UV Shaklee
UV shaklee (point) & PV (Jualan) dh kemaskini & happy closing sale. Sila semak uv masing2 & inform jika berlaku sebarang mistake.
Kenapa perlu buat semakan?
1) supaya semua belian wujud dlm akaun anda
2) supaya anda boleh usaha & capai peratusan % bonus yang lebih tinggi
contoh:
uv 215, pv 681, bonus = 681 x 5% = RM 34
uv 300 (next level), pv 951, bonus = 951 x 8% = RM 76
Nampak beza? Jualan meningkat 40% (dari 681 ke 951), tetapi bonus meningkat 123% (dari 34 ke 76).
Rujukan Jadual Peratusan Bonus Peribadi
uv 150 – 5%
uv 300 – 8%
uv 600 – 11%
uv 1200 – 14%
uv 2000 – 17%
uv 3000 – 21%
GUV dalam Shaklee
Salam sejahtera dan selamat pagi kepada warga pembaca blog saya yang sempoi lagi mesra ini. Dalam banyak banyak persoalan nuffnang, antara yang baru bertapak keyword yang masuk dalam blog saya ialah GUV SHAKLEE. Hooo, apa pulak GUV shaklee ini, oklah, untuk pagi ini, jom santai santai kita bincang pasal GUV dalam shaklee ini, bunyi macam kereta SUV, tapi beza berbeza ok !!
UV dan PV
Kalau dalam Shaklee ini, memang senang je nak kira bonus. Katalah korang ni join bawah aku, lepas tu, korang buat sales sorang sorang, so setiap barang yang korang beli tu ada UV dan PV. UV ialah unit volume dan PV ialah purchase volume. Harga retail pulak lain. So UV ni nak tentukan korang ni layak dapat bonus berapa banyak. Katalah tgk UV, dapat bonus dalam 8%, so 8% ni akan terus kali dengan jualan yang korang buat. Hhaha, kan senang, so paling power, personal PV terus kali dengan 21%. Tu dah tahap leader tuh.
GUV
Kalau dah ramai anak cucu cicit, GUV lah kiranya . So kat sini, macm macamlah strategi nak kira GUV. So kalau dalam Shaklee tu, dah lepas 3000 GUV, dah boleh naik rank ke Supervisor, dan macam macam lagi syarat nak naik rank. So kat sini korang boleh buat percaturan macam mana nak score 3000 ni ok ?
Car Bonus
Lagi lagi ini qualification untuk dapat duit, nama duit tu just nama sahaja, bukan dapat kereta. Dulu dapat kereta, sekarang Shaklee bagi duit je. So yang ni pun kena tengok GUV kita, anak anak kita, dan kira, dan dia di panggil Car UV. Tapi apapun ianya tetap bergantung 100% kepada GUV kita dan sedikit portion dari anak cucu cicit kita !!!
Break Leader
Kalau salah percaturan, habis anak kita yang dah jadi leader, kita kurang GUV, kita masuk balik bawah ketiak mak kita, anak kita tu yang stand alone jadi leader, so penting ni , ramai yang terkena, adui !!! So break leader ni memang adil, sapa rajin dia dapat . Dalam Shaklee pun GUV anak anak leader ni ada percentage dia juga. Dari atas sampai ke bawah, bergantung pada rank anda !!!
Conference
Point nak melancong ni, pun kiranya pun GUV, hooo, tapi adalah lagi kelayakan dan syarat tambahan nak point banyak pergi conference. So kenalah rajin rajin ye besarkan GUV korang, barulah banyak point nak pergi conference
Macam Mana nak GUV Banyak ?
Yang ni macam macam cara boleh, so kalau nak tahu lebih lanjut, maybe boleh tanya terus kepada upline korang yang paling power dalam sejarah Shaklee. Oklah, itulah sahaja sedikit notes pasal GUV dalam Shaklee, kalau ada tambahan, maybe boleh selit kat bahagian komen !!!
Cara Besarkan GUV Shaklee
Assalamualaikum
Di sini saya ingin ceritakan perjalan saya dengan Shaklee sepanjang setahun aktif mula menjana pendapatan dengan Shaklee. Bermula dengan seorang customer yang hanya membeli set Shaklee basic, saya menjadi ahli sekadar untuk suka-suka. Selama 3 tahun saya begitu. Hanya sebagai ahli makan sendiri.
Saya seorang ibu bekerja dan mempunyai 2 orang anak perempuan Bekerja sebagai seorang researcher dengan McS dan pengalaman kerja 5 tahun mungkin orang menyangka saya agak selesa. Walhal hakikatnya tidak begitu.
Kos sara hidup dan harga rumah yang sangat tinggi menjadikan kami tak keruan. Untuk duduk terus di atas langit dengan 2 orang anak yang membesar (masa tu masih anak seorang dan planning untuk mendapatkan seorang lagi), menjadikan saya agak terdesak untuk memiliki rumah landed. Tapi semua adalah mustahil kerana harga rumah yang mencecah lebih setengah juta di kawasan Shah Alam ini. Mengharapkan hanya makan gaji, memang tak cukup. Saya mula berkira-kira yang saya perlu lakukan sesuatu juga sebagai part time. Teringat saya pernah register Shaklee. Lantas saya cari kembali pengedar yang registerkan saya dahulu.
Saya bermula dengan zero tentang Shaklee. So saya perlukan coaching. Saya demand coaching dari upline saya, Master Lyna Noh. Saya aturkan sendiri kelas, saya buat temujanji, dan saya belajar from zero. Seterusnya, saya buat blog. Juga bermula dengan zero.
Saya update bog saya setiap hari, sampai rasa pening dan nak muntah asyik hadap blog sahaja. Saya tau, bukan harini update, esok akan dapat sales. Tapi saya keep on think positively that someday, one fine day, my blog will be an asset to me.
Dan saya update semua tu pada waktu malam atau seawal 4 pagi, setiap hari. Saya postkan entry mengenai semua product yang Shaklee jual. Saya ambil gambar, saya baca laman web Shaklee US dan ambil semua keterangan pasal setiap product dan saya tepek di blog saya. Sehingga bulan itu entry blog saya mencecah 55 entry sebulan hanya November sahaja, hanya cerita pasal produk sahaja. Masa tu – no sales at all from the blog.
Kemudian Alhamdulillah saya disahkan mengandung. Masa tu memang mabuk teruk dan muntah teruk sehingga saya kehilangan 5 kilo berat badan saya akibat alahan mengandung tu. Saya gagahkan juga update blog, namun tak boleh se-ekstrem sebelum mengandung. Tapi saya keep on positive. Masuk bulan ketiga, saya mula nampak hasilnya. Blog saya mula dikunjungi, dan komen-komen mula masuk.. Saya mula registerkan ahli-ahli baru di bawah saja.
Dan saya mula merasa bonus Shaklee 2, angka dan 3 angka ketika itu Alhamdulillah, dengan hanya 2 orang ahli sahaja di bawah saya, saya Berjaya mencapai rank supervisor pada Disember 2012. Memang langsung tak terfikir pon waktu itu. Bulan-bulan seterusnya saya mula selesa dengan sales saya.
Tapi saya lupa, saya memang masa tu target Shaklee just ONLY my part time income sampai usahanya pun ala2 “part-time”; kalau ada masa buat & kalau malas tinggal. Target entah ke mana, usaha ke arah itu pun ape tah lagi.
Sehinggalah July 2013, saya cuti bersalin anak kedua. Duduk berpantang di rumah ditemani anak-anak saya, menjadikan saya lost motivation untuk bekerja terus di pejabat saya. No more passion. Saya mula rasakan potensi Shaklee sebagai masa depan saya.
I can have a big dream with Shaklee. Saya mula pasang impian dan target. Saya mula rasa adrenaline rush dalam diri saya yang saya perlu kick start kembali dan accelerate dengan Shaklee. Saya mula aktif dalam group support kami.
Saya yang asalnya buta info pasal marketing, mula mengorek info pasal marketing. Saya mula join group-group internet marketer sebagai silent reader. Saya cube belajar FB ads. Saya try macam-macam untuk naikkan sales saya.
Ditakdirkan pula anak saya jatuh sakit dan terpaksa berkampung di hospital selama 2 minggu. Saya rasa tak sanggup untuk menghantar anak ke taska. Saya mahu jaga mereka sendiri. Tapi saya teruskan juga buat Shaklee dan pass sales saya kepada anak-anak Shaklee di bawah saya. Saya uruskan sales yang dihantar melalui Shaklee sahaja.
Terkejutnya saya ialah, saya boleh maintainkan sales saya meskipun saya berada di hospital. Alhamdulillah, by August, PGUV saya yang selama ni Cuma maintain 2000+, meningkat kepada 5000 (di saat saya berkampung di hospital). Pada September, ia meningkat kepada 11,000 dan pada October ialah stretch up to 15,000 UV.
Saya semakin yakin dengan Shaklee. Saya mula membina empayar Shaklee saya. Blog saya mula mendapat consistent visitor up to 2000 visit per day untuk blog saya. Syukur sangat sebab blog yang saya bersekang mata update dahulu, kini menjadi asset yang sangat berharga buat saya. Saya semakin ingin berhenti kerja. Kalau boleh, saya nak jaga mak dan mertua saya jika mereka memerlukan saya.
Anak-anak juga meskipon elok di bawah jagaan taksa, menjadi seorang ibu yang boleh menjaga anak-anak sendiri tetap juga menjadi impian. Keinginan semakin menebal dan menjadi push factor pada diri sendiri untuk terus buat Shaklee secara lebih serious. Alhamdulillah juga kami Berjaya membeli rumah landed di Shah Alam meskipon harganya semakin melonjat naik. Hampir tidak percaya yang kami ada asset sendiri, dan dengan usaha kami sendiri. Impian seterusnya, adalah pergi ke Haji dan menjadi WAHM. Selebihnya saya doa dan doa. Saya yakin sangat Allah akan reward hambanya yang berusaha.
Saya mula lebih serious coaching anak-anak di bawah group saya. Saya berwebinar, ajar mereka secara offline dan online, ajar mereka marketing melalui facebook dan blog, sama macam saya dahulu – start from zero.
Malah ada yang sanggup bersekang mata sehingga pukul 3 pagi hanya untuk mendengar online coaching dari saya. Bukan seorang, bukan dua orang, tapi ramai! Alhamdulillah juga anak anak Shaklee di bawah saya mula membina keyakinan diri masing-masing, mula berputik malah ada yang mula mekar berbunga. InsyaAllah, mereka juga akan melalui apa yang saya lalui, dan sustained dengan Shaklee.
Kini saya gembira sebab mampu berikan keselesaan pada mak dan mertua saya. Malah mereka juga sangat gembira dapat Shaklee yang saya dapatkan secara percuma melalui Shaklee. Percuma kerana bonus yang Shaklee berikan pada saya.
Naik rank dalam Shaklee adalah bonus tambahan, eventually akan tercapai sekiranya saya keep on improving diri sendiri. Apa yang penting bagi saya ialah konsisten untuk lebih maju tak kira apa pon rintangannya.
Cume perlu ada push factor dalam diri untuk Berjaya. Jika hanya treat Shaklee as part time; kalau ada masa buat kalau tak tidak mengapa, maka kita tidak akan capai apa-apa sebab terlalu selesa dalam zon selesa yang tidak seberapa itu. Itu saya yang dahulu. Kini, Shaklee ada dalam nafas saya, ada dalam blood stream saya. Sebab saya ingin kekal dengan Shaklee sampai bila-bila. Itu yang saya yakin. InsyaAllah.
Master to be 2014
Farha @ IbuCergas