL dapat menikmati udara segar di cameron tanpa mabuk dan pening.

Buang Angin Dalam Badan

Tips Buang Angin Badan:Nak Order Peppermint Ginger Plus

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

Ainul Mustafa
Certified Product Trainer Shaklee ( ID 866453)
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
COD Area: Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar

Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *