Set Batu Hempedu Shaklee

Set Batu Hempedu Shaklee

Set Batu Hempedu Shaklee sangat penting untuk menjadga buah pinggang anda. Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas.

Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang. Rawatan kepada penyakit ini biasanya melalui pembedahan laparoskopi. Bagaimanapun, ada juga situasi di mana pembedahan tidak perlu dilakukan dan adakalanya boleh dibantu dengan pengambilan suplemen atau detoks.

Batu hempedu terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak.

Punca Pembentukan Batu Hempedu

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu:

1)Jantina.

Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.

2)Berat badan.

Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.

3)Diet.

Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.

4)Umur.

Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.

5)Diabetes.

Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.

6)Ubat kolesterol.

Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.

Set Batu Hempedu Shaklee

Rawatan batu karang hempedu bergantung kepada gejala dan lokasi. Kebanyakan batu karang hempedu yang asimptomatik tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, pembedahan diperlukan bagi keadaan tertentu. Sila berbincang dengan pakar jika anda mengalami keadaan seperti ini. Pengambilan suplemen tertentu dapat membantu bagi batu hempedu yang tidak kronik.

Lecithin : bertindak sebagai pengemulsi lemak sekaligus membantu pemecahan batu karang ini kepada hablur yang lebih kecil dan seterusnya melarutkan ia melalui aliran darah

DTX Complex : bertindak sebagai tonik hati untuk mengeluarkan kotoran yang berada di dalam 3 organ ini (hati, pankreas dan hempedu) dan seterusnya memastikan hati berfungsi dengan lebih baik.Sustained Release

Vita-C : meningkatkan imun badan supaya pemulihan lebih cepat dan sekaligus mengelakkan penyakit yang sama berulang. Ia juga memastikan aliran darah yang lebih lancar dan bersih dalam tubuh badan.

ESP : sebagai makanan gantian ketika proses detoks dijalankan untuk mengurangkan beban kerja kepada 3 organ ini. Sekiranya anda ada alahan kepada soya (bukan GMO), anda boleh memilih untuk mengambil Cinch Shake sebagai gantian.

Performance Orange : minuman elektrolit yang memastikan jumlah air mencukupi dalam badan dan mengelakkan badan daripada terhidrat dan membahayakan buah pinggang anda.

Alfafa Complex : sumber serat yang membantu proses detoks dan menyerap lemak yang berlebihan

Herblax : membersihkan usus, untuk sistem penghadaman yang lebih sihat dan baik untuk detoks.

Testimoni Set Batu Hempedu Shaklee

APRIL 2016 (MUSIM KEDUA) – TESTIMONI 8: ZETI HAFIZA ZAKARIA – [ BATU HEMPEDU KETIKA MENGANDUNG ].

Asalnya saya menyangka masalah gastrik datang kembali setelah sekian lama tidak mendapat serangan. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pedih yang amat di bahagian ulu hati, abdomen depan dan belakang sehingga hanya mampu merengkot di atas katil menahan sakit.  Apa sahaja makanan yang masuk akan dimuntahkan. Badan jadi lemah tak bertenaga. Saya yang merupakan seorang penjawat awam terpaksa mengambil cuti rehat. Ketika itu juga saya baru disahkan mengandung anak ke-3.

Doktor mengandaikan perubahan hormon yang menyebabkan gastrik menyerang. Saya diberikan ubat cecair berwarna putih untuk masalah gastrik dan angin. Paracetamol juga dibekalkan sebagai penahan sakit. Doktor juga berikan saya cuti sakit selama beberapa hari. Setelah habis ubat, sakit masih belum reda. Saya dibekalkan lagi doktor ubat yang hampir sama serta disambung cuti sakit beberapa hari. Keadaan berulang sehingga habis 3 botol ubat cecair putih tersebut.

Batu Hempedu Ketika Mengandung

Suatu hari, kebetulan saya ada temujanji di Klinik Ibu dan Anak untuk pemeriksaan rutin ibu hamil. Jururawat yang bertugas menegur tentang mata saya yang kelihatan kuning. Sebenarnya saya ada perasan perubahan tersebut, tetapi tidak mengambil serius kerana kurang pengetahuan. Setelah itu, saya dirujuk kepada pakar perubatan. Rupanya beberapa simptom yang telah saya alami sebelum ini adalah petanda masalah hati. Simptom tersebut termasuklah gatal-gatal di seluruh badan, najis pucat dan air kencing berwarna gelap.

Pemeriksaan ultrasound mengesahkan saya ada batu dalam hempedu sebesar hampir 1cm. Doktor cuma nasihatkan saya mengawal pemakanan dan ambil paracetamol sekiranya sakit menyerang. Rawatan lanjut samada pembedahan atau laser tak digalakkan pada awal kehamilan. Sebaiknya tunggu selepas bersalin. Saya memutuskan untuk ikhtiar cara lain sementara menunggu temujanji seterusnya. Sebenarnya saya tak tahan menanggung sakit yang berulang-ulang.

Tak mungkin saya boleh bertahan dengan ubat tahan sakit semata-mata. Lagipun memang saya tak biasa amalkan Paracetamol sebelum ini. Setelah buat pembacaan, kajian dan merujuk pada mereka yang lebih arif, saya mula mengambil makanan tambahan Shaklee iaitu LecithinOmega GuardVita-COsteMatrixAlfalfaDTX Complex dan Vivix (selepas bersalin). Saya juga amalkan diet dan petua alternatif menggunakan pemakanan yang sesuai.

Badan Kembali Sihat

Alhamdulillah.. hanya beberapa hari selepas mulakan suplemen, simptom Jaundice mulai hilang diikuti dengan reda gatal-gatal, najis dan air kencing kembali normal. Sejak itu saya tak lagi diserang sakit abdomen seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun saya teruskan semua suplemen sehingga selamat bersalin. Selepas pantang, saya dirujuk semula kepada doktor. Syukur sangat bila didapati batu hempedu telah mengecut sebanyak 2mm.

Doktor setuju untuk saya meneruskan usaha alternatif tanpa rawatan lanjut. Kira-kira setahun kemudian, saya kembali hamil. Sekali lagi kerisauan mengenai serangan batu hempedu menghantui saya. Apabila buat pemeriksaan ultrasound, saya amat terkejut bila doktor memaklumkan bahawa hempedu saya sangat bersih dan tiada batu. Hanya ada sedikit saja ‘sludge’ yang normal. Alhamdulillah… Saya sangat gembira kerana dapat kembali sihat tanpa ubat dan pembedahan.

Sekarang saya tidak teragak-agak untuk terus amalkan Shaklee sebagai langkah pencegahan dari masalah ini berulang kembali. Cukuplah sekali saya melalui pengalaman menyakitkan itu. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah batu dalam hempedu seperti saya. Terima Kasih. Jom cegah batu hempedu ketika mengandung.

One thought on “Set Batu Hempedu Shaklee

  1. Batu hemoedu boleh kecut ye.saya mmg amalkan omega huard dan lecithin sejak 9 tahun lalu.tp bila cek ada batu hempwdu dlaam 5mm dan 2 mm.mcm mana ye nak hialngka..skarang sy amik vivix dan lecithin

Leave a Reply