Vitalea Shaklee Untuk Kurus ?

Vitalea Shaklee Untuk Kurus ? Sering berlaku kes-kes diet yang memudaratkan diri sendiri dek kekurangan nutrisi atau yang lebih menyedihkan adalah tersalah pilih produk. Penggunaan produk yang mengandungi bahan berbahaya dan terlarang, atau dos berlebihan akhirnya memakan diri. Nauzubillah.. Minta dijauhkan.
Sebelum kita ke tajuk entry, mari kita imbas kembali entry tentang vitalea yang dimaksudkan. PENGAMBILAN 2 TABLET VITALEA ADALAH BERSAMAAN DENGAN 40 JENIS LAUK!
Vitalea adalah suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Kenapa Vitalea Shaklee Bantu Anda Untuk Kurus ?
Badan Kurang Nutrisi
Semasa dalam proses berdiet, badan akan kekurangan nutrisi dan individu yang berdiet digalakkan
mengambil multivitamin untuk mencukupkan nutrisi tersebut. Pengambilan Vitalea adalah sebagai pelengkap (vitamin & mineral) kepada nutrisi yg diperlukan oleh sel yg sihat. Sel yang mendapat nutrisi lengkap akan mampu untuk menjalankan fungsi dengan betul dan baik.
Sebagai contoh: pencernaan lemak di perut & hempedu dilakukan oleh enzyme lypase. Enzyme dirembeskan atas ‘arahan’ minerals. Apabila berlalu kekurangan mineral dalam badan, maka kuranglah enzyme untuk mencerna lemak-lemak makanan.
Lagipun bila keperluan badan mencukupi.. anda taklah makan makanan seperti jajan (snacks) dan makanan-makanan tak berkhasiat yang lain.
Tingkatkan Metabolisme
Dalam usaha untuk menguruskan badan, pada kebiasaannya metabolisme menjadi isu utama. Metabolisma bermaksud proses penukaran kalori makanan kepada tenaga.
Individu yang mengalami berat berlebihan mempunyai metabolisme yang rendah di mana
makanan tidak ditukarkan kepada tenaga tetapi lemak yang ‘menumpang’ di organ-organ dalaman, saluran kapilari darah dan bawah lapisan epidermis kulit.
Vitalea mengandungi iron yang berfungsi untuk meningkatkan kadar pengangkutan oksigen
oleh haemoglobin (darah). Apabila sel-sel dalam badan mendapat oksigen yang mencukupi, maka metabolisme badan juga akan meningkat.
Metabolisme tinggi bermaksud banyak kalori ditukar kepada tenaga dan bukan disimpan di dalam badan sebagai lemak!
Vitalea mengandungi potassium.
Bila badan kekurangan pottasium kita akan sentiasa lapar dan selalu mengunyah makanan ringan yang tidak sihat. Potassium membantu mengurangkan keinginan terhadap makanan ringan yang kurang berkhasiat.
Pyridoxine Metabolisme Otot
Vitamin b6 yang terkandung dalam vitalea mengandungi pyridoxine yang diperlukan untuk metabolisma otot. Ianya amat penting untuk gula, lemak dan protein berfungsi dengan baik. Ini kerana pembentukan otot yang baik penting untuk pembakaran lemak. Vitalea membantu memberi tenaga dan mengelakkan anda daripada lesu bila berdiet.
Chromium Untuk Metabolisme Karbohidrat
Selain itu, Vitalea juga mengandungi Chromium (60mcg per tablet) yang penting untuk memetabolismakan karbohidrat selain untuk mengawal lemak dan kolesterol dalam darah.
Beruntung.. anda kurus dan anda sihat! Jadi kesimpulannya penting untuk anda ambil multivitamin Vitalea jika anda ingin kurus. Apabila nutirisi badan anda cukup, otak akan berhenti menghantar signal lapar kerana zat dalam badan anda sudah mencukupi dan badan lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti fizikal.
Manfaat Vitalea Shaklee
Tahukah anda perkataan VITAMIN berasal dari ” VITALIZE-MINERAL” yang merupakan MULTIVITAMIN SHAKLEE. Multivamin ini merupakan multivitamin dan mineral pertama di dunia. Kini ianya dikenali sebagai VITALEA. vitalea shaklee untuk kurus ?
Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA. Kelebihan Vitalea ialah.
- Penambah tenaga segera –Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mineral, sekaligus membantu sistem memori dan focus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
- Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutama mereka yang vegetarian dan anaemia
- Keupayaan sistem Produktif – Penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
- Metabolisme – Sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan
- Elemen penting pada sel tubuh badan – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod
- Melindungi organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati
Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea
- Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
- Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
- Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
- Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
Kelebihan B-Kompleks Dalam Vitalea
- Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.
- Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
- Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
- Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
- Vita B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.
- Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
- Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.
- Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
Mineral Dalam Vitalea
- Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.
- Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.
- Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak. Membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
- Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
- Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi. Mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.
- Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.
- Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka. Keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.