Bengkak Susu atau Kanser Payudara?Ketahui Cara Bezakan Simptom Bahaya

Bengkak Susu atau Kanser Payudara?Ketahui Cara Bezakan Simptom Bahaya

Ramai ibu menyusu pernah alami bengkak susu .payudara rasa penuh, tegang dan sakit bila susu banyak tapi tak dikeluarkan sepenuhnya. Namun, ada juga kes di mana bengkak di payudara bukan sebab susu, tapi tanda awal kanser payudara. Jadi apa beza Bengkak Susu atau Kanser Payudara?

Masalahnya, simptom awal dua keadaan ini nampak hampir sama. Sebab itu penting untuk kita tahu perbezaan antara bengkak susu biasa dengan bengkak disebabkan kanser payudara.

Bengkak Susu atau Kanser Payudara?

🍼 Apa Itu Bengkak Susu?

Bengkak susu (breast engorgement) berlaku apabila kelenjar susu menghasilkan susu dengan banyak, tetapi aliran keluar tidak lancar. Biasanya terjadi:

  • Dalam beberapa hari pertama selepas bersalin
  • Bila bayi mula tidur lama dan jarang menyusu
  • Bila ibu tiba-tiba berhenti menyusu atau mengepam

Dalam keadaan ini, payudara terasa penuh, berat, panas dan sakit bila disentuh. Kadang-kadang ada sedikit demam ringan.

💧 Tanda-Tanda Bengkak Susu

  1. Payudara rasa tegang dan keras, tapi lembut semula selepas pam atau bayi menyusu.
  2. Biasanya kedua-dua payudara bengkak, bukan sebelah saja.
  3. Tiada ketulan keras yang kekal.
  4. Tiada perubahan kulit seperti kemerahan meluas atau kulit jadi seperti limau.
  5. Tiada lelehan pelik dari puting (darah atau cecair jernih).

Bila susu dikeluarkan sepenuhnya, rasa sakit dan tegang akan berkurang dengan cepat.

🎗️ Bila Bengkak Itu Bukan Lagi Biasa

Kalau bengkak tak reda walaupun dah pam berkali-kali, atau ketulan keras masih ada selepas beberapa hari, itu tanda amaran untuk diperiksa.

Kadang-kadang, ibu menyusu mungkin mengalami mastitis – jangkitan pada tisu payudara. Tapi dalam kes yang jarang, bengkak itu boleh jadi tanda kanser payudara jenis inflamatori (Inflammatory Breast Cancer, IBC).

⚠️ Perbezaan Bengkak Susu vs Kanser Payudara

CiriBengkak SusuKanser Payudara
SebabSusu berlebihan, tidak dikeluarkanPertumbuhan sel tidak normal
RasaBengkak, tegang, sakit lega lepas pamKetulan keras, tak hilang selepas pam
Bahagian terlibatKedua-dua payudara (selalunya)Selalunya satu payudara saja
KulitLicin, normalMenebal, kemerahan, seperti kulit limau
PutingNormalBoleh tertarik ke dalam, keluar cecair berdarah
DemamRingan atau tiadaJarang demam, tapi ada perubahan jelas pada bentuk payudara
Hilang selepas pamYaTidak

🩺 Tanda-Tanda Kanser Payudara Yang Perlu Diberi Perhatian

Kanser payudara boleh berlaku pada wanita menyusu atau tidak, muda atau berusia. Antara tanda-tanda yang patut buat anda segera berjumpa doktor ialah:

  1. Ketulan keras di payudara yang tak hilang lepas menyusu atau pam.
  2. Perubahan bentuk payudara – satu jadi besar atau turun bentuknya.
  3. Kulit payudara menebal, merah atau berkedut seperti kulit limau.
  4. Puting tertarik ke dalam atau keluar cecair berdarah/jernih.
  5. Sakit berterusan, tapi ada juga pesakit kanser yang tak rasa sakit langsung.
  6. Bengkak di bawah ketiak (nodus limfa).

🧠 Fakta Penting Tentang Inflammatory Breast Cancer (IBC)

Jenis kanser ini tidak menunjukkan ketulan seperti biasa, tapi menyebabkan seluruh payudara membengkak dan merah. Ramai doktor sendiri pada awalnya menyangka ia mastitis biasa.

Bezanya, bengkak akibat IBC tidak surut walaupun selepas antibiotik dan rawatan bengkak susu dilakukan. Kalau keadaan ini berlaku, perlu segera buat pemeriksaan lanjut seperti ultrasound atau biopsi.

👩‍⚕️ Bengkak Susu atau Kanser Payudara?Bila Perlu Jumpa Doktor?

✅ Bengkak payudara tak reda dalam masa 1–2 minggu
✅ Ada ketulan kekal walaupun dah menyusu atau pam
✅ Kulit berubah warna atau tekstur
Puting berdarah atau keluar cecair pelik
✅ Ada ketulan di bawah ketiak

Lebih cepat buat pemeriksaan, lebih tinggi peluang rawatan berjaya. Jangan tunggu sampai sakit makin teruk.

🔬 Jenis Pemeriksaan Yang Doktor Akan Cadangkan

  1. Ultrasound payudara – selamat untuk ibu menyusu, bantu kesan ketulan atau sista.
  2. Mamogram – untuk wanita 40 tahun ke atas atau yang berisiko tinggi.
  3. Biopsi – ambil sedikit tisu untuk periksa sama ada sel itu kanser atau tidak.

Prosedur ini cepat dan tidak menyakitkan seperti yang ramai sangka.

🌿 Boleh Ke Ibu Menyusu Buat Pemeriksaan?

Ya, boleh. Pemeriksaan seperti ultrasound payudara sangat selamat dan tidak menjejaskan penghasilan susu.
Jika doktor minta hentikan penyusuan buat sementara waktu (jarang berlaku), biasanya hanya untuk tujuan ujian tertentu — dan boleh sambung semula selepas selesai.

💬 Kesimpulan Bengkak Susu atau Kanser Payudara?

Tidak semua bengkak di payudara bermakna kanser, tapi tidak semua bengkak susu adalah normal juga.

Ibu menyusu perlu peka dengan perubahan pada payudara sendiri. Jika bengkak tidak hilang selepas pam atau ada perubahan pelik pada kulit dan puting, segeralah jumpa doktor. Pemeriksaan awal boleh menyelamatkan nyawa.

Bengkak Susu atau Kanser Payudara : Suplemen Shaklee Untuk Bengkak Susu

✋️Mengurangkan Kelikatan Susu

Lecithin membantu menjadikan susu lebih kurang likat dan lebih lancar mengalir melalui saluran susu. Ini secara langsung dapat mengurangkan risiko saluran tersumbat yang menyebabkan bengkak susu.

☺️Membantu Melancarkan Aliran Susu

Dengan susu yang lebih lancar, risiko untuk berlakunya sumbatan dan ketulan pada payudara dapat dikurangkan. Ibu pun kurang rasa sakit dan lebih selesa.

🙅‍♀️Mencegah Mastitis

Bila saluran susu tersumbat berulang kali, ia boleh meningkatkan risiko untuk mendapat mastitis (jangkitan pada payudara). Radang tisu payudara yang boleh buat ibu demam panas teruk dan kadang-kadang sampai kena masuk antibiotik. Dengan aliran susu yang baik, risiko ini dapat diminimumkan.

🥰Mencegah Saluran Tersumbat Berulang

Lecithin bantu mencegah saluran susu tersumbat dengan cara memecahkan lemak dalam susu ibu supaya lebih cair dan mudah mengalir. Bila susu tak terlalu pekat, risiko saluran tersumbat pun berkurang

Bengkak Susu atau Kanser
Bengkak Susu atau Kanser

Bengkak Susu atau Kanser Payudara : Suplemen Shaklee Untuk Kanser Payudara

KANSER PAYUDARA TAHAP 2 BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN VIVIX

Bengkak Susu atau Kanser

Alhamdulillah wa syukurillah…
Inilah cinta hati sya dan adik beradik, satu satunya keberkatan doa yang kami ada sehingga sekarang. Disebalik senyumannya, siapa sangka mak merupakan cancer survivor… disebalik seraut wajah yang mulus itu juga terselit pelbagai kedukaan dalam memikul tanggungjawab sebagai emak dan ayah kepada kami 4 beradik..terutama buat adik bongsu kami yang sekolah lagi

Oktober 2012 merupakan detik paling getir apabila mak kehilangan kekasih hatinya secara mengejut.. siapalah kite sebagai hamba untuk mempersoalkan ajal dan maut.. hanya doa menjadi iringan… hamba redho ya Allah…
Tidak setakat itu, mak diuji sekali lagi apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap 2 seusai habis idahnya.

Waktu itu, bagaikan dihempap langit runtuh apabila benjolan sebesar 20sen di bahagian dada kiri disahkan positive sel kanser…Al maklumlah mak memang tiada masalah kesihatan yang lain. Mak kelihatan tenang menerima kebenaran itu.. namun disebalik ketenangan wajahnya tetap terselit kesedihan dan kehampaan.

Hanya Allah sahaja mengetahui apa yang dialami beliau.. hendak mengadu, hilang sudah tempat mengadu.. pada anak2? kekuatan perlu ditunjukkan agar tidak menyedihkan anak2 pula.betapa kuatnya semangatmu mak.jagakan mak buat kami Ya Allah.

Setelah beberapa rawatan dan ujian dilakukan di beberapa hospital dan keputusan adalah tetap sama…

Akhirnya akur dengan qada qadar Allah, mak bersetuju menjalani pembedahan mastektomi sepenuhnya di bahagian dada kiri…sedih hati kami melihat keadaan mak.. Ya Allah kuatkan mak dalam menghadapi ujianMu..
Setelah itu, bermula lah episod mencabar buat mak selepas pembedahan…

Dari pemakanan, luka pembedahan, aktiviti harian semua kami jaga.. diperkenalkan dengan shaklee buat mak selepas pembedahan adalah ostematrix bagi penyembuhan luka dengan baik.. alhamdulillah elok dan cantik lukanya.

Apabila mula kemoterapi dan radiotherapy keadaan mak makin lesu.. rambut da mula gugur, otot2 dan sendi tak berapa nak kuat sehinggakan terpaksa solat duduk.. tiada nikmat Allah yang dapat kite dustakan..

Dimasukkan ke wad kerana tdak cukop darah.. sungguh2 diuji.. ampunkan mak Ya Allah… ada juga mulut2 bawang kata2 mak yang agak keterlaluan.

Setelah habis kemoterapi dan radiotherapy sebanyak 15 sesi..
Masa tu bufday mak tak silap masa tu.. hadiahkan mak vivix… terharu mak kata.. sebab kami sayang mak tau… selepas tu mak ikhtiar dengan mencuba full set kanser. almaklum la kan immunity rendah dan kesan dari rawatan pula buat mak lemah dan pucat.

Alhamdulillah mak saya kuat dan mak dapat hadapinya. Sekarang setelah 6 tahun mengamalkan set kanser, doktor sahkan mak bebas kanser.terima kasih Allah.

Sehingga sekarang mak sayang sangat2 pada vivixnye tu. Tanpa vivix mak tak happy katanya.. hihi doakan mak sihat ye semua.. tak kenal maka tak cinta tau.

Mak kata sharing2 ni boleh bamtu orang yang senasib dengannye… terima kasih shaklee bawa harapan baru buat mak

Bengkak Susu atau Kanser

Bebas Kanser Payudara Stage 3

Bengkak Susu atau Kanser

Assalamualaikum…pagi ni Marsha nak share satu sharing dari akak ni (dalam gambar pakai tudung hitam) yang menderita Breast Cancer stage 3.

Beliau bagi sharing masa di branch KL beberapa hari lepas. Dia cerita pengalaman dia kena breast cancer.

Subhanallah dia pernah menderita cancer sampai dia give up nak hidup. Satu hari dia meracau menangis. Nurse ambik anak dia tunjuk..

Puan kena kuat demi Anak puan ni. Sejak situ la dia kuat untuk terus berjuang untuk terus bersemangat melawan sakit dia ni.

Dia buat kimo. Effect kimo tangan dia habis naik biji-biji dan memang buruk. Pernah dia habis sebulan 6k beli macam-macam jenis produk untuk hilangkan. Tapi makin teruk. Kemudian dia tergerak hati nak try vivix atas suggestion.

Jadi dia cuba. Amazingly, Sebulan dia amik vivix tangan dia yang biji tu hilang bersih dia cakap. Kemudian suami dia rasa macam kagum sangat dengan produk shaklee dan terus beli supplemen lain-lain macam garlic, vitamin c dan lain-lain.

Dan dia cerita lagi,.ni masuk bulan ke 4 dia amik shaklee dan bila dia pergi cek masa appointment dengan doktor, kanser dia hilang.

Doktor X dapat detect dah. Bila dengar sharing beliau masa tu rasa Ya Allah dengan izin MU semua tak mustahil. Dengan izin Allah, vivix membantu beliau melawan balik sel-sel kanser tu. Pesanan sebelum beliau habis sharing dia suggest amik vivix untuk cegah sebab dia dah rasa sakitnya alami breast cancer ni. Alhamdulillah syukur happy for her. Lepas ni memang vivix tak skip dah…insyaAllah.

Bagaimana Vivix Membantu

Bengkak Susu atau Kanser

Bagaimana Vivix membantu?

  1. Kajian menunjukkan bahawa Resveratrol mempunyai kandungan antioksidan yang paling tinggi. Dan daripada kajian juga membuktikan resveratrol terdapat pada kulit dan biji anggur Muscadine (bahan utama Vivix)
  2. Antioksidan diperlukan pada kadar yang tinggi untuk mendapat kesihatan yang optima dan dapat membantu mencegah penyakit. Antioksidan ini sangat diperlukan untuk membaik pulih sel yang rosak akibat radikal bebas
  3. Resveratrol dapat mencegah dari sel kanser merebak dengan cara menghalang dari pembentukkan sel yang tidak normal dalam tubuh manusia terus merebak.
  4. Resveratrol ada keupayaan untuk mencegah peringkat permulaan kanser semasa estrogen baru hendak memulakan proses pengembangan kanser dengan menghalang pembentukkan estrogen DNA adducts ( sebatian kimia yang menyebabkan kanser yang melekat pada DNA).Dengan ini kami percaya seluruh sel kanser akan berhenti merebak sepenuhnya. Eleailor G. Rogan seorang Profesor dari Uni. Of Nebraska Medical Center.

“Resveratrol has the ability to prevent the first step that occurs when estrogen starts the process that leads to cancer by blocking the formation of the estrogen DNA adducts,

Bengkak Susu atau Kanser Payudara : Nak Order Suplemen

Vivix adalah kategori food yang bukan ubat untuk mengubati, merawat penyakit.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar . Saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar.

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *