Susah Tidur Malam ? Ini Supplement Kena Amalkan
Susah tidur malam bukan sekadar masalah “tak mengantuk”. Ada yang mengambil masa lama untuk terlelap, kerap terjaga tengah malam atau bangun terlalu awal dan sukar tidur semula. Jika keadaan ini berlaku berulang kali, ia boleh menyebabkan badan terasa letih, emosi mudah berubah dan sukar fokus pada keesokan harinya.
Bagi wanita terutama selepas usia 40-an, masalah tidur juga boleh berlaku seiring dengan perubahan hormon, tekanan kerja, rutin keluarga dan perubahan gaya hidup.
Susah Tidur Malam :Apa Maksud Susah Tidur Malam?

Susah tidur malam atau insomnia merujuk kepada keadaan apabila seseorang mengalami kesukaran untuk tidur atau mengekalkan tidur walaupun mempunyai peluang untuk tidur.
Antara keadaan yang biasa berlaku ialah:
- Susah nak lelap walaupun sudah masuk katil
- Mata mengantuk tetapi fikiran masih aktif
- Kerap terjaga pada waktu malam
- Bangun terlalu awal
- Tidur tetapi bangun masih rasa penat
- Mengantuk dan tidak bertenaga pada waktu siang
- Sukar fokus dan mudah lupa
Sekali-sekala mengalami tidur yang kurang berkualiti biasanya bukan sesuatu yang pelik. Namun, jika ia berterusan dan mengganggu kehidupan harian, puncanya wajar diberi perhatian.
7 Punca Susah Tidur Malam

1. Stres dan fikiran terlalu aktif
Antara punca paling biasa susah tidur ialah stres.
Apabila banyak perkara difikirkan sebelum tidur seperti kerja, kewangan, keluarga atau masalah harian, badan mungkin sudah penat tetapi otak masih “bekerja”.
Sebab itu ada orang yang berkata, “Badan penat, tapi mata tak boleh tidur.”
2. Pengambilan kafein terlalu lewat
Kopi, teh dan minuman berkafein boleh membuatkan seseorang lebih berjaga. Kesan kafein juga boleh bertahan selama beberapa jam.
Jika anda mempunyai masalah tidur, cuba perhatikan sama ada pengambilan kopi atau minuman berkafein pada sebelah petang dan malam mempengaruhi tidur anda.
3. Penggunaan telefon sebelum tidur
Cahaya daripada skrin dan aktiviti yang merangsang fikiran seperti media sosial, video atau bekerja menggunakan telefon boleh menyebabkan otak terus aktif.
Cuba wujudkan rutin tanpa skrin sebelum tidur supaya badan mendapat isyarat bahawa sudah tiba masanya untuk berehat.
4. Jadual tidur tidak konsisten
Tidur pada waktu yang berbeza setiap malam boleh mengganggu rutin tidur.
Seboleh-bolehnya, cuba tidur dan bangun pada waktu yang hampir sama setiap hari, termasuk pada hujung minggu.
5. Perubahan hormon
Perubahan hormon boleh mempengaruhi kualiti tidur wanita, terutama ketika memasuki fasa perimenopause dan menopause.
Sesetengah wanita mungkin mengalami rasa panas badan pada waktu malam, berpeluh malam, perubahan emosi atau terjaga beberapa kali ketika tidur.
6. Kurang aktiviti fizikal
Gaya hidup yang terlalu sedentari juga boleh mempengaruhi tidur.
Aktiviti fizikal secara berkala seperti berjalan kaki, brisk walk atau senaman ringan boleh membantu menyokong rutin tidur yang lebih baik.
Namun, elakkan senaman yang terlalu berat terlalu dekat dengan waktu tidur jika ia menyebabkan anda lebih bertenaga.
7. Persekitaran tidur tidak sesuai
Bilik yang terlalu terang, bising, panas atau tidak selesa boleh menyebabkan seseorang sukar mendapatkan tidur yang berkualiti.
Pastikan bilik tidur mempunyai suasana yang tenang, gelap dan selesa.
Susah Tidur Malam :Apa Yang Boleh Dibuat Untuk Membantu Tidur Lebih Lena?
Jika anda selalu mengalami susah tidur malam, cuba ubah beberapa tabiat harian terlebih dahulu.
Kurangkan kafein pada waktu petang
Jika anda minum kopi beberapa kali sehari, cuba kurangkan pengambilan terutama menjelang petang dan malam.
Wujudkan rutin sebelum tidur
Contohnya mandi air suam, membaca buku, melakukan aktiviti yang menenangkan atau berzikir sebelum tidur.
Rutin yang sama setiap malam boleh membantu badan bersedia untuk tidur.
Hadkan telefon sebelum tidur
Cuba berhenti menggunakan telefon sekurang-kurangnya 30–60 minit sebelum masuk tidur.
Dapatkan cahaya matahari pada waktu pagi
Pendedahan kepada cahaya semula jadi pada waktu pagi membantu menyokong kitaran tidur-bangun badan.
Bergerak lebih banyak pada waktu siang
Berjalan kaki atau melakukan aktiviti fizikal secara konsisten boleh menjadi sebahagian daripada rutin tidur yang sihat.
Susah Tidur Malam :Nutrien Yang Boleh Menyokong Kualiti Tidur
Selain membaiki rutin tidur, pemakanan juga penting. Tubuh memerlukan pelbagai nutrien untuk menyokong fungsi saraf, otot dan proses fisiologi yang berkaitan dengan tidur.
Jika pemakanan harian tidak seimbang, pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien perlu diberi keutamaan.
Bagi individu yang mempertimbangkan suplemen, pemilihannya sebaiknya berdasarkan keperluan pemakanan dan keadaan diri, bukannya menganggap suplemen sebagai “ubat tidur”.
Contohnya, B Complex boleh dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada sokongan nutrisi harian kerana vitamin B diperlukan untuk pelbagai fungsi normal badan, termasuk metabolisme tenaga dan fungsi sistem saraf.
Omega-3 pula membekalkan EPA dan DHA yang penting untuk kesihatan otak dan fungsi tubuh secara keseluruhan.
Jika anda mahu mengambil suplemen untuk menyokong tidur, sebaiknya lihat keseluruhan rutin termasuk pengambilan kafein, stres, aktiviti fizikal, waktu tidur dan pemakanan.
Susah Tidur Malam : Supplement Shaklee Bantu Tidur Lena
Susah Tidur Malam. Ambil Pil Kalsium Ni

Tahukah anda, kekurangan kalsium dan magnesium boleh menyebabkan anda berjaga?
Terdapat beberapa vitamin dan mineral yang berkesan untuk membantu kita untuk tidur dan lena sepanjang malam. Penulis buku Prescription For Nutritional Healing iaitu James F Balch menyatakan
“Kekurangan Kalsium dan magnesium boleh menyebabkan kita berjaga beberapa jam dan tidak boleh tidur kembali jika terjaga.”
Dalam satu kajian diterbitkan oleh European Neurology Journal, penyelidik mendapati tahap kalsium dalam badan adalah tertinggi ketika kita tidur paling lena, seperti dalam fasa REM (rapid eye movement). Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan fasa REM adalah berkait rapat dengan kekurangan kalsium. Untuk mendapatkan tidur yang lena kembali, tahap kalsium dalam badan juga perlu normal.
Kata William Sears pula
“Kalsium membantu minda menggunakan asid amino trypthohan untuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur. Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mengandungi kedua-dua bahan (kalsium dan tryptophan), makanan yang boleh membantu kita tidur.”
Apa kaitannya dengan Magnesium pula?
Sebab utama insomnia yang kronik adalah kekuranngan magnesium. Tidur juga terganggu akibat banyak kali terbangun ketika tidur. Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminium yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini dibuktikan oleh James Penland di Human Nutrition Research Center di North Dakota.
Secara keseluruhannya, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang kepada tidur yang lebih lena.
Magnesium Bantu Tidur Lena

Magnesium penting untuk tidur kerana ia membantu mengawal kitaran tidur tubuh.
Ia membantu mengaktifkan sistem saraf parasimpatis, yang menggalakkan rasa santai dan mengurangkan stres serta kebimbangan, menjadikan lebih mudah untuk tidur.
Selain itu, magnesium turut terlibat dalam penghasilan melatonin, hormon yang mengawal tidur.
Kekurangan magnesium boleh menyebabkan masalah tidur dan insomnia.
Selain itu, Magnesium juga adalah mineral yang penting untuk otot, saraf, tulang, dan tahap gula dalam darah yang sihat.
Kalsium Bantu Tidur Lena
Kalsium memainkan peranan dalam tidur dengan membantu otak menggunakan triptofan untuk menghasilkan melatonin, iaitu hormon yang mengawal tidur. Selain itu, kalsium membantu mengekalkan keseimbangan isyarat neuron yang halus yang mengawal kitaran tidur dan jaga. Kekurangan kalsium boleh menjejaskan keupayaan otak untuk mensintesis melatonin, yang berpotensi menyumbang kepada masalah insomnia dan keresahan.
Sintesis Melatonin:
Kalsium diperlukan untuk otak menukar triptofan kepada melatonin, hormon yang menggalakkan tidur.
Isyarat Neuron:
Kalsium penting untuk komunikasi antara neuron, yang membantu mengawal kitaran tidur dan jaga. Pengambilan kalsium yang seimbang menyokong fungsi saraf yang sihat, yang penting untuk peraturan kitaran tidur dan jaga yang betul.
Kitaran Tidur-Jaga:
Kalsium, bersama nutrien lain seperti magnesium dan zink, membantu mengekalkan kitaran tidur dan jaga dengan menyokong laluan komunikasi dalam sistem saraf.
Susah Tidur Malam:Ambil Pil Kalsium & Berkesan



Susah Tidur Malam :Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Jika masalah susah tidur malam berlaku secara berterusan, semakin teruk atau menyebabkan anda sukar menjalankan aktiviti harian, jangan hanya bergantung kepada suplemen atau petua.
Dapatkan penilaian profesional kesihatan terutama jika anda mengalami dengkuran kuat, terjaga seperti tercungap-cungap ketika tidur, mengantuk melampau pada waktu siang atau perubahan kesihatan lain yang membimbangkan.
Masalah tidur juga boleh mempunyai pelbagai punca, jadi penting untuk mengenal pasti punca sebenar.
Susah Tidur Malam
Susah tidur malam boleh berlaku disebabkan banyak faktor seperti stres, kafein, penggunaan telefon, jadual tidur yang tidak konsisten, perubahan hormon dan gaya hidup.
Untuk mendapatkan tidur yang lebih baik, mulakan dengan perkara asas seperti menetapkan waktu tidur yang konsisten, mengurangkan kafein, mengehadkan skrin sebelum tidur, melakukan aktiviti fizikal dan mewujudkan suasana bilik yang selesa.
Bagi wanita 40-an, perubahan hormon juga tidak boleh diketepikan jika masalah tidur mula berlaku bersama tanda lain seperti mudah berpeluh malam, perubahan emosi atau kitaran haid yang berubah.
Jika anda mahu mendapatkan panduan tentang pemakanan dan pilihan suplemen yang sesuai untuk menyokong rutin kesihatan dan tidur, boleh hubungi saya untuk saya bantu pilih berdasarkan rutin harian dan keperluan anda.
Nak tahu supplement mana yang sesuai untuk anda? WhatsApp saya dan ceritakan masalah tidur yang anda alami — susah nak lelap, selalu terjaga atau bangun terlalu awal.
Nak Order Pil Kalsium ni Atasi Susah Tidur Malam
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/PILKALSIUM