Testimoni Kurus Dengan Shaklee – Muka Lebih Muda Lebih Sihat

Testimoni kurus dengan shaklee sangat banyak sekarang, termasuklah yang terbaru , abam mat ikan aka joe labu bersama dengan idola impact speaker BLNC 2023 saudara Michael Tan. Memang padu cerita beliau.
Bayangkan umur 25, beliau kata dah ada free gift sebab sibuk kerja. Dapat gout, darah tinggi, obesiti dan macam macam lagi. Tapi setelah guna Shaklee Hello New You , memang beliau berjaya turunkan berat sebanyak 20kg. Fuhh power power sapa tak pergi BLNC 2023.
OKlah tanpa membuang masa juga, nak share juga testimoni lain yang ada dalam Shaklee Malaysia . Apapun mari kita tengok apa yang best pasal testimoni kurus dengan shaklee.
Bagaimana produk Shaklee sangat berkesan untuk mejadikan anda kurus?
Produk shaklee utk kurus adalah terdiri dari set-set yang akan membuat anda sihat dan juga pembuangan lemak secara semulajadi.
untuk kurus dengan Shaklee ia ada 3 peringkat yang mesti dilalui.
1) Memecahkan lemak dan kolestrol
Proses pemecahan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak Proses mendetox dan membuang adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
Anda juga boleh mengambil CINCH TEA utk proses detoks dan juga memberi tenaga disamping meningkatkan lagi proses metabolisme utk membakar lemak.
2) Mendetox atau membuang Membuang lemak dan toksin dalam badan
Bagi yang tidak sembelit, boleh mengambilAlfalfa, dan yang mengalami masalah sembelit, boleh ambil Herb-Lax. Herb-Lax tidak digalakkan untuk ibu yang menyusu.
Semasa proses mendetok anda juga Perlukan tenaga jadi adalah dicadangkan anda mengambil VITALEA juga agar badan sentiasa sihat.
3) Membina untuk membina otot agar dapat menghindari dari lemak terjadi semula dan mengelakkan dari kulit menggeleber
Proses membina otot dengan protein. Ini adalah kerana protein sangat membantu dalam meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot dari bebas lemak. Untuk protein yang terbaik, saya syorkan kawan-kawan mengambil Cinch Shake Mix tetapi bagi ibu yang menyusu saya syorkan mengambil ESP / Mealshakes .(ESP juga membantu dalam membanyakkan susu badan)
Kenapa mesti mengambil protein? Kerana apabila lemak diurai dari badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam

KURUS DENGAN SHAKLEE???
Malam ni ada yang cari set kurus dari Shaklee..
So Abg Zai tunjuk la set apa yang Abg Zai makan dan consume..
Alhamdulilah sejak amal set ni, badan Abg Zai tak la MEMBELON macam dulu-dulu dah..
Sejak dah sayang dan cinta pada produk ni baru Abg Zai serious buat bisnes ni dan baru Abg Zai kongsikan apa yang Shaklee dah ubah..
Kongsi pengalaman dan testimoni sendiri baru YAKIN dan baru boleh KONGSI..
AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT
PILIH SUPPLEMENT YANG BETUL UNTUK BANTU
HILANG 10KG DALAM 10 MINGGU
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.
Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak. Umur saya baru mencecah 31 tahun dan saya adalah seorang yang gemar kepada makanan.
Badan saya mula naik bagai dipam-pam sejak pertengahan tahun 2015. Masa tu anak kedua saya, sudah semakin kurang menyusu badan. Saya dapat rasakan perubahan yang ketara pada diri saya. Saya makin kuat makan dan selera makan saya semakin membuak-buak. Setiap kali tiba waktu makan, saya pasti akan makan nasi bertambah.
Akibat daripada corak pemakanan yang tidak terurus dan tiada aktiviti senaman yang dibuat, berat badan saya semakin bertambah dah kemuncaknya pada Bulan Februari. Pada waktu itu, anak kedua saya dah pun wean off. Berat badan saya mencecah 97kg. Masa tu, keadaan diri saya sangatlah tidak selesa. Saya selalu rasa letih dan penat. Sukar nak bangun awal pagi. Badan selalu sakit-sakit. Nak solat pun susah. Selalu sakit kepala akibat tekanan darah meningkat dan selalu sangat mengah walaupun buat kerja ringan.
Selain daripada itu juga, baju-baju saya banyak yang dah tak boleh pakai. Saya terpaksa membeli baju baru dengan size XXXL. Sedih sangat. Baju-baju lama saya, semua terpaksa disimpan dalam almari buat perhiasan je. Kalau pakai jugak, memang tersembul-sembul keluar lemak perut..
Namun, pada pertengahan bulan Februari, saya mula nekad dan belajar cara pemakanan yang lebih sihat. Saya amalkan cara pengambilan makanan yang betul serta mengikut keperluan diri saya yang sepatutnya.. Saya belajar cara buat detox.. Saya mula konsisten mengamalkan Set Kurus Shaklee.. Dan mula bersemangat melakukan senaman.
4 perkara UTAMA yang saya buat sepanjang 10 minggu ialah :-
1- Saya amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Saya kawal makanan yang masuk ke dalam badan saya. Saya jaga kuantiti makanan yang saya makan dan saya masak makanan yang lebih sihat dari segi penyediaannya.
2- Saya mula membuat detix. Saya mulakan dengan detox parasit selama 2 bulan (Feb&Mac). Kemudian saya sambung dengan detox cara Shaklee (April). Kedua-dua jenis detox ini saya menggunakan produk Shaklee. Produk detox yang saya gunakan ialah Vivix, DTX Complex, Alfalfa Complex, Garlic Complex, Herb-Lax, Peppermint Ginger & Nutriferon.
3- Saya mengamalkan Set Kurus Shaklee dengan konsisten dan dengan cara pengambilan yang betul. Tidak skip dan makan ikut dos yang sepatutnya. Antara suplemen yang saya amalkan ialah Cinch Shake, Cinch Tea Mix, Omega Guard & Lecithin.
4- Saya juga melakukan senaman seminggu 3 kali dengan konsisten. Antara senaman yang saya lakukan ialah, jogging, burpees, squats, plank dan aerobik.
Selepas melakukan keempat-empat perkara ni dengan konsisten dan istiqomah, berat saya mula turun dengan mudah sebanyak 10kg dalam masa 10 minggu.
Dan apa yang paling menggembirakan saya, banyak berlaku penurunan inci pada ukuran badan saya. Terutama di bahagian perut. Kalau dulu macam orang mengandung 8 bulan, sekarang dah kurang. Pakai baju pun dah tak nampak perut buncit. Malah saya dah boleh pakai semula baju saya bersaiz XL. Saya happy sangat-sangat. Gembira tak terkata.
Berat saya yang terkini adalah 87kg. Dan saya masih dalam misi menurunkan 20kg berat saya.
Doakan saya berjaya mencapai misi saya membuang 30kg berat badan keseluruhan.. Dan saya kongsikan cerita saya agar dapat memberi inspirasi kepada anda semua yang memerlukan.
Akhir kata daripada saya, apa pun yang kita lakukan,lakukan dengan bersungguh-sungguh. Nak kuruskan badan, mesti buat apa yang daya kongsikan tu supaya kita dapat hasil yang menakjubkan!
GEMUK IS NOT AWESOME. HIDUP DENGAN SIHAT, JADI LEBIH SIHAT DENGAN SHAKLEE.

REAL TESTIMONI KURUS DENGAN SHAKLEE
Bella ni baru sebulan lebih konsisten IF + detox betul betul dengan suplemen Shaklee
Nak kurus pun jangan sampai stress dan merosakkan badan… yang penting istiqomah… inshaa Allah mesti ada perubahan
Yang paling penting bila kita berdiet… buat IF dan sebagainya… nutrien untuk badan kita mesti cukup
Sebab apa2 pun kesihatan paling utama
Tapi kalau kita boleh kurus …. badan makin sihat dan kulit pun jadi glowing sebab suplemen2 yang kita amalkan … so dapat manfaat 3 in 1… lagi best la kan
Jom ikhtiar turunkan berat badan secara sihat dan selamat dengan suplemen Shaklee. testimoni kurus dengan shaklee.