Buasir Pantang Bersalin. Vitamin Shaklee Bantu Buasir Cepat kecut

Buasir Pantang Bersalin. Vitamin Shaklee Bantu Buasir Cepat kecut

Buasir pantang bersalin, sembelit teruk ketika pantang bersalin! antara saat saat paling menakutkan semasa berpantang bersalin. Ada yang teruk sampai fobia, trauma nak membuang air besar. lagi menakutkan bila buasir berdarah, bengkak terkeluar. Adoii

Buasir Pantang Bersalin

buasir pantang bersalin

Buasir berlaku apabila urat di dalam atau sekitar dubur membengkak. Situasi mengalami buasir selepas bersalin pastinya boleh menimbulkan ketidakselesaan.

Terkena buasir semasa hamil atau selepas melahirkan anak adalah perkara biasa.

Dalam kebanyakan kes, buasir atau hemorrhoid yang terjadi ketika hamil akan hilang dengan sendiri setelah bersalin.

Ini terutamanya jika anda amat menjaga kesihatan diri dengan mengelakkan daripada mengalami sembelit!

Namun kadangkala masalah itu boleh berlanjutan.

Bahkan, dianggarkan 25% wanita yang menghidap buasir selepas bersalin masih mengalaminya walaupun setelah 6 bulan melahirkan anak.

Buasir berlaku apabila terdapat tekanan pada urat di rektum atau dubur. Saluran vena mempunyai injap untuk membantu aliran darah ke jantung.

Namun jika injap ini lemah disebabkan tekanan, darah boleh berkumpul di urat. Lama-kelamaan ia boleh membengkak – keadaan yang sama dengan masalah urat simpul.

Wanita hamil mempunyai bebanan tambahan – bayi dalam kandungan – yang berada di antara perut dan pelvis.

Kesan daripada bebanan ini menyukarkan darah untuk kembali dari bahagian pelvis.

Info

Apa itu buasir?

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

Buasir dalaman
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

Buasir luaran
Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

Kenapa Wanita Senang Ada Buasir Pantang Bersalin?

Wanita senang buasir (piles) atau urat simpul (vena verikos) selepas bersalin kerana beberapa sebab. Antaranya ialah:

1. Tekanan pada salur darah vena di dubur disebabkan bayi makin membesar dalam rahim ibu

Hormon progesterone yang tinggi akan melonggarkan saluran darah. Urat pada bahagian bawah rahim akan membengkak dan meregang.

Apabila bayi makin membesar, ia akan mula menekan pelvis (tulang punggung) seterusnya memberi tekanan pada salur darah di usus besar dan dubur (anus dan rektum). Salur darah ini akan membengkak dan sakit. Disebabkan itu, ibu mengandung berisiko mendapat buasir iaitu salur darah membengkak dan membenjol keluar.  

2. Perubahan hormon

Peningkatan hormon progesterone semasa mengandung juga meningkatkan risiko buasir. Hormon ini akan mengendurkan salur darah vena dan menyebabkan ia membengkak.

Selain itu, hormon semasa mengandung akan melambatkan pergerakan usus. Jadinya, air daripada najis akan diserap oleh usus menjadikan najis tersebut keras dan sembelit.

3. Sembelit

Kajian ada menyatakan 45.7% wanita mengandung mengalami sembelit. Ini boleh disebabkan duduk terlalu lama, perubahan hormon dan pengambilan supplement seperti zat besi. Sembelit dan buasir sangat berkait rapat. Boleh dikatakan orang yang mengalami sembelit dengan kerap akan mengalami buasir.

Sembelit ini akan menyebabkan ibu mengandung perlu meneran lebih ketika membuang air besar. Ini akan memberi tekanan pada salur darah di dubur dan menyebabkan ia membengkak. Salur darah ini seterusnya akan keluar ke salur dubur dan terjadinya buasir.

Punca lain sembelit:

  • Perubahan diet
  • Kurang bergerak
  • Tekanan pada usus disebabkan bayi membesar
  • Ubat tahan sakit
  • Dehidrasi (tak cukup air)

4. Meneran membawa berat tambahan semasa mengandung

Ketika mengandung, ibu akan membawa beban lebih iaitu bayi dalam kandungan. Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan berat badan dan tekanan pada salur darah di dubur. Tekanan yang lama dan berterusan ini akan membengkakkan salur darah dan menyebabkannya keluar daripada salur dubur.

5. Peningkatan jumlah darah

Ibu mengandung akan menghasilkan darah lebih banyak daripada biasa kerana darah ini juga diperlukan oleh bayi dalam kandungan untuk mendapat oksigen dan makanan daripada ibu. Apabila darah makin bertambah, salur darah vena juga membesar untuk menampung darah tersebut. Ia akan membengkak dan boleh terkeluar ke salur dubur.

Tanda tanda Buasir

  1. Sering sembelit.
  2. Pendarahan ketika membuang air besar. Darah yang keluar selalunya darah merah. Darah tidak bercampur dengan najis.
  3. Rasa sakit, pedih, panas dan gatal di kawasan dubur.
  4. Terdapat benjolan-benjolan licin di lubang dubur.

7 tips mengatasi buasir selepas bersalin

  1. Makan makanan berserat tinggi. Tambahkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin di dalam diet anda.
  2. Minum air yang banyak.
  3. Rujuk doktor untuk makanan tambahan yang boleh melembutkan najis.
  4. Aktifkan diri untuk mengurangkan tekanan pada vena. Selain membantu sembelit, senaman juga boleh mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  5. Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama kerana ini hanya akan meningkatkan tekana pada urat di dalam dubur.
  6. Elak dari meneran ketika membuang air besar kerana ini hanya akan menambahkar tekanan kepada urat pada dubur.
  7. Jika terasa ingin buang air besar, jangan tahan, lakukannya dengan segera. Najis yang ditahan akan jadi lebih sukar untuk dibuang.

Apapun jangan lupa ke hospital berjumpa doktor sekiranya sembelit, buasir anda makin teruk ye. Sembelit teruk antara tanda kanser usus tau.

Vitamin Shaklee Bantu Buasir Cepat kecut

Saya sendiri amalkan set Shaklee ni dari bersalin anak no 2-3. Alhamdulillah sangat membantu elak sembelit, buasir. dan saya juga sudah bantu ramai ibu ibu berpantang dapat berpantang dengan gembira

Antara suplemen yang terdapat dalam Set Buasir Shaklee ialah :

1.Zinc

membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan cepat.

2. Ostenutrix

Magnesium dalam OsteNutrix berkesan membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan sistem penghadaman untuk pembuangan air besar yang lebih baik. Ia juga memberi keselesaan apabila ada luka di bahagian dubur kerana kandungan OsteNutrix juga boleh melembutkan najis.

3. Omega guard

Bersifat anti-keradangan dalam membantu mengurangkan bengkak akibat tekanan otot dubur ke atas salur darah vena dan sekitarnya, sehingga menyebabkan pembuangan air besar amat perit. OmegaGuard membantu mengecutkan salur darah yang bengkak.

4. Vitamin C

Membantu menyembuhkan luka-luka dalaman dan di bahagian dubur dengan cepat .

Bagaimana mahu dapatkan Set Buasir Pantang Bersalin ini?

Sekiranya anda sedang hamil dan nak elak dari menderita buasir sembelit ketika pantang bersalin atau sekarang sedang menderita buasir sembelit ketika berpantang, mari cuba set Shaklee ini. jangan biarkan buasir, sembelit membuatkan perjalanan pengalaman pantang bersalin anda jadi ngeri.

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
www.wasap.my/60133612717

COD area Shah Alam, Setia Alam, Meru, Klang, PJ, USJ , Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Bukit Jelutong, Puncak Alam, Bandar Bukit Raja, Alam Impian, Sungai Kandis, Subang Bistari, Elmina, Saujana Utama, Padang Jawa Klang, Jalan Kebun, Bukit Naga, Kota Kemuning, Bandar Sunway, UM, UiTM,MSU

2 thoughts on “Buasir Pantang Bersalin. Vitamin Shaklee Bantu Buasir Cepat kecut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *