Tips Selepas Bersalin CZER

Tips Selepas Bersalin CZER ? KHAS UNTUK BERSALIN CZER. Selepas pembedahan di hospital. 6 jam slps pembedahan, tidak dibenarkan mengangkat kepala krn ubat bius (jika diberi bius separuh) masih ada dlm tubuh kita – kalau angkat juga, jadi sakit kepala (dan sesetengahnya berkekalan) – paling tinggi pun setinggi bantal sahaja. Nak pusing kepala boleh…
Boleh minum air masak sikit2 guna straw (sbb tak boleh angkat kepala), kecuali jika bius penuh. Jika tak muntah slps minum air masak, boleh minum air soya/milo (prepare siap2 sbb air milo/susu hospital tak sedap). Kalau rasa mudah, boleh nak ngunyah mknn apa2 (pengalaman saya slps pembedahan ikat pangkal rahim, siap makan samosa tu (suami suap) – lapo walaupun samosa yg suami goreng tu sdkt hangus – dah sehari semalam puasa, dah nak kene gastrik rasanya). Ingat…! Jangan sekali-kali angkat kepala dlm tempoh 6 jam pertama.
Slps 6 jam tu, paksakan diri utk bangun dari katil (dlm tempoh 24 jam slps pembedahan). Lagi cepat bangun dan bergerak, lagi cepat boleh balik. Dan lagi cepat boleh tanggal tiub kencing. Apabila cuba bangun, mengiring ke sisi dan gunakan lengan utk menolak badan ke posisi duduk. Sokong perut dgn memegang perut dgn tangan.
Jalan perlahan2 dgn badan ditegakkan
memang sakit terutamanya apabila nak tegakkan badan. Lakukan dgn perlahan2 sambil menyokong perut. Boleh je kalau nak guna kerusi roda terutamanya jika jarak ke tandas jauh, tapi lebih baik berjalan kaki – gerakkan kaki (elak komplikasi lain) dan darah nifas lebih lancar.
Bila rasa confident nak ke tandas, boleh minta cabut tiub kencing. Semasa memakai tiub kencing, tak rasa apa…cuma rasa mcm nak buang air (walaupun hakikatnya air kencing sudah mengalir dlm tiub). Tapi….slps tanggal tu yg problem. Bila nak buang air sendiri…hanya Allah yg tahu pedihnya (akan hilang slps beberapa hari). Basuh dgn air suam bagi membantu semasa buang air. Bila dah buang air sendiri, barulah dibenarkan pulang.
Menyusukan anak seperti biasa – kalau sakit, menyusukan secara berbaring. Lagi cepat beri susu lagi bagus – rangsangan awal pada puting dan pengeluaran kolostrum yg baik utk anak kita. Jangan risau, nurse akan beri susu secara cup feeding jika masih tak mampu menyusukan.
AMALAN BERPANTANG
Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim, keadaan rahim tetap bengkak. Malah lebih serius akibat luka2 pembedahan pada rahim dan setiap lapisan kulit.
Penjagaan lebih lama & tempoh berpantang juga lebih panjang berbanding ibu yg bersalin normal; iaitu pantang pemakanan 100 hari dan pantang berjimak 50 hari (tempoh penyembuhan luka sepenuhnya adalah 6 minggu).
MASALAH
- Lebih mudah mengalami masalah pengumpulan angin yg menyebabkan tubuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap.
- Mungkin secara fizikal kelihatan cantik dan langsing, tetapi otot dan sendi lazimnya mudah terkena penyakit arthritis, kebas2 dan reumatisme.
- Saluran sulit pula menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan.
- Lambat mendapat bentuk badan yg asal, terutamanya bahagian perut & pinggang.
AMALAN
?Cucian bahagian sulit – walaupun tiada luka jahitan, tetap mengalami darah nifas. Penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu faraj.
? Bertungku – boleh lakukan spt biasa. Tetapi di bahagian perut dan luka jahitan, hanya letakkan batu tungku dgn lembut tanpa menekan atau mencungkil urat (kalau tak pasti macam mana, elak sahaja tungku bahagian perut). Dinasihatkan slps seminggu bersalin.
?Berurut – seperti biasa tapi elak bahagian perut. Digalakkan slps seminggu bersalin
?Mandian/lulur – seperti biasa
?Berbengkung – praktikkan ikatan bengkung/barut yg ringan ikatannya atau mengenakan ‘strap on binder’. Tetap lakukannya selepas bersalin walau masih terasa jahitan pembedahan. Selepas 2 minggu, boleh perketatkan ikatan dan slps 4 minggu, boleh lakukan spt ibu bersalin normal. Ia dapat mengelakkan sengal dan pedih pada luka jahitan, ketegangan pd bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak nanti. Tanpa bebengkung/berbarut, mudah mengalami perut buncit dan berasa sakit/lenguh di bahagian pinggang dan pinggul sehingga melarat pd betis dan tumit.

TIPS LAIN
?Pastikan luka sentiasa kering. Selepas mandi, lap kawasan luka hingga kering (pedap dgn tuala bersih, jangan gosok!) atau anginkan depan kipas/hair dryer (jika basah – mudah bernanah, terutamanya jika kulit terlipat) tips selepas bersalin czer.
?Jangan sapu minyak krn takut jadi lembap – mudah terkena jangkitan, luka lambat bercantum dan parut jadi buruk.
? Pemakanan seperti biasa. Minum byk air dan makanan yg berkhasiat. Elak makanan gatal; telur dan seafood.
? Elak makan jamu sbb panas – boleh menyebabkan jahitan dalaman terbuka.
?Ada yang kata elak makan pati haruan sbb mudah berlaku adhesion (tapi luka cepat sembuh). Ambil selepas 2 minggu, supaya luka luar dan dalam sembuh dgn sendiri.
?Jangan angkat sesuatu yg lebih berat dr bayi anda.
? Jika berjalan-jalan, gunakan kereta sorong drp mendokong bayi
? Senaman – 4 hingga 6 minggu slps bersalin.
? Urutan lembut pd parut pembedahan dpt mengurangkan perekatan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan.
?Jika terbatuk/terbersin, letakkan bantal merentangi perut dan tekan perlahan2 utk memberi sokongan pd parut dan mengurangkan rasa tidak selesa.
?Kurangkan aktiviti di rumah. Dekatkan barang keperluan bayi dan elakkan menaiki/menurun tangga. Tetapi jangan tidak bergerak.
? Darah nifas boleh berubah mengikut aktiviti yg dilakukan – gunakan situasi ini utk menentukan samada sudah terlalu banyak melakukan kerja.
Dapatkan rawatan sekiranya
❗Demam
❗Sakit kepala yg kuat dan tidak berkurangan
❗Sakit tiba2 pd bahagian perut atau luka pembedahan (termasuk, jika lebam atau keluar darah/nanah)
❗ Discaj vagina yg berbau busuk
❗Rasa pedih semasa buang air kecil dan darah dlm air kencing
❗Ruam atau gatal
❗ Pendarahan yg terlalu banyak
❗Sakit, kemerahan dan pedih pada payudara
❗Bimbang, panik atau sedih
Buat mereka yang kerap keguguran. tips selepas bersalin czer. Sukar hamil, ada masalah ketumbuhan rahim, dapatkan rawatan dari admin bersama guide yang berkesan sehingga pulih dan hamil di link Whatsapp. Jom dapatkan cecair ajaib rawat czer