Tips Urus Masa Untuk Wanita Bekerja Part Time Business

Tips Urus Masa Untuk Wanita Bekerja Part Time Business

Tips Urus Masa Untuk Wanita Bekerja PartTime Business SuriRumah Bekerja Dari Rumah Student

Terbaca tips Dr Azizan Osman

Tips Business Sambil Bekerja . Antara nya adalah. MESTI SANGGUP KORBANKAN MASA

Semua manusia ada 24 jam. Ada orang memanfaatkan 24 jam ini sehingga jadi jutawan, ada orang tak buat apa-apa dengan 24 jam yang ada. Anda? Bekerja dan berbisnes dalam 24 jam yang ada adalah sangat memenatkan.

Anda mungkin perlu korbankan waktu rehat dan tidur kerana di saat orang lain santai-santai tengok tv atau tidur, pada masa itulah anda akan busy buat persediaan untuk bisnes part time anda.

Masa Dalam Perniagaan

Dalam menjalankan perniagaan, perancangan masa adalah elemen yangamat penting. Dengan pengurusan masa yang bijak, usahawan dapatmelakukan lebih banyak perkara dalam waktu yang diberikan. Ianyadikatakan setiap manusia mempunyai 24 jam yang sama dalam masasehari. Ianya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskanwaktu 24 jam kita yang membezakan kejayaan seseorang.

Berikut adalah 3 kunci merancang masa:

Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya

Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyakmasa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada harisebelumnya. Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskansegala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari.Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokan hari.

Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untukmerancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalammenyelesaikan sesuatu pekerjaan.
Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya olehkerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangni hariyang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurnadan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.

Kunci #2: Senarai mengikut kepentingan

Salah satu cara yang sering disarankan dalam mengurus masa adalahmenyenaraikan apa yang anda perlu lakukan. Langkah seteruisnya adalah, pada senarai tersebut, tandakan A, B, Cdan D disebelah segala aktiviti anda mengikut kepentingan. TandakanA pada perkara yang penting untuk anda lakukan. B pada perkara yangkurang penting, tetapi, masih perlu di lakukan. C pada perkara yangkurang penting, dan D pada perkara yang tidak penting langsung.

Sering kali apabila anda menyiapkan senarai mengikut kepentinganini, anda akan dapat lihat di manakan keutamaan anda perlu tumpukanterlebih dahulu. Aktiviti yang di tandakan D boleh di pangkahdaripada senarai anda oleh kerana ianya tidak penting. Mungkinsekiranya anda mempunyai masa, anda boleh lakukannya sepertimenonton TV atau bermain computer game.
Aktiviti yang ditandakan C mungkin boleh diagihkan kepada oranglain. Ataupun, mungkin boleh dilakukan sekali gus dengan aktiviti B.

Manakala, aktiviti A pula adalah keutamaan anda di mana anda perlumemberi tumpuan pada awal hari anda. Lakukan aktiviti-aktiviti andamengikut senarai kepentingan. Daripada A, sehingga C. Sekiranya adamasa, dan pastinya dengan mengamalkan pengurusan masa di dalamaudio ini, anda akan mendapat banyak masa terluang untuk melakukanperkara D!
Rancangkan hari anda. Hari yang tidak dirancang adalah hari yanganda merancang untu gagal dalam menguruskan masa!

Kunci #3. Prinsip 80-20

Prinsip yang dihasilkan oleh Vilfredo Pareto mengatakan bahawa 20%daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalahuntuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain,produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Belajar Cari Masa

Setiap dari kita ada masa 24 jam sehari. Tak lebih, tak kurang. Kenapa dengan masa yang dianugerahkan sama je setiap orang ni tapi ada yang jauh lebih berjaya dari kita. Dengan 24 jam yang sama ini, ada orang dah jadi jutawan. Tapi ada juga yang terbuang begitu sahaja. Tiada manfaat sedikitpun. Nauzubillah.

