Ubat Kebas Kaki

Ubat Kebas Kaki

Ubat Kebas Kaki ? Ramai yang bertanya kepada saya… Shaklee boleh membantu tak untuk atasi masalah kebas. Jawapannya… InsyaAllah…ada… sebelum tu..mari kita baca dulu kenapa kebas ni boleh terjadi…teruskan membaca ye

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah kebas tangan/kaki ( numbness)

1.Tekanan atau pressure yang dikenakan kepada sistem saraf pusat atau pun periferal.

2.Jangkitan virus seperti Shingle dan Herpes Zoster.

3.Kekurangan aliran darah kepada tisu-tisu dan anggota tubuh. Ini boleh berlaku disebabkan oleh halangan atau pun gumpalan bekuan yang berada di dalam sistem darah.

4.Carpal Tunnel Syndrome. Sindrome ini boleh berlaku disebabkan oleh berlakuknya penyempitan dan tekanan yang dikenanakan kepada saraf median (median nerve.) Pesakit biasanya akan mengalami kekebasan di bahagian tangan yang dibekal oleh saraf median. Biasanya kekebasan akan dialami di kawasan bahagian lateral tapak tangan (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).

5.Kencing manis. Diabetis mellitus juga dikaitkan dengan simtom kebas anggota tubuh. Justeru, pesakit digalakkan untuk sentiasa melakukan ujian pengesahan aras gula di dalam tubuh jika mengalami simptom seperti ini.

6.Ketidakseimbangan nilai kalsium, potassium dan sodium di dalam tubuh.

7.Kurang vitamin B12 dan juga vitamin-vitamin yang lain. ubat kebas kaki.

Punca Lain Masalah

Duduk terlalu lama

Biasanya kalau duduk dalam satu jangka masa terlalu lama, urat-urat di kaki akan mula ditindih. Akibatnya, pengaliran darah akan tersekat dan menyebabkan anda mengalami rasa kebas dan sensasi sesemut pada bahagian kaki.

Tidak perlu bimbang kerana keadaan ini selalunya tidak kekal lama dan akan pulih selepas beberapa minit.

Kaki kebas semasa bersenam

Kadangkala, kaki anda boleh menjadi sakit dan kebas ketika bersenam. Aktiviti larian boleh memberikan tekanan kepada saraf dan menyebabkan kaki menjadi kebas. Bersukan dalam tempoh yang lama juga boleh menjadi faktor masalah ini berlaku seperti mengayuh basikal ditambah pula jika seseorang itu memakai kasut terlalu ketat.

Bagaimanapun, sama seperti kaki berasa kebas ketika duduk, mereka yang mengalami sesemut ketika bersenam juga tidak akan mengalaminya dalam jangka masa panjang. Secara kebiasaanya, kebas pada kaki akan hilang secara beransur setelah anda selesai bersenam.

Jika mahukan kelegaan dengan kadar segera, goyang-goyangkan kaki anda sedikit untuk menggalakkan pengaliran darah.

Masalah Saraf Terhimpit

Urat saraf yang terhimpit akibat pergerakan atau sekatan dari tendon, otot, tisu dan tulang yang berdekatan boleh memberikan anda pelbagai rasa.  Selain itu, banyak aktiviti yang boleh memberikan kesan kepada urat saraf.  Antaranya:

  • pergerakan yang terlalu agresif
  • terlalu statik dalam satu posisi
  • memakai kasut yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan kaki kebas

Tetapi jika kaki kebas disebabkan oleh perkara tersebut, rawatan mudah yang boleh diberikan. Rawatan tersebut adalah dengan membetulkan posisi, postur badan dan menguatkan otot-otot berkenaan. Tetapi untuk sesetengah kes, ubat pelali atau pembedahan perlu dilakukan untuk mengurangkan rasa kebas berikut. ubat kebas kaki.

Hernia Disc Tulang Belakang 

Fungsi disc atau cakera adalah seperti pelapik di antara dua vertebra. Hernia cakera tulang belakang (herniated disc) atau hernia nukleus palposus (herniation of nucleus palposus) atau singkatannya HNP ialah keadaan di mana cakera tulang belakang tergelincir dari tempatnya atau ia pecah yang menyebabkan kandungannya terkeluar.

Masalah ini sering terjadi di bahagian bawah tulang belakang terutamanya L4-L5 dan L5-S1 (L= lumbar, S = sacral). Hal ini kerana tulang lumbar menanggung hampir keseluruhan berat badan.

Mereka yang berumur 30-50 tahun adalah golongan yang sering terdedah dengan masalah ini. Ia disebabkan oleh cakera tulang belakang telah hilang keanjalan dan kelembapannya seiring dengan peningkatan usia.

Masalah hernia cakera tulang belakang atau slip disc boleh terjadi dengan pelbagai cara sama ada ia berlaku secara perlahan-lahan atau secara tiba-tiba. 

Apabila ini berlaku, urat saraf akan terhimpit dan menjadi penyebab kepada rasa kebas. Hal ini disebabkan saraf yang terhimpit atau terkepit oleh tekanan daripada tulang rawan yang tergelincir daripada tempat asalnya.

Rasa kebas boleh diatasi dengan senaman atau fisioterapi, ubat tahan sakit ataupun pembedahan jika masalahnya terlalu serius.

 Diabetes atau kencing manis

Umum mengetahui kencing manis berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin atau badan tidak dapat mengunakan insulin dengan baik. Insulin merupakan hormon yang mengawal paras gula dalam darah dengan memberikan laluan kepada gula untuk masuk ke dalam sel-sel untuk ditukarkan menjadi tenaga.

Tetapi bagi pesakit Diabetes, gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dan ia dipanggil sebagai diabetik neuropati. Aliran darah yang terganggu di sekitar saraf menyebabkan sel saraf lemas seterusnya menyebabkan rasa kebas di sekitar kaki. 

Bagi pesakit Diabetes yang mengalami kaki kebas, penjagaan bacaan gula darah adalah penting. Selain itu, penjagaan amalan gaya hidup sihat seperti pemakanan, tidur, stres dan senaman perlu diamalkan. 

Tips untuk melegakan rasa kebas atau sesemut

  1. Anda boleh melakukan urutan pada tangan untuk memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.
  2. Cara yang paling mudah dan berkesan adalah balut tangan dengan tuala yang direndam dalam air panas. Pastikan anda mencubanya kerana kesannya sangat hebat.
  3. Senaman mudah untuk melegakan rasa kebas : Genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang balik sehingga anda berasa lega.
  4. Lakukan ujian gula di dalam tubuh anda. Ini bagi memastikan nilai gula di dalam tubuh anda normal atau pun tidak.
  5. Ambil suplemen tambahan seperti kalsium dan vitamin . Dapatkan juga nasihat daripada Doktor mengenai symptom anda.
  6. Lakukan ujian CT scan, X-ray, ultrasound atau pun MRI di hospital. Pegawai perubatan di sana akan mengesahkan bahawa anda benar-benar perlu untuk melakukan ujian ini atau pun tidak.
  7. Lakukan senaman-senaman ringan bagi melancarkan lagi system darah anda dan seterusnya mengekalkan kesihatan tubuh.

**Rasa kebas atau sesemut ini boleh berlarutan dalam jangka panjang atau sebentar sahaja. Untuk anda yang mengalami simptom kebas pada tangan dan kaki, sebaiknya segera mendapatkan pengesahan yang lebih lanjut daripada mana-mana pegawai perubatan yang berhampiran sekiranya simptom tersebut berlanjutan, berterusan dan mengganggu jadual rutin hidup anda.

Sekiranya rasa kebas anda berlarutan dalam janga masa yang panjang, jangan berlengah dan segera berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjutan.

Vitamin Shaklee Untuk Masalah Kebas Kaki

Vivix

Vivix adalah jus anti-oksida yang dapat membaiki Sel DNA yang rosak. Diperbuat daripada anggur muscadine yang bermutu tinggi serta mullberry dan lobak ungu dapat memberi nafas baru kepada sel badan kita. Pengambilan yang konsisten selama 120 hari akan memperbaharui sel secara kesuluruhan. Best kan?? hehe. ubat kebas kaki.

Ostematrix

Kekurangan kalsium merupakan salah satu sebab terjadinya gejala kebas jari, tangan dan kaki. Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesuim . Ostematrix mengandungi kalsium, megnesium, fosforus, zinc, vitamin D, kuprum, manganes dan boron. 

Nutrien nutrien ini perlu diambil bersama sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetangah mineral. 

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan dan sakit sendi. Dan juga mengimbangi tekanan darah

B complex

Kekurangan vitamin B12 antara juga penyebab terjadinya kebas. B complex merupakan vitamin lengkap yang terdiri dari B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin.

B complex juga membantu mengawal tekanan dan mencegah anemia. Dan mengurangkan rasa lelah dan keletihan.

Omega guard

Omega guard membantu memelihara fungsi fungsi sendi (arthritis). Paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. 

Oleh itu ia dapat mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif. 

Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan dan juga kesihatan kardiovascular.

Ianya juga membantu mengekalkan tekanan darah normal, memelihara kesihatan otak dan penglihatan serta fungsi fungsi sendi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *