Hilangkan Batu Karang Hempedu CEPAT.

Bagaimana nak hilangkan batu karang hempedu dengan cepat ye? tak sanggup nak menahan sakit. Ada orang yang seminggu menahan sakit sampai masuk ICU dan batu karang telah akibatkan kerosakkan buah pinggang dan organ lain. Jom baca kisah Encik Zuhamah yang berjaya hilangkan batu karang hempedu
SAKIT BATU KARANG KINI DISAHKAN DOKTOR SUDAH TIADA LAGI

Saya Muhamad Zuhamah usia 33, seorang pekerja swasta dan kini Alhamdulillah mempunyai kesihatan yang baik sejak mengamalkan nutrsi sihat dari Shaklee
Sebelum ini saya pernah mengalami masalah sakit dibahagian pinggang dan abdomen. Sampai nak jalan pun terpaksa membongkokkan badan menahan kesakitan. Itu lah kali pertama saya disrssakit dalam hidup saya.
Terus mendapatkan rawatan di hospital dan di sahkan ada masalah batu karang.
Setelah beberapa kali rawatan dan rawatan susulan di hospital Sakit yang dialami tiada dan lebih menyeronokkan doktor kata tidak perlu meneruskan rawatan.
Apa yang saya amalkan ? Mari saya kongsikan
Selepas disahkan mengalami masalah batu karang saya yang sebelum ini hanya mengamalkan Vita C sahaja, menambah pengambilan vitamin seperti Vivix, Zinc Plus, dan Omega Guard tujuan ikhtiar untuk membantu mengatasi masalah batu karang. Terus mengamalkan sehingga rawatan terakhir doktor sahkan tiada masalah batu karang dan tidak perlu rawatan lagi.
Alhamdulillah sehingga kini saya kekal cergas dan sentiasa mengamalkan pemakanan sihat serta aktiviti sihat.Terima kasih Shaklee




Nak Ambil Apa Untuk Hilangkan Batu Karang Hempedu

Vivix
- Membantu mencegah masalah kolestrol yang boleh menyebabkan kehadiran batu kolestrol dalam hempedu
- Membantu mengawal masalah penghasilan hormon estrogen berlebihan

Lecithin
- Membantu menguraikan lemak punca kolestrol
- Membantu mengawal masalah obesiti yang merupakan punca masalah kolestrol

DTX Complex
- Deetox hati kerana pesakit batu dalam hempedu boleh juga mempunyai masalah jaundice yang memang berpunca daripada hati
Bahaya Tak Batu karang Hempedu ni kalau Tak Hilang?

Pundi hempedu berfungsi untuk menyimpan cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Apabila seseorang itu makan, ia akan menghasilkan satu mekanisma yang menyebabkan pundi hempedu mengecut dan menolak hempedu yang disimpannya ke dalam usus.
Salah satu fungsi cecair hempedu adalah untuk memudahkan pencernaan lemak dalam usus. Batu hempedu terjadi di dalam pundi hempedu dan dalam istilah perubatan dikenali sebagai Cholelithiasis.
Kehadiran batu dalam pundi hempedu juga meningkatkan risiko untuk berlakunya jangkitan kuman atau pun keradangan pada pundi hempedu tersebut.
Keradangan pada pundi hempedu ini dinamakan sebagai Acute Cholecystitis. Jika batu tersebut tersekat dalam saluran hempedu menuju ke bahagian usus, ia boleh menyebabkan hempedu tidak boleh dikeluarkan ke dalam usus.
Ini menyebabkan proses penyingkiran bilirubin pun terganggu. Perkara inilah yang akan menyebabkan mata seseorang itu kelihatan kuning disebabkan bacaan bilirubin yang meningkat dalam badan.
Bahaya ke?
Bahaya apabila saluran tersumbat. Umumnya, rawatan yang tersedia berkesan jika jangkitan dijumpai lebih awal. Sekiranya tidak, ia boleh merebak dan membawa maut.
Ianya Bernanah

Sebilangan pesakit batu hempedu mungkin mengalami nanah pada organ tersebut. Keadaan sakit hempedu ini dikenali sebagai empyema.
Nanah atau abses yang terhasil daripada gabungan sel darah putih, bakteria dan tisu mati boleh menyebabkan sakit perut yang teruk.
Jika masalah kesihatan ini tidak dirawat, ia boleh mengancam nyawa apabila jangkitan mula merebak.
PENGALAMAN ADA BATU HEMPEDU KETIKA MENGANDUNG

Asalnya saya menyangka masalah gastrik datang kembali setelah sekian lama tidak mendapat serangan. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pedih yang amat di bahagian ulu hati, abdomen depan dan belakang sehingga hanya mampu merengkot di atas katil menahan sakit.
Apa sahaja makanan yang masuk akan dimuntahkan. Badan jadi lemah tak bertenaga. Saya yang merupakan seorang penjawat awam terpaksa mengambil cuti rehat.
Ketika itu juga saya baru disahkan mengandung anak ke-3. Doktor mengandaikan perubahan hormon yang menyebabkan gastrik menyerang. Saya diberikan ubat cecair berwarna putih untuk masalah gastrik dan angin. Paracetamol juga dibekalkan sebagai penahan sakit. Doktor juga berikan saya cuti sakit selama beberapa hari.
Setelah habis ubat, sakit masih belum reda. Saya dibekalkan lagi doktor ubat yang hampir sama serta disambung cuti sakit beberapa hari. Keadaan berulang sehingga habis 3 botol ubat cecair putih tersebut.
Suatu hari, kebetulan saya ada temujanji di Klinik Ibu dan Anak untuk pemeriksaan rutin ibu hamil. Jururawat yang bertugas menegur tentang mata saya yang kelihatan kuning. Sebenarnya saya ada perasan perubahan tersebut, tetapi tidak mengambil serius kerana kurang pengetahuan.
Setelah itu, saya dirujuk kepada pakar perubatan. Rupanya beberapa simptom yang telah saya alami sebelum ini adalah petanda masalah hati. Simptom tersebut termasuklah gatal-gatal di seluruh badan, najis pucat dan air kencing berwarna gelap. Pemeriksaan ultrasound mengesahkan saya ada batu dalam hempedu sebesar hampir 1cm.
Doktor cuma nasihatkan saya mengawal pemakanan dan ambil paracetamol sekiranya sakit menyerang. Rawatan lanjut samada pembedahan atau laser tak digalakkan pada awal kehamilan. Sebaiknya tunggu selepas bersalin.
Saya memutuskan untuk ikhtiar cara lain sementara menunggu temujanji seterusnya. Sebenarnya saya tak tahan menanggung sakit yang berulang-ulang. Tak mungkin saya boleh bertahan dengan ubat tahan sakit semata-mata. Lagipun memang saya tak biasa amalkan Paracetamol sebelum ini.
Setelah buat pembacaan, kajian dan merujuk pada mereka yang lebih arif, saya mula mengambil makanan tambahan Shaklee iaitu Lecithin, Omega Guard, Vita-C, OsteMatrix, Alfalfa, DTX Complex dan Vivix (selepas bersalin). Saya juga amalkan diet dan petua alternatif menggunakan pemakanan yang sesuai.
Alhamdulillah.. hanya beberapa hari selepas mulakan suplemen, simptom Jaundice mulai hilang diikuti dengan reda gatal-gatal, najis dan air kencing kembali normal. Sejak itu saya tak lagi diserang sakit abdomen seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun saya teruskan semua suplemen sehingga selamat bersalin.
Selepas pantang, saya dirujuk semula kepada doktor. Syukur sangat bila didapati batu hempedu telah mengecut sebanyak 2mm. Doktor setuju untuk saya meneruskan usaha alternatif tanpa rawatan lanjut.
Kira-kira setahun kemudian, saya kembali hamil. Sekali lagi kerisauan mengenai serangan batu hempedu menghantui saya. Apabila buat pemeriksaan ultrasound, saya amat terkejut bila doktor memaklumkan bahawa hempedu saya sangat bersih dan tiada batu. Hanya ada sedikit saja ‘sludge’ yang normal.
Alhamdulillah… Saya sangat gembira kerana dapat kembali sihat tanpa ubat dan pembedahan. Sekarang saya tidak teragak-agak untuk terus amalkan Shaklee sebagai langkah pencegahan dari masalah ini berulang kembali.
Cukuplah sekali saya melalui pengalaman menyakitkan itu. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah batu dalam hempedu seperti saya.
Hilangkan Batu Karang Hempedu: Nak cubalah Supplement Untuk Masalah Ini
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam, UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, Universiti Malaya
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/batukaranghempedu