Ada yang manfaatkan waktu ini sehingga menjadi jutawan, ramai sekarang ni yang bergelar jutawan hanya melalui bisnes online. Ada juga yang hanya pilih untuk goyang kaki, buat rileks je. Tengok-tengok tengah bulan poket kering kontang.

Ok, yang tak baik tu kita tak payah follow. Kita ambil contoh yang baik-baik sahaja ya. Anda nak pilih yang mana? Tepuk dada tanya hati.Jadi tips yang kedua ialah *disiplin dalam mengurus masa*. Inilah kunci utama untuk berjaya dalam apa sekalipun. Ramai yang bagi alasan, “kerja saya banyak, jadi tiada masa untuk urus bisnes”. Huhuu. Sayalah salah seorang darinya. Itu dulu la.

Saya dah lempar jauh-jauh dah. Sememangnya #BekerjadanBerniaga dalam masa yang sama adalah perkara sangat mencabar. Tiada yang nafikan. Namun, kena cara dan gaya InsyaAllah hasilnya berbaloi.
Kebolehan anda membahagikan masa antara kerja dan bisnes akan membawa kejayaan. Kuasai aturan masa kerja, kita mampu lebih berjaya.

#BerniagadanBekerja terutamanya online memerlukan kita banyak berkorban masa. Masa rehat, masa senggang dan masa santai-santai. Biasanya waktu malamlah waktu yang sesuai untuk kita cek balik segala order dan pertanyaan yang kita terima. Jika orang lain tidur pukul 10 malam, kita yang nak berjaya lebih ni perlu stay up sedikit untuk fokus kepada bisnes.

TETAPI, perkara penting yang harus dijaga ialah : jangan pula gunakan waktu kerja untuk buat bisnes. Tak berkat gaji yang kita dapat nanti. JAGA KEBERKATAN GAJI UTAMA.

SANGAT BETUL tau Tips Urus Masa

Buat business part time bukan bermakna suka hati bila nak buat. tunggu mood datang.

Kata nak buat extra income. sama macam p keje la. ada tunggu mood baru p keje. huhuhu tak pasai dapat surat merah

bila kita decide nak buat extra income , kena focus dan buat bersungguh sungguh. Bukan tunggu, tgk tv , dengan harapan customer datang sendiri .

Kalau rasa nak macam tu, lupakan la niat nak buat extra income dikkk . dok je rumah tengok tv betul betul.

Buat business secara part time tapi effort kita full time, sepenuh hati kena buat. Baru income datang pun penuh penuh , gemuk gemuk

Ala saya tak sempat la saya sibuk la bukan pasal sibuk , takde masa tapi kita tak uruskan masa sebaiknya tips urus masa bagi mereka yang bekerja dan buat part time business, bekerja dari rumah, surirumah & student.

Tips Urus Masa Untuk Wanita Bekerja PartTime Business SuriRumah Bekerja Dari Rumah Student

Berminat nak Join Business Shaklee dengan Modal bermula dari RM35

Tips Urus Masa Untuk Wanita Bekerja PartTime Business SuriRumah Bekerja Dari Rumah Student

Ainul Mustafa & Faiz Saaid
Ex Engineer , Master in Electrical Engineering UTM, Tutor Fac Engineering UM
Blogger, Full Time Business Shaklee
31 Supermum Influencers in Malaysia : https://bit.ly/35wDZ4L
in Media SEMANIS KURMA, WANITA HARI INI, KOSMO, MAJALAH MIDI ,MASAK BERSAMA CHEF ISMAIL
Key Coordinator Shaklee
Impact Speaker National Conference 2019
Top 10 New Business Leader Income 2013
Sales 6 figures since 2012
5 figures income per month
Fast Track Car Bonus Achiever since 2013

Join Us Now

Whatsapp to join – www.wasap.my/60133612717/joinbusiness

Email : ainulfadzilah@gmail.com

FB: Ainul Mustafa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *