Sihat Dulu Baru Kaya

Sihat Dulu Baru Kaya

Sihat Dulu Baru Kaya ? THE GREATEST WEALTH IS HEALTH. Macam macam qoutes aku dok cari kat internet nak buat tajuk di atas. Oklah aku pilih yang nih. Sebab apa ? sebab kesihatan memang segalanya.

Bila buat bisnes, dalam team kami, ada yang datang, ada yang pergi, ada yang happy, yang down pun ramai. Sebab mereka down, biasanya sales takde, itu takde, banjirlah, anak sekolahlah dan macam macam lagi alasan.End up tiada motivasi lagi.

Bagi kami tiada yang lebih menggembirakan bila kami makin sihat dengan SHAKLEE. 10 tahun perjalanan, turun naik bisnes memang dah lali. Tapi yang lebih penting ialah kami makin sihat, makin ceria, makin kurus dari awal pembabitan dengan bisnes shaklee.

Saya tak pernah bermimpi untuk kurus macam ni sekarang

Dulu saya pernah naik penimbang, menunjukkan berat 81kg, dan masa itu saya rasa tiada harapan lagi, mungkin saya akan terus berkembang dan berkembang.

Tapi semua berubah bila saya jatuh sakit, kerana darah tinggi, saya pengsan semasa bangun sahur. Alhamdulillah saya masih sedarkan diri. Masa tuh saya sangat stress sebab darah tinggi mencecah 200 lebih. Masa di zon kuning hospital shah alam, saya dah mula tekad untuk kuruskan badan. Bermula semasa puasa 2019, saya boleh turun hampir 20kg dalam masa 4 bulan. Kengkawan tengok macam sakit pun ada. Tapi saya buktikan tak mustahil untuk berubah dengan keazaman yang tinggi.

Masuk tahun pkp, kekadang pernah terlebih bmi 25, tapi berjaya jugaklah menten, tak cecah berat 70kg sampai sekarang. Saya terus belajar dan belajar, walaupun perut tuh naik buncit, kekadang darah tinggi naik, saya terus bersemangat, sebab makin lama belajar tentang kesihatan, kita akan terus bersemangat. Customer kami pun banyak teruja bila tengok kami makin muda, hahaha. Mereka tahu kami dulu pernah gemuk.

Masuk 2022, kami rasa lagi kena semangat untuk terus sihat cantik bertenaga . Musim post covid, long covid, ramai yang tak tahu macam mana nak recover. Boleh dikatakan bulan puasa yang panas, pesakit long covid akan alami pengalaman yang sukar untuk puasa kali ini.

Tambah lagi berita berita tak sedap dari KKM. KJ kata ramai akan sakit kanser menjelang 2030. Harituh dengar 1 dari 2 orang dewasa di Malaysia mengalami obesiti. Tambah lagi sekarang berita banyak yang mati mengejut di usia muda.

Semua orang boleh beli insuran kesihatan, tapi bila terlantar di hospital kerana sakit memang tidak gembira. Walaupun bil hospital boleh bayar, tapi sakit tetap sakit, sakit memang menyakitkan badan dan emosi kita. Saya pun sakit kepala sikit pun dah tak sedap kerja, itu belum lagi sakit gile masa saya gemuk dulu. Habis semua benda tak jadi.

Kalau sihat, boleh kerja kuat cari rezeki untuk anak anak.
Kalau sihat boleh berkhidmat untuk masyarakat.
Kalau sihat boleh berjihad di jalan Allah.

Sihat itu motivasi sebenar. Barulah sedap bila dapat keuntungungan bila bantu orang lain jadi sihat. Bukan dengan hanya jual produk , rekrut beli stok semata.

Saya akan terus berkongsi cerita kurus saya pada orang lain. Saya selalu cerita apa yang saya belajar dari hari ke hari. Kami berdua sekarang improve diet harian kami. Kami akan terus memberi inspirasi pada orang lain. Itu dakwah yang kami buat untuk orang lain .

Kami akan terus bermotivasi . Bisnes shaklee bermula dengan SIHAT. Bermula dengan HEALTH datangnya WEALTH. Kalau ada yang buat fake happiness pun takkan kekal lama. Jangan buang HEALTH semata mata kerana WEALTH dalam bisnes shaklee.

“…Barangsiapa memelihara kehidupan seorang manusia, maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia…. ” (5:32)

#jurnalkurusjoelabu
#HealthIsTheGreatestWealth

Nenek kau adalah pengedar shaklee ?

Sampai ke cucu cicit pun jadi SID. Ni dekat US sana. Dekat Malaysia pun dah ada anak beranak master macam Norita Idris .
Kenapa company tahan lama ? Sebab produk dia bagus. Lagi satu etika bisnes.

Aku pernah join mlm nih. produk ala kadar. etika bisnes teruk gile. Suruh orang buat loan , ada riba. Aku pum terjebak. Founder group tuh top sekejap.Tapi lepas tuh, group tuh jahanam, founder dia dah macam orang tak betul.

Aku takut bila buat benda takde etika, mampus downline ni doa yang bukan bukan. Mereka dizalimi, orang dizalimi biasanya doa makbul.
Dalam shaklee pun, ada jugak aku dengar beberapa kerat yang buang etika baik bisnes nih. Aku rasa tak sedah hati.

Aku yakin berkat bila kita buat bisnes ni ikut etika. Sebab kita nak buat long term. Ikut cara dr shaklee makan shaklee. Unnatural things cause disease, living in the harmony with nature.
Kami target nak tengok cucu kami rank up master suatu hari nanti , yehaaa !!! Nak cakap, benda nature ambil masa. Tiada cepat atau lambat.

Life Shake Plant Based

Wah ni kalau masuk malaysia mantop nih, ambo dah jarang makan ayam daging ikan. Plant based diet antara diet awal dr shaklee semasa melawan sakit kanser beliau.
Sebulan lebih buat plant based diet. Boleh rasa nak enjoy makan ayam sebab mak mertua beli nasi kandar, perut terus jadi tak sedap,bangun pagi esok hari dah mula rasa inflamasi minima.

Begitulah badan ambo bila dah mula plant based diet. Bukanlah tolak terus protein haiwan. Time raya enjoy je. Biarlah berpada pada.
Soy protein dah ada, why not try yang nih pulak.

Jadi Duta Shaklee

Kena jadi artis untuk jadi duta ❎
Jadi diri sendiri je pun boleh jadi DUTA ✅
Seronok buat Shaklee ni kita bukan jual asal jual dapat duit tunjuk kaya.
Seronok buat Shaklee ni sebab ia bantu kita jadi lebih sihat

Dari suka minum benda benda manis ,3 in 1 setiap hari 2-3x. Tapi sekarang minum sikit pun ehhh apsal dah tak sedap
Kalau dulu fast food dah jadi macam makanan ruji. Sekarang boleh kira dengan jari setahun berapa kali. Ada yang dah bertahun tak sentuh. Dah tak heran kalau tak makan.
Kalau dulu sayur asal ada je la. Sekarang wajib ada dalam makanan dan mesti kena banyak

Dulu suka makan buah sekarang double triple suka makan buah
Ada orang dilantik jadi duta dan acah acah guna sebab dibayar. Selepas habis kontrak lantak la benda tu jadi apa pun
Saya jadi duta sejak 2011. Saya makan setiap hari. Dari menyusu,mengandung, bersalin..ulang balik proses ni sampai anak 3
P travel bawa shaklee
Demam makan shaklee dulu
Nak kulit lawa tepek youth

Dan product Shaklee tu saya beli, guna,makan,pakai dan saya kongsi ajak orang lain guna sebab saya suka saya cinta.
“Life isn’t about finding yourself. Life is about creating yourself.”― George Bernard Shaw, Irish playwright
#7wonders

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *