Tips Mudah Hamil

Tips Mudah Hamil

Tips Mudah Hamil ? Salam sejahtera semua, hari ini saya cuma nak berkongsi tips bagaimana nak mudah hamil, di bawah ada beberapa tips yang boleh diikuti, sumber saya tak tahu dari mana, tapi bolehlah cuba, insyaallah ada rezeki, dapatlah menimang cahaya mata.

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual

  1. Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). 
  2. Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? 
  3. Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. 
  4. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. 
  5. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual 

  1. Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri.
  2. Tidak ada angka atau fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan seks untuk hamil.
  3. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. 
  4. Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan itu pada “waktu subur”. 
  5. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda(isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda

  1. Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme, klimaks semasa hubungan kelamin akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina.
  2. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik rahim adalah lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual 

  1. Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. 
  2. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. 
  3. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirehat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.
  4. Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul di belakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung dengan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.
  5. Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma terkeluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur.
  6. Hukum graviti.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks

  1. Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. 
  2. Kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik rahim dalam sesaat setelah ejakulasi.
  3. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelum ini. 
  4. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksik untuk sperma.

6. Buat Para Suami 

Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks 

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress atau tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda 

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang. Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi. Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.

Penutup

Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Doktor pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak. Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak. Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat doktor. Insya Allah anda akan berjaya. tips mudah hamil.

Tips Mudah Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

MEI 2016 (MUSIM KEDUA) TESTIMONI 28: LATIFAH BINTI OMAR [ TIADA LAGI SINDIRAN SETELAH BERJAYA HAMIL ] .Assalamualaikum.. Hai..Saya Latifah Binti Omar, mesra disapa dengan panggilan Ifa. Berumur 32 tahun. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk berkongsi testimoni saya kepada semua. Perkongsian testimoni sebenar saya ini bukan untuk menyentuh perasaan sesiapa tetapi untuk memberi semangat dan inspirasi buat pasangan yang masih menantikan kehadiran cahaya mata tidak kira yang baru atau yang dah lama berkahwin.

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, ingin saya nyatakan, kisah saya dengan Shaklee ni bermula dengan ESP dan Vitamin E. Kenapa?? Sebab saya tak nak wajah yang kusam ketika hari perkahwinan saya.. hehe.. Ternyata ianya berkesan. Alhamdulillah.

Masalah Period

Saya dan suami diijabkabulkan pada 01 Ogos 2014. Diakui, memang saya mempunyai masalah period tidak teratur. Lebih-lebih lagi senggugut yang teruk setiap kali datangnya period. Masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu cakap orang yang senggugut teruk ni susah nak mengandung. Hmmm… Saya macam telah di mindsetkan pula dengan kata-kata itu.

Tetapi selepas berkahwin saya cuba positifkan diri. Saya selalu bercakap dengan diri sendiri “aku boleh mengandung dan lahirkan zuriat untuk suami aku”. Memang rasa kelakar tapi itulah yang saya selalu buat. Usia pun dah 30an, saya memang berharap sangat untuk hasilkan ‘produk’ bersama suami secepat mungkin. Tempoh pernikahan kami dah sampai 4 bulan, tapi masih belum ada tanda2 saya hamil.

Lumrah apabila jadi seorang perempuan..bila umur kita dah jangkau 20an..orang keliling mula tanya “bila nak kawin??. Bila dah kawin, kena tanya lagi“ dah mengandung ke belum??”. Adoiiii…sedih nak bagi jawapan… Perasaan sedih dan rasa tak mampu untuk bagi kebahagiaan pada suami mula terdetik dalam diri. 

Keadaan yang sama turut rasa tempias di pihak suami. Ini buatkan diri saya jadi tertekan. Tak cukup dengan itu, ada pula mulut-mulut puaka yang menyindir “Ehh, dia sendiri agen Shaklee pun tak mengandung lagi, macamana boleh jual produk kesuburan dengan orang lain..” Arghh!!.. Perit rasanya hati, sering dalam tangisan saya ngadu pada suami. Tapi sentiasa disuruh bersabar dan terus memberi semangat dan dorongan pada saya.

Set Kesuburan Shaklee

Setelah berbincang dengan suami, dan mendapatkan tips dari kawan suami yang merupakan seorang doktor selain pandangan daripada senior SID, saya dan suami sepakat untuk berikhtiar dengan Set Lengkap Kesuburan Shaklee dengan harapan dapat “repair & set” semula masalah kesuburan dari dalaman.

Saya amalkan GLA Complex, B-Complex, Alfalfa dan ESP yang berfungsi untuk mengatur semula kitaran haid, melegakan simptom senggugut dan menguatkan rahim untuk menerima janin. Manakala suami saya pula amalkan Vitamin E dan Zinc Complex untuk kesihatan prostat yang lebih sihat dan penghasilan sperma yang banyak dan berkualiti.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, usaha, ikhtiar dan tawakal tanpa jemu.. akhirnya saya disahkan hamil. Penantian 1 tahun 5 bulan itu cukup lama tapi sangat-sangat bermakna buat kami. Terima kasih Allah atas anugerahMu ini. Saya tidak kisah berbotol-botol pun set kesuburan itu saya perlu konsisten demi anugerah terindah ini.

Sekarang, kandungan saya dah berusia 6 bulan dan saya masih meneruskan dengan set kehamilan Shaklee. Yang bestnya tentang Shaklee ni, ada produk yang kita boleh start ambil dari sebelum hamil, continue ketika sedang hamil dan terus diambil masa berpantang. Sangat-sangat jimat dan berbaloi. 

Kepada pasangan-pasangan di luar sana, jangan berhenti berharap. Yang penting teruskan berusaha,jom berikhtiar dengan set Shaklee dan tawakal tanpa jemu. Sesungguhnya Allah itu Maha Memberi. Tiada yang mustahil dengan izinNya. In Sha Allah, saya doakan untuk semua. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *