Puasa Rawat Badan Sakit ?

Puasa Rawat Badan Sakit ? Anda telah bersedia untuk merawat tubuh badan?
Yoshinori Ohsumi, seorang ahli sains Jepun, dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan untuk penemuannya tentang bagaimana sel tubuh mengalami proses kitar semula yang dikenali sebagai AUTOPHAGY iaitu, istilah Yunani untuk “Makan Dengan Sendiri”.
Autophagy adalah satu proses penting dimana ia dirangsang apabila tubuh badan berada dalam keadaan LAPAR. Contohnya apabila tubuh sedang berpuasa untuk tempoh 8-10 jam.
Apabila sedang berpuasa, proses Autophagy akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga.
Bukan itu sahaja,sel sel lapar ini akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh dan menggunakannya untuk kitar semula.
Proses ini dikatakan sangat PENTING untuk mencegah pembentukan sel kanser, mencegah penyakit berjangkit, penyakit imunologi dan gangguan neurodegeneratif seperti nyanyuk dan parkinson.
Gangguan autophagy juga dianggap memainkan peranan dalam penuaan. Proses penuaan dapat diperlahankan dan sel sel baru yang sihat dan kuat dapat dihasilkan jika proses autophagy ini dapat diaktif.
Tubuh badan manusia mempunyai fungsi yang cukup unik untuk memperbaiki kerosakan. Manfaatkan fungsi ini dengan mengamalkan puasa sepanjang bulan ramadhan ini. puasa rawat badan sakit.

THYROID ? Apa itu kelenjar tiroid?
ia adalah organ endoktrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. antara hormon yang terpenting ialah thyroxine (T4) & Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga)
Ada dua jenis penyakit Tiroid yang utama:-
1) Hipertiroidisme
2) Hipotirodisme
Walaupun sudah dibuang, tapi risiko untuk tiroid ini aktif semula memang ada.
Perbezaan simtom-simtom :-
~ Hipertiroidisme :-
Mudah moody, gelisah, resah, insomnia, hilang berat badan, cirit-birit, jantung berdebar, berpeluh, intolerent pada panas, mata terbonjol, irritasi mata, lemah otot, haid sedikit/tiada langsung
~ Hipothyroidisme:-
letih, lesu, pergerakan lambat, depresi mental, masalah ingatan, berat badan meningkat, sembelit, intolerent sejuk, rambut/kulit kering, bengkak sekeliling mata, haid yang banyak…
Ada yang ingin detail lebih lanjut tentang set Thyroid Shaklee ? Mau tau lebih lanjut, ayuh piyem. puasa rawat badan sakit.

Stages of Gout
Stage Pertama Asymptomatic Gout
Peringkat pertama ada peringkat gout tanpa gejala.
Pada peringkat awal, asid urik berkumpul di dalam darah, menyebabkan keadaan yang dikenali sebagai hiperurisemia.
Pada peringkat awal gout tak perlu dirawat, tetapi asid urik masih boleh membahayakan tubuh badan.
Stage kedua Acute Gout
Pada peringkat ini asid urik berlebihan telah membentuk kristal yang terkumpul di ruang dalam sendi.
Kristal seperti jarum inilah yang menyebabkan kesakitan pada jari kaki dan sendi sendi yang lain.
Selain kesakitan yang menyerang secara tiba tiba, bahagian sendi yang diserang gout akan menjadi kemerahan, bengkak serta hangat.
Stage ketiga Chronic Thophaceous gout
Stage paling teruk dan paling kerap terjadi pada mereka yang gout tidak dirawat.

Macam ramai dah tak ambil peduli dengan BAHAYA COVID-19 ni.
Semakin ramai tak patuh dengan SOP dan saranan KKM. Bahaya Covid-19. Bila diperkatakan berkenaan bantuan pernafasan atau artificial ventilation, terlalu ramai yang tidak mengetahui apa ia sebenarnya. Ia bukan topeng oksigen yang ditekup dimulut sambil kita berbaring bersahaja memikirkan kehidupan ini.
Bantuan pernafasan bagi Covid-19 ini sangat invasive, melalui intubasi yang dilakukan dibawah general anesthesia (ditidurkan) dan mungkin dijalankan sepanjang 2-3 minggu, tidak boleh bergerak, selalunya bertiarap (ventral decubitus) dengan tiub dimasukkan dimulut ke trakea dan membolehkan pernafasan pada ritma mengikut mesin yang disambungkan padanya.
Kamu takkan boleh bercakap atau makan atau buat apapun secara biasa. Keradangan dan kesakitan yang dirasai memerlukan kepada sedatif dan ubat tahan sakit untuk memastikan badan pesakit terus menerima tiub-tiub yang terpasang selagi mana ia memerlukan mesin tersebut untuk bernafas, segalanya dilakukan didalam tidur koma buatan.
Dalam 20 hari kaedah rawatan ini berjalan pada seorang pesakit muda, berlaku penyusutan 40% tisu dan otot badan yang memerlukan rehabilitasi 6 ke 12 bulan, juga kesan trauma mulut juga peti suara yang amat menyakitkan.
Itupun sekiranya perawatan tidak terlalu lama dan tiub perlu dibuangkan untuk dilakukan tebukan leher untuk pernafasan. Sebab ini jugalah mengapa pesakit berumur dan sudah lemah tidak mampu bertahan lama. Jadilah seorang yang bertanggungjawab.

Sperma Tak Normal Sebab Merokok ?
Seorang lelaki 28 tahun menjalani semen analysis. Hasil analisis mendapati pesakit tersebut mengalami Teratozoospermia, iaitu sperma berbentuk tidak normal.
Tanpa sebarang penyakit lain setakat ini, lelaki tersebut merupakan perokok tegar selama 15 tahun. Dia tidak percaya sebab ayahnya dahulu juga meruoakan seorang perokok tegar tetapi mempunyai beberapa orang anak. Jadi doktor menunjukkan sendiri bentuk sperma yang berkepala dua kepadanya.
Dalam fertiliti, suami memainkan peranan yang sama penting dengan isteri. Buangkan ego! Pesakit tersebut perlukan Profortil untuk 3 bulan, berhenti merokok dan ulangi semula ujian. Doktor yang memeriksa akan lihat semula hasilnya selepas rawatan.
Dokan pesakit tersebut berjaya! ?? Merokok punca kepada banyak penyakit yang memudaratkan bukan sahaja badan malah dari segi kewangan dan orang sekitar. Mungkin mereka yang merokok belum ada masalah sekarang tetapi masalah timbul pada keturunan yang seterusnya. Berhenti merokok! Katakan tak nak! ?

SIAPA PERASAN..? Ada DUA cerita at least dalam gambar ni.
1) ibu yang pam susu ni tandem nursing dua orang anak, toddler sorang infant sorang.
2) toddler tu demam. Adik dia sihat. So, ibu dia breastfeed tak share breast yang sama la..
3) dalam masa yang sama, ibu ni pam susu.
3) perasan tak warna susu perahan tu lain-lain? EBM toddler tu macam kolostrum kan warna dia
Amazingly, badan kita mak-mak ni memang produce susu ikut keperluan baby.
Time anak sakit antibodi lebih tinggi. Sebab tu warna EBM kat gambar tu macam kolostrum dah..
Time cuaca panas, susu lebih cair (so baby hilangkan dahaga). Time cuaca sejuk, susu lebih pekat so baby dapat panaskan badan dan kenyang cepat. Rasa bertuah dan bersyukur kan. Jom dapatkan set menyusu shaklee dengan kami. baby sihat bagus untuk masa depan.