ESP Shaklee Untuk Gerd
Pedih ulu hati, nak telan rasa tersekat dan paling rasa menakutkan sakit dada. ingat tak sakit jantung. Siap jumpa pakar jantung tapi rupnya gerd. Sejak ada gerd ni saya sukar nak tidur malam terus jadi anxiety. Ini antara luahan pesakit gerd yang saya jumpa. dan bila mereka jumpa penyelesaian mereka santa happy. Apa penyelesaiannya? saya cadangkan ESP Shaklee Untuk Gerd dan berjaya berkesan untuk mereka.
Bahaya tak GERD ni?
Menurut doktoroncall , Masalah GERD merupakan masalah yang tidak membahayakan nyawa, tetapi ia boleh jejaskan kualiti hidup seharian. Malah terdapat beberapa kajian menunjukkan masalah GERD boleh menyumbang kepada barah oesophagus jika tidak dirawat untuk masa yang sangat lama.
GERD adalah sejenis penyakit pencernaan yang berlaku apabila makanan atau cecair berasid di dalam perut keluar dan naik semula ke dalam esofagus.
GERD berlaku disebabkan ketidakupayaan injap pada hujung esofagus untuk tertutup dengan baik.
Asid yang terkandung di dalam perut kemudiannya akan mengalir masuk ke dalam esofagus dan tekak lalu menyebabkan anda rasa masam pada mulut.
Tanda Tanda Anda Ada Masalah GERD
1.Pedih Ulu Hati
Pedih ulu hati merupakan simptom GERD yang paling lazim. Pesakit akan rasa pedih dan sakit yang menusuk pada bahagian tengah dada.
Jika pesakit alami pedih ulu hati kurang dari 2 kali seminggu, ini dikategorikan sebagai GERD sederhana.
Walau bagaimanapun, jika simptom berlarutan lebih daripada 2 kali seminggu, ini merupakan tanda GERD yang serius.
2. Sakit dada disebabkan GERD
Sakit dan pedih pada kawasan dada merupakan salah satu simptom lazim GERD. Selalunya, rasa sakit ini akan menjalar dari kawasan perut, dada dan leher. Malah, sakit dada juga akan menjadi semakin teruk pada waktu malam.
3. Rasa masam atau pahit dalam mulut
Rasa masam atau pahit dalam mulut mungkin merupakan satu tindak balas terhadap sesuatu yang anda makan. Malah, bukanlah sesuatu di luar kebiasaan untuk anda ‘sendawa’ sehingga rasa masam atau pahit dalam mulut.
Walau bagaimanapun, jika perkara ini berlaku dengan kerap, ia mungkin merupakan tanda GERD.
4. Makanan terkeluar semula
Pernahkah anda rasa ingin termuntah, tapi tidak jadi?
Kondisi ini juga dikenali sebagai regurgitasi makanan. Ia menyebabkan sebarang sisa makanan yang masih belum tercerna naik kembali ke kerongkong.
Kondisi yang sama juga akan menyebabkan anda rasa masam atau pahit pada mulut. Malah, ada juga penghidap GERD yang akan rasa pedih ulu hati dan sakit dada ketika regurgitasi berlaku.
Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Gastroenterology & Hepatology, hampir 80% pesakit GERD adalah mempunyai simptom ini. Malah, simptom ini juga merupakan salah satu ciri GERD selain pedih ulu hati.
5. Sukar menelan makanan
Anda rasa sukar menelan makanan? Jika ya, anda mungkin menghidap GERD.
Kesukaran menelan makanan atau disfagia menyebabkan seseorang itu mengambil masa yang lebih lama untuk menelan makanan.
Disfagia merupakan satu kondisi yang sangat menyakitkan. Malah, ada pesakit yang langsung tidak boleh menelan makanan disebabkan disfagia.
6. Sering sakit tekak atau batuk kering disebabkan GERD
Selalu batuk dan sakit tekak walaupun tidak demam? GERD adalah salah satu penyebab sakit tekak dan batuk kering yang tidak diketahui puncanya. Kondisi ini juga merupakan antara simptom GERD yang ramai terlepas pandang.
Malah, mereka yang batuk disebabkan GERD tidak akan sembuh walaupun setelah mengambil ubat batuk atau lozenges. Selalunya, batuk ini akan menjadi semakin serius pada waktu malam.
7. Simptom semakin teruk ketika berbaring
Jika anda kerap mengalami pedih ulu hati, anda pasti sudah tahu bahawa simptom akan menjadi semakin teruk ketika anda berbaring. Malah, tidur juga boleh terganggu disebabkan sakit dada dan heartburn.
Berbaring hanya akan menyebabkan simptom menjadi semakin teruk.
Ketika badan kita berada dalam posisi terlentang, graviti tidak dapat membantu menggerakkan makanan dan asid perut melalui sistem pencernaan dengan lebih baik.
Jadi, asid perut akan berkumpul dan menyebabkan ketidakselesaan pada kawasan perut dan dada.
Sebab itulah, penghidap GERD adalah perlu berwaspada kerana akan kerap sakit dada dan pedih ulu hati ketika sedang berbaring!
ESP Shaklee Untuk Gerd
GERD menyebabkan sel dinding esofagus terjejas atau terhakis. Ia dapat dipulihkan kembali dengan ESP. ESP bantu membaikpulih sel-sel yang rosak dan membina sel-sel baru yang lebih sihat.
Selain itu ESP bantu untuk menangani masalah perut kosong. Perut kosong menyebabkan terhasilnya lebih banyak asid perut. Asid perut nilah yang akan menghakis sel dinding esofagus.
Jadi ESP sangat membantu untuk menangani masalah perut kosong dan baikpulih sel yang rosak.
- Membantu meneutralkan keasidan dalam perut kerana protein yang bersifat alkali.
- Mengandungi 20 jenis asid amino lengkap yang membantu membina sel-sel baru dan menggantikan sel lama yang rosak akibat hakisan asid hidroklorik pada perut semasa proses pencernaan.
Selain ESP Shaklee, nak kesan lagi terbaik tambah ini
Alfalfa
– membantu membuang angin dan asid dalam badan.
– melegakan otot perut dan usus
– melegakan gastrik dan pedih ulu hati.
– melegakan perut kembung dan kerap sendawa.
Ostenutrix
– meregangkan urat saraf perut yang tegang ketika sebu perut akibat angin.
– memperbaiki jantung berdebar dan pedih didada
– kalsium bersifat alkali bertindak mengurangkan gastrik dan perut berasid
ESP Shaklee Untuk Gerd Pengalaman Pengguna Ada GERD Ingat Sakit jantung
Ini cerita suami Puan A dimana masalah gerd teruk selepas pencen. Ingat sakit jantung. Siap jumpa pakar jantung lagi. Rupanya gerd. Selepas ambil esp ni dah kurang pedih ulu hati
ESP Shaklee Untuk Gerd Pengalaman En Hazry ada masalah perut Sensitif
Encik ni whatsapp saya pada February 2024 dan memberitahu dia ada masalah perut yang sangat sensitif. dan sejak dah amalkan nset ni setiap bulan dia order esp, alfalfa dan ostenutrix.
ESP Shaklee Untuk Gerd pengalaman Puan Haslina Result Scope Sangat teruk Kembali Sihat Selepas Amalkan Set Gerd
Testimoni dari Puan Haslina,pengamal supplement Shaklee
Ada masalah GERD yang teruk, sehingga terpaksa berjumpa dengan specialist
Doktor cadangkan buat endoskopi, samada melalui mulut atau anus
Result scope: SANGAT TERUK
BUAT RAWATAN + MENGAMBIL SUPPLEMENT SHAKLEE – Bila repeat scope,perubahan yg sgt ketara menjadi lebih sihat
Kesimpulannya, anda yang mengalami masalah Gerd yang teruk, dinasihatkan berjumpa doktor pakarterlebih dahulu. Ini kerana supplement Shaklee bukan bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan mana2 penyakit, tetapi ianya bertujuan untuk ‘ top up ‘ atau mencukupkan jurang nutrisi di dalam badan anda.
ESP Shaklee Untuk Gerd Ada masalah Gastrik macammana pulak? Jom baca sini – SET GASTRIK SHAKLEE
Nak Order ESP Shaklee Untuk Gerd & Vitamin lain
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam
Boleh whatsapp ke > www.wasap.my/6013361717/setgerd
Ini adalah supplement ye bukan ubat. rawatan doktor teruskan