Tips Dapat Anak Kembar

Tips Dapat Anak Kembar ? Salam sejahtera semua, hari ni terlihat pulak entry pasal kembar, seronok baca blog akak kat bawah ni. Jadi saya pun nak share sedikit apa yang dia tulis pasal anak kembar nih. Hoo, memang family pun ada yang kembar, jadi tips yang di bawah ni mungkin anda kena pertimbangkan semula kalau nak anak kembar.
2 Tips Mudah Nak Dapat Anak Kembar
- Kahwin dengan Pasangan Kembar Atau Keturunan Kembar – Selain daripada berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung saat masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi. Anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.Selain itu, si ibu yang makan pil untuk kesuburan pun akan mempunyai risiko mendapat anak kembar yang tinggi. Sebab itu ada sesetengah ibu yang tak mengandung-ngandung, alih alih dia mengandung anak kembar 5. Dah macam kucing pula. Tidak. yang itu bukan tips yang bonda nak sarankan. Ini tips paling mudah.logik dan telah dilakukan penelitian.
- Makan Ubi, Kentang dan Susu – 3 jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur sehingga meningkatkan risiko kita untuk mendapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi.
Tips makan ubi, kentang dan susu bukan sahaja bagus untuk mendapatkan anak kembar, tetapi salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tak ada rezeki nak beranak ! so kepada pasangan yang berusaha untuk mendapatkan anak mgkn boleh mencuba tips ini di samping kita berdoa kepada Allah taala. janji ada usaha, doa dan tawakal insyaAllah. Tips dapat anak kembar.
Risiko Kehamilan Anak Kembar
- Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.
- Kembar tidak seiras berasal daripada telurtelur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.
- Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus.
- Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.
- Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
- Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
- Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.
- Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
- Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.
- Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.
Dapat Anak Kembar Bahaya ?
- Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.
- Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.
- Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.
- Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.
- Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
- Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.
- Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.
- Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.
- Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.
- Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.
Faktor-faktor Mendapat Anak Kembar
- Genetik – Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.
- Umur – perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
- Bilangan anak – Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
- Berat dan ketinggian – Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.
- Diet – Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
- Pengambilan fertelity drug – Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
sumber: hernizar helmizan

Cadangan Shaklee Tips Dapat Anak Kembar
Oklah, mula-mula sekali, kita tengok beberapa produk shaklee yang bagus untuk kesuburan. Antara yang dicadangkan di atas amat sesuai untuk perempuan dan lelaki Antara yang dicadangkan oleh Ainul ialah:
- ESP
–Kandungan asid amino Leucine merangsang penghasilan hormon reproduksi
-bantu menguatkan rahim
-sangat baik untuk pemulihan uterus, ovari, menopous dan pembesaran prostat - GLA COMPLEX
– Bantu stabilkan hormon
– membetulkan kitaran haid
– mengatasi masalah cyst
– kandungan vitamin E membantu tingkatkan “sexual desires” - B-COMPLEX
– Mencegah kemandulan
– bantu fungsi seksual
– mengatasi masalah stress/tekanan
– asid folik mengatasi masalah kecacatan spina bifida - ALFALFA
– Mengatasi masalah keputihan ( punca sukar hamil)
– bertindak sebagai kacip fatimah
– menghangatkan hubungan suami isteri - ZINC
– Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing.
– memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meningkatkan kiraan atau kuantiti sperma
– zinc yang cukup penting untuk keupayaan seks bertenaga