Suplemen Untuk Kulit Cantik

Semua orang tak kira lelaki ke wanita, tua atau muda pasti ingatkan kulit yang cantik, bebas dari jeragat jeragat atau apa apa masalah. Muka merupakan tempat pertama orang akan nampak bila pandang kita. Jadi bila ada masalah kulit yang teruk buatkan kita jadi malu , kurang keyakinan diri. Nak tak dapatkan kulit yang cantik dan sihat? Ini merupakan suplemen untuk kulit cantik dan sihat yang korang patut cuba sebab ianya berkesan dan selamat
Suplemen Untuk Kulit Cantik:Nutrisi Penting
Pemakanan penting untuk kesihatan. Diet yang tidak sihat boleh merosakkan metabolisme anda, menyebabkan penambahan berat badan, dan juga merosakkan organ, seperti jantung dan hati anda.
Dan apa yang anda makan juga mempengaruhi organ lain yang penting iaitu KULIT ANDA
Apabila saintis mempelajari lebih lanjut tentang diet dan badan, semakin jelas bahawa apa yang anda makan boleh menjejaskan kesihatan dan penuaan kulit anda dengan ketara.
You Are What You Eat’ means that it is important to eat good food in order to be healthy and fit.

12 Suplemen Untuk Kulit Cantik
1. Asid lemak omega-3
Asid lemak omega-3 diperlukan untuk membantu mengekalkan kulit tebal, anjal dan lembap. Malah, kekurangan asid lemak omega-3 boleh menyebabkan kulit kering
Lemak omega-3 dalam ikan mengurangkan keradangan, yang boleh menyebabkan kemerahan dan jerawat. Ia juga boleh menjadikan kulit anda kurang sensitif terhadap sinaran UV berbahaya matahari
Sesetengah kajian menunjukkan bahawa suplemen minyak ikan boleh membantu melawan keadaan keradangan dan autoimun yang menjejaskan kulit anda, seperti psoriasis dan lupus
Suplemen Asid Lemak Omega 3 Pilihan saya adalah OMEGA GUARD

2.Vitamin C
Vitamin C sangat dikenali sebagai vitamin Cantik. Basic untuk dapatkan kulit yang cantik adalah pengambilan makanan tinggi Vitamin C. Antara kebaikan Vitamin C untuk Kulit adalah
- Menggalakkan penghasilan kolagen
- Bertindak sebagai antioksidan
- Melambatkan penuaan kulit
- Melindungi kulit dari sinaran UV
- Mencegah dari kulit kering
- Mengurangkan kedutan kulit
- Mempercepat penyembuhan luka
- Mengurangkan keradangan kulit
Vitamin C Pilihan saya adalah Sustained Released Vitamin C

3.Protein
Kunci kepada kulit yang lembut dan berseri terletak kepada kolagen yang diperbuat daripada protein berserat. Malah, kolagen terdiri daripada 30 peratus jumlah protein tubuh.
Ia menyatukan pelbagai organ dan sel tisu, menambah baik keanjalan dan menguatkan kulit.
- Kulit kendur dan berkedut
Kulit kita memerlukan asid amino untuk menjana protein struktur yang dipanggil kolagen. Jika tidak makan protein, kita tidak boleh menghasilkan kolagen. Protein ini adalah salah satu bentuk protein yang paling penting dalam tubuh kita. Ia bertanggungjawab menjadikan kulit anjal dan kuat. Kolagen juga bertindak seperti ‘simen’ yang menyatukan kulit kita.
- Otot-otot menggeleber
Jika tubuh tidak mempunyai bekalan protein yang mencukupi, ia tidak boleh membina dan mengekalkan tisu-tisu otot dengan betul. Di samping itu, protein disimpan dalam otot akan digunakan oleh tubuh jika berlaku kekurangan.
Jika paras protein yang diambil adalah rendah, ia boleh menjejaskan pelbagai hormon dan pengawal-pengawal lain dalam proses badan. Ini yang menyebabkan kulit menjadi berminyak, mengelupas, berbintik perang, jerawat, jeragat, dan masalah-masalah lain. Protein penting kepada kulit kerana kulit sendiri adalah protein.
Protein Terbaik Pilihan saya adalah ESP

4. Kolagen
Semakin kita meningkat usia, pengeluaran kolagen bermula perlahan dan kedutan mula terbentuk. Struktur sel pula mula kehilangan kekuatannya.
Hasilnya, kulit mula menjadi rapuh, kurang anjal dan kedutan bermula. Selain itu, rambut pula mula kehilangan warna, sendi semakin melonggar, dan kualiti tulang mula merosot.
Kelebihan Kolagen Untuk Kulit adalah
- Mengurangkan kedutan
- Menghaluskan kulit
- Meningkatkan keanjalan kulit
- Kurangkan parut bekas jerawat
- Kurangkan selulit
Kolagen terbaik dan paling cepat berkesan adalah Collagen Powder

5. Zinc
Zinc untuk kulit yang sihat
Dengan ciri anti radang, Zinc membantu untuk mencegah flare pada kulit dan meningkatkan pembaharuan sel, mempercepat penyembuhan untuk kulit yang lebih sihat. Dengan itu zinc membantu merawat jerawat dan melegakan kulit yang rosak untuk mendapat kulit bersinar dan sihat.
Penting untuk kulit sihat bebas jerawat.
- Zinc juga penting untuk peghasilan kolagen dalam badan.
- Zinc juga boleh mengelak pertumbuhan bakteria. Terutama jika ada liang pori yang besar dan terbuka luas, ia boleh bantu mencegah bakteria tumbuh seterusnya boleh elak kulit berjerawat!
- Dan juga boleh membantu melegakan kulit yang sensitif!
Ringkasnya Zinc Shaklee ini bagus untuk kulit bebas jerawat.

6.Polifenol
3 Manfaat Utama Polifenol Untuk Kulit
1. Menghentikan Penguraian Kolagen dan Elastin
Kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu meneutralkan radikal bebas yang menguraikan kolagen dan elastin dan seterusnya mengakibatkan kulit kendur dan kurang anjal. Dengan polifenol yang bertindak sebagai penghalang radikal bebas, kolagen baru boleh dibentuk dan kulit mampu membaiki selnya sendiri untuk kulit lebih sihat
2. Melindungi Dari Kerosakan Akibat Pendedahan Kepada Matahari
Polifenol membantu melindungi daripada kerosakan UV yang memusnahkan kolagen dan elastin pada kadar yang lebih cepat. Ia juga membantu mengurangkan keradangan dan seterusnya meningkatkan seri kulit
3. Menghalang Pembentukan Protein AGE
Produk Advanced Glycation End (AGE) adalah sebatian berbahaya yang terbentuk dalam badan dan makanan. Tahap yang tinggi telah menunjukkan bahawa ia menyebabkan tekanan oksidatif serta keradangan dan menyumbang kepada pengurangan keanjalan, kedutan dan penuaan yang lebih cepat. Polifenol membantu menghalang pembentukannya supaya anda boleh kelihatan muda jelita.


Kajian saintifik telah membuktikan bahawa :
- Polifenol mampu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV.
- Polifenol mengurangkan penuaan pra-matang dan pembentukan kedutan.
- Polifenol menyokong penghasilan kolagen sihat.
- Polifenol menggalakkan kulit yang lebih anjal dan awet muda.
Betul ke Suplemen Untuk Kulit Cantik ni Berkesan?

Pengambilan secara konsistent sangat membantu masalah kulit saya . Saya sendiri amalkan semua vitamin ini sejak 2011. Bukan badan sahaja sihat malah kulit juga sihat


Nak Order Suplemen Untuk Kulit Cantik
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam. Supplement Skincare Berkesan
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/KulitCantik