Shaklee Produk Sampah Tapi Ramai Dapat Kesan Baik

Shaklee Produk Sampah Tapi Ramai Dapat Kesan Baik

Ramai sekarang kata shaklee produk sampah. Apa yang diorang merepek ini ? Nak tahu kenapa ramai kata produk ini tak bagus ? Jom kita baca lagi pendapat pendapat yang masih tak puas hati dengan vitamin semulajadi berkesan ini

Shaklee Produk Sampah

Kebelakangan ini masih ada golongan professional yang tak faham tentang shaklee. Tanpa mengkaji mereka membuat rumusan yang bukan-bukan berdasarkan emosi atau sangkaan semata-mata. Kalau orang biasa ayahanda tak kisah tapi bila orang terpelajar amat dikesali. Insan intelek merupakan cerdik pandai sepatutnya tak cepat melatah..amat malu jika buat kyataan kerena rasa dirinye pakar atau hebat.

Salah Faham Tentang Shaklee

1) Biz ni kayakan orang atas. Ini betul kalau sistem piramid yang bercanggah dengan akta Jualan Langsung 1993 dan juga haram di sisi syariat. Sebenarnya biz shaklee memberi peluang yang sama tak kira anda yang di atas atau di bawah. Siapa yang usaha lebih dia dapat lebih. Kadang-kadang orang bawah lagi tinggi pangkat dan bonus lagi besar dari orang atas. Kita bantu orang lain jadi kaya sebenarnya.

2. Shaklee produk ‘sampah’? Hello, saya dah amalkan hampir 30 tahun ia memang the best of the best. Saya dah lawat kilang shaklee, jumpa saintis shaklee beberapa kali. Mereka ada “world authority” dalam bidang masing-masing.

SAB Scientific Advisory Board shaklee terdiri dari saintis-saintis terulung seperti Dr Elizabeth Blackburn, pemenang hadiah Nobel perubatan yang membuat kajian tentang telemore(DNA). Kalau setakat kelulusan pakar biasa tak setara nak komen shaklee. Jadi anda tak perlu was-was dengan komen dari mereka yang tiada authority dalam bidang nutrisi.

3. Produk Shaklee ada kesan sampingan ? Memang betul bukan sekadar side effects tapi all effects. Top,bottom effects semua ada bagi siapa yang amalkan secara istiqomah. Sudah berjuta doses shaklee dimakan dan diminum oleh manusia seluruh dunia. Tiada kes yang directly dengan bukti yang mengatakan sebab ambil shaklee produk.

Mungkin jika ada kes dulu disebabkan pesakit itu memang dah sakit dan ambil pelbagai ubatan dan supplemen kebetulan dia juga ambil shaklee jadi mereka buat rumusan sebab shaklee. Tag line shaklee Always safe dulu. Tengok macam mana shaklee uji 176 kali bahan mentah dan 262 kali ujian ke atas finished products. Serta melalui ujian klinikal (ujian ke atas manusia). Anda boleh semak artikel berkaitan dalam JAMA,Lancet dan seumpamanya. Ini journal world class sebab mereka ada peer review bukan calang-calang kajian dapat diterbitkan.

4. Untuk makluman pengkritik shaklee, nak bagi tahu shaklee adalah sebuah bisnes network marketing yang sah di sisi undang-undang. Jualan langsung yang berdaftar dan semua produk ada kelulusan KKM serta logo halal.

5. Oleh itu berhati-hati nak beri komen sebab shaklee pun ada legal department yang boleh saman mana-mana individu yang melampaui batas.

6. Cadangan ayahanda usah tergugat dengan komen-komen yang negatif. Usah layan dan fokus pada aktiviti harian anda. Team yang tak layan isu grow. Ada yang layan hingga susah nak jawab lambat grow dan ada yang hilang.

vivix bantu awet muda

Pendapat Master Pakteh

Semalam heboh isu Produk Sampah.

Ya. Betul dah tu. Produk Shaklee memang sampah utk korang yang tidak memerlukan. Tapi berbeza perspektif utk golongan *memerlukan seperti kami.

Pakteh bagi contoh yang terjadi pada Pakteh dan Makteh la.

Kami dah 4 tahun nikah. Ketika itu, masih belum sampai rezeki utk mengandung. Berbeza dengan korang. Nikah nikah ja. Sedar tak sedar. Dah berjaya. Alhamdulillah.

Ya. Kami cuba usaha bermacam macam cara. Kami dah pergi berurut. Masa urut dekat sini. Orang tu cakap rahim bawah @ jatuh. So dia tolak kasi naik balik. Makteh cakap sakit la juga. Kemudian, ada org suggest pula. Urut dengan sekian orang. Orang tu pula kata rahim tinggi sangat. Dia tolak kssi ke bawah balik. Dah dua kali sakit kat situ.

Still result masih tak sampai lagi rezeki.

Orang keliling dah kata macam macam.

“Tak mo amik anak angkat ke? Mana tau berkat dr anak angkat tu. Boleh lekat. Lagi pun dah 4 tahun kan menunggu?”

“Tu lah tak jaga makan. Kan susah lekat”

“Kau tak mo kawen lain ke?”

“Makteh dah cek ke kesuburan? Siapa yang tak subur sebenarnya?”

“Ni sampai bila nak enjoy ni? Bila nak ada anak?”

“Jangan buat gini gini, tu sebab lah susah nak dapat anak”

“Pergi buang semua kucing kucing ni. Ni semua punca tak dapat anak. Sibuk nak jaga kucing ja”

Haih.

Banyak lagi lah kami dapat. Tapi ada juga yang support kami. Doakan kami. Kami hargai. Terima kasih.

Usaha kami tak berhenti kat situ.

Kami tanya kawan kawan doktor kami. Ramai suggest suruh pergi HKL. So, kami pun pergi HKL.

Semua prosedur dia kami buat. Ya. Korang memang rasa biasa la kan. Nak baik. Nak dapat. Kena usaha.

Tapi korang tak dapat rasa perasaan bila orang tengok kami masuk bilik khas utk dapat kan sperm. Nak masuk pun tengok kiri kanan. Nak keluar pun usha lagi sekali.

Kemudian, cek punya cek. Rupanya prolaktin Makteh tinggi. Tapi doktor pakar tu dari UPM. Sebulan sekali ja dia ada. Kami kena follow up dengan dia selama 5 – 6 bulan utk consult sahaja.

Doktor bagi ubat bromocriptine. Untuk surutkan prolaktin tu. Efek dia. Malam malam Makteh macam nak pecah kepala. Tahan sakit. Selama sebulan.

Next appointment. Doktor cakap paras prolaktin masih tinggi. Dia doublekan dose. Nah. Kau boleh bayangkan perasaan suami. Bila tengok isteri dia menangis sebab sakit kepala semata mata usaha untuk pregnant? Kau pernah rasa?

Kami dirujuk ke bahagian neurologi. Sebab suspek tumor. Nah. Satu lagi perasaan down. Tuhan je tahu bila tengok wajah Makteh masa tu. Usaha utk TTC. Tapi jumpa benda lain. Pakteh cuma mampu duduk sama sama dengan Makteh ja. Bagi kekuatan. Takde siapa pun tahu situasi kami. Even family or sahabat or anak bisnes.

Bila result keluar selepas beberapa bulan. Alhamdulillah. Bukan tumor. Kami happy. Cuma Doktor cakap.

“Prolaktin masih tinggi. Kami tak galakkan puan mengandung. Kalau berjaya sekalipun. Selalunya kami suggest gugurkan. Sebab bahaya kan ibunya. Takut kelenjar prolaktin tu lebih kembang dari biasa. Boleh pecah dan kena stroke”

Nah! Kau nak usaha apa lagi? Bila doktor pakar sendiri cakap macam tu. Kami ok. Kami steady.

coqtrol lajukan sperma

Cuba Produk CoqTrol

Awal tahun hari tu. Shaklee launch produk Coqtrol. Masa seminar produk, pakar nutrisi Shaklee cakap. Coqtrol ni bagus utk kilang sperma. Bagi tenaga. Bagi kekuatan. Pakteh terus decide utk makan Coqtrol. Makteh minum ViVix dan detox. Jaga pemakanan semua. Alhamdulillah. Sebulan lepas tu, doktor yang sama. Sahkan Makteh pregnant.

Sekarang ni. Kami kena folo up dengan 3 klinik. 2 klinik di semenyih. Satu di HKL. Check benda yang sama. Cuma di HKL kami ditunjukkan pada doktor pelatih kot. Sebab kes kami sangat rare. Jarang berlaku. Kami ok saja share journey kami dengan doktor doktor muda tu.

Jadi, produk sampah ni memang sampah pada orang yang tidak memerlukan. Tapi produk Shaklee tidak sampah pada kami. Ya. Kami usaha dengan semua cara. Ubat doktor pun sudah. Ubat kampung pun sudah. Segala petua yg bagus pun kami amalkan.

Andaikata ada yang cakap. Sudah sampai rezeki kami untuk dapat anak. Bukan nya sebab Shaklee pun. Sila belajar lagi tentang Qada & Qadar. Usaha & Tawakal.

Kami yakin. Gabungan usaha usaha kami yang menjadi asbab semua ini. Lagi 2 bulan. InsyaAllah,Baby kami akan lahir. Kami faham kenapa ada orang sanggup perabis duit ribu ribu utk beranak di private hospital. Kami faham juga kenapa ada artis ambil CL puluh puluh ribu utk berpantang.

Sedangkan kami yang 4 tahun menunggu pun exited tak habis. Bayangkan mereka yang tunggu lebih tahun dari kami.

Tu sebab juga kami sentiasa senyum bila ada org cakap Shaklee produk sampah. Anda masih tidak memerlukan nya. Syukurlah anda tidak perlukan nya. Tapi jangan nafikan hak kami yang sangat memerlukannya.

Kalau pernah terlintas dihati. Menuduh kami agent Shaklee menjual utk penuhkan poket kami. Check semula diri sendiri. Korang kerja 12jam sehari tak termasuk OT tu utk apa? Gaji korang yang RM20 000 sebulan tu korang bagi kat jiran ka? Sekian meluah.

Kak Hasmida Vivix Shaklee Hamil

Jangan Layan Isu Viral

Kita terlalu sibuk nak layan isu remeh temeh ini. Usaha jawap. Just  ignore ya please. Yang gatal tangan  share pasal apa? Lepas itu tag kawan-kawan nak viralkan isu. Ayahanda sebenarnya malas dah nak tulis isu ini sebab ia dah basi. Tapi bagi SID baru ingat benda baru. Jadi dengar cakap upline mentor dan fokus on your Goals . Tulisan ini tidak dituju pada sesiapa pun,cuma nak bagi penjelasan pada my lovely leaders. Yang tak kena mengena usah terasa. Maaf zahir batin. Selamat Malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *