Cara Hilangkan Jeragat Di Muka

dah masuk 40an ni nampak jeragat dah mula muncul. Apa nak buat ni? risau makin merebak makin teruk pulak jeragat ni. Apa Tips atau cara hilangkan jeragat tanpa efek pada kesihatan, selamat dan berkesan la. Dah guna macam macam sapu itu ini tapi tak berkesan malah makin teruk jeragat
Apa Itu Jeragat?

Jeragat adalah satu keadaan di mana munculnya tompok-tompok kecil berwarna coklat atau perang pada kulit anda.
Ia tidak semestinya muncul pada wajah sahaja kerana ia boleh juga berlaku pada mana-mana kawasan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.
Ia juga kebiasaannya kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit yang asal. Kesannya akan mengakibatkan tona wajah anda menjadi tidak sekata.
Kadangkala, saiz jeragat yang kecil boleh menjadi besar dan bercantum dengan yang lain. Akibatnya, ia mungkin boleh memenuhi setiap ruang pada wajah anda.
Punca-Punca Terjadi Jeragat

Sinaran Ultralembayung (UV)
Sinar UV selalu ditemukan melalui panaran matahari, lampu pendaflour, lampu halogen dan pada beberapa jenis laser. Manakala, pencahayaan wap merkuri yang terdapat di gim dan stadium juga mencetuskan terjadinya jeragat.
Pencemaran Dari Persekitaran
Zarah-zarah tercemar dari alam sekitar meningkatkan radikal bebas pada kulit bebas dalam badan. Pencemaran juga mengakibatkan microbiome kulit menjadi tidak stabil dengan cara menganggu pertahanan kulit. Kesannya, Mama mungkin akan perasan terdapat bintik bintik hitam terutamanya pada kulit wajah.
Faktor Keturunan
Adakah ini satu mitos atau fakta? Jawapannya, fakta. Pigmentasi kulit seorang wanita boleh menurun kepada si anak. Mama tidak perlu bimbang kerana kita masih boleh mengawal melalui rawatan-rawatan yang bersesuaian.
Produk Kecantikan Berbahaya
Pernah dengar produk timbang kilo. Bahan kandungan yang berbahaya mengakibatkan lapisan perlindungan kulit terhakis. Sinaran UV terus meresap ke lapisan epidermis lebih cepat dari biasa. Akhirnya, pembentukan melanin atau jeragat pun terhasil.
Tekanan Perasaan
Tekanan perasan menyebabkan perubahan terhadap interaksi sesama hormon. Hormon yang tidak stabil mengakibatkan terjadinya jeragat.
Cara Hilangkan Jeragat
1.Krim Farmasi
Krim jeragat rata-ratanya mempunyai fungsi menghalang penghasilan melanin berlebihan, mempercepat proses pengelupasan, melarutkan zarah kulit mati dan menghentikan pembentukan pigmen.
Pastikan produk menghilangkan jeragat yang digunakan mengandungi komponen bahan-bahan seperti berikut;
- Hydroquinone
- Alfa Hidroksi dan Beta Hidroksi
- Retinoid
- Asid Salisik (BHA)
- Niacinamide
- Asid Kojic
2.Sunscreen
pilih sunscreen dengan jenis SPF 30. Ia menapis 97% UVB untuk mencegah kesan terbakar atau sunburn pada kulit. Manakala sunscreen jenis UVA melindungi kulit dari cepat berkedut, kusam dan pigmentasi.
3.Pencuci Muka (Cleanser)
Cuci muka dengan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit muka dua kali setiap hari. Pencuci muka terbaik untuk mengurangkan jeragat mestilah mengandungi bahan seperti sodium ascorbyl phosphate dan tanpa paraben.
4.Cuka Epal (Apple Cider)
Cuka epal berfungsi sama seperti astringen. Ia mengeluarkan minyak berlebihan pada kulit wajah.
Dua cara hilangkan jeragat dengan cuka epal:
- Tuangkan satu sudu cuka epal dalam satu cawan berisi air. Kemudian, oleskan di tempat yang berjeragat menggunakan kapas. Selepas 10 minit, bilas dengan air suam.
- Teknik skrub: campurkan cuka epal dengan tepung jagung hingga menjadi sebatian pekat. Letakkan di kawasan berjeragat dan sental secara lembut. Selepas 15 hingga 20 minit, bilas dengan air bersih.
5.Jus Lemon
Kandungan asid hidroksi dalam jus lemon ialah agen pengelupasan bagi kulit berjeragat. Jenis asid ini membuang lapisan sel kulit mati dan merangsang penghasilan sel kulit baru.
Begitu juga dengan astringen yang terkandung dalam jus lemon yang membuang minyak berlebihan di kulit wajah.
Cara-cara pudarkan jeragat dengan jus lemon:
- Oleskan jus lemon pada kulit muka dan kawasan berjeragat dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian, cuci dengan air bersih. Ulang langkah ini setiap hari sebelum tidur.
6.Bijirin Oat
Tahukah , oat ialah agen pengelupasan semulajadi yang menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul di liang-liang pori.
Dua cara hilangkan jeragat dengan bijirin oat:
- Campurkan dua sudu yogurt, satu sudu jus lemon, sedikit madu dan empat sudu serbuk oat. Sapukan di bahagian kulit yang berjeragat terutamanya pada kulit wajah. Selepas 20 minit, bilas dengan air bersih.
- Campurkan serbuk oat dan air bersih. Sebatikan dan letakkan pada kulit berjeragat. Dalam masa yang sama, gunakan teknik scrub untuk membuang sel kulit mati. Akhir sekali, cuci dengan air bersih.
Lakukan secara rutin contohnya dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan ketara.
7.Baking Soda
Selain mempercepat pengelupasan sel kulit mati, baking soda juga bertindak mengekalkan keseimbangan pH kulit.
Caranya adalah dengan campurkan satu sudu baking soda dengan sedikit air hingga menjadi sebatian pekat. Kemudian, sapukan di bahagian yang berjeragat beberapa minit sebelum mencuci muka.
Lakukan secara rutin iaitu dua hingga tiga kali seminggu.
8.Lidah Buaya (Aloe Vera)
Tanaman herba yang satu ini memang tidak asing lagi digunakan sebagai remedi rawatan kulit. Aloe vera memastikan kulit kekal terhidrasi. Hasilnya, kulit menjadi anjal dan berseri.
Sebatian aktif aloesin dalam lidah buaya berupaya melawan pigmentasi kulit. Dari masa ke masa, jeragat akan memudar dan akhirnya hilang secra semulajadi.
9.Serbuk Kunyit
Curcumin dalam kunyit bukan hanya memberikan warna dan rasa tetapi ia juga mengurangkan penghasilan melanin pada kulit.
Jeragat terjadi disebabkan penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanosit tubuh kita. Perawatan serbuk kunyit satu kali seminggu boleh menghilangkan jeragat di wajah.
Cara-cara hilangkan jeragat dengan serbuk kunyit:
- Satu sudu teh serbuk kunyit digaulkan bersama jus lemon.
- Kacaukan hingga menjadi sebatian yang pekat.
- Ratakan di seluruh kawasan yang berjeragat dan biarkan hingga kering.
- Kemudian, cuci dengan air bersih.
Cara Hilangkan Jeragat Dengan Skincare Youth Shaklee

1.LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
Membersih, menghalus dan menyediakan kulit anda secara lembut untuk wajah yang lebih berseri.
2.PERFECTING SKIN TONER
Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit anda.
3.YOUTH ACTIVATING SERUM
Menjana dan memperbaharui kulit pada peringkat sel untuk kulit lebih berseri dan lebih muda.
4. AGE DEFENSE MOISTURIZER – SPF 50
Menyokong proses pembaharuan sel kulit agar kulit tampak lebih muda, halus dan berseri.
5.RADIANCE C + E
Menggebu, mencerah dan mengurangkan penampilan garis halus, kedutan, pigmentasi, menambahbaik tekstur serta tona kulit yang lebih sekata.
6.ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM
Menyokong proses pembaharuan sel kulit agar kulit tampak lebih muda, halus dan berseri.










Nak cubalah Skincare Hilangkan Jeragat ni
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam, UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, Universiti Malaya
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/youthjeragat