Set Cirit Birit Shaklee

Set Cirit Birit Shaklee

RAWAT CIRIT BIRIT DENGAN SET CIRIT BIRIT SHAKLEE. Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), cirit birit adalah penyebab kematian kedua tertinggi dikalangan kanak-kanak terutama yang berumur lima tahun kebawah. Kebanyakkan kes disebabkan dehidrasi badan yang sangat teruk berpunca dari cirit birit yang berpanjangan.

APA ITU CIRIT BIRIT ?

Menurut WHO, seseorang dikatakan mengalami cirit-birit apabila pembuangan najis lembut dan berair tiga kali atau lebih dalam sehari. Jika pembuangan najis melebihi tiga kali sehari tetapi najis berbentuk keras/normal bukan dikategorikan cirit birit.

Cirit birit biasanya dikaitkan dengan gejala jangkitan salur pencernaan yang disebabkan oleh bakteria atau parasit. Pesakit yang mengalami cirit birit turut mengalami rasa loya, muntah-muntah serta kekejangan perut.

PUNCA PUNCA BERLAKUNYA CIRIT BIRIT

1. Amalan minum air yang tidak bersih merupakan faktor utama cirit birit.

2. Sistem penghadaman yang kurang berkesan terutama sekali kanak-kanak.

3. Bekalan air domestik yang mungkin telah dicemari dengan mikroorganisme penyebab cirit birit seperti Bakteria Escherichia Coli, Vibrio Cholera, Shigella Spp, Salmonella Spp dan Campylobacter adalah di antara bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan salur pencernaan.

4. Bencana alam seperti banjir meningkatkan potensi penyebaran bakteria penyebab cirit birit.

KEPENTINGAN REHIDRASI BADAN SEMASA CIRIT BIRIT

Cirit birit yang berpanjangan akan menyebabkan badan mengalami dehidrasi akibat kehilangan cecair dalam badan dan elektrolit utama (natrium, klorida, kalium dan karbonat) melalui najis, muntah, peluh, air kencing dan pernafasan.

Rawatan utama bagi mangsa yang mengalami dehidrasi adalah melalui pengambilan Garam Hidrasi (Oral Rehydrasi Salt) atau dikenali sebagai ORS. Ia mengandungi elektrolit utama dan sukros pada kepekatan yang rendah.

Elektrolit dalam ORS berfungsi mengekalkan cecair dalam badan, manakala garam berkepekatan rendah membantu menambah tenaga. ORS seharusnya diberikan seawal mungkin apabila pesakit mula menunjukkan gejala cirit birit. Akan tetapi untuk kes yang lebih kronik, pesakit perlu mendapatkan rawatan.

Tips Menghadapi Cirit-birit

1) Elakkan Makanan Pejal Tetapi Minum Banyak Air Pastikan minum air kosong dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi atau kekeringan badan. Minum satu gelas air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji.

2) Beri Perhatian Pada Tanda-tanda Yang Ditunjukkan Oleh Badan Cirit-birit sepatutnya mulai reda 24 jam selepas anda mengambil cecair. Contohnya, apabila anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pejal.

3) Ambil Makanan Lembut Makanan pertama yang diambil haruslah lembut dan mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Boleh juga roti putih bakar (rawatan kuno Hippocrates)

4) Elakkan Sayur Mentah & Buah-buahan Tunggu sehingga usus anda dapat berfungsi dengan normal. Mulakan dengan mengambil 1/4 daripada jumlah biasa. Sekiranya tidak berlaku cirit-birit, anda boleh menambah jumlah pengambilan tersebut.

5) Jangan Paksa Diri Tambah pengambilan sedikit demi sedikit sehingga anda berasa selesa atau sehingga anda pulih sepenuhnya. Sekiranya berlaku kembali cirit-birit, ulang ke tahap sebelumnya.

set cirit birit shaklee

BAGAIMANA SET CIRIT BIRIT SHAKLEE BOLEH MEMBANTU REHIDRASI BADAN SEMASA CIRIT BIRIT

PERFORMANCE DRINK

☑️Menggantikan cecair serta elektrolit yang hilang akibat cirit birit. Kelebihan PD berbanding sumber isotonik yang lain adalah tidak mengandungi perisa, pewarna serta gula tiruan.
☑️ia bertindak seperti air garam, mengurangkan dehidrasi. Membantu mengekalkan cecair dalam tubuh agar tidak berlaku dehidrasi yang teruk. Performance Drink ini memberikan kesegeran dan membekalkan tenaga segera pada pesakit.

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

☑️memberikan tenaga yang hilang akibat kerap membuang air disamping mengisi perut yang kosong

NUTRIFERON

☑️Meningkatkan imunisasi tubuh dan mengupgrade dari serangan bakteria penyebab masalah cirit birit

SUSTAINED VITA C

☑️antioksidan melawan radikal bebas

PEPPERMINT GINGER PLUS

☑️Memberi kesan lega kepada perut serta membantu membuang angin
☑️Mengandungi pudina yang mampu untuk melegakan otot perut dan kesan penenang. Ia juga mengandungi halia untuk melegakan ketidakselesaan perut dan usus. Peppermint juga boleh membantu melegakan sakit perut, membuang angin, melegakan muntah-muntah.

ALFALFA

☑️detox kembali badan yang bertoksin dan mengandungi serat dan mengembalikan tekstur najis kepada keadaan normal.

VIVIX

☑️ membaiki sel, megimpak 4 mekanisma utama penuaaan sel

Bagaimana Nutriferon Membantu Masalah Cirit Birit ?

Nutriferon membantu mengatasi masalah cirit birit dengan melawan jangkitan kuman yang menyebabkan masalah tersebut. Jangkitan kuman tersebut disebabkan oleh bacteria Escherichia coli (e.coli 0157) yang menyebabkan gejala keracunan seperti sakit perut, cirit birit, dan pendarahan ketika membuang air besar.

Cirit birit yang berterusan juga menunjukkan tanda-tanda awal radang usus. Nutriferon Granules mengandung bahan-bahan seperti bunga safflower yang memperkuat keupayaan makrofaj dalam memusnahkan virus dan kuman, serta bunga Japanese Honeysuckle yang menentang pencerobohan virus dan kuman. Oleh itu, Nutriferon Granules dapat membantu melawan jangkitan kuman dan mengatasi masalah cirit birit. set cirit birit shaklee

testimoni nutriferon cirit birit

Testimoni Nutriferon: Bantu Atasi Cirit Birit

“Nak dijadikan cerita 2 hari lepas KakRehan tak sihat tu. Al kisah KakRehan kena cirit birit dan muntah-muntah. Kejadian berlaku petang Ahad.

Pagi ahad tu kami dah gerak balik nak flight ke KL bersama mak mertua ikut sekali. Kat airport lama juga kat sana. Badan dah mula rasa tak best ingat perut masuk angin. Masa tu dah telan 1 sachet Nutriferon.

Kemudian kami ke rumah kak ipar di KL untuk pick dia. Kami semua plan ke Bentong tidur sana semalaman. Sebelum sampai rumah kak ipar perut dah rasa lain macam. Suruh suami berhenti di Rnr masa tulah buang dengan jayanya hamik kau cirit.

Dalam kereta badan dah gigil seram sejuk dah. Kat rumah kak ipar pun sakit perut membuang lagi. Minum esp sebab nak alas perut. Makan nasi taknak takde selera langsung sebab perut kosong habis. Badan dah lemah.

Lepas minum esp tekak rasa mual dan pergi bilik air muntah 3 kali keluar macam air paip segala isi dalam perut. Badan rasa tak sedap. Terus bancuh nutriferon lagi. Suami tanya ok tak. Kita pun ok jelah tak nak spoil plan ke Bentong.

Dalam kereta so far takde rasa nak membuang dan nak muntah. Sampailah rumah abang ipar. Cuma badan penat sebab hidrasi. Rehatkan diri dan minum banyak air.

Alhamdulillah syukur sangat dengan izin Allah cirit tak melarat.

Maybe salah makan kat kampung tu. Tapi taktau makan apa. Sebab mak mertua,suami dan anak tak kena. Baby mujur tak cirit juga.

Mujur memang standby 1st aid Nutriferon asbab dengan izin Allah cirit tak melarat. Imun booster kami sekeluarga. Benda tak jangka. Alhamdulillah sebelum suami cirit pun makan nutriferon cepat oknya.

KakRehan highly recommended Nutriferon untuk standby travel. Sesuai untuk anak setahun ke atas. Biasa anak selsema,demam or batuk pun bagi. Ni cirit pun boleh juga. In shaa Allah ikhtiar. Alhamdulillah serasi dengan kami sekeluarga.

Eh panjang cerita..hihi.. ada habis baca ke..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *