Cara Banyakkan Susu Ibu Secara Semula Jadi
Ramai ibu menyusu berdepan detik cemas bila susu tiba-tiba merudum. Pam makin kerap, tapi hasilnya tak seperti dulu. Situasi ini boleh buat ibu cepat stres padahal tekanan emosi sendiri boleh jadi punca utama susu makin berkurang.Ada cara banyakkan susu ibu secara semula jadi tanpa perlu stres atau bergantung pada ubat. Yang penting, ibu kena faham bagaimana tubuh menghasilkan susu dan apa yang boleh bantu proses tu berjalan dengan lancar.
Cara Banyakkan Susu Ibu
1. Faham Konsep “Supply & Demand”
Tubuh ibu menghasilkan susu berdasarkan permintaan bayi. Lagi kerap bayi menyusu atau ibu pam, lagi banyak isyarat dihantar ke otak untuk hasilkan susu baharu.
✅ Susukan atau pam setiap 2–3 jam
✅ Jangan tunggu payudara rasa penuh baru pam
✅ Pastikan bayi menyusu hingga payudara betul-betul kosong
Bila payudara kerap dikosongkan, otak anggap bayi perlukan lebih susu, maka pengeluaran akan meningkat secara semula jadi.
2. Pastikan Lekapan Bayi Betul
Ramai ibu rasa susu kurang, tapi sebenarnya bayi tak melekap dengan betul. Bila lekapan tak sempurna, bayi susah nak hisap susu dengan efektif dan isyarat ke otak pun berkurang.
Tanda lekapan betul:
- Dagu bayi rapat ke payudara
- Mulut bayi terbuka luas, menutup sebahagian besar aerola
- Tak ada bunyi ‘klik’ semasa menyusu
Kalau masih ragu, boleh dapatkan bantuan kaunselor laktasi untuk semak posisi & lekapan bayi.
3. Rehat & Tidur Cukup
Ramai ibu anggap rehat bukan keperluan. Hakikatnya, bila badan penat dan stres, hormon prolaktin (hormon penghasil susu) akan terganggu.
Ambil peluang rehat bila bayi tidur. Biarkan kerja rumah sekejap dan fokus pada pemulihan tenaga. Badan yang cukup rehat akan bantu hasilkan susu dengan lebih konsisten.
4. Minum Air Secukupnya
Susu ibu mengandungi hampir 90% air. Jadi, kekurangan air dalam badan boleh terus menyebabkan susu berkurang.
Tips mudah:
- Sediakan botol air di sebelah setiap kali menyusu
- Minum sekurang-kurangnya 2–3 liter air sehari
- Boleh tambah hirisan lemon, kurma atau buah untuk rasa segar
5. Amalkan Makanan Sihat & Seimbang
Pemakanan memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Ibu yang cukup nutrisi akan lebih bertenaga dan mudah mengekalkan aliran susu yang lancar.
Antara makanan semula jadi yang bantu banyakkan susu:
- Oat, barli dan kurma
- Daun kelor (moringa)
- Halia dan bawang putih
- Sayuran hijau
- Ikan dan sumber protein berkualiti
Makan dalam jumlah kecil tapi kerap untuk kekalkan tenaga sepanjang hari.
6. Tenangkan Emosi dan Kawal Stres
Tekanan emosi boleh ‘membekukan’ pengeluaran susu walaupun fizikal sihat. Cuba cipta suasana menyusu yang tenang — pasang muzik lembut, duduk di tempat selesa, atau buat teknik pernafasan sebelum menyusu.
Sokongan pasangan juga sangat penting. Bila ibu rasa dihargai dan disokong, hormon oksitosin (hormon cinta & pengeluaran susu) akan meningkat, menjadikan proses menyusu lebih mudah.
7. Kerap Skin-to-Skin Dengan Bayi
Sentuhan kulit ke kulit bukan saja bantu bayi rasa selamat, malah merangsang hormon pengeluaran susu.
Luangkan masa peluk bayi tanpa halangan pakaian tebal, biar dia rasa kehangatan kulit ibu. Teknik ini juga membantu bayi yang mudah merengek atau sukar melekap dengan betul.
8. Elakkan Stres Tentang “Jumlah Oz”
Ramai ibu mula banding hasil pam dengan orang lain. Hakikatnya, setiap ibu berbeza. Ada yang pam 2 oz setiap sesi tapi cukup untuk bayi, ada yang dapat lebih. Fokus pada kekerapan, bukan kuantiti.
Yang penting:
- Bayi aktif & kerap kencing
- Berat naik ikut carta pertumbuhan
- Tidur lena selepas menyusu
Kalau tiga tanda ni ada, susu ibu sebenarnya cukup walaupun nampak sikit di mata.
9. Gunakan Teknik Pam Yang Betul
Kalau pam elektrik digunakan, pastikan corong sesuai dengan saiz puting. Corong yang terlalu besar atau kecil boleh menyebabkan payudara tak dikosongkan sepenuhnya.
Selain itu, guna teknik “power pumping” (pam selang 10 minit rehat, 10 minit pam) sekali sehari boleh bantu rangsang pengeluaran susu secara semula jadi tanpa tekanan.
10. Dapatkan Sokongan Ibu Menyusu Lain
Jangan pendam rasa. Berkongsi pengalaman dengan komuniti ibu menyusu boleh bantu hilangkan stres dan beri semangat baru. Kadang-kadang dengar kisah ibu lain pun dah cukup buat hati lebih kuat.
💕 Cara Banyakkan Susu Ibu:Sokongan Nutrisi Semula Jadi Untuk Ibu Menyusu
Selain jaga rutin penyusuan dan emosi, pengambilan nutrisi yang cukup juga penting untuk bantu tubuh hasilkan susu yang banyak dan berkualiti.
Antara kombinasi supplement Shaklee yang ramai ibu pilih:

🥛 1. ESP Shaklee (Soy Protein Isolate Powder)
ESP membantu membekalkan protein berkualiti tinggi yang diperlukan untuk pembentukan sel dan hormon.
Bila tubuh cukup protein, tenaga ibu meningkat dan penghasilan susu jadi lebih lancar.
Kelebihan ESP untuk ibu menyusu:
- Bantu kekalkan tenaga walau kurang tidur
- Menjadikan susu lebih pekat & berkhasiat
- Kulit ibu lebih sihat dan cerah semulajadi
🌿 2. Alfalfa Complex
Alfalfa dikenali sebagai “milk booster semula jadi” kerana kaya dengan zat besi, kalsium, dan enzim penting. Ia membantu melancarkan aliran susu serta bantu ibu rasa lebih bertenaga.
Kelebihan lain Alfalfa:
- Bantu kurangkan keputihan & bau badan
- Detoks lembut untuk ibu
- Baiki sistem hormon selepas bersalin
(Namun, bagi ibu baru bersalin, pastikan luka dalaman pulih sepenuhnya sebelum mula mengambil Alfalfa.)
💪 3. Ostenutrix
Ostenutrix membekalkan kalsium, magnesium, dan vitamin D, sangat penting untuk ibu menyusu kerana banyak kalsium dalam badan akan disalurkan kepada bayi melalui susu.
Jika ibu kekurangan kalsium, mudah rasa sengal tulang, sakit belakang dan gigi sensitif.
Dengan Ostenutrix, tulang ibu kekal kuat dan bayi dapat bekalan kalsium mencukupi.
✨ Cara Banyakkan Susu Ibu: Gabungan Hebat Untuk Ibu Menyusu
Gabungan ESP + Alfalfa + Ostenutrix bantu dari tiga sudut utama:
- Tenaga & penghasilan susu – ESP
- Rangsangan hormon & kelancaran aliran susu – Alfalfa
- Kekuatan tulang & kalsium untuk ibu dan bayi – Ostenutrix
Ia bukan ubat, tapi sokongan nutrisi semula jadi yang bantu tubuh ibu berfungsi pada tahap terbaik — tanpa tekanan, tanpa stres.
Perjalanan penyusuan bukan tentang siapa paling banyak susu, tapi siapa yang terus kuat berusaha.
Dengan rehat cukup, emosi stabil, pemakanan seimbang dan sokongan nutrisi yang betul, ibu boleh hasilkan susu ibu yang banyak, berkualiti dan penuh kasih sayang — secara semula jadi, tanpa tekanan.
Cara Banyakkan Susu Ibu : Set Breastfeeding Shaklee

kami suami isteri bersama anak pertama kami yang berusia 1 bulan pada 2010
Saya bermula kenal Shaklee dengan mengalamalkan set menyusu /breastfeeding Shaklee. Kerjaya senagai engineer yang memerlukan saya kerap outstation, kerja di site membuatkan saya penat. susu drop, badan penat, muka kusam dan sampai kawan kawan tegur ” muka maam zombie”
Sedih sangat masa tu. Ada juga suara suara suruh ” bagi je la susu formula” tapi sebab dah tekad, dah niat nak fully breastfeeding anak sampai 2 tahun saya gagahkan juga.
Untuk tambah susu, milkbooster macam macam cara saya cuba. cakap je apa saya cuba. Ada yang suruh beli air longan dengan kurma merah. Saya beli 1 katon air tin. akibatnya berat badan naik mendadak. huhuhuu.. ada juga buat sendiri tapi saya sendiri pun sibuk mana ada masa nak buat.

ini antara yang saya ambil masa tu. botol pun packing lama ni ye. tapi supplement masih sama.
Alhamdulillah saya berjaya menyusukan 3 orang anak anak saya sehingga 2 tahun lebih. terima kasih set breastfeeding Shaklee sangat membantu saya
Cara Banyakkan Susu Ibu : Supplement Shaklee Untuk Menyusu/ Breastfeeding Bagi Ibu Bekerja
saya amalkan set ini pada 2010 dimana kawan yang cadangkan. Alhamdulillah sangat membantu ibu bekerja
Susu Meriah, Pekat
Pada awalnya nampak macam biasa tapi rupanya susu lebih berlemak, pekat. Jadi anak minum sikit pun cepat kenyang. Makin lama konsisent pump, pump guna teknik power pumping susu makin meriah. ebm sampai berlebih. jadi kalau korang dah ambil set menyusu tapi belum nampak hasil sila sabar ye. ingat supplement bukan ubat yang paksa susu kita banyak. dia lengkapkan nutrisi dalam badan kita. bila badan sihat, badan akan hasilkan susu dengan lebih baik. apapun asas kena wajib buat. iaitu konsistent pump ok
Tenaga
Bila asyik kena pastikan konsistent pump, terkejar dengan meeting, kena ke site lagi badan penat sangat. taknak la nampak lemah, lembik . Kena tunjukkan walaupun kita sibuk nak pump susu, sibuk bekerja tapi tetap maintain cergas . Supplement Shaklee sangat membantu bab ini.

inilah baby yang saya pegang dulu. dulu sebesar lengan omak je. sekarang dah sama tinggi, sama borat omak dahhh hehehhee . ini gambar 2025 usia anak saya 15tahun
Kesimpulan Cara Banyakkan Susu Ibu
Setiap ibu ada perjalanan penyusuan yang unik. Susu mungkin banyak atau sedikit — tapi yang penting, kasih sayang dan usaha ibu itu sendiri. Jangan terlalu fokus pada jumlah, tapi fokus pada keintiman dan detik indah antara ibu dan anak.
Dengan rutin yang betul, rehat cukup, pemakanan seimbang dan emosi tenang, pengeluaran susu akan kembali lancar secara semula jadi tanpa tekanan.
Nak Cuba Set Brestfeeding Shaklee Sebagai Cara Banyakkan Susu Ibu
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam. Supplement Shaklee Untuk Menyusu
Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
www.wasap.my/60133612717/SETMENYUSU