Suplemen Elak Tibi: Betul Ke Boleh Cegah Penyakit Batuk Kering?
Penyakit tibi atau batuk kering masih lagi menjadi isu kesihatan serius di Malaysia. Ramai yang mula mencari suplemen elak tibi sebagai langkah pencegahan tambahan, terutama bagi mereka yang ada kontak rapat dengan pesakit tibi atau mempunyai imuniti badan yang lemah.
Tapi persoalannya, betul ke suplemen boleh cegah tibi? Atau sekadar bantu kuatkan badan sahaja? Dalam artikel ini kita akan kupas secara jelas dan berfakta.
Apa Itu Tibi?

Tibi ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Ia biasanya menyerang paru-paru, tetapi boleh juga menyerang tulang belakang, buah pinggang dan otak.
Menurut World Health Organization (WHO), tibi merupakan antara 10 penyebab utama kematian di dunia. Di Malaysia pula, kes tibi masih direkodkan setiap tahun dan memerlukan rawatan antibiotik jangka panjang.
Bagaimana Tibi Merebak?
Tibi merebak melalui udara. Apabila pesakit batuk, bersin atau bercakap, bakteria akan tersebar dalam titisan kecil di udara. Individu yang menyedut udara tersebut berisiko dijangkiti, terutamanya jika:
- Duduk serumah dengan pesakit tibi
- Imuniti badan rendah
- Menghidap penyakit kronik seperti diabetes
- Kurang zat makanan
- Tekanan melampau dan kurang tidur
Sebab itulah ramai mula mencari solusi seperti suplemen elak tibi untuk lindungi diri.
Boleh Ke Suplemen Cegah Tibi?
Jawapan jujur: Suplemen tidak boleh menggantikan vaksin atau rawatan perubatan.
Namun, suplemen boleh:
✔️ Menguatkan sistem imun
✔️ Membantu badan lawan jangkitan
✔️ Kurangkan risiko jangkitan menjadi aktif
✔️ Bantu pemulihan badan selepas rawatan
Tibi biasanya menjadi aktif apabila imuniti badan lemah. Jadi fokus utama adalah menguatkan pertahanan badan secara semula jadi.
Nutrisi Penting Untuk Elak Tibi
Berikut beberapa nutrisi yang sering dikaitkan dengan kesihatan paru-paru dan sistem imun:
1. Vitamin C
Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang membantu melindungi sel badan daripada kerosakan dan menyokong sistem imun.
2. Vitamin D
Kajian menunjukkan individu yang kekurangan vitamin D lebih berisiko mendapat jangkitan pernafasan termasuk tibi.
3. Zinc
Zinc membantu fungsi imun dan penyembuhan tisu.
4. Protein Berkualiti
Protein penting untuk membina antibodi dan membaiki sel badan.
Siapa Yang Perlu Pertimbangkan Suplemen?
Golongan yang mungkin memerlukan suplemen elak tibi termasuk:
- Ahli keluarga pesakit tibi
- Individu dengan berat badan rendah
- Warga emas
- Pesakit diabetes
- Individu yang kerap stres dan kurang tidur
- Ibu selepas bersalin yang badan masih lemah
Namun sebelum ambil apa-apa suplemen, sebaiknya rujuk doktor terlebih dahulu.
Tanda Awal Tibi Yang Ramai Abaikan
Ramai tidak sedar mereka dijangkiti tibi kerana simptomnya perlahan dan kelihatan seperti batuk biasa.
Antara tanda awal:
- Batuk lebih 2 minggu
- Kahak berdarah
- Berat badan turun mendadak
- Berpeluh malam
- Demam berpanjangan
- Cepat penat
Jika ada simptom ini, segera buat pemeriksaan di klinik kesihatan.
Selain Suplemen, Ini Cara Elak Tibi
Suplemen sahaja tidak mencukupi. Amalkan juga:
✅ Pemakanan Seimbang
Ambil makanan tinggi protein, sayur dan buah.
✅ Cukup Tidur
Kurang tidur melemahkan imuniti.
✅ Elakkan Stres Berlebihan
Stres kronik boleh turunkan daya tahan badan.
✅ Pengudaraan Rumah Baik
Pastikan rumah tidak tertutup rapat dan cukup cahaya matahari.
✅ Saringan Awal
Jika ada kontak rapat dengan pesakit, buat saringan secepat mungkin.
Jika Dah Dijangkiti, Apa Perlu Buat?
Rawatan tibi mengambil masa 6 bulan atau lebih dengan pengambilan antibiotik secara konsisten. Jangan sesekali berhenti makan ubat tanpa arahan doktor kerana boleh menyebabkan tibi kebal ubat (MDR-TB).
Suplemen dalam fasa ini hanya bertindak sebagai sokongan untuk bantu badan lebih kuat dan kurangkan keletihan.
Perlu Ke Ambil Suplemen Elak Tibi?
Jika anda berada dalam golongan berisiko atau sering rasa badan lemah, mengambil suplemen untuk kuatkan imuniti adalah langkah bijak.
Tetapi ingat:
🔹 Suplemen bukan pengganti rawatan
🔹 Pemeriksaan awal lebih penting
🔹 Gaya hidup sihat adalah asas utama
Kesihatan bukan sekadar elak penyakit, tetapi memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan optimum untuk melawan jangkitan.
Jika anda mahu tahu cadangan suplemen yang sesuai untuk kuatkan imuniti dan kesihatan paru-paru, boleh rujuk pakar kesihatan atau dapatkan nasihat profesional terlebih dahulu.
Suplemen Elak Tibi Berkesan
Petua Hilangkan Penyakit Tibi Dengan Vivix ResV

Mereka dengan sistem imun yang lemah atau menghidap penyakit tersembunyi juga berisiko lebih tinggi untuk dijangkiti TB Aktif ~Gleneagles
Jadi sangat PENTING untuk melawan Tibi adalah dengan KUATKAN SISTEM IMUN BADAN
Bagaimana Vivix ResV Membantu Masalah Tibi?
1. Vivix ada kandungan RESVERATROL.
Dipercayai resveratrol boleh membantu kurangkan inflamansi atau keradangan dan boleh juga membersihkan saluran pernafasan.
2. RESVERATROL juga terbukti berkesan membantu mengurangkan pertumbuhan sel tumor pada paru-paru.
3. Kandungan utama Vivix iaitu Anggur Muscadine, Knotweed (Polygonum Cuspidatum), Eldeberry Eropah & Purple Carrot mengandungi antioksida yang tinggi. Ia juga merupakan anti-viral yang membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Suplemen Elak Tibi:Betul ke Berkesan Sembuh Tibi ?




Suplemen Elak Tibi. Tapi Ini Adalah Supplement ye Bukan Ubat Untuk Merawat Penyakit

Assalamualaikum wbt,
Pernah disuspek sebagai pesakit TB suatu yang menggerunkan bagi wawa. Selepas demam beransur ke batuk berlarutan sehingga 1-2 bulan tanpa henti. Pernah batuk ada darah, tapi hati menidakkan. Takut untuk pergi klinik, sehinggakan macam-macam wawa makan untuk hilangkan batuk.
Namun, tiada nampak batuk mahu sembuh. Akhirnya serah diri ke klinik, doktor cek tiada apa. Cuma masalah cuaca dan persekitaran yang kurang sihat. Alhamdulillah, lega.
Jika keadaan batuk anda melebihi tempoh 3 minggu, sila berjumpa dengan doktor segera.
testimoni anak berusia 13 tahun diserang penyakit TIBI, selepas 3 hari mencuba Vivix nampak perubahan positif pada anak ini. Kredit to vitaminwawa
Suplemen Elak Tibi
JANGKITAN KUMAN PADA PARU-PARU HILANG, SAH BEBAS TB. SEMBUH TIBI DENGAN VIVIX
Assalamualaikum. Nama saya Azura Mamat, berusia 35 tahun dan ibu kepada 3 orang cahayamata. Zura nak kongsikan pengalaman Zura disyaki terkena penyakit TB dan bagaimana suplemen Shaklee membantu Zura.

Kisah bermula apabila Zura rasa kurang sihat kerana susah nak bernafas. Rasa berat saja nak bernafas dan masalah batuk yang terlalu lama. Itupun Zura kebetulan pergi buat check up di klinik sebab terpaksa ambil cuti jaga anak Zura, Aidan, apabila Tokma dia terpaksa balik kampung sebab emergency. Memang dah lama Zura tak sihat ni.
Bila jumpa doktor tu dan Zura terangkan simpton yang Zura alami tu dia terus suruh Zura refer doktor pakar takut Zura dijangkiti “batuk kering ” iaitu TB lah kan.
Masa tu terus berdegup laju jantung ni. Siapalah tak takut kan? Tapi, apa-apa hal pun Zura terus buat appointment dulu untuk berjumpa pakar.
Bila tiba hari untuk jumpa pakar tu, nurse tu suruh Zura ambik ujian darah dan buat x-ray paru-paru.
Lepas dah dapat result, doktor terangkan katanya ada jangkitan kuman kat paru-paru Zura di sebelah kiri. Daripada simptom yang Zura terangkan pada doktor dia juga turut suspect yang Zura terkena TB.
Berkaca mata ni sekejap. Tapi tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Sedih sangat hati masa tu. Tapi doktor beritahu yang dia belum habis diagnos Zura lagi untuk confirmation. Next, Zura diminta untuk buat ujian kahak pula.
Doktor juga beri Zura pilihan samada nak admit hospital atau just berulang-alik saja ke hospital setiap pagi untuk hantar sample serta ambil antibiotik.
Zura pilih untuk berulang saja ke hospital. Doktor bagi Zura MC 5 hari. Haaa 5 hari? Terkejut kita tau. Bila pegi ofis nak submit MC pun kawan-kawan terkejut sebab dalam MC lama macam tu.
Zura balik rumah teruskan macam biasa rutin Zura ambik daily supplement, cuma Zura double dose kan Omega Guard kepada 6 biji sehari, Vivix 2 sudu besar sehari dan Nutriferon 3 sachet sehari.
Alhamdulillah, selepas 3 hari Zura amalkan rutin begitu; iaitu makan antibiotik yang dibekalkan doktor bersama rutin suplemen Shaklee double dose, masalah batuk Zura semakin berkurangan dan bernafas pun dah tak rasa berat macam sebelum ni. Zura continue aje.
Lepas tu, tibalah hari untuk follow up di hospital. Macam biasa juga Zura kena ambik ujian darah dan xray sekali lagi.
Bila tiba turn Zura doktor panggil untuk terangkan keputusan ujian dan xray .. berdebar jantung ni jangan cakaplah.
Doktor tunjuk kat Zura gambar result xray dan terus Zura cari mana tompok-tompok putih yang Zura nampak sebelum ni. Tompok-tompok tu dah takde! Doktor maklumkan kuman pada paru-paru Zura dah takde dan Zura bebas TB.
Allahu rasa nak sujud syukur kat situ juga bila doktor beritahu macam tu. Alhamdulillah ..
Paling best apabila doktor explain pula result darah Zura satu persatu. Semua bacaan clear dan in good condition, termasuklah bahagian ‘renal. Alhamdulillah.
Zura bersyukur sangat-sangat masa tu. Yelah, ramai yang cakap makan vitamin banyak-banyak ni nanti boleh rosakkan buah pinggang Zura. Tapi ternyata suplemen Shaklee tidak begitu.
Alhamdulillah dah lebih enam tahun Zura amalkan macam-macam vitamin Shaklee dan kesihatan Zura berada pada tahap yang baik.
Terima kasih Shaklee!
Suplemen Elak Tibi. Bagaimana nak dapatkan product ini?
Boleh hubungi saya di 013-3612717 atau klik link ini >www.wasap.my/60133612717/tibi
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